Melissa terpaku.Suara itu kedengaran jengkel di telinganya padahal itulah lelaki yang pertama mengajar dia erti cinta.Derap kaki semakin jelas kedengaran di telinga Melissa lantas dia memejamkan mata untuk mencari kekuatan.Desahan nafas Izaril Aidil mula menyentuh lehernya.Perlahan-lahan Melissa pusing menghadap lelaki yang paling dibencinya itu.
"Dangsin-i wonheneun ? (Apa yang awak nak)" Melissa mula menyoal dengan perasaan malas.
Izaril hanya tersenyum.Pergaduhan yang melanda percintaan mereka telah membawa dia dan Melissa jauh ke negeri orang.Puas dia mencari gadis muda ini dirisiknya segala maklumat daripada orang yang terdekat dengan gadis ini dan akhirnya dia mendapat tahu bahawa Melissa sambung belajar di Seoul,Korea.
"Jom kita pergi makan dulu." Izaril membuka bicara.
Tanpa menunggu jawapan daripada Melissa Izaril menarik tangan gadis itu.Terkulat-kulat Melissa mengikut jejak Izaril yang entah ke mana hala tujunya itu.Rasa sakit akibat cengkaman Izaril itu membuatkan Melissa menurut sahaja tanpa sebarang bantahan.
'Ish dia nie nak bawak aku pergi mana dah orang kata benci tu benci la huh !'Melissa mula mengomel sendiri mungkin sudah jemu dengan sikap memaksa Izaril.
Percintaan antara Melissa dan Izaril terputus di tengah jalan semua disebabkan jodoh pilihan parents Izaril.Walaupun Melissa tahu Izaril cintakan dia tapi semua itu tidak cukup tanpa keredhaan dari Ilahi.Keredhaan Allah itu kan terletak pada keredhaan ibu bapa tapi Izaril tidak faham semua itu.Bagi Izaril Melissa harus jadi miliknya walauapapun yang terjadi.
"Kita nak pergi mana?" Melissa mula menyoal.
Melihat Izaril tidak memberi jawapan membuatkan Melissa berasa cuak.Wajah lelaki itu ditenung tajam menunjukan rasa protesnya dengan sikap endah tak endah lelaki itu.Izaril memandang Melissa dia tahu gadis disebelahnya ini pasti marah dengan sikapnya sebentar tadi.Wajah gadis itu ditenung lama seolah-olah dia mencari kekuatan.
"Hurm"jelas kedengaran keluhan berat dari bibir Izaril.
Melissa tersentak.Kenapa lelaki di sebelahnya ini mengeluh berat?Wajah Izaril ditenung seolah-olah mencari jawapan bagi persoalannya sendiri.Jelas kelihatan kegusaran di wajah kekasihnya itu.Ops !! Bekas kekasih.
"Are you okey Izaril ?"soal Melissa secara tiba-tiba.
Kereta Lamborghini Sesto Elemento milik Izaril berhenti mengejut dibahu jalan.Pandanganya dilarikan ke wajah Melissa entah kenapa setiap kali dia melihat wajah gadis itu terlahir sebuah ketenangan yang sukar digambarkan.Setika cuma dia berbalas pandangan dengan Melissa sebelum pandangannya jatuh ke pemandangan di luar.
"Dia jahat."ucap Izaril perlahan tetapi jelas pada pendengaran Melissa.
"Siapa yang jahat?"soal Melissa kehairanan.
Izaril mengalihkan pandangan ke arah Melissa.Wajah gadis itu ditenung seolah-olah mencari kekuatan untuk dia menuturkan kata-katanya selepas itu.
"Dia penyebab ibu saya terlantar di hospital.Dia yang buat ibu saya jatuh sakit sampai tidak sedarkan diri.Dia yang buat ibu saya kritikal.Segala-galanya berpunca daripada dia."Izaril menitiskan air mata.
Wajah ibunya,Puan Sri Rosmah kembali di layar mata.Wajah pucat ibunya itu yang membuatkan dia datang sampai ke Korea untuk mencari Melissa.Melissa terkejut.Izaril mengalirkan air mata di hadapannya tapi siapa perempuan yang Izaril maksudkan sebentar tadi?
"Maksud awak perempuan pilihan ibu awak?"soal Melissa lagi.
"Ya dan nama dia Alia Batrisya."jawab Izaril bersama sendu.
Pada mata Melissa Izaril tidak ubah seperti anak kecil yang kehilangan ibunya.Melissa memeluk Izaril bagi menghilangkan kesedihan di hati lelaki pujaan hatinya itu.Walaupun dia mengatakan benci pada lelaki itu tapi jauh di sudut hati dia teramat mencintai lelaki itu.
"Saya faham perasaan awak Izaril.Menagis itu bukan bermaksud kita lemah.Kadang-kadang dengan cara menagis kita dapat kurangkan bebanan yang kita tanggung."perlahan-lahan cinta Melissa kepada Izaril kembali mekar.
Selama beberapa minit tangisan Izaril kembali reda.Air matanya dikesat perlahan.Keretanya kembali meluncur megah di jalan.Setibanya mereka di kedai Islam Izaril membuka pintu untuk Melissa.Langkah mula diayun untuk masuk ke dalam kedai.Mereka melabuhkan punggung ditempat yang agak tertutup.Selepas selesai memesan makan dan minuman Izaril kembali merenung Melissa.
"Kita kahwin Melissa."Izaril membuka bicara perlahan tetapi jelas dipendengaran Melissa.
"Huh?"Melissa seperti terkena renjatan elektrik selepas mendengar bicara Izaril.
Serta-merta wajahnya dipanggungkan.Wajah Izaril ditatap.Tiada sekelumit pun wajah main-main di wajah itu yang tinggal hanyalah wajah ketenangan.
"Kita kahwin Melissa.Ibu dengan ayah saya dah izinkan kita bersama.Kita jernihkan kembali hubungan kita yang dulu.Kita bina keluarga bahagia.Awak lahirkan ramai anak untuk saya supaya kita menjadi keluarga bahagia."ujar Izaril sekali lagi tetapi kali ini bersama penjelasan.
Melissa tergamam.Dia berdiri lantas meninggalkan Izaril yang kelihatan seperti terkejut.Tanpa dia sedar mutiara jernih menitis ke pipi.Tangisan yang kecil tiba-tiba menjadi sendu yang teramat.Dengan sekuat hati Melissa menjerit ke arah tasik.
"IZARIL AIDIL !!!!!!!!!!!!!!
***************************
Izaril terkejut dengan tindakan drastik Melissa.Puas dikejar gadis pujaan hatinya itu tetapi gadis itu lesap entah ke mana.Izaril mula menapak ke kereta yang diparkir di bahu jalan.Dia memasuki perut kereta lantas meraup wajahnya.Wajah Melissa kembali terlayar di ruang mata.Senyuman serta gelak tawa gadis itu benar-benar membuatkan Izaril tidak keruan bila memikirkannya.Pergaduhan yang terjadi di antara mereka kembali menjengah di ruang ingatan.
"Awak tahu tak hubungan tanpa restu kedua ibu bapa itu tak akan bahagia.Kenapa susah sangat nak faham nie."Melissa mula meninggikan suara.
"Tapi kita saling mencintai itu semua sudah cukup untuk kita hidup bahagia."Izaril meraih tangan Melissa cuba untuk memujuk gadis itu.
Melissa mengusap wajah Izaril lelaki yang pertama berjaya membuka pintu hatinya di saat dia tidak mempercayai kaum lelaki disebabkan perbuatan ayahnya pada ibunya beberapa tahun lalu.
"Itu semua tidak cukup Izaril.Hidup tanpa restu Allah ini umpama layang-layang yang terputus talinya.Ya,betul memang kita saling mencintai tapi itu semua tidak bermakna kita boleh bersama.Semuanya ditentukan oleh Allah.Jodoh,pertemuan,ajal dan maut semua di tangan Allah.Saya harap awak faham."ucap Melissa perlahan seakan-akan memujuk Izaril untuk menerima hakikat yang hubungan mereka tidak panjang.
Izaril mengeluh berat.Bukan mudah untuk dia melepaskan Melissa.Semua itu terlalu berat buat dia mungkin bagi Melissa bila dia melepaskan gadis pujaan hatinya itu semuanya akan selesai.Keadaan itu benar-benar rumit.Dia benar-benar tersepit di antara cinta kekasih dan cinta ibu.Jika jodoh ibunya itu berkelakuan baik mungkin dia boleh pertimbangkan tetapi .... argh malas dia ingin ingat kepada perempuan itu.
Izaril melepaskan pegangan tanganya terhadap Melissa.Tangannya mengusap lembut lembut air mata yang mengalir di pipi lembut itu.Dia tahu bukan mudah jugak untuk Melissa berpisah dengan dia.
"Kalau itu yang boleh buat awak bahagia saya rela."ucap Izaril perlahan.
Melissa mula mengatur langkah meninggalkan Izaril.Mutiara jernih yang mengalir dikesat perlahan.Bukan itu yang Melissa harapkan tetapi jika ini yang terbaik dia redha.Izaril terjelepok melihat Melissa pergi daripadanya membuatkan dia seperti berputus asa.Wanita pujaan hatinya itu terluka kerana dia.Pedihnya menusuk hingga ke kalbu.
Lamunan Izaril tersentak apabila mendengar pintu keretanya ditutup.Pandangannya dihalakan ke arah Melissa yang kini berada di sisi.Fikirnya Melissa sudah pergi tetapi sangkaanya meleset.
"Kenapa awak kembali ?"ujar Melissa bersama sendu yang masih bersisa.
"Kerana saya cintakan awak Melissa dan saya jugak percaya yang awak masih cintakan saya."jawab Izaril sambil menundukkan kepala.
"Awak pasti ke yang saya masih cintakan awak ?"balas Melissa bersama senyuman sinis.
"Kalau awak tak cintakan saya awak takkan simpan semua gambar-gambar saya ketika kita bersama."jawab Izaril.
"Buktikannya."Melissa memandang Izaril.
Izaril menyeluk poket seluarnya.Melissa tergamam saat melihat telefon bimbitnya berada di tangan Izaril.Sepantas kilat dia mencari-cari di dalam beg sandangnya tetapi tidak ada.Matanya mencerlung ke arah Izaril.
"Jika awak tidak cintakan saya awak takkan letak wallpaper di handphone awak nie gambar saya."jawab Izaril sambil tersengih.
"Kembalikan !"ujar Melissa sambil tangannya cuba mencapai barang miliknya kembali.
Izaril menyorokkan telefon bimbit tersebut di belakangnya.Melissa mula menarik muncung.Barang milik peribadinya kini sudah bocor.Baru dia ingat nak merajuk lebih lama dengan Izaril tetapi lelaki itu dengan mudah sahaja mengetahui yang dia masih mencintainya.Izaril tersengih.Benar tekaanya yang Melissa masih mencintai dirinya.
"Nah ambil la."ujar Izaril lantas menghulurkan telefon bimbit Melissa kembali.
"Ibu awak boleh terima dah ke hubungan kita ?"soal Melissa sambil ligat tangannya membelek telefon bimbit kesayanganya itu.
"Entah ! Boleh terima dan kod."jawab Izaril acuh tak acuh.
"Ish apa yang berkod-kod nie serius la."Melissa mula naik angin orang tanya baik-baik dia buat main-main pulak.
"Boleh terima dah mungkin."Izaril masih dengan jawapannya sebentar tadi.
"Awak nie serius boleh tak ?"Melissa membentak geram.
"Hish dulu ibu saya tak terima sebab dia dah ada menantu pilihan sekarang dah tak ada jadi dia tak ada alasan untuk tidak menerima awak lagi.Lagipun siapa yang tak nak menantu cantik dan baik macam nie."Izaril mula naik daun.
Melissa mula merasakan wajahnya yang kini mula membahang.Sepantas kilat wajahnya dipalingkan ke luar tingkap melihat gerimis yang mula turun.
"Malu ke."ucap Izaril cuba menyakat Melissa.
PANG !!!
Penampar Melissa mengenai bahu Izaril.
"Aduh !"Izaril mengaduh kesakitan.
"Tu la siapa suruh gatal lagi kan dah kena."ujar Melissa dengan ketawa jahatnya.
"Awak tahu tak sakit !! "jawab Izaril lantas mecubit pipi Melissa.
"Aduh ! Sakit la awak."Melissa meraung kesakitan.
Mereka sama-sama menggosok bahagian yang sakit.Melissa mengeluh perlahan.
"Kenapa nie ?"tanya Izaril hairan.
"Saya lapar la awak.Awak tak lapar ke ?"soal Melissa dengan wajah yang sengaja dibuat comel.
"Tadi orang ajak makan dia tak nak siap lari lagi."jawab Izaril sambil ketawa.
