Kebahgiaan Dalam Kepahitan

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 21:12 Komen : 0 Tag :

Hujan mula turun membasahi bumi umpama air mata yang turun membasahi pipi aku ini.Teringat kembali kisah yang hanya berlaku seketika tadi.

'Sabar la Mimi jangan menagis macam nie'
'Kalau bukan sebab aku tinggalkan ibu tadi mesti semua nie tidak akan terjadi semua ini salah aku Lisa'

Sayup-sayup aku dengar orang membaca yassin di ruang tamu rumah aku.Orang yang paling aku sayang kini sudah pergi selamanya.Sedang asyik aku mengelamun tanpa aku sedari ada orang asyik memerhati aku.Kedengaran suara Bilal mengalunkan azan di surau yang berdekatan dengan rumah aku dengan perlahan aku bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk.Sesudah aku mengambil wuduk aku mendirikan solat isyak bersendirian tanpa ibu disisi aku lagi.Selesai solat aku mengangkat tangan lalu berdoa

Bismillahirrahmannirrahim
Ya Allah,
Hanya padaMu aku mohon ampunilah segala dosaku serta dosa kedua ibu bapaku jagalah mereka seperti mana mereka menjaga aku ketika kecil
Ya Allah,
Hanya padamu aku meminta berilah kekuatan kepada ku untuk menempuh segala dugaanMu ini sesungguhnya aku tidak kuat untuk menempuh semua ini seorang diri
Rabbanaatina fidunnia hasanah wafilakhirotin hasanah wakhinaazabannar amin ya rabbalalamin...

Sebulan selepas pemergian ibu tersayang aku diduga lagi dengan cubaan yang tidak mampu aku terima

'Hey perempuan engkau dengar sini kau tu tidak ada hak atas tanah mak kau nie berambus je la daripada sini susah sangat ke hah'
'Mak long Mimi merayu jangan halau Mimi daripada sini Mak long'
'Angah!!!!Kau kemas semua baju dia letak di luar lepas tu engkau serat perempuan ini keluar'
'Mak long Angah jangan buat Mimi macam nie tolong la lepaskan Mimi Angah'
'Hey Mimi sejak bila aku jadi Angah kau hah sekarang nie jugak kau berambus daripada sini'

Dengan air mata yang berlinangan aku tinggalkan rumah yang telah memberi aku seribu satu kenangan bersama ibu.Aku menuju ke rumah Lisa untuk tumpang di sana satu malam kemudian aku akan ke Kuala Lumpur keesokkan harinya.

'Assalamualaikum,Lisa ooo Lisa'
'Waalaikumsalam,Mimi masuk la'
'Lisa aku nak mintak tolong sikit dengan kau boleh'
'Boleh kalau aku boleh bantu insyaallah aku akan bantu kau'
'Aku ingin tumpag di rumah kau satu malam boleh'
'Boleh no hal tapi kenapa'
'Nanti aku ceritakan kepada kau'

Selesai sahaja aku ceritakan apa yang terjadi dan apa tindakkan aku seterusnya Lisa bersetuju ingin tumpangkan aku di rumahnya satu malam.Keesokan harinya

'Lisa aku pergi dulu ya terima kasih sebab tumpangkan aku'
'Tidak mengapa aku sudak bekalkan kau sedikit makanan harap cukup ya'
'Terima kasih aku pergi dulu assalamualaikum'
'Waalaikumsalam jaga diri baik-baik di sana'

Dua tahun sudah berlalu kini aku mahu pulang ke tanah air tercinta untuk melihat teman aku,Lisa.

'Assalamualaikum'
'Waalaikumsalam akak nak jumpa sape'
'Mama adik ada tak'
'Ada sekejap ya masuk la dulu'

Beberapa minit kemudian

'MIMI!!!!!'
'Hai Lisa apa khabar'
'Aku baik je kenalkan ini anak aku,Ain'
'Comel anak kau 
'Sekarang kau kerja apa'
'Sekarang aku kerja kecil-kecilan sahaja buka syarikat sendiri Syarikat Sakura Sdn.Bhd'
'Wah syarikat yang popular sekarang nie ke syarikat kau'
'Ya kenapa tidak percaya'

Lama kami berbual-bual dan Lisa menceritakan apa yang terjadi kepada keluarga Mak long

'Itulah Mimi mereka semua hilang macam itu saja lepas rumah dan tanah tu di jual'
'Sebenarnya aku dah tebus tanah dan rumah itu sebab Mak ngah yang beritahu aku apa yang terjadi'
'Sudahlah kisah lama tidak perlu dikenang lagi yang penting kau sudah berjaya sekarang ini kan'

Aku tersenyum sebenarnya aku tahu apa yang terjadi kepada keluarga Mak long.Pak long,Along dan adik telah meninggal dalam kemalangan jalan raya sementara Angah di tahan oleh polis kerana menjual dadah akhirnya Mak long dihantar ke rumah sakit jiwa kerana tekanan.Walaupun sudah banyak yang mereka lakukan kepada aku tetapi jauh di sudut hati aku ini aku dah lama maafkan mereka semua.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment