Malindo's Steak Haus

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 21:35 Komen : 0 Tag :
29/09/2016
Assalamualaikum !


Hai semua.Long time no see haa.Biasa la Nurul sekarang sibuk dengan study dan Insyaallah Nurul akan praktikal tak lama lagi.So today Nurul nak share dengan korunk semua terutama kepada penggemar makanan steak la kan.Ini adalah salah satu daripada tempat steak yang wajib korunk cuba.Rugi bagi sesiapa yang tidak mencuba terutama kepada penggemar steak.
Apa yang special di Malindo's Steak Haus?First sekali kalau kita nak makan mesti la survey harga dulu kan,tambah-tambah Nurul pulak as a student duit poket bukan tebal sangat so kedai mana yang murah dan sedap kedai tuhh la jadi sasaran ketika perut menjerit menginginkan makanan steak.Berdasarkan pemerhatian Nurul kebanyakkan kedai steak nieyh harga memang agak membotakkan kepala jugak la sampai satu tahap rasa macam malas nak makan steak.
Lain pula dekat Malindo's Steak Haus,kebanyakkan menu yang disajikan memiliki harga yang berpatutan.Jadi for student or anyone yang suka makanan steak boleh la p try kat Malindo's Steak Haus.Bajet as student yang gemar makan steak cuma RM20.00.Order la apa yang kau nak order sekali dengan air.Balik rumah gerenti perut dah buncit kekenyangan.
CHICKEN CHOP - RM8.90
MOROCCO CHICKEN RICE - RM11.90
SIZZLING CHICKEN - RM13.90
CHICKEN FIESTA - RM13.90
Malindo's Steak Haus juga ada promosi sepanjang pukul 1.00 tengah hari sehingga 6.00 petang.Nak tahu tak apa promosinya?Mereka akan memberikan air percuma kepada pelanggan yang makan atas daripada harga RM10.00.Yang lagi bestnya air tuhh ikut suka korunk.Pilih jea nak air apa semua diorg bagi percuma tapi hanya dengan harga atas daripada RM10.00.
Sementara promosi masih berlansung nieyh apa kata kita ramai-ramai p serbu biar tauke kedai garu kepala sebab tak cukup tangan.Baru depa taw sapa kita hahahahahahahaha.Kalau nak p tuhh roger-roger la Nurul mana tau kowt-kowt ada rezeki kita selpi-selpi ka kan?
Kedai nieyh beroperasi dari pukul :
Isnin-Khamis : 1.00PM hingga 1.00AM
Jumaat : 3.00PM hingga 1.00AM
Sabtu-Ahad : 1.00PM hingga 1.00AM
Sebarang Tempahan / Booking boleh call talian 017-3868413
Mai kita ushar customer-customer yang dah sampai dekat page Malindo's Steak Haus
Malindo's Steak Haus nieyh alamat dekat dengan Jalan Nirwana 37,Taman Nirwana,Ampang,Kuala Lumpur
Sekarang nieyh zaman teknologi moden pakai ja Google Map.Kalau tak jumpa call jea tauke dye kata hampa nak p satu lori gerenti dia bagi direction hahahahaha...
Nanti kalau dah sampai jangan lupa roger-roger.Kalau sesat jugak tuhh gerenti dah fone hampa rosak tak pown alamat salah.Nanti share-share la pengalaman sampai sana.Biar yang lain pulak teringin nak sampai.
Cuba jangan tak cuba!!!!

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Cinta,Kasih Sayang Dan Minat......Bezanya??

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:52 Komen : 1 Tag :
23/08/2016
Assalamualaikum !

  • A HEART THAT LOVES IS ALWAYS YOUNG

Hai semua.So story morry merry kita hari ini ialah Cinta,Kasih Sayang Dan Minat...Bezanya??Ramai antara kita confuse tentang ketiga-tiga nieyh kan dan salah seorangnya Nurul sendiri.Sometimes Nurul rasa macam Nurul TERjatuh cinta pulak kat abam-abam handsome nieyh.Tapi mungkin itu hanya minat sementara kerana begitu teruja melihat ciptaan Allah yang indah pada manusia.

Okeyh sekarang masanya untuk kita tanya Mr.Google kita apa yang dia faham pasal semua nieyh :

CINTA
  • Cinta bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan merasakan dialah segalanya.

KASIH SAYANG 
  • Kata kasih dan sayang itu mengundang pengertian yang sangat luas.Yang dimaksudkan dengan kasih sayang di sini bukan sekadar hubungan cinta dan asmara di antara laki-laki dan perempuan sahaja.Namun lebih bersifat universal.Sehingga hal ini bisa terjadi terhadap sahabat,saudara,keluarga dan lain-lain.Dan yang perlu ditekankan adalah,bahawa kasih dan sayang yang tulus itu selalu punya sifat yang ikhlas dan lebih banyak memberi dan menerima.Kepentingan diri sendiri sering dinomor duakan demi memberi kebahgiaan padam orang yang dikasih dan disayanginya.
MINAT
  • Hurlock (1993) menjelaskan bahawa minat ialah sumber motivasi yang mendorong seseorang untuk melakukan apa yang ingin dilakukan ketika bebas memilih.
So dekat atas itu adalah pengertian daripada Mr.Google.Tapi dalam ketiga-tiga jenis tuhh yang paling aggresive ialah MINAT,itu apa yang Nurul nampak la.Jadi pada pendapat korunk pulak apa maksud disebalik tiga perkataan di atas.Share la kefahaman korunk tentang nieyh dengan Nurul,biasa la Nurul bukan arif sangat bab-bab semua nieyh.

Disebabkan Nurul takut terkeliru dengan perasaan Nurul sendiri Nurul try la jadi detective conan kejap untuk mengenal pasti isi di dalam hati ini ops terjiwang pulak.Jadi kepada sesiapa yang tahu maksud kefahaman masing-masing bolehlah share dengan Nurul supaya ramai lagi yang jelas dengan maksud yang sebenar-benarnya.

Ini sahaja perbincangkan kita harinie.Kalau ada sesiapa yang nak mintak Nurul bincangkan sesuatu perkara dan memerlukan pendapat boleh tinggalkan komen di cbox atau di comment box.Insyaallah Nurul akan cuba bincangkan dan bagi pendapat.Yang baik itu semua dari Allah dan yang buruk iti dari Nurul sendiri.Sehingga kita berjumpa lagi di next writting bye......

p/s : Kepada sesiapa yang inginkan Nurul berkarya kembali dalam bidang penulisan cerpen atau e-novel boleh comment ya,sebab sekarang Nurul nak tengok berapa banyak yang setuju untuk Nurul teruskan bidang nieyh.Terima kasih atas sokongan.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Kahwin Muda

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:46 Komen : 1 Tag :
23/08/2016
Assalamualaikum !

Kredit to Blog Kerana Manisnya Epal from Mr.Google

Setiap wanita mengimpikan pasangan mereka untuk datang membawa lamaran kepada dirinya.Tetapi pada usia yang baru menginjak remaja adakah semua itu keseronokkan atau sebaliknya?Menghalalkan sesuatu perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah dituntut oleh agama Islam.Ini kerana untuk menggelakkan maksiat berlaku di antara pasangan tersebut.

Bila tamatnya pembelajaran SPM (18tahun) semua orang akan sibuk bertanyakan dimanakah ingin belajar?Tetapi jika seseorang induvidu itu tidak ingin meneruskan pembelajaran (terutama wanita) sesetengah induvidu pasti akan mencadangkan perkahwinan.Sebenarnya perkahwinan usia muda bukannya salah tetapi setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pada usia muda mesti faham dan belajar sepenuhnya tentang tanggungjawab dalam rumahtangga.

Pada pendapat Nurul la kan,kahwin muda nieyh sebenarnya bukan paksaan.Kahwin nieyh biarlah rela dari kedua-dua belah pihak.Jangan hanya satu pihak sahaja beria-ria nak berkahwin sedangkan satu pihak lagi masih belum puas enjoy hidupnya.Tidak berjaya meneruskan pembelajaran bukan penamat bagi seseorang induvidu,mungkin ada rezeki lain yang telah ditetapkan oleh Allah.Kita sebagai hambanya hendaklah berusaha mencari rezeki itu.

Ramai kawan-kawan Nurul yang sama umur dengan Nurul yang sudah mendirikan rumahtangga dan sudah bergelar tunangan orang.Tahniah Nurul ucapkan buat diorg dan Nurul doakan diorg kekal sehingga ke Jannah.So apa pendapat korunk pasal kahwin muda nieyh?Kalau orang tanya Nurul Kenapa tak kahwin jea kalau dah tak boleh sambung belajar? Jawapan Nurul ialah Nurul belum puas hidup dengan keluarga Nurul lagi.Hahahahahaha senang jea jawapan Nurul.Buat masa sekarang Nurul tak terfikir lagi untuk berkahwin.My planing future to graduate my study first and make my family proud of me.After I get my job dan ekonomi Nurul stabil mungkin waktu itu baru Nurul fikir pasal nikah dan kahwin nieyh.

So share la dengan Nurul apa pendapat korunk pasal kahwin muda nieyh dan kepada yang dah berkahwin pada usia muda share la kehidupan korunk macam mana.Sebab Nurul tertanya-tanya macam mana kehidupan selepas kahwin pada usia muda.Sampai kita jumpa lagi pada penulisan Nurulyang seterusnya.Yang baik semua dari Allah dan yang buruk dari Nurul sendiri.Jumpa lagi semua bye.......

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Persahabatan Bertukar Menjadi Permusuhan

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:19 Komen : 4 Tag :
22/08/2016
Assalamualaikum !

Hai guys.So harinie Nurul nak bincangkan sedikit tentang Persahabatan Bertukar Menjadi Permusuhan.Actually persahabatan nieyh satu ikatan yang sukar untuk dicari tetapi amat mudah untuk dihancurkan,pada pendapat Nurul la.Nak cari seseorang yang boleh ada waktu kita susah nieyh memang susah kecuali ibu dan ayah.Tapi kalau waktu senang ramai jea yang mengaku kita sahabat,kawan baik,intan berlian dan sebagainya la.

Now Nurul nak kongsi sikit pengalaman Nurul pasal hal nieyh.First time Nurul study dekat KL for the first semester,waktu nieyh serius sedih gila sebab Nurul nieyh anak mak so kali pertama jauh daripada parents memang rasa keseorangan gila la.Oke back to our topic,Nurul ada kenal seorang gadis muda yang sebaya dengan Nurul (19 tahun) dan kami mula jadi kawan.Banyak kisah dia yang Nurul tahu.Kami saling bertukar-tukar cerita,kongsi itu ini sehinggalah satu tragedi yang berlaku membuatkan persahabatan kami bertukar kepada permusuhan yang berkekalan sampai sekarang.

Pada pertengahan semester ketiga,dia telah membuat satu keputusan untuk berpindah tempat belajar dan until no we are not meet each other.Semua perkembangan dia Nurul masih ambil tahu daripada orang-oramg tertentu,pada mulanya tetapi sejak beberapa masa yang lalu Nurul ambil keputusan untuk stop ambik tahu pasal dia.Bukan sebab Nurul bencikan dia tapi sebab Nurul dah cukup terluka.Bila ingat balik sebab dia sisihkan Nurul dari hidup dia Nurul terluka.

Sometimes Nurul memang rindukan kenangan Nurul dengan dia tapi apakan daya,hanya Allah yang tahu semua yang terjadi nieyh.Tapi Nurul pecaya semua yang terjadi pasti ada hikmah.Apa yang Nurul harapkan sekarang semoga dia menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya dunia serta akhirat amin....

Sampai sini jea la dulu coretan Nurul kali ini.Kongsikan la pendapat dan pengalaman korunk dengan Nurul.See you all for the next writting.Thanks for spent time to read all my writting.Yang baik semua dari Allah dan yang buruk datangnya dari Nurul sendiri.Jumpa lagi semua bye.....

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Long Time No See

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 20:57 Komen : 0 Tag :
21/08/2016
Assalamualaikum !

Hai semua.Dah lama rasanya tak menulis kat sini.Do you miss me my reader?I really miss you all.Miss all your comment,opinion and support.Thanks kepada yang masih support Nurul dalam dunia blogger nieyh sama ada secara lansung atau tidak langsung.Serius Nurul katakan yang Nurul terlalu rindukan dunia berkarya tapi apakan daya masa tidak mengizin untuk Nurul terus berkarya di sini.

Selama bertahun,berbulan,berminggu dan berhari nieyh dah banyak benda yang Nurul alami.Pelbagai jenis pengalaman,kenalan,suka atau duka yang Nurul terpaksa tempuh sepanjang tempoh yang lama nieyh.Insyaallah sementara semester break I try to countinue my writting in this blog.Nurul akan cerita semua benda yang Nurul hadapi sebelum-sebelum nieyh dan sesiapa yang jadi silent reader Nurul tolonglah bagi opinion.Everyone can change right?Maybe with your opinion I will try to change to be more better person.

Share la pengalaman korunk semua dengan Nurul mana tahu pengalaman kita sama dan mungkin kita boleh jadi sahabat dalam dunia maya nieyh kan?Apapun thanks sebab still follow perkembangan penulisan Nurul.Sampai jumpa lagi guys for my next writting.....

Bye...

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

NURRASYA BEAUTY PRODUK

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 02:58 Komen : 0 Tag :

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.Pagi yang indah nieyh Nurul nak share dengan korunk produk buatan muslim yang dikatakan sebagai MESRA WUDHUK.

Selalunya ramai muslimah tercari-cari produk yang mudah dan senang untuk dibawa solat terutamanya dibahagian alat mekap.Biasa la zaman sekarang kan banyak pakai chemical so sekarang nieyh jangan risau kerana kita sudah ada produk yang mesra wudhuk.Insyaallah lepas nieyh kita bley wudhuk tanpa was-was lagi.

Cakap punya panjang produk apa yang Nurul nak katakan sebenarnya.Produk nieyh pengasas dia tak lain dan tak bukan  muslimah Nur Aini Bt Zolkepli.Produk yang telah diberi nama sebagai Nurrasya Beauty Product dengan tagline "Berwudhuk kini tanpa was-was"

Disebabkan sekarang dah dekat nak raya kan so diorg tengah adakan promosi secara besar besaran.Jadi tunggu apa lagi.Mai la kita ajak satu family p borong produk Nurrasya Beauty.Lepas nieyh kita boleh berwudhuk tanpa was-was lagi.

Berminat boleh contact saya sendiri sebagai dropship di whatsapp 01114407819


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Cerpen : Kau Yang Terindah

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 22:59 Komen : 0 Tag :

Aku termanggu sendiri.Setiap satu kenangan kembali terlayar di ruang mata menyebabkan dada terasa sesak.Gelak ketawa dan pujukkan daripada nya menjadi halwa telinga aku saat ini.Jasad di depan aku menjadi tatapan.Seperti di dalam mimpi,suatu ketika wajah itu tersenyum mesra sambil memanggil nama aku tapi kini wajah itu pucat tanpa secalit senyuman.Air hangat tidak mampu mengalir lagi pada wajah aku saat ini.Dia telah kotakan janji dia untuk jadikan aku sebagai cinta terakhir dalam hidupnya.Wajah aku alihkan kepada Marisa.

'Dia tinggalkan aku Mar.Dia...dia..dia kotakan janji dia Mar.'

Sejurus ayat itu terluncur dari bibir aku,mutiara-mutiara jernih mula mengalir membasahi pipi aku.Aku tak kuat.Aku tak mampu teruskan hidup tanpa dia.Aku perlukan dia saat ini.Tapi kenapa dia tinggalkan aku?Kenapa dia biarkan aku hanyut dalam semua masalah ini?Kenapa dia pergi saat aku perlukan dia?KENAPA!!!!!??Setiap persoalan bermain di minda dan tanpa aku sedar aku mempertikaikan ketentuan Ilahi kepada diri aku.

'Qis aku ada surat untuk kau.Arwah titipkan sebelum dia pergi.'

Lama aku tenung Marisa.Kemudian pandangan aku jatuh pada surat di tangan dia.Perlahan-lahan aku berdiri,langkah aku atur.Baru beberapa langkah aku pandang belakang dan Marisa menjadi tatapan aku.

'Jangan pernah kau panggil dia dengan panggilan ARWAH.'

Aku sambung mengatur langkah.Sengaja aku tekankan perkataan arwah.Bagi aku dia belum tinggalkan aku atau sesiapa sahaja yang dia sayang.Dia masih mekar dalam hati aku dan sentiasa mekar dalam hati aku.Pintu biliknya aku sentuh.Perlahan-lahan aku pejamkan mata,mengumpul semangat.Jari jemari aku bergerak memulas tombol pintu.Langkah aku atur perlahan meneroka ke bilik dia.Katilnya tersusun rapi.Aku aturkan langkah ke katilnya sejurus punggung aku labuhkan ke birai katil.Aku biarkan mutiara jernih menyelusuri wajah aku.Aku sentuh bantal tidurnya dan terbayang wajah nya sedang tidur.Indahnya ciptaan Allah.Pandangan aku jatuh ke satu bingkai gambar.Gambar dia tersenyum bersama ahli keluarga nya.Jelas terpancar bahagia di wajah itu dan tanpa sedar aku mengoyak senyuman melihat keindahan tersebut.

Laci di sebelah katilnya aku buka.Buku kecil di dalam itu menarik minat aku.Helaian demi helaian aku buka.Tulisan itu aku sentuh.Terasa kehangatan di situ seolah-olah dia berada di sisi aku.

24 Mei 2015

Indahnya senyuman dia seindah nama nya Nur Qistina Batrisya bt Khairuddin.Terima kasih ya Allah kerana pertemukan aku dengan dirinya.Semoga semua nya akan menjadi seperti yang dirancang dan semoga dia adalah jodoh yang terbaik buat aku.

Helaian seterusnya aku selak.

30 Mei 2015

Airmata dia jatuh.Buat kali pertama aku nampak airmata dia jatuh.Aku rasa seperti sakit yang teramat apabila melihat keadaan dia seperti itu.Sabarlah sayang pasti akan ada keindahan di hujung penderitaan.

Coretan nya hanya berhenti di situ.Aku terus selak tapi yang menemani kertas putih itu hanya kosong.Tiada lagi dakwat yang terhias.Pen yang terselit di buku itu aku tarik.Aku pilih salah satu helaian putih bersih untuk aku hiaskan dengan dakwat di tangan aku.

6 Jun 2016(1 Ramadhan)

Kau pergi jua
Dari hidupku
Kini sendiri
Di hari-hariku

Saya rindukan awak Muhammad Qalish Badruddin b Rahim.Kenapa awak tinggalkan saya?Saya perlukan awak sekarang.Saya tak kuat Qalish.....saya tak kuat.Saya ucapkan terima kasih sebab kotakan janji awak untuk jadikan saya sebagai cinta terakhir awak walaupun dengan cara yang tidak terjangka oleh saya.Walaupun saya tak kuat tapi saya tetap doakan awak ditempatkan di dalam di kalangan orang-orang yang beriman.Awak sentiasa hidup dalam hati saya Qalish.Awak tunggu saya dekat sana ya,saya akan datang suatu hari nanti.

Yang merindukan awak,
Qistina

Pintu bilik dikuak dari luar.Wajah Marisa muncul di muka pintu.Aku usap mutiara jernih yang mengalir dan mengukir sedikit senyuman.

'Masuk la Mar.' pelawa aku.

Marisa mengatur langkah menghampiri aku.Tangan aku digenggam erat lantas tubuh aku didakap.

'Allah sayangkan dia Qis.Sabarlah.Semua nya sudah ditentukan oleh Dia.

Nasihat Marisa aku sambut dengan pelukan.Pelukan dileraikan.

'Ambil la surat nieyh.Baca bila kau dah bersedia Qis.Aku tahu kau kuat.Diorg semua dah nak pergi ke tanah perkuburan untuk kebumikan jenazah.Kau nak pergi?'

Surat bertukar tangan.Lama aku tatap surat pemberian terakhir arwah.Perlahan-lahan aku ukir senyuman walaupun aku tahu senyuman itu tidak ikhlas.Pertanyaan Mar aku jawab dengan anggukan.Buku dan pen yang aku pegang aku letakkan kembali ke tempat asal.Aku tatap suasana dalam bilik buat kali terakhir.Marisa menarik lembut tangan aku dan kami mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik arwah.Pintu bilik dia aku tutup perlahan.