"Ish tadi terkejut.Sekarang tiba-tiba je rasa lapar."beritahu Melissa manja.
"Kalau macam tu apa kata awak masak kita makan sama-sama kat taman rumah awak."Izaril mula memberi cadangan yang difikirkan agak bernas.
"Okey jugak.Lagipun boleh buat masakan yang ada dekat Malaysia.Dah lama tak makan berdua kan ?"ucap Melissa dengan wajah gembira.
"Berdua ??"Izaril menjongketkan keningnya dua tiga kali.
Melissa menutup mulut.
'Aduh macam mana aku boleh terlepas cakap nie.'Melissa memarahi dirinya sendiri.
"Errr jom la beli bahan takut nanti pasaraya tutup."Melissa mula menukar topik.
Tanpa memberi sebarang reaksi Izaril menghidupkan enjin dan kereta Lamborghini Sesto Elemento milik Izaril mula meluncur laju ke jalan raya.
***************************
"Awak ibu saya kol."beritahu Izaril kepada Melissa.
"Kejap !!!"laung Melissa dari arah dapur.
Terkocoh-kocoh Melissa berlari mendapatkan Izaril yang berda diluar rumah.Biasa la rumah orang bujang mana boleh bagi lelaki bukan muhrim masuk tak manis orang lihat.Handphone bertukar tangan.Dengan rasa gementar Melissa meletakkan handphone tersebut di cuping telinga.
"Assalamualaikum tengku puan."Melissa mula memberi salam.
"Waalaikumsalam Melissa.Tak payah la bertengku-tengku dengan ibu kan sebentar lagi Melissa nak jadi menantu ibu."beritahu tengku puan kepada Melissa.
Melissa yang mendengar suara tengku puan itu berasa ingin rebah.Lembutnya suara tengku puan.Terasa dirinya disayangi seperti anak sendiri.
"Melissa masih di sana ?"tanya tengku puan.
"Eh tak lah tengku ops ibu Melissa ada je nie.Entah Izaril tak cakap apa-apa pun."beritahu Melissa lantas matanya mencerlung ke arah Izaril yang hanya tersengih.
"Owh sebenarnya ibu telefon nie sebab ibu nak beritahu yang ibu dah izinkan Izaril berkahwin dengan Melissa.Majlis akad nikah boleh buat di Korea.Nanti ibu dengan ayah turun sana.Lagipun rasanya dah lama tak jalan-jalan dekat Korea."beritahu ibu lagi.
"Bagus jugak tu ibu boleh kami berbulan madu terus."jawab aku sambil mengiyakan cadangan ibu.
"Jadi lepas nie ibu boleh dapat cucu cepat la."terdengar suara tengku puan tergelak kecil.
Muka Melissa mula membahang.Macam mana la dia boleh terlepas cakap macam tu nampak sangat yang dia nie gatal.
"Err tak apalah ibu Melissa nak tengok lauk kat dapur takut nanti hangit."cepat-cepat Melissa mengubah topik.
"Iyalah.Nanti ibu telefon lagi assalamualaikum."ujar ibu.
"Waalaikumsalam."Melissa menjawab salam yang diberi.
Telefon mula bertukar tangan.
"Borak apa dengan ibu ?"soal Izaril ingin tahu.
"Adalah."Melissa mula mengatur langkah ke dapur.
*************************
"Aku terima nikahnya Melissa Aliya binti Johari dengan mas kawin RM 1234 dan senaskah Al-Quran tunai."Izaril melafazkan ijab kabul.
"Sah ?"
"Sah !"
Alhamdulillah akhirnya kami telah disatukan dengan hanya satu lafaz sahaja.Mutiara jernih mengalir di pipi.Izaril berhadapan dengan Melissa pantas menyarungkan cincin ikatan.Melissa meyalami tangan suaminya.
"Nanti malam pertama kita semestinya di Korea."ujar Izaril sambil menguncup hangat dahi isterinya.
Wajah Melissa membahang.Sepantas kilat tangannya dilayangkan ke bahu suaminya itu.
"Aduh !!"raung Izaril sambil tangannya menggosok-gosok bahunya.
Suasana di dalam masjid itu gamat dengan gelak ketawa.Lucu sangat melihat adegen yang tidak disangka oleh mereka semua.Izaril memeluk Melissa.Dia bahagia sangat.Semoga mereka bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.Amin ...
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^