Cerpen : Jangan Tinggalkan Aku

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 23:20 Komen : 0 Tag :

'Lani !!!!'
Panggilan tersebut benar-benar mengejutkan aku daripada lamunan yang panjang lalu aku bingkas bangun mendapatkan ibuku yang telah memanggil aku dari dalam dapur.
'Ya ibu sebentar Lani datang.'
'Kenapa ibu ?'
'Tolong ibu angkat baju di ampaian sebentar ibu lihat langit gelap saja macam nak hujan.'
'Baik ibu.'

Selepas aku mengutip baju di ampaian aku duduk di bawah rumah melihat titisan hujan turun membasahi bumi yang sentiasa panas beberapa hari ini.Tiba-tiba fikiranku merawang mengingati kisah silam.

'Ibu,ayah dah balik.'
'Ayah beli apa dekat adik ?'
'Tak ada beli apa-apa.'
'Ala ayah nie kan adik suruh beli coklat tadi ayah lupa erk.'
'Maaf la ayah lupa singgah kedai tadi.'

Aku mula membuat mimik muka sepuluh sen lalu ayah datang ank mendukung aku kemudian dia berkata

'Mana boleh ayah lupa kat anak ayah yang comel nie.Nah nie coklatnya.'
'Horey sayang ayah.'

Selepas ayah meletakkan aku ke bawah aku berlari ke luar dan memanjat pokok mangga yang ada di hadapan rumah.Apabila sampai ke puncaknya aku mula membuka pembalut coklat kemudian aku masukkan ke dalam mulut sambil mataku memerhati kawasan sekeliling.Tiba-tiba aku ternampak sekumpulang burung berwarna putih terbang membuat satu corak yang berbentuk 'V' bentuk yang dilakukan itu benar-benar menarik minat aku.Apabila coklat aku sudah habis aku pun mula turun daripada pokok mangga dan masuk ke dalam rumah kembali.

'Adik datang sini duduk kat ayah.'
'Baik ayah adik datang siap sedia adik akan membuat satu penerbangan sama macam burung.'
'Ayah tangkap adik.'

Sedang kami bersuka ria tiba-tiba...

'Kringg.....kringg'
'Hello nie sapa ?'
'Maaf adik ayah adik ada ?'
'Ada sekejap ya.'
'Ayah bini nombor dua ayah telefon.'

Ibu mula menjeling kepada aku.

'Ya nie saya yang bercakap kenapa ?'
'Okey baiklah saya akan datang sekarang.'

Suara ayah kedengaran seperti cemas dia mula mencapai kunci kereta kemudian memberitahu kepada ibu yang dia ingin keluar.Ayah mencium dahiku lalu berkata padaku 

'Jangan tunggu ayah ya.'

Aku mengangguk kepala tanda aku faham.Kemudian ibu datang dan mendukung aku.Beberapa jam kemudian...

'Kring......kringg....'
'Hello ya saya kenapa apa!!!!!'

Aku melihat ibu jatuh di tepi meja telefon lalu aku tanya kepada ibu apa yang terjadi tetapi ibu hanya diam membisu sambil menangis tersesak-esak kemudian dia memeluk aku.Pada keesokkan harinya aku melihat sekujur tubuh di ruang tamu apabila aku buka kain putih yag menutupi wajah aku terlihat ayahku yang mukanya telah pucat.Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat.

'Ayah bagun ayah bangun.'
'Ayah tak boleh tinggalkan adik macam nie ayah adik masih perlukan ayah.'

Aku menagis teresak-esak sehingga akhirnya aku jatuh pengsan di tanah perkuburan.Apabila aku sedar aku sudah berada di rumah aku meihat sekeling bilikku tetapi aku tak nampak wajah yang aku cari daripada tadi dan akhirnya aku memeluk ibu seerat-eratnya.

Lamunan aku terhenti apabila ibu datang menegurku.

'Kenapa anak ibu nie ?'
'Tak ada apa la ibu adik cuma teringat kisah silam itu saja.'
'Kamu tahu kenapa ayah meninggal ?'
'Kenapa ibu ?'
'Maafkan ibu kerana tidak pernah beritahu kepada kamu sebenarnya ayah kamu meninggal akibat kemalangan jalan raya semasa dia hendak menuju ke hospital untuk melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak.'
'Tidak apa ibu bukan salah ibu Lani dah redha dengan apa yang terjadi.'

Aku memeluk ibu seerat-eratnya.Semoga roh ayah tenang di sana amin......

p/s : cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment