Aku termanggu sendiri.Setiap satu kenangan kembali terlayar di ruang mata menyebabkan dada terasa sesak.Gelak ketawa dan pujukkan daripada nya menjadi halwa telinga aku saat ini.Jasad di depan aku menjadi tatapan.Seperti di dalam mimpi,suatu ketika wajah itu tersenyum mesra sambil memanggil nama aku tapi kini wajah itu pucat tanpa secalit senyuman.Air hangat tidak mampu mengalir lagi pada wajah aku saat ini.Dia telah kotakan janji dia untuk jadikan aku sebagai cinta terakhir dalam hidupnya.Wajah aku alihkan kepada Marisa.
'Dia tinggalkan aku Mar.Dia...dia..dia kotakan janji dia Mar.'
Sejurus ayat itu terluncur dari bibir aku,mutiara-mutiara jernih mula mengalir membasahi pipi aku.Aku tak kuat.Aku tak mampu teruskan hidup tanpa dia.Aku perlukan dia saat ini.Tapi kenapa dia tinggalkan aku?Kenapa dia biarkan aku hanyut dalam semua masalah ini?Kenapa dia pergi saat aku perlukan dia?KENAPA!!!!!??Setiap persoalan bermain di minda dan tanpa aku sedar aku mempertikaikan ketentuan Ilahi kepada diri aku.
'Qis aku ada surat untuk kau.Arwah titipkan sebelum dia pergi.'
Lama aku tenung Marisa.Kemudian pandangan aku jatuh pada surat di tangan dia.Perlahan-lahan aku berdiri,langkah aku atur.Baru beberapa langkah aku pandang belakang dan Marisa menjadi tatapan aku.
'Jangan pernah kau panggil dia dengan panggilan ARWAH.'
Aku sambung mengatur langkah.Sengaja aku tekankan perkataan arwah.Bagi aku dia belum tinggalkan aku atau sesiapa sahaja yang dia sayang.Dia masih mekar dalam hati aku dan sentiasa mekar dalam hati aku.Pintu biliknya aku sentuh.Perlahan-lahan aku pejamkan mata,mengumpul semangat.Jari jemari aku bergerak memulas tombol pintu.Langkah aku atur perlahan meneroka ke bilik dia.Katilnya tersusun rapi.Aku aturkan langkah ke katilnya sejurus punggung aku labuhkan ke birai katil.Aku biarkan mutiara jernih menyelusuri wajah aku.Aku sentuh bantal tidurnya dan terbayang wajah nya sedang tidur.Indahnya ciptaan Allah.Pandangan aku jatuh ke satu bingkai gambar.Gambar dia tersenyum bersama ahli keluarga nya.Jelas terpancar bahagia di wajah itu dan tanpa sedar aku mengoyak senyuman melihat keindahan tersebut.
Laci di sebelah katilnya aku buka.Buku kecil di dalam itu menarik minat aku.Helaian demi helaian aku buka.Tulisan itu aku sentuh.Terasa kehangatan di situ seolah-olah dia berada di sisi aku.
24 Mei 2015
Indahnya senyuman dia seindah nama nya Nur Qistina Batrisya bt Khairuddin.Terima kasih ya Allah kerana pertemukan aku dengan dirinya.Semoga semua nya akan menjadi seperti yang dirancang dan semoga dia adalah jodoh yang terbaik buat aku.
Helaian seterusnya aku selak.
30 Mei 2015
Airmata dia jatuh.Buat kali pertama aku nampak airmata dia jatuh.Aku rasa seperti sakit yang teramat apabila melihat keadaan dia seperti itu.Sabarlah sayang pasti akan ada keindahan di hujung penderitaan.
Coretan nya hanya berhenti di situ.Aku terus selak tapi yang menemani kertas putih itu hanya kosong.Tiada lagi dakwat yang terhias.Pen yang terselit di buku itu aku tarik.Aku pilih salah satu helaian putih bersih untuk aku hiaskan dengan dakwat di tangan aku.
6 Jun 2016(1 Ramadhan)
Kau pergi jua
Dari hidupku
Kini sendiri
Di hari-hariku
Saya rindukan awak Muhammad Qalish Badruddin b Rahim.Kenapa awak tinggalkan saya?Saya perlukan awak sekarang.Saya tak kuat Qalish.....saya tak kuat.Saya ucapkan terima kasih sebab kotakan janji awak untuk jadikan saya sebagai cinta terakhir awak walaupun dengan cara yang tidak terjangka oleh saya.Walaupun saya tak kuat tapi saya tetap doakan awak ditempatkan di dalam di kalangan orang-orang yang beriman.Awak sentiasa hidup dalam hati saya Qalish.Awak tunggu saya dekat sana ya,saya akan datang suatu hari nanti.
Yang merindukan awak,
Qistina
Pintu bilik dikuak dari luar.Wajah Marisa muncul di muka pintu.Aku usap mutiara jernih yang mengalir dan mengukir sedikit senyuman.
'Masuk la Mar.' pelawa aku.
Marisa mengatur langkah menghampiri aku.Tangan aku digenggam erat lantas tubuh aku didakap.
'Allah sayangkan dia Qis.Sabarlah.Semua nya sudah ditentukan oleh Dia.
Nasihat Marisa aku sambut dengan pelukan.Pelukan dileraikan.
'Ambil la surat nieyh.Baca bila kau dah bersedia Qis.Aku tahu kau kuat.Diorg semua dah nak pergi ke tanah perkuburan untuk kebumikan jenazah.Kau nak pergi?'
Surat bertukar tangan.Lama aku tatap surat pemberian terakhir arwah.Perlahan-lahan aku ukir senyuman walaupun aku tahu senyuman itu tidak ikhlas.Pertanyaan Mar aku jawab dengan anggukan.Buku dan pen yang aku pegang aku letakkan kembali ke tempat asal.Aku tatap suasana dalam bilik buat kali terakhir.Marisa menarik lembut tangan aku dan kami mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik arwah.Pintu bilik dia aku tutup perlahan.
Wajah ahli keluarga dia aku pandang.Aku menghampiri ibu nya lantas tubuh tua itu aku rangkul.Tersedu-sedu ibu dia menagis.
'Sabarlah ibu.Qis percaya semua nya ada hikmah.
Ucap aku perlahan.Walaupun pada hakikatnya aku juga tidak kuat untuk menghadapi semua nieyh.Sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan aku memimpin ibu nya.Ibu mana yang tidak pilu bila anak yang dikasihi pergi meninggalkan dirinya dahulu.Sesampai sahaja ke tanah perkuburan segala urusan diselesaikan oleh imam.Selesai sahaja pembacaan talqin ahli keluarga nya menyiram air bunga mawar.Wajah aku palingkan ke wajah tua ibu nya.
'Ibu dan yang lain pulang dulu dengan Marisa ya,Qis nak duduk sini sekejap nanti Qis balik.'
Beritahu aku perlahan.Ibu mengangguk perlahan.Tubuh aku didakap sebelum dahi aku dikuncup lama.Aku mengukir senyuman kepada ibu.Wajah tua itu kuncup sebelum langkah di atur ke Marisa.
'Mar kau hantar la diorg balik dulu nanti aku balik.'
Ujar aku kepada Marisa.Marisa mengangguk.Mungkin dia faham yang masa ini aku perlukan masa untuk bersendirian.Aku hantar mereka dengan pandangan kosong.Sejurus hilang kereta Marisa tanah yang masih merah aku hampiri.Surat yang di dalam kocek baju aku ambil dan perlahan-lahan aku buka.
Kekasihku Qistina,
Mungkin ketika awak baca surat nieyh saya dah tak ada atas dunia nieyh.Bukan niat saya untuk merahsiakan penyakit yang saya hadapi tetapi untuk melihat awak bersedih itu saya tak mampu.
Awak ingat tak kali pertama kita jumpa.Waktu tuhh awak garang sangat macam singa kelaparan hahahaha tapi awak tetap cantik dan ayu di mata saya.Bila dapat tahu awak sudi berkawan dengan saya waktu tuhh perasaan saya hanya Allah sahaja yang tahu.Habis jea kita belajar saya mula berkerja.Bukan tak nak sambung belajar tetapi saya nak simpan duit untuk kawin dengan awak.Setiap kali gaji saya simpan separuh duit gaji saya untuk kawin dengan awak dan akhirnya niat saya termakbul.
Walaupun kita diijab kabul di hospital tapi saya tetap gembira.Wajah awak waktu tuhh berseri sangat.Cantik sangat bila awak pakai baju kurung putih yang saya beli tuhh.Ayu sangat buat saya tergoda, hilang sifat singa awak tuhh hahahaha.Awak yang terindah yang hadir dalam hidup saya Qistina.Terima kasih kerana membahagiakan diri ini walaupun saya tak sempat membahagiakan diri awak.
Jaga diri awak sayang.Cinta dan kasih sayang saya hanya untuk awak Nur Qistina Batrisya bt Khairuddin.Ingatlah sentiasa ayat Aku terima nikahnya Nur Qistina Batrisya bt Khairuddin dengan senaskah Al-Quran sah.
Suamimu,
Qalish
Mutiara jernih sudah lencun membasahi pipi.Aku pasrah.Allah sayangkan dia.Aku bahagia dengan dia walaupun seketika kerana dia sentiasa menjadi yang terindah buat aku.
0 comments:
Post a Comment