PROLOG
Alice terduduk saat Erwan memakinya sebentar tadi.Jejaka yang persis lelaki korea itu benar-benar membuat dia semakin membenci kaum adam.Alice tidak sangka yang Erwan sanggup buat sedemikian kepada dirinya,apa salah dia sampai Erwan sanggup malukan dia di depan mahasiwa yang lain.Alice menekup wajahnya cuba membuang kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.Tanpa dia sedari perlahan-lahan air hangat mengalir di pipi.Tangisannya yang tadi perlahan kini semakin kuat dan akhirnya Alice tersedu-sedan sendiri.Wajah Airil Arshad Erwan kini kembali terbayang,melihat lelaki itu ketawa bersama rakan-rakan yang lain membuatkan Alice semakin membenci lelaki itu.
'Anak dato la sangat !! Ingat dia boleh kaya selama-lamanya ke ? Kalau Allah nak tunjuk tu sekajap saja Dia boleh buat kau jatuh miskin.'gumam Alice sendiri.
Kejadian beberapa minit yang lalu kembali menerjah di ruang ingatan.
"HOI !!!"
Alice terpana.Suara Erwan yang kuat itu benar-benar membuat Alice ketakutan.Secepat yang boleh Alice mengutip kembali buku-buku Erwan yang jatuh lalu diserahkan kembali kepada tuannya.
"Ma...ma....afkan Alice."tutur Alice perlahan.
Perlahan-lahan Alice memandang wajah Erwan.Wajah lelaki itu benar-benar menakutkan Alice.Tidak pernah sekalipun Alice melihat wajah Erwan menyinga seperti itu.Alice menelan air liur,terasa berpasir sahaja.Alice benar-benar takut lalu mengambil keputusan untuk beredar dari situ dengan segera.Langkah Alice terhenti bila Erwan mencengkam kuat pergelangan tangannya.
"Aduh ! Sakit la Erwan."Alice merintih perlahan.
Erwan tidak pedulikan semua itu.Secepat yang boleh Erwan merentap tangan Alice supaya mengikuti jejaknya.Terkulat-kulat Alice mengikut Erwan sambil cuba merentap pergelangan tangannya yang kini mula sakit.Erwan berhenti di suatu kawasan yang sunyi.Alice hanya terdiam tanpa ada sebarang niat untuk melawan.Erwan menolak Alice jatuh ke rumput kecil.Perlahan-lahan Alice undur kebelakang.
"Apa Erwan nak buat nie ?"Alice mula menyoal dengan rasa takut.
"Kau rasa aku nak buat apa ?"Erwan kembali menyoal.
Peluh mula merenik di dahi Alice.Langkah Erwan tiba-tiba berhenti di hadapan Alice,wajah putih gebu itu dibelai.Alice mula menagis tetapi Erwan hanya menyuruh dia diam.Di dalam hati Alice berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku kepada dirinya.
"TOLONG !!!"Alice mula menjerit.
Tanpa diduga satu tamparan hadir di pipi putih itu.Cecair merah mula mengalir di celah bibir gadis itu.
"Aku dah cakap suruh diam !! Kenapa kau jerit hah !!"Erwan mula meninggikan suara.
Alice benar-benar takut dengan wajah Erwan yang semakin menyinga itu.Alice mula berdiri menghadap Erwan.Wajah lelaki itu ditenung lama.
"Kau nak tahu kenapa aku benci kaum adam ?"Alice mula menyoal.
Erwan hanya mendiamkan diri.
"Aku benci kaum lelaki seperti kau.Lelaki yang layan kaum hawa seperti binatang macam kau nie yang aku paling benci.Disebabkan lelaki macam kau la kaum hawa hidup menderita terpaksa gadai maruah semata-mata untuk puaskan kaum adam macam kau.Lelaki macam kau bukan manusia tetapi binatang !!"Alice melepaskan rasa marahnya yang sudah lama terbuku.
"PANG !!"
Satu tamparan mengenai pipi putih itu lagi.Terjelopok Alice di rumput.Pipi putihnya dipegang.
"Hey pompuan kau dengar sini kau tu tak layak jadi perempuan suci la sebelum jantan lain sentuh kau lebih baik aku yang lakukan dulu."ucap Erwan.
Alice hanya tersenyum sinis.Dia bangun lantas meloloskan diri daripada lelaki yang berperangai seperti binatang itu.Pipinya dipegang dan ada kesan cairan merah mengalir dihujung bibir.
Lamunan Alice tersentap apabila azan asar menerjah ke gegendang telinganya.Dia bangun dan berjalan perlahan menuju ke surau untuk menunaikan solat asar.Sesungguhnya dia amat merindui Kekasih Abadinya itu.
Alhamdulillah siap juga my new e-novel.Mula-mula ingat nak habiskan dulu TCAS tapi malas nak habiskan lagi jadi Nurul buat keputusan untuk buat new e-novel.Semoga terhibur dengan e-novel baru nie.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^