Wajah ahli keluarga dia aku pandang.Aku menghampiri ibu nya lantas tubuh tua itu aku rangkul.Tersedu-sedu ibu dia menagis.

'Sabarlah ibu.Qis percaya semua nya ada hikmah.

Ucap aku perlahan.Walaupun pada hakikatnya aku juga tidak kuat untuk menghadapi semua nieyh.Sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan aku memimpin ibu nya.Ibu mana yang tidak pilu bila anak yang dikasihi pergi meninggalkan dirinya dahulu.Sesampai sahaja ke tanah perkuburan segala urusan diselesaikan oleh imam.Selesai sahaja pembacaan talqin ahli keluarga nya menyiram air bunga mawar.Wajah aku palingkan ke wajah tua ibu nya.

'Ibu dan yang lain pulang dulu dengan Marisa ya,Qis nak duduk sini sekejap nanti Qis balik.'

Beritahu aku perlahan.Ibu mengangguk perlahan.Tubuh aku didakap sebelum dahi aku dikuncup lama.Aku mengukir senyuman kepada ibu.Wajah tua itu kuncup sebelum langkah di atur ke Marisa.

'Mar kau hantar la diorg balik dulu nanti aku balik.'

Ujar aku kepada Marisa.Marisa mengangguk.Mungkin dia faham yang masa ini aku perlukan masa untuk bersendirian.Aku hantar mereka dengan pandangan kosong.Sejurus hilang kereta Marisa tanah yang masih merah aku hampiri.Surat yang di dalam kocek baju aku ambil dan perlahan-lahan aku buka.

Kekasihku Qistina,
Mungkin ketika awak baca surat nieyh saya dah tak ada atas dunia nieyh.Bukan niat saya untuk merahsiakan penyakit yang saya hadapi tetapi untuk melihat awak bersedih itu saya tak mampu.

Awak ingat tak kali pertama kita jumpa.Waktu tuhh awak garang sangat macam singa kelaparan hahahaha tapi awak tetap cantik dan ayu di mata saya.Bila dapat tahu awak sudi berkawan dengan saya waktu tuhh perasaan saya hanya Allah sahaja yang tahu.Habis jea kita belajar saya mula berkerja.Bukan tak nak sambung belajar tetapi saya nak simpan duit untuk kawin dengan awak.Setiap kali gaji saya simpan separuh duit gaji saya untuk kawin dengan awak dan akhirnya  niat saya termakbul.

Walaupun kita diijab kabul di hospital tapi saya tetap gembira.Wajah awak waktu tuhh berseri sangat.Cantik sangat bila awak pakai baju kurung putih yang saya beli tuhh.Ayu sangat buat saya tergoda, hilang sifat singa awak tuhh hahahaha.Awak yang terindah yang hadir dalam hidup saya Qistina.Terima kasih kerana membahagiakan diri ini walaupun saya tak sempat membahagiakan diri awak.

Jaga diri awak sayang.Cinta dan kasih sayang saya hanya untuk awak Nur Qistina Batrisya bt Khairuddin.Ingatlah sentiasa ayat Aku terima nikahnya Nur Qistina Batrisya bt Khairuddin dengan senaskah Al-Quran sah.

Suamimu,
Qalish

Mutiara jernih sudah lencun membasahi pipi.Aku pasrah.Allah sayangkan dia.Aku bahagia dengan dia walaupun seketika kerana dia sentiasa menjadi yang terindah buat aku.


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

Life Student

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:10 Komen : 0 Tag :

Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis dalam nieyh.Apapun SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua muslimin dan muslimat.Alhamdulillah masih diberi kesempatan menyambut bulan mulia walaupun sekarang terpaksa berpuasa berjauhan dengan keluarga.Bila dah jadi student nieyh baru kenal 'Nasi Bujang' tuhh rupa dye macam mana.

Disebabkan harinie hari ke-10 berpuasa so membe request suruh buat sambal sosej.Rembat ja larh macam mana pown asalkan rasa sambal hahahahaha.Masa pown dah hampir waktu berbuka.Aku ucapkan selamat berbuka la kepada semua yang berpuasa.Apapun selamat menjamu selera.Jangan makan kenyang sangat stgy jadi macam ular sawa melingkar hehehehe(Jangan marah nanti kurang pahala puasa)


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^