skip to main |
skip to sidebar
Resepi : Kuih Seri Muka
Assalamualaikum wbt ...
Bahan-bahan ( Loyang 24cm@91/2 inch )
- Bahan bawah
- 2 cawan beras pulut*
- 75ml santan pekat
- 225 ml air
- 1 sudu teh garam
- Bahan atas
- 2 biji telur
- 125ml santan pekat
- 75ml air
- 4 sudu besar tepung gandum
- ¾ cawan gula
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu teh perisa pandan
- 1/8 sudu teh pewarna hijau*
Cara-cara
- Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih.
- Beras pulut yang telah dibasuh bersih dan ditoskan dicampurkan dengan santan, air dan garam dikacau sebati.
- Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati. Sambung mengukus dalam 10 minit.
- Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastic, tekan mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan.
- Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus.
- Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati dalam kurang lebih seminit. Warna hijau adalah bergantung kepada citarasa masing. Sekiranya suka hijau pekat maka warna boleh dilebihkan.
-
Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit. Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum di potong untuk dihidangkan.
-
Nota: Sukatan beras pulut, menggunakan measuring cup, pada paras senggat bawah, bukan penuh. Sekadar mengurangkan 50ml. Rujuk gambar.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^
0 comments:
Post a Comment