Kerana Cinta Aku Merana

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:23 Komen : 0 Tag :

Kisah ini bermula apabila aku berada di universiti kesakitan yang telah aku hilangkan selama bertahun-tahun dengan harapan semua ini tidak akan pernah berulang lagi sehingga jodohku hadir dengan sendiri tanpa perlu aku mencari.Hadirnya si dia membuat aku bahagia walaupun hati ini telah tertutup kepada semua lelaki di dunia ini.

Mengimbau masa lampau.......

'Afiqah!!!!!!'
Aku dikejutkan oleh panggilan suara yang amat aku kenali iaitu seorang jejaka idaman semua wanita di sekolahku dulu.

'Iye,Iqah ada sini datang la'
'La Iqah nie puas Im cari Iqah pergi mana'
'Ish Im nie kan Iqah dah ada sini kenapa ?'
'Jom makan Im lapar la'
'La kesian nya jom la Iqah pun lapar nie'

Aku jalan beriringan dengan Im menuju ke kantin sekolah.Setelah sampai di kantin kami membeli sebungkus nasi lemak serta segelas air sirap.Selepas habis membeli kami duduk di meja yang berdekatan dengan kumpulan "N-Voy" iaitu kumpulan yang amat digeruni oleh semua pelajar kerana sikap yang tidak pernah berperikemanusiaan kepada semua pelajar lain.

'Iqah nanti Im pinjam buku nota Iqah ya,Im belum siap nota yang Cikgu Ina berikan tu la tak sempat salin tadi.'
'Ye la Im nanti datang ke meja Iqah untuk ambik buku tu ya,mana nak sempat salinnya kalau asyik menyembang je'

Aku jeling maut kepada Im tanda protes akibat sikapnya yang sambil lewa tu.

Genaplah empat tahun aku kenal Im dan sekarang kami berada di Form 5 macam biasa Im selalu pinjam buku nota aku untuk menyalin nota-nota yang diberikan.Selepas habis peperiksaan SPