ѕαв∂α яαѕυℓυℓℓαн ѕ.α.ω

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 20:36 Komen : 0 Tag :
Sabda Rasullullah s.a.w," Seorang Muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain, ia tidak boleh menganiayanya, merendahkannya dan tidak boleh menghinanya. Cukuplah seseorang itu di anggap sebagai seorang yang buruk apabila ia menghina saudaranya sesama Islam". { HR : Muslim

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..

Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi,TETAPI namamu menjadi perbualan penghuni langit.......

"Biarlah kita diketawakan manusia kerana mengikut syari'at Allah,Asalkan tidak diketawakan syaitan kerana menjadi peneman mereka di neraka Allah" ~ Muhasabah diri

“Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik” (An-Nahl:125)

Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment