Resepi : Apam Polkadot / Ladybug

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 18:40 Komen : 3 Tag :
Assalamualaikum wbt ....

Bahan-bahan ( 50 biji papercup kecil )

  • 250 gram tepung serbaguna(tepung kek)
  • 200 gram gula icing
  • 200 ml santan (santan dalam kotak KARA)
  • telur 2 biji
  • satu sudu kecil ovalatte
  • sedikit esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa
  • piping bag

Cara-cara

  1. Mula-mula pukul telur ,selepas itu masukkan gula.pukul hingga kembang.
  2. Masukkan ovalatte dan esen vanila.Tepung diayak terlebih dahulu.
  3. Masukkan tepung bersama santan pula..adun sebati sehingga kembang.
  4. Setelah adunan sebati ,barulah dibahagikan kepada beberapa bahagian kemudian diwarnakan.
  5. Masukkan ke dalam piping bag.Dan lukis corak ladybug dan sebagainya
  6. Pastikan adunan diletak dalam bekas acuan yg sesuai supaya tidak berlambak.
  7. Kukus selama 5-6 minit dengan api sederhana.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

3 comments: