Kenapa Manusia Sering Diduga ?

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 11:50 Komen : 3 Tag :


Selamat pagi.

Salam Jumaat kepada semua pembaca muslimin dan muslimat.Tajuk kita hari ini amat sesuai dengan hari ini.Di sini Nurul nak kongsi tentang masalah yang sering manusia mengeluh iaitu "Kenapa aku yang kena uji kenapa bukan orang lain ?"Pertanyaan nie selalu kita dengar atau nampak dalam novel atau dalam drama melayu.

Sebenarnya tanpa kita sedari kita pun selalu mengeluh bila ada masalah yang tak dapat kita selesaikan.So hari nie jom kita kupaskan lebih mendalam kenapa manusia sering diuji oleh Allah SWT padahal kita tidak tahu sebab apa Allah SWT uji kita sedemikian.Jika kita fikirkan kembali,Allah SWT memberi kita rezeki yang melimpah ruah tapi pernah kah sekali pun kita ucap "Alhamdulillah,terima kasih atas rezeki-MU hari ini."Kita tidak pernah hargai apa yang Allah SWT beri kepada kita tetapi kita selalu marah atau mempertikaikan sesuatu itu selepas Allah SWT ambil kembali.

Allah SWT uji kita sebab Dia sayangkan kita.Allah SWT nak hapuskan semua dosa-dosa lama kita sebab tu dia uji kita.Manusia bila dia kaya-raya dia lupa pada Allah SWT tapi bila susah cepat-cepat dia ingat Allah SWT.Setuju tak ?Bila kita diduga cepat-cepatlah ucap "Astagfirullahalazim" atau buat solat sunat taubat.Ini semua adalah salah satu cara untuk kita hapuskan dosa silam kita.Allah SWT tu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani jadi jangan nak risau.Insyaallah kalau kita taubat bersungguh-sungguh Allah SWT pasti akan mengampunkan kita.

Yang baik itu datang dari Allah SWT yang buruk itu datang dari Nurul sendiri.Sama-samalah kita renung kesilapan masa lalu supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik.Salah silap Nurul minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki.Sehingga kita berjumpa lagi wassalam ....


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

3 comments: