Crunchie Cadbury

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 12:21 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ...
Klik iklan nie sikit.Thank you.Love you !!

Selamat tengahari semua.



Pernah makan coklat macam kat atas nie tak ?? Hari nie Nurul nak ulas serba sedikit tentang coklat nie.Sebenarnya coklat nie adalah salah satu coklat kegemaran Nurul.Selalunya coklat nie dijual dekat Tesco,Carefour dan pasaraya yang lain.Anggaran harga coklat nie dalam RM 3-RM 4 macam tu la.Sekarang jom kita berkenalan dengan coklat nie.

Coklat nie sudah lama dikeluarkan cuma antara kita tahu ataupun tidak aje yang coklat nie wujud.Resepi coklat ini dikeluarkan oleh pihak Cadbury sendiri.Pihak Cadbury mengeluarkan pelbagai jenis coklat susu yang enak dimakan oleh semua lapisan umur.Dari umur kecil sehingga ke umur tua.Mengikut kajian ahli sains makan coklat boleh memanjangkan lagi jangka hayat hidup seseorang tetapi jika makan coklat secara berlebihan ia boleh menyebabkan obesiti atau lebih dikenali sebagai kegemukkan.

Coklat ini dicampur bersama madu.Tak percaya jom kita research.Bahagian berwarna kuning itu adalah bahagian dimana madu diketulkan menjadi satu bar.Madu yang dibekukan kemudiaanya disalut bersama lapisan coklat cudbury yang nipis.Coklat ini sesuai dimakan ketika sejuk kerana apabila dimakan ketika panas lapisan yang disalut dengan coklat akan mencair.Apabila coklat ini dimasukkan ke dalam mulut kita akan rasa manis madu bercampur dengan manis cadbury,memang sangat sedap.

Satu bar coklat nie boleh makan dalam 3 hari kalau makan terlalu banyak takut nanti dapat kencing manis pulak.Tak pasal-pasal kena potong kaki.Itu adalah serba sedikit tentang coklat ciptaan Cadbury.Kepada yang tak pernah makan bolehlah cuba.

Sampai di sini sahaja dulu.Sehingga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang.Wassalam ....


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

2 comments:

  1. wow.sedapnya. selaluje nampak.tpi x pernah beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la beli sedap sangat.Nurul selalu suruh mama dengan abah beli

      Delete