Nurul Dah Kembali !!!

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:23 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum ....

Sedang asyik Nurul termenung terdengar la beberapa suara sumbang yang mengatakan ' Mana Nurul nie dah lama dia tidak bukak blog dan update.Rindu sangat dekat dia (perasan).'

Sebenarnya selama 4 hari ini Nurul ada dekat Hospital Kepala Batas.Nurul ke sana kerana menjaga nenek Nurul yang sedang sakit.Sepanjang Nurul di sana pelbagai perkara yang dapat Nurul pelajari sehingga membuatkan Nurul lupa yang Segmen Nurul sudah tamat.Nurul menginap di sana sepanjang nenek Nurul di tahan di wad.

Ketika di sana Nurul belajar macam-macam hanya dengan melihat kerenah manusia zaman sekarang tetapi sepanjang Nurul di sana juga ada 4 orang hamba Allah yang telah pergi meninggalkan dunia yang pinjaman ini,Al-Fatihah.Bila sudah tua pelbagai penyakit yang datang hinggap jadi sementara kita masih muda jagalah kesihatan kita supaya senang di kemudiaan hari.

Kepada nenek Minah Nurul amat merinduimu.Sejujurnya walaupun orang melihat nenek Minah dengan pandangan jijik bagi Nurul nenek Minah adalah orang yang paling baik pernah Nurul kenal.Terima kasih jugak kepada semua pesakit yang mengenali Nurul dan melayan kerenah Nurul sepanjang Nurul di sana itu membuatkan Nurul tidak bosan untuk terus tinggal di sana.Kepada jururawat terima kasih sebab sudi layan Nurul walaupun sibuk sehingga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.Jaga Kesihatan !!

nota purple : Pemenang Segmen akan di umumkan nanti

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment