Cinta Jarak Jauh

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 12:45 Komen : 0 Tag :


SETIA WALAUPUN JAUH

memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan.Ketika kita berjauhan,kita akan terasa sunyi.Orang yang selalu kita jumpa,tiba-tiba kini jauh dari mata.Dan apabila berjauhan hati menjadi sunyi.Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri.Namun begitu,walaupun kita masih mempunyai kawan,kawan hanya kawan.Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria kita bersama dengan pasangan kita.Di sini ada yang kecundang.Ada yang bercouple dengan kawan sebab terasa sunyi.Fikirkan lah,apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tak setia?dan letakkan lah diri kita di tempat dia....adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian.


BERJUMPA WALAUPUN SEKETIKA

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan.Cinta perlukan komitmen.Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh,cuba cari masa untuk berjumpa dengan dia.Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenanjung dan si gadis duduk di hujung selatan,cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.Paling tidak pun bila ada cuti panjang.Janganlah tidak jumpa langsung.Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan.

TANYA KHABAR 

setiap malam sebelum tidur kalau boleh call lar dia untuk bertanyakan khabar.Jangan harapkan dia sahaja call.Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberi komitmen.

SAMBUT HARI ULANG TAHUN BERSAMA

Sambut birthday n hari ulang tahun perkenalan bersama2.Luangkan masa bersama untuk keluar dan mengembirakan antara satu sama lain...tapi awass....jaga pergaulan dan batas-batas...walaupun berjumpa hanya seketika namun itu pasti menjadi kenangan yang terindah~

JANGAN JADIKAN JARAK SEBAGAI PEMUSNAH DAN ALASAN

Cinta jarak jauh emang sukar...Apabila keseorangan pasti kita terasa kesunyian dan kerinduan.Tapi ingat jangan jadikan jarak jauh sebagai pemusnah.~

p/s : akhir kata...walaupun rintangan ada....jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang...pertahankan lar perhubungan...dan bersikap jujur dan setia larrrr kepada pasangan anada....jadikan lar percintaan jarak jauh bagi menambah kasih sayang kita kepada dia.....

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment