skip to main |
skip to sidebar
Sayu Hati Ini
Hai semua sedar tak sedar esok kita akan menyambut hari yang paling bermakna dalam hidup kita hari yang paling istimewa buat para wanita yang bergelar ibu 'SELAMAT HARI IBU' itulah ayat yang selalu diucapkan kepada anak-anak kepada semua insan yang berharga itu.Bila diingatkan balik dulu kita selalu cakap adik sayang ibu sangat-sangat itulah ayat yang paling indah bagi seorang insan yang bergelar ibu berungtunglah sesiapa yang mempunyai ibu tetapi bagi yang tiada ibu mereka akan sedih meratap hiba ketika orang lain berbahagia.Apapun kepada mama Nurul selamat hari ibu ma along sayang mama sangat-sangat.Dulu time kecik-kecik suka sangat bagi hadiah kalau ayah ada kat rumah tarik tangan ayah tu laju-laju sebab apa nak pergi cari hadiah kat ibu dapat cupcake pun jadi la asalkan ada hadiah tetapi bila sudah besar panjang masih lagikah nak buat macam itu masih lagikah nak cari ayah untuk ajak cari hadiah buat ibu rasanya memang ada tapi tidak semua hanya segelintir sahaja.Jika dahulu tiba saja hari ibu,ibu boleh berehat biar semua kerja kita yang buat tetapi itu dulu sekarang ada lagi ke macam itu.Semalam Nurul jejak kaki ke rumah orang tua-tua sayu hati melihat mereka semua menagis menunggu anak-anak datang untuk mengucapkan selamat hari ibu untuk memberi hadiah dan untuk memberi satu ciuman mesra juga ucapkan saya sayang mak tetapi harapan mereka semua hampa tidak ada seorang anak pun yang datang berjumpa dengan mereka.Mana anak-anak ketika mereka perlukan? mana anak-anak ketika mereka merindui?sakitnya melihat orang zaman sekarang perlakukan ibu mereka sebegitu rupa masih terasa pernah tak anda semua terfikir yang jika dulu diorang semua susah ada diorang hantar korunk ke rumah anak yatim?ada mereka jual korunk?ada diorang buang korunk seperti apa yang berlaku pada bayi-bayi sekarang?Tepuk dada tanya hati siapakah yang paling bermakna dalam hidup kita?siapakah yang paling berharga dalam hidup kita?siapakah mutiara dan berlian dalam hati kita?Ingat sekali ibu kita menagis kerana sikap kita maka membaralah api neraka.Jadi marilah sama-sama kita memohon ampun kepada ibu kita sempena hari ibu yang bakal menjelang kerana syurga di bawah tapak kaki ibu.
note : selamat hari ibu ma along mintak ampun mintak maaf kepada mama halalkan makan minum along dan doakan yang terbaik dalam hidup along ma sayang mama selamanya
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^
0 comments:
Post a Comment