BAB 7
Tepat saja jam 7 pagi,aku ditolak ke bilik pembedahan.Rasa takut mula menerjah.Aku tidak ingin mati sebagai isteri yang nusyuz tetapi aku takut bila aku tanya kepada Ikhwan,Ikhwan mungkin berfikir yang aku tidak percayakan dia.Air mata mengalir lagi.Aku benar-benar buntu saat ini.Salahkah aku meragui kesetiaan suami aku?Wajah Ikhwan terlayar di ruang mata.Bahagiakah aku bersama lelaki ini?Persoalan demi persoalan menerjah di ruang minda.Suntikkan vius sudah diberikan dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.
Selesai sahaja pembedahan mata dilakukan,aku diletakkan di wad untuk pemerhatian.Sudah hampir seminggu Ikhwan tidak datang melawat aku.Adakah dia sudah melupakan aku?Apakah dia bersama dengan wanita 'misteri' itu?Ah!Apa aku mengarut nie.Ikhwan suami aku dan aku wajib percayakan dia walau apa pun yang terjadi.
"Sayang."panggilan Ikhwan mengejutkan aku.
Apakah aku sedang bermimpi atau semua ini realiti?Aku mencubit pipi aku sediri.Aduh!Sakit la pulak dah.Terasa tangan Ikhwan mengusap lembut pipi aku.
"Kenapa sayang cubit pipi sendiri nie?"soal Ikhwan kehairanan.
Aku membisu.Titisan air mata mengalir.Secepat yang mungkin aku tutup wajah aku dengan selimut.Tidak ingin aku memberikan Ikhwan melihat wajah ini lagi.Perlahan-lahan Ikhwan meramas tangan aku.Sesungguhnya aku tidak mampu menahan semua ini lagi.Aku tidak kuat hadapi semua ini tanpa Ikhwan di sisi aku.Aku tidak ingin kehilangan Ikhwan.Aku terlalu cinta dan sayangkan Ikhwan.
"Maafkan Ikhwan,Chinta."itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Ikhwan buat masa ini.
Tangisan aku jelas kedengaran.Dalam sendu aku bersuara.
"Kenapa Ikhwan tinggalkan Chinta saat Chinta perlukan Ikhwan?Perlukah Ikhwan berbuat demikian?"aku mula menyoal.
Ikhwan masih membisu.Ketukkan pintu wad membuatkan aku dan Ikhwan tersedar daripada melayani perasaan sendiri.
"Puan Chinta,mari saya bukakan balutan."suara doktor memecahkan suasana.
Aku menangguk.Perlahan-lahan doktor membuka balutan pada mata aku.Rasa gembira bercampur sedih silih berganti.
"Kenapa pembalut nie basah?Puan Chinta menagis lagi ya?"soal doktor itu perlahan.
Aku hanya tersenyum kelat.Mustahil untuk aku ceritakan perihal rumah tangga aku kepada orang luar.
"Cuba Puan Chinta bukak mata perlahan-lahan."arah doktor itu.
Perlahan-lahan kelopak mata aku buka.Aku tersenyum lebar.Alhamdulillah aku sudah boleh melihat seperti dahulu.Wajah pertama yang aku lihat ialah Ikhwan.Wajah lelaki itu sembab.Mungkin baru lepas menangis.Lantas aku merangkul pinggang Ikhwan.
"Ikhwan,Chinta dah boleh lihat."dalam sendu aku berkata.
Ikhwan membalas rangkulan aku.Ciuman kasih diberikan.Buat masa ini tiada apa yang lebih membahagiakan selain dapat melihat wajah suami tersayang.
"Alhamdulillah.Jika dilihat dari rekod kesihatan Puan Chinta esok sudah boleh keluar."beritahu doktor itu.
Aku menangguk.Wajah Ikhwan aku pandang sekilas.Rasa sayu mula menyelinap di tangkai hati ini.Berdosakah aku meragui kesetiaan suami aku?Ah!Pergilah sejauh-jauh yang boleh peransangka buruk ini.Jangan disebabkan perkara ini aku dan Ikhwan bergaduh lagi.
*********
"Menantu nenek dah pulang!"nenek meluru ke arah aku lantas memeluk erat tubuhku.
Tangan disuakan kepada mama Ikhwan.Kelihatan mama Ikhwan sambut acuh tidak acuh.Aku hanya tersenyum kelat.
"Akak macam mana,dah sihat?"soal adik Ikhwan mesra.
"Akak sihat.Alhamdulillah akhirnya akak dah sembuh.Sekarang akak dah boleh melihat."jawab aku mesra.
Ikhwan hanya tersenyum melihat gelagat kami sekeluarga.Kehadiran Dhiya Izz Zara Sofia seperti tidak diundang oleh kami semua kecuali mama.Skirt separas lutut berserta blous yang berwarna krim dipadankan di badan Zara membuatkan Ikhwan berpaling wajah.Aku meminta diri untuk naik ke bilik.
"Kenapa tetiba je nak naik bilik?Takut
I rampas
husband you ke?"sapaan Zara membuatkan langkah aku terhenti.
"Chinta nak naik bilik bukan sebab takut Zara rampas suami Chinta tapi sebab Chinta nak solat berjemaah dengan nenek."jawab aku jujur.
"Eleh,alasan."balas Zara bersama jelingan mata.
Nenek hanya menggeleng kepala.Aku mendekati nenek dan memimpin dia untuk menaiki anak tangga.
"Zara nak sembahyang bersama kami?"soal aku.
Zara tidak menjawab pertanyaan aku.Hanya gerak badan sahaja yang diberikan.Tanpa membuang masa aku berlalu ke bilik bersama nenek.Selesai sahaja mengerjakan kewajipan aku sebagai seorang hamba Allah,aku menadah tangan memohon keampunan kepadaNya.
"Janganlah Chinta terasa hati dengan sikap Zara sebentar tadi."teguran nenek mengejutkan aku daripada lamunan.
"Tak adalah nek,mana ada Chinta ambil hati."jawab aku mesra.
Aku mengesot mendekati nenek.Kepala aku lentokkan ke riba nenek.Entah kenapa bila aku rapat dengan nenek aku rasa seperti disayangi.Air mata mula mengalir.Sikap mama sebentar tadi benar-benar menguris perasaan aku.Apa mama tidak merestui hubungan aku dengan Ikhwan?
"Kenapa Chinta menagis nie?"soal nenek perlahan.
"Nek,mama tak sayangkan Chinta ke nek?"soal aku kembali.
"Ish,kenapa cakap macam tu?Mama sayangkan Chinta tapi buat masa nie Chinta kena la bersabar sikit dengan dia."nasihat nenek lembut.
Kepala aku nenek usap dengan penuh kasih sayang.Pintu bilik diketuk.Dengan pantas tangan aku menarik hijab yang berada dekat hujung katil.Selesai sahaja menyarungnya di kepala pintu bilik dikuak perlahan.Terpancul wajah Zara dimuka pintu.Aku hanya mengukir senyuman kelat.
"Chinta,
I nak cakap dengan
you.Berdua."ucap Zara perlahan.
Aku memandang nenek,dia hanya menangguk perlahan.Aku mengikut Zara.Langkah Zara terhenti dekat taman depan rumah.Dia pusing memandang aku.Renungan dia membuatkan aku tidak selesa.
"Sebanarnya Zara dah kawin dengan Ikhwan.Kami ingin minta maaf sebab tak cakap kat Chinta awal-awal.Waktu Chinta membuat pembedahan,rahim Chinta ada masalah jadi doktor terpaksa membuang rahim Chinta untuk memulihkan mata Chinta.Selama seminggu Ikhwan tidak bersama Chinta kerana kami pergi bulan madu.Zara minta maaf,Zara tak berniat nak rampas Ikhwan daripada Chinta tapi Ikhwan perlukan zuriat."beritahu Zara perlahan.
"Chinta..."
Sampukkan Ikhwan membuatkan perbualan kami terputus.Aku mendekati Ikhwan.
"Apa betul apa yang Zara katakan?"soal aku perlahan.
Ikhwan hanya menangguk.Kelihatan nenek,mama dan adik Ikhwan berada di depan pintu.Wajah mereka aku pandang satu persatu lantas terhenti pada wajah nenek.Esakkan nenek jelas kedengaran.Aku berjalan mendekati nenek,tangan tua yang kedut itu aku cium kasih begitu juga dengan tangan mama.
Langkah aku diatur mendekati Zara,wajah putih itu aku pandang.Ada sendu dalam mata itu.Bibir ini bagai terkunci saat ini.
"Zara,Chinta harap Zara mampu membahagiakan Ikhwan."buat masa ini hanya itu yang mampu aku ucapkan.
Tasik air mata kini sudah melimpah.Ujian apakah ini?Orang yang aku sayangi telah mengkhianati aku.Apa semua nie?Aku pusing mendekati Ikhwan yang sedang menundukkan kepala.Tangannya aku raih lalu aku kuncup kasih.Aku mencium pipi Ikhwan,air mata yang mengalir aku usap perlahan.
"Abang,Chinta merestui hubungan abang dan Zara walaupun kenyataan ini amat menyakitkan hati Chinta.Maafkan Chinta,buat masa ini tolong jangan cari Chinta.Biarlah Chinta bersendiri untuk menenangkan hati ini.Chinta harap semua ini dapat membahagiakan abang dan mama."ucap aku bersama sendu.
Aku masuk ke rumah.Baju aku kemaskan.Punat telefon aku tekan.Nombor telefon abang Rayyan aku dail.
"Assalamualaikum,abang datang ambik adik dekat rumah Ikhwan.
Hurry up!"ucap aku lantas meletak telefon bimbit.
15 minit kemudiaan terdengar bunyi hon kereta abang Rayyan.Bergegas aku tarik bagasi turun.Kelihatan mereka semua sudah tahu apa yang akan aku lakukan.Nenek mendekati aku.
"Chinta jangan pergi nak."ucap nenek bersama deraian air mata.
"Maafkan Chinta nek."ucap aku seraya masuk ke dalam kereta abang Rayyan.
Aku meninggalkan nenek bersama seribu satu kesedihan.Kepala aku kembali berdenyut.Aku menggerang kesakitan.Abang Rayyan hanya memerhati.Jawapan kepada segala sakit kepala aku sudah terjawab.Akhirnya aku tidak sedarkan diri.
Nantikan sambungan TCAS 8 untuk mengetahui apakah yang dialami Chinta selama ini.Dapatkah Ikhwan memujuk Chinta dan memberi Chinta kebahagiaan?Semua persoalan ini akan terjawab pada TCAS 8.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^