Sakit Kepala Berlarutan

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:47 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum...

Masuk hari nie dah 4 hari kepala Nurul sakit berdenyut yang terlampau sehingga rasa seperti hendak muntah.Jadi Nurul ingat nak pergi klinik malam nie untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang sakit kepala yang Nurul hadapi sekarang.

Dekat sini jugak Nurul nak kongsikan 7 punca sakit kepala yang Nurul tahu harap bermanafaat kepada anda  semua

Menurut apa yang Nurul faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

nota hijau : Bagi sesiapa yang sering sakit kepala tu cepat-cepat buat check-up untuk ketahui lebih lanjut tentang kesihatan anda



A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment