Adilkah Kita ?

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:16 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ...
Hello you guys ....

Amboi tajuk Nurul kali nie macam nak luahkan ketidak puasan hari ja kan.Sebenarnya memang pun.Family Nurul ada masalah sikit jadi berlaku la selisih faham.Yang Nurul peliknya kenapa hanya dengar cerita daripada sebelah pihak ja lepas tu terus buat kesimpulan.Bagus ke macam tu ??

Nurul sebagai seorang anak sedikit terkilan dengan sikap ketidak adilan yang dilemparkan dekat family Nurul.Siapa sangka semuanya jadi macam nie.Nurul sedih sangat hati sapa yang tidak terluka kalau tengok parents dia kena hina.Nurul tak mintak benda lain apa yang Nurul mintak hanya keadilan daripada kedua-dua pihak.

Tidak semua manusia itu sempurna.Tidak kiralah dia tua atau muda dia tetap manusia biasa yang pasti ada kesalahannya.Keluarga Nurul sudah pun mohon maaf tapi maaf kami ditolak tak apa Nurul redha kerana Nurul percaya ada hikmah disebalik semua ini.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Kehidupan Sementara

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:48 Komen : 6 Tag :
Assalamualaikum wbt ...
Hello you guys ...

Petang-petang macam bila bukak je Facebook penuh dengan kata-kata yang menyakitkan hati.Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya.Nurul just nak pesan je okey kepada semua umat manusia sebenarnya Nurul pun tidaklah sesempurna mana untuk menjalani kehidupan ini tetapi sekurang-kurangnya Nurul dah cuba untuk menegur.

Kepada akak-akak,abang-abang,pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik sudah-sudahlah update status yang bukan-bukan tu.Dalam dunia facebook nie semua yang kita tulis tu orang boleh baca tak payah la bukak aib orang sebab nanti Allah bukak balik aib kita.Hal peribadi just simpan untuk diri sendiri dan jangan pergi cerita kat dalam facebook semua tu tidak baik.

Ingat mati itu pasti dunia ini hanya sementara tak payah ingat kita nie baik sangat kalau sembahyang sampai tidak ingat dunia sekali pun tapi diri sendiri suka bukak aib orang tak baik jugak.Sekarang nie Allah bayar cash tak payah tunggu mati atas dunia pun Allah dah bayar.

Ingat pesanan ini ...
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Review Pemenang Duo Giveaway by Amilia

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 11:40 Komen : 1 Tag :
Assalamualaikum ....
Hello you guys ...


  • Blog ini hak milik Nur Izzati
  • Blog ini bertemakan warna biru dan pink
  • Susunan widget yang kemas dan sempurna
  • Simple,cute dan cantik
  • Loading blog juga okey
(Sori gambar header dia tak boleh nak ambil)
  • Blog ini hak milik Iman Zakaria
  • Blog ini lebih banyak warna birunya
  • Susunan widget yang kemas
  • Sangat kemas dan cantik
  • Loading blog juga okey

(Sori gambar header tak boleh nak ambil)
http://shirochan99.blogspot.com/

  • Blog ini hak milik Siti Zulaikha
  • Blog ini bertemakan purple dan kelabu
  • Susunan widget okey cuma kalau ada yang tidak penting tu boleh buang
  • Kemas dan cantik
  • Loding blog juga okey
Tahniah kepada semua pemenang.Nurul minta maaf kerana ada gambar header dia tidak boleh letak sebab Nurul tak download apa-apa jenis adobe untuk printscreen.Selamat Berblogwalking !!

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Berhenti Berlakon !!

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 09:01 Komen : 3 Tag :
Assalamualaikum ...
Hello you guys ...

Ha kau la ! Nurul cakap dengan kau la ! Eh ! Tu nak pergi mana pulak duduk situ dan baca entry nie baik-baik.

Baru-baru nie tergempar dengan satu berita yang Puteri Awani pergi KL.Sebenarnya korunk tak payah nak gedik-gedik pergi jumpa sangat la sebab perangai dia di dalam dan di luar tak sama lansung.Siapa yang satu sekolah or satu rumah or pernah kawan dengan dia diorang tahu la perangai dia macam mana.Nurul paling menyampah kalau orang suka berlakon nie.Ingatkan bila dia buat video tu dia dah betul-betl insaf tapi rupanya tak malah makin seronok pulak dengan populiriti yang meningkat dengan kutukan orang ramai tu.

For adik Puteri Awani just be yourself tidak perlulah nak berlakon or whatever.Jangan bikin orang bertambah benci dengan diri kita okey dik.

So kalau lepas nie ada orang yang boleh jumpa Puteri Awani tu Nurul ucapkan beribu tahniah.Bukan apa dapat lunaskan hajat korunk yang satu tu.Tapi kalau nak jumpa face to face jangan terkejut pulak ya.

Wassalam ....
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Pageviews Menurun !!

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 12:48 Komen : 6 Tag :
Assalamualaikum wbt ..
Hello you guys ...

Ya Nurul tahu dari tajuk pun korunk semua dah boleh agak yang Nurul sebenarnya sedih.Hari ini Nurul jalan-jalan ke blog orang ramai biasa la nak tambah kenalan dalam dunia blog nie.Tiba-tiba aje terdetik nak check pageviews untuk hari nie.Ingatkan keputusan mampu melegakan hati Nurul tapi sangkaan Nurul silap.Pageviews hari nie rendah sangat-sangat.

Okey Nurul sedar dah banyak minggu Nurul tak update blog nie biasa la kan Nurul pun macam blogger lain jugak selalu kehilangan idea nak update blog.Nurul sebenarnya tak tahu nak update apa-apa jadi Nurul ingat nak mintak la pendapat-pendapat daripada blogger cara nak kasi pageviews naik.Kalau setakat turun sikit tu tak apa la jugak tapi kali nie turun banyak sangat so I hope you guys boleh tolong Nurul la okey.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Sponser !!

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 18:24 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ....


Selamat petang semua.Kali ini Nurul sedang mencari 10 orang untuk sponser topup dalam Segmen : Who Fast !! Segmen ini diadakan di page Nurul dan setiap orang yang sponser mendapat manfaatnya sendiri.Segmen ini dijalankan secara berperingkat.

Kepada yang ingin sponser sila hantar detail ke page ini https://www.facebook.com/pages/Fans-of-Blogger/369276736439301 :

Nama :
Rangkaian :
Kuantiti Pemenang :
Syarat (max 2) :
Cara untuk Menghubungi :
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Segmen : Tambah Follower by Nurul's Nizam

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 17:33 Komen : 16 Tag :
Sticky Post !!

Assalamualaikum wbt ...

Alhamdulillah akhirnya kita berjumpa lagi dalam segmen tajaan Nurul.Hari nie Nurul nak buat segmen untuk semua orang terutama yang suka menambah bilangan pembaca di blog dia.Nak join jom kita lihat syarat di bawah :

http://i.imgur.com/PPvD2.png


Syarat-syaratnya :

  • Follow blog Nurul -FOLLOW-
  • Like page Nurul 


  • Buat entry "Segmen : Tambah Follower by Nurul's Nizam"
  • Tampalkan banner yang diberi di atas dan linkkan ke entry ini
  • Dah siap,tinggalkan link entry anda dekat KOTAK KOMEN di tempat lain tidak akan dilayan
  • Tamat pada 6 Oktober 2013
PARA PESERTA COMEL + HANDSOME + CANTIK

Para peserta akan diupdate kemudian.Semua peserta wajib follow peserta lain jika ingin menambahkan lagi bilangan follower anda.Nurul harap dengan segmen yang Nurul buat nie korunk boleh tambah lagi kenalan sebanyak yang boleh.Tunggu apa lagi jom JOIN !!
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Apam Polkadot / Ladybug

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 18:40 Komen : 3 Tag :
Assalamualaikum wbt ....

Bahan-bahan ( 50 biji papercup kecil )

  • 250 gram tepung serbaguna(tepung kek)
  • 200 gram gula icing
  • 200 ml santan (santan dalam kotak KARA)
  • telur 2 biji
  • satu sudu kecil ovalatte
  • sedikit esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa
  • piping bag

Cara-cara

  1. Mula-mula pukul telur ,selepas itu masukkan gula.pukul hingga kembang.
  2. Masukkan ovalatte dan esen vanila.Tepung diayak terlebih dahulu.
  3. Masukkan tepung bersama santan pula..adun sebati sehingga kembang.
  4. Setelah adunan sebati ,barulah dibahagikan kepada beberapa bahagian kemudian diwarnakan.
  5. Masukkan ke dalam piping bag.Dan lukis corak ladybug dan sebagainya
  6. Pastikan adunan diletak dalam bekas acuan yg sesuai supaya tidak berlambak.
  7. Kukus selama 5-6 minit dengan api sederhana.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Oh September GA by Safiena & Friends

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:22 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Nak join klik banner di atas.

3 perkara yang menggambarkan diri Nurul ialah : Penyayang,Banyak Cakap,Suka menulis
Doodler yang Nurul minati ialah : Gerlie Doodle,Disya Doodle,FizzGraphic,Cherry Blossom

Due Date : 30 September 2012

Jom kita join Giveaway nie ramai-ramai !!


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

3000 SLE Supporters Giveaway

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:06 Komen : 3 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Nak join klik banner di atas.

Due Date : 24 Oktober 2013

Jom meriahkan bersama-sama !!


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

GA Love You Mr Arrogant

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 18:54 Komen : 1 Tag :
Assalamualaikum wbt ....

Nak join klik banner di atas.

Due Date : 30 September 2013

Jom meriahkan GA nie ramai-ramai !!


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

1st GiveAway by Sheila Eiman

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 18:49 Komen : 1 Tag :
Assalamualaikum wbt ....

Nak join klik banner di atas !!

Due Date : 12 October 2013

Jom meriahkan ramai-ramai !!


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

STOP Do Like That !!

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 16:21 Komen : 3 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Sekarang jika kita lihat banyak sangat kes mengata kat orang lain nie.Kali ini Nurul hendak bincangkan isu ini dengan rakan-rakan semua.Just tell me siapa suka orang kata dekat parents dia ? Boleh dikatakan semua orang tidak suka bukan.

Benda ini sebenarnya Nurul dah alami waktu balik sekolah tadi.Senang cerita tidak kira la tua atau muda just jaga bahasa dan sikap itu sudah cukup untuk buat orang sayang kat kita.Tidak perlu la nak kata dekat orang lain.Kata pun tanpa usul periksa mungkin dia buat sesuatu benda tu bersebab.Entah-entah apa yang kita kata dekat dia tu tidak betul kita pulak dapat dosa kering.Just ingat satu benda ja yang Allah ini akan bayar cash tidak perlu tunggu mati atas dunia lagi dia dah balas.

So kepada sesiapa yang suka sangat kerja mengata orang ini berhentilah sebelum anda diberhentikan oleh orang lain.Bukan apa Nurul dah kena jadi Nurul dah tahu macam mana rasanya.Jangan suka cari gaduh atau sakitkan hati orang lain takut nanti hidup kita sendiri yang merana.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

NFH Boutique Gallery

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:04 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ...


NFH Boutique Gallery menjual pelbagai jenis pakaian dan tudung untuk kaum muslimah dengan harga yang berpatutan.

Antara pakaian yang dijual :

Azwa Paisley Dress

Kurung Aidiladha

Dress Cikyah

Zahirah Dress

Bawal Paisley Exclusive

Harga?? Jangan risau yang pasti murah dan berbaloi.
Untuk tempahan boleh pergi sini https://www.facebook.com/NFHBoutiquE

Klik dibawah ini untuk lihat lebih banyak tempahan

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Cinta Bersatu Di Korea

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:41 Komen : 1 Tag :
Melissa terpaku.Suara itu kedengaran jengkel di telinganya padahal itulah lelaki yang pertama mengajar dia erti cinta.Derap kaki semakin jelas kedengaran di telinga Melissa lantas dia memejamkan mata untuk mencari kekuatan.Desahan nafas Izaril Aidil mula menyentuh lehernya.Perlahan-lahan Melissa pusing menghadap lelaki yang paling dibencinya itu.

"Dangsin-i wonheneun ? (Apa yang awak nak)" Melissa mula menyoal dengan perasaan malas.

Izaril hanya tersenyum.Pergaduhan yang melanda percintaan mereka telah membawa dia dan Melissa jauh ke negeri orang.Puas dia mencari gadis muda ini dirisiknya segala maklumat daripada orang yang terdekat dengan gadis ini dan akhirnya dia mendapat tahu bahawa Melissa sambung belajar di Seoul,Korea.

"Jom kita pergi makan dulu." Izaril membuka bicara.

Tanpa menunggu jawapan daripada Melissa Izaril menarik tangan gadis itu.Terkulat-kulat Melissa mengikut jejak Izaril yang entah ke mana hala tujunya itu.Rasa sakit akibat cengkaman Izaril itu membuatkan Melissa menurut sahaja tanpa sebarang bantahan.

'Ish dia nie nak bawak aku pergi mana dah orang kata benci tu benci la huh !'Melissa mula mengomel sendiri mungkin sudah jemu dengan sikap memaksa Izaril.

Percintaan antara Melissa dan Izaril terputus di tengah jalan semua disebabkan jodoh pilihan parents Izaril.Walaupun Melissa tahu Izaril cintakan dia tapi semua itu tidak cukup tanpa keredhaan dari Ilahi.Keredhaan Allah itu kan terletak pada keredhaan ibu bapa tapi Izaril tidak faham semua itu.Bagi Izaril Melissa harus jadi miliknya walauapapun yang terjadi.

"Kita nak pergi mana?" Melissa mula menyoal.

Melihat Izaril tidak memberi jawapan membuatkan Melissa berasa cuak.Wajah lelaki itu ditenung tajam menunjukan rasa protesnya dengan sikap endah tak endah lelaki itu.Izaril memandang Melissa dia tahu gadis disebelahnya ini pasti marah dengan sikapnya sebentar tadi.Wajah gadis itu ditenung lama seolah-olah dia mencari kekuatan.

"Hurm"jelas kedengaran keluhan berat dari bibir Izaril.

Melissa tersentak.Kenapa lelaki di sebelahnya ini mengeluh berat?Wajah Izaril ditenung seolah-olah mencari jawapan bagi persoalannya sendiri.Jelas kelihatan kegusaran di wajah kekasihnya itu.Ops !! Bekas kekasih.

"Are you okey Izaril ?"soal Melissa secara tiba-tiba.

Kereta Lamborghini Sesto Elemento milik Izaril berhenti mengejut dibahu jalan.Pandanganya dilarikan ke wajah Melissa entah kenapa setiap kali dia melihat wajah gadis itu terlahir sebuah ketenangan yang sukar digambarkan.Setika cuma dia berbalas pandangan dengan Melissa sebelum pandangannya jatuh ke pemandangan di luar.

"Dia jahat."ucap Izaril perlahan tetapi jelas pada pendengaran Melissa.

"Siapa yang jahat?"soal Melissa kehairanan.

Izaril mengalihkan pandangan ke arah Melissa.Wajah gadis itu ditenung seolah-olah mencari kekuatan untuk dia menuturkan kata-katanya selepas itu.

"Dia penyebab ibu saya terlantar di hospital.Dia yang buat ibu saya jatuh sakit sampai tidak sedarkan diri.Dia yang buat ibu saya kritikal.Segala-galanya berpunca daripada dia."Izaril menitiskan air mata.

Wajah ibunya,Puan Sri Rosmah kembali di layar mata.Wajah pucat ibunya itu yang membuatkan dia datang sampai ke Korea untuk mencari Melissa.Melissa terkejut.Izaril mengalirkan air mata di hadapannya tapi siapa perempuan yang Izaril maksudkan sebentar tadi?

"Maksud awak perempuan pilihan ibu awak?"soal Melissa lagi.

"Ya dan nama dia Alia Batrisya."jawab Izaril bersama sendu.

Pada mata Melissa Izaril tidak ubah seperti anak kecil yang kehilangan ibunya.Melissa memeluk Izaril bagi menghilangkan kesedihan di hati lelaki pujaan hatinya itu.Walaupun dia mengatakan benci pada lelaki itu tapi jauh di sudut hati dia teramat mencintai lelaki itu.

"Saya faham perasaan awak Izaril.Menagis itu bukan bermaksud kita lemah.Kadang-kadang dengan cara menagis kita dapat kurangkan bebanan yang kita tanggung."perlahan-lahan cinta Melissa kepada Izaril kembali mekar.

Selama beberapa minit tangisan Izaril kembali reda.Air matanya dikesat perlahan.Keretanya kembali meluncur megah di jalan.Setibanya mereka di kedai Islam Izaril membuka pintu untuk Melissa.Langkah mula diayun untuk masuk ke dalam kedai.Mereka melabuhkan punggung ditempat yang agak tertutup.Selepas selesai memesan makan dan minuman Izaril kembali merenung Melissa.

"Kita kahwin Melissa."Izaril membuka bicara perlahan tetapi jelas dipendengaran Melissa.

"Huh?"Melissa seperti terkena renjatan elektrik selepas mendengar bicara Izaril.

Serta-merta wajahnya dipanggungkan.Wajah Izaril ditatap.Tiada sekelumit pun wajah main-main di wajah itu yang tinggal hanyalah wajah ketenangan.

"Kita kahwin Melissa.Ibu dengan ayah saya dah izinkan kita bersama.Kita jernihkan kembali hubungan kita yang dulu.Kita bina keluarga bahagia.Awak lahirkan ramai anak untuk saya supaya kita menjadi keluarga bahagia."ujar Izaril sekali lagi tetapi kali ini bersama penjelasan.

Melissa tergamam.Dia berdiri lantas meninggalkan Izaril yang kelihatan seperti terkejut.Tanpa dia sedar mutiara jernih menitis ke pipi.Tangisan yang kecil tiba-tiba menjadi sendu yang teramat.Dengan sekuat hati Melissa menjerit ke arah tasik.

"IZARIL AIDIL !!!!!!!!!!!!!!

***************************

Izaril terkejut dengan tindakan drastik Melissa.Puas dikejar gadis pujaan hatinya itu tetapi gadis itu lesap entah ke mana.Izaril mula menapak ke kereta yang diparkir di bahu jalan.Dia memasuki perut kereta lantas meraup wajahnya.Wajah Melissa kembali terlayar di ruang mata.Senyuman serta gelak tawa gadis itu benar-benar membuatkan Izaril tidak keruan bila memikirkannya.Pergaduhan yang terjadi di antara mereka kembali menjengah di ruang ingatan.

"Awak tahu tak hubungan tanpa restu kedua ibu bapa itu tak akan bahagia.Kenapa susah sangat nak faham nie."Melissa mula meninggikan suara.

"Tapi kita saling mencintai itu semua sudah cukup untuk kita hidup bahagia."Izaril meraih tangan Melissa cuba untuk memujuk gadis itu.

Melissa mengusap wajah Izaril lelaki yang pertama berjaya membuka pintu hatinya di saat dia tidak mempercayai kaum lelaki disebabkan perbuatan ayahnya pada ibunya beberapa tahun lalu.

"Itu semua tidak cukup Izaril.Hidup tanpa restu Allah ini umpama layang-layang yang terputus talinya.Ya,betul memang kita saling mencintai tapi itu semua tidak bermakna kita boleh bersama.Semuanya ditentukan oleh Allah.Jodoh,pertemuan,ajal dan maut semua di tangan Allah.Saya harap awak faham."ucap Melissa perlahan seakan-akan memujuk Izaril untuk menerima hakikat yang hubungan mereka tidak panjang.

Izaril mengeluh berat.Bukan mudah untuk dia melepaskan Melissa.Semua itu terlalu berat buat dia mungkin bagi Melissa bila dia melepaskan gadis pujaan hatinya itu semuanya akan selesai.Keadaan itu benar-benar rumit.Dia benar-benar tersepit di antara cinta kekasih dan cinta ibu.Jika jodoh ibunya itu berkelakuan baik mungkin dia boleh pertimbangkan tetapi .... argh malas dia ingin ingat kepada perempuan itu.

Izaril melepaskan pegangan tanganya terhadap Melissa.Tangannya mengusap lembut lembut air mata yang mengalir di pipi lembut itu.Dia tahu bukan mudah jugak untuk Melissa berpisah dengan dia.

"Kalau itu yang boleh buat awak bahagia saya rela."ucap Izaril perlahan.

Melissa mula mengatur langkah meninggalkan Izaril.Mutiara jernih yang mengalir dikesat perlahan.Bukan itu yang Melissa harapkan tetapi jika ini yang terbaik dia redha.Izaril terjelepok melihat Melissa pergi daripadanya membuatkan dia seperti berputus asa.Wanita pujaan hatinya itu terluka kerana dia.Pedihnya menusuk hingga ke kalbu.

Lamunan Izaril tersentak apabila mendengar pintu keretanya ditutup.Pandangannya dihalakan ke arah Melissa yang kini berada di sisi.Fikirnya Melissa sudah pergi tetapi sangkaanya meleset.

"Kenapa awak kembali ?"ujar Melissa bersama sendu yang masih bersisa.

"Kerana saya cintakan awak Melissa dan saya jugak percaya yang awak masih cintakan saya."jawab Izaril sambil menundukkan kepala.

"Awak pasti ke yang saya masih cintakan awak ?"balas Melissa bersama senyuman sinis.

"Kalau awak tak cintakan saya awak takkan simpan semua gambar-gambar saya ketika kita bersama."jawab Izaril.

"Buktikannya."Melissa memandang Izaril.

Izaril menyeluk poket seluarnya.Melissa tergamam saat melihat telefon bimbitnya berada di tangan Izaril.Sepantas kilat dia mencari-cari di dalam beg sandangnya tetapi tidak ada.Matanya mencerlung ke arah Izaril.

"Jika awak tidak cintakan saya awak takkan letak wallpaper di handphone awak nie gambar saya."jawab Izaril sambil tersengih.

"Kembalikan !"ujar Melissa sambil tangannya cuba mencapai barang miliknya kembali.

Izaril menyorokkan telefon bimbit tersebut di belakangnya.Melissa mula menarik muncung.Barang milik peribadinya kini sudah bocor.Baru dia ingat nak merajuk lebih lama dengan Izaril tetapi lelaki itu dengan mudah sahaja mengetahui yang dia masih mencintainya.Izaril tersengih.Benar tekaanya yang Melissa masih mencintai dirinya.

"Nah ambil la."ujar Izaril lantas menghulurkan telefon bimbit Melissa kembali.

"Ibu awak boleh terima dah ke hubungan kita ?"soal Melissa sambil ligat tangannya membelek telefon bimbit kesayanganya itu.

"Entah ! Boleh terima dan kod."jawab Izaril acuh tak acuh.

"Ish apa yang berkod-kod nie serius la."Melissa mula naik angin orang tanya baik-baik dia buat main-main pulak.

"Boleh terima dah mungkin."Izaril masih dengan jawapannya sebentar tadi.

"Awak nie serius boleh tak ?"Melissa membentak geram.

"Hish dulu ibu saya tak terima sebab dia dah ada menantu pilihan sekarang dah tak ada jadi dia tak ada alasan untuk tidak menerima awak lagi.Lagipun siapa yang tak nak menantu cantik dan baik macam nie."Izaril mula naik daun.

Melissa mula merasakan wajahnya yang kini mula membahang.Sepantas kilat wajahnya dipalingkan ke luar tingkap melihat gerimis yang mula turun.

"Malu ke."ucap Izaril cuba menyakat Melissa.

PANG !!!

Penampar Melissa mengenai bahu Izaril.

"Aduh !"Izaril mengaduh kesakitan.

"Tu la siapa suruh gatal lagi kan dah kena."ujar Melissa dengan ketawa jahatnya.

"Awak tahu tak sakit !! "jawab Izaril lantas mecubit pipi Melissa.

"Aduh ! Sakit la awak."Melissa meraung kesakitan.

Mereka sama-sama menggosok bahagian yang sakit.Melissa mengeluh perlahan.

"Kenapa nie ?"tanya Izaril hairan.

"Saya lapar la awak.Awak tak lapar ke ?"soal Melissa dengan wajah yang sengaja dibuat comel.

"Tadi orang ajak makan dia tak nak siap lari lagi."jawab Izaril sambil ketawa.

"Ish tadi terkejut.Sekarang tiba-tiba je rasa lapar."beritahu Melissa manja.

"Kalau macam tu apa kata awak masak kita makan sama-sama kat taman rumah awak."Izaril mula memberi cadangan yang difikirkan agak bernas.

"Okey jugak.Lagipun boleh buat masakan yang ada dekat Malaysia.Dah lama tak makan berdua kan ?"ucap Melissa dengan wajah gembira.

"Berdua ??"Izaril menjongketkan keningnya dua tiga kali.

Melissa menutup mulut.

'Aduh macam mana aku boleh terlepas cakap nie.'Melissa memarahi dirinya sendiri.

"Errr jom la beli bahan takut nanti pasaraya tutup."Melissa mula menukar topik.

Tanpa memberi sebarang reaksi Izaril menghidupkan enjin dan kereta Lamborghini Sesto Elemento milik Izaril mula meluncur laju ke jalan raya.

***************************

"Awak ibu saya kol."beritahu Izaril kepada Melissa.

"Kejap !!!"laung Melissa dari arah dapur.

Terkocoh-kocoh Melissa berlari mendapatkan Izaril yang berda diluar rumah.Biasa la rumah orang bujang mana boleh bagi lelaki bukan muhrim masuk tak manis orang lihat.Handphone bertukar tangan.Dengan rasa gementar Melissa meletakkan handphone tersebut di cuping telinga.

"Assalamualaikum tengku puan."Melissa mula memberi salam.

"Waalaikumsalam Melissa.Tak payah la bertengku-tengku dengan ibu kan sebentar lagi Melissa nak jadi menantu ibu."beritahu tengku puan kepada Melissa.

Melissa yang mendengar suara tengku puan itu berasa ingin rebah.Lembutnya suara tengku puan.Terasa dirinya disayangi seperti anak sendiri.

"Melissa masih di sana ?"tanya tengku puan.

"Eh tak lah tengku ops ibu Melissa ada je nie.Entah Izaril tak cakap apa-apa pun."beritahu Melissa lantas matanya mencerlung ke arah Izaril yang hanya tersengih.

"Owh sebenarnya ibu telefon nie sebab ibu nak beritahu yang ibu dah izinkan Izaril berkahwin dengan Melissa.Majlis akad nikah boleh buat di Korea.Nanti ibu dengan ayah turun sana.Lagipun rasanya dah lama tak jalan-jalan dekat Korea."beritahu ibu lagi.

"Bagus jugak tu ibu boleh kami berbulan madu terus."jawab aku sambil mengiyakan cadangan ibu.

"Jadi lepas nie ibu boleh dapat cucu cepat la."terdengar suara tengku puan tergelak kecil.

Muka Melissa mula membahang.Macam mana la dia boleh terlepas cakap macam tu nampak sangat yang dia nie gatal.

"Err tak apalah ibu Melissa nak tengok lauk kat dapur takut nanti hangit."cepat-cepat Melissa mengubah topik.

"Iyalah.Nanti ibu telefon lagi assalamualaikum."ujar ibu.

"Waalaikumsalam."Melissa menjawab salam yang diberi.

Telefon mula bertukar tangan.

"Borak apa dengan ibu ?"soal Izaril ingin tahu.

"Adalah."Melissa mula mengatur langkah ke dapur.

*************************

"Aku terima nikahnya Melissa Aliya binti Johari dengan mas kawin RM 1234 dan senaskah Al-Quran tunai."Izaril melafazkan ijab kabul.

"Sah ?"

"Sah !"

Alhamdulillah akhirnya kami telah disatukan dengan hanya satu lafaz sahaja.Mutiara jernih mengalir di pipi.Izaril berhadapan dengan Melissa pantas menyarungkan cincin ikatan.Melissa meyalami tangan suaminya.

"Nanti malam pertama kita semestinya di Korea."ujar Izaril sambil menguncup hangat dahi isterinya.

Wajah Melissa membahang.Sepantas kilat tangannya dilayangkan ke bahu suaminya itu.

"Aduh !!"raung Izaril sambil tangannya menggosok-gosok bahunya.

Suasana di dalam masjid itu gamat dengan gelak ketawa.Lucu sangat melihat adegen yang tidak disangka oleh mereka semua.Izaril memeluk Melissa.Dia bahagia sangat.Semoga mereka bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.Amin ...
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Mango Cheese Cake

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 18:39 Komen : 1 Tag :

Bahan-bahan ( 10 slice )

  • 250 g cream cheese ( apa jenis pun boleh )
  • 200 ml whipping cream ( 1 kotak kecil )
  • 3 sb tepung gandum
  • 3 sb yogurt ( perasa manggo )
  • 4 sb gula
  • 2 biji telur B
  • 1 pek biskut oreo kecil
  • 3 sb minyak

Cara-cara

  1. Panaskan oven. 150 c . biskut oreo di asingkan cream...cream dimasukkan ke dalam blender
  2. biskutnya dihancurkan halus. gaul dengan 3 sb minyak
  3. kemudian, padatkan ke dalam loyang bulat. loyang mesti dilenserkan dengan minyak...tekan dengan padat supaya biskut tidak berderai bila dipotong
  4. semua bahan2 lain dimasukkan ke dalam blender dan dikisar ( 3 - 5 minit )
  5. tuangkan semua bahan yang diblend ke dalam loyang tadi secara perlahan-lahan.....
  6. senangkan...:) akhir sekali bakat dalam oven selama 20 -25 minit. tengok permukaan cheese. Bila dah kekuningan, kira ok le tu....
  7. keluarkan..ada lebihan yogurt tadi tu, just sapu je.. bolehlah dihiaskan dengan apa2 saja. nak letak manggo ka, strawberry ka, blueberry ka...
  8. masukkan dalam peti sejuk:)....senang kan...siap. rugi sapa tak cuba resepi yang senang dan mudah nih

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Cheese Tart

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 20:49 Komen : 1 Tag :

Bahan-bahan ( 18 biji )

  • **Pastri**
  • 70g butter
  • 50g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 110g tepung gandum
  • 15g almond powder
  • beberapa titik esen vanila
  • **Filling**
  • 50g cream cheese
  • 100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur(saiz m)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil corn starch
  • 50ml fresh cream

Cara-cara

  1. Cara buat pastri. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.
  2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih
  3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.
  4. Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.
  5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.
  7. Pastri
    Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.
  8. Cara buat filling Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  9. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  10. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.
  11. Pastri2
    Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.
  12. Cheesetart1
    Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.
  13. Creamtart2
    Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

FizGraphic[dot]com

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 20:29 Komen : 1 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Business Card / Namecard 1 Side

Business Card / Namecard 2 side

FizGraphic[dot]com menyediakan perkhidmatan Business Card / Namecard dengan harga yang berpatutan.Pelbagai jenis design mengikut citarasa anda boleh diutarkan kepada FizGraphic[dot]com.

Antara tempahan yang telah dibuat mengikut design pelanggan :

Pelanggan pertama

Pelanggan kedua

Pelanggan ketiga

Pelanggan keempat

Pelanggan kelima

Harga ?? Jangan risau yang pasti berpatutan dan berbaloi.Inspirasikan design kad anda di FizGraphic[dot]com.


Untuk melihat lebih banyak tempahan daripada pelanggan boleh klik di bawah.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Infigacy

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:38 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...




Infigacy menjual pakaian serta hijab buat semua muslimah dengan pelbagai jenis corak dan style dan harga yang diletakkan amat berpatutan.


Antara design dan style baru untuk kali ini :

Amany Jubah Dresses

Supermagic Shawls

Twinkle Shawls

Sprinkle Shawls

Foxy Dresses

Harga ?? Jangan risau yang pasti murah dan berbaloi.Banyak lagi style dan warna yang disediakan.
Untuk tempahan boleh pergi ke https://www.facebook.com/Infigacy

Klik link di bawah untuk lihat lebih banyak design dan warna.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Madeleines

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 16:48 Komen : 1 Tag :

Bahan-bahan ( 18 biji )

  • 80g tepung
  • 1sudu kecil baking powder(BP)
  • 80g mentega tanpa garam
  • 80g gula
  • 2 biji telur
  • 2 sb susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Ayak tepung, BP dan garam
  2. Cairkan mentega dengan microwave selama 1 minit
  3. Letak telur dalam mangkuk dan pukul dengan hand mixer selama 5 saat. Masukkan gula dan pukul sehingga kembang
  4. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
  5. Masukkan susu dan mentega cair dan kacau lagi
  6. Masukkan dalam acuan. kemudian bakar dengan microwave pada suhu 600W selama 1 minit - 1minit 20 saat.
  7. ** Acuan tu boleh juga pakai muffin cup

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Puding Trifle

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 16:54 Komen : 3 Tag :

Bahan-bahan ( 5-7 )

  • 1 tin susu cair
  • 1 sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA !!

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Kuih Seri Muka

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 20:01 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Bahan-bahan ( Loyang 24cm@91/2 inch )

  • Bahan bawah
  • 2 cawan beras pulut*
  • 75ml santan pekat
  • 225 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • Bahan atas
  • 2 biji telur
  • 125ml santan pekat
  • 75ml air
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • ¾ cawan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1/8 sudu teh pewarna hijau*

Cara-cara

  1. Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih.
  2. Beras pulut yang telah dibasuh bersih dan ditoskan dicampurkan dengan santan, air dan garam dikacau sebati.
  3. Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati. Sambung mengukus dalam 10 minit.
  4. Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastic, tekan mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan.
  5. Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus.
  6. Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati dalam kurang lebih seminit. Warna hijau adalah bergantung kepada citarasa masing. Sekiranya suka hijau pekat maka warna boleh dilebihkan.
  7. Kuihserimuka
    Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit. Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum di potong untuk dihidangkan.
  8. Measurecup
    Nota: Sukatan beras pulut, menggunakan measuring cup, pada paras senggat bawah, bukan penuh. Sekadar mengurangkan 50ml. Rujuk gambar.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Ayam Percik Kelantan

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:40 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Selamat Mencuba !!


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Own Design Book

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 14:15 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ....


Own Design Craft menjual buku nota hiasan pilihan sendiri dengan harga yang berpatutan.

Antara tempahan yang pernah dihasilkan

Buku buat kawan

Buat customer Areda

For her birthday

For Nurasyikin

For Nurdaliela

Harga ? Jangan risau.Yang pasti murah dan berbaloi.
Untuk tempahan boleh pergi sini https://www.facebook.com/owndesignbook

Klik link di bawah untuk lihat lebih banyak tempahan

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Resepi : Kek Keju

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 20:23 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Malam nie Nurul nak share resepi kek keju dengan korunk semua mana tahu ada yang suka makan kek keju boleh lah try buat kat rumah.

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 50g mentega tanpa garam
  • 80g gula halus
  • 3 biji telur -asingkan kuning dan putih
  • 80cc fresh cream
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 40g tepung roti
  • 40g dry fruit
  • sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi
  2. Masukkan sebiji demi sebiji, diikuti dengan fresh cream dan lemon jus
  3. Masukkan pula tepung roti dan gaul sehingga sebati
  4. Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang. (Bila diterbalikkan telur tak jatuh)
  5. Masukkan dry fruit ke dalam telur putih dan kacau sebati
  6. Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Gaul sebati.
  7. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 40-45 minit. Loyang tu mestilah diletakkan dalam dulang yang berisi air
  8. Setelah masak. Ayaklah gula aising ke atas kek tadi

Itu adalah antara bahan yang diperlukan untuk membuat kek keju.Mudah,senang dan sedap.SELAMAT MENCUBA !!

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Segmen Exchange Link !! 24 Hours by Nurul's Nizam

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 18:31 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Petang nie Nurul nak buat satu segmen kecil-kecilan untuk para blogger.Kebanyakkan blogger mesti tahu main klik iklan kan so untuk kasi korunk punya earning naik mendadak joinlah segmen nie.

Syarat-syarat :

Tarikh tamat penyertaan pada 5 September 2013 jam 6.10 petang.Peserta akan dipublishkan esok.Semua wajib klik iklan orang lain supaya tidak berlaku sebarang penipuan.Sila JUJUR.Allah Maha Melihat apa yang anda buat.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Mood At School

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:33 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...


Selamat petang semua.

Macam mana hari anda dekat sekolah ?? Okey atau tidak ?? Kalau mood Nurul dizzy today.Banyak benda kena fikir sampai terbawa-bawa kat sekolah.Pada kawan-kawan yang sabar melayan kerenah Nurul hari nie thanks sangat-sangat dan kepada yang kena marah tu sorry okey.Bila pergi sekolah nie Nurul rasa semua masalah yang ada dalam kepala seolah-olah ringan sedikit semuanya disebabkan bantuan rakan-rakan seperjuangan.

Awal pagi tu mood Nurul memang gloomy macam gambar kat atas tu tapi bila dah rehat dia mula la start dizzynya.Study kat sekolah tadi pun dah macam orang terpaksa pun ada.Apa cikgu suruh semua buat apa kawan-kawan cakap semua Nurul angguk macam burung belatuk.Bila loceng balik bunyi je KRING !!!!! mood terus berubah jadi chipper punya la tak sabarnya nak balik.Macam tu la rutin budak sekolah macam Nurul nie.

Apa pun thanks sebab sudi baca okey.Nanti kita baca entry seterusnya lagi.Wassalam ...



A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^