Diri Ini Milik-Nya

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 14:09 Komen : 0 Tag :
Cinta Allah tidak terkira,cinta Rasul membawa Islam kepada semua,cintaku pula berjuang untuk Pencipta...

Assalamualaikum wbt ....


Selamat tengahari semua.Dah makan ke belum?Dah solat ke belum?Kalau dah sudah jom kita baca entry Nurul yang seterusnya ini.

Kali ini Nurul memilih tajuk yang sering dilupakan oleh masyrakat kita.Nurul pun tidak sebaik mana,tapi alhamdulillah Nurul masih diberi kesempatan untuk berjihad ke jalan yang diredhai.Kes bunuh diri dikalangan remaja dalam linkungan umur seperti Nurul ini semakin hari semakin menakutkan.Puas Nurul berfikir apakah hak kita untuk menghukum?.Sebenarnya diri kita ini hanya pinjaman semata-mata.Segala kelebihan yang kita dapat hanyalah bersifat sementara.

Apa pun salah kita,mohonlah kepada Allah untuk mengampuni segala dosa kita.Bunuh diri bukan penyelesaian kepada semua masalah yang kita hadapi.Apa yang Nurul nampak sekarang ini ialah bila putus cinta bunuh diri,bila ibu bapa selalu memberi tekanan bunuh diri.Apa tiada jalan lain yang boleh kita lakukan selain membunuh diri?

Ingatlah Allah banyak-banyak.Diri kita ini milik-Nya,bukan milik kita yang boleh kita buat sesuka hati kita.Tahukah anda semua?Orang kafir dan orang yang telah banyak berdosa meminta,merayu dan memohon untuk hidup di atas dunia ini kembali ini semua kerana ingin bertaubat.Selagi masih diberi peluang untuk bertaubat,gunalah peluang itu sebaik-baiknya.Peluang itu takkan berulang sebanyak 2 kali.Jika kita ditimpa musibah atau apa-apa,ingatlah Allah sedang memberi amaran kepada kita supaya bertaubat.

Apa pun yang baik datang dari Allah,yang tidak baik datang dari diri Nurul sendiri.Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari dan waktu yang masih tidak pasti daaa ....
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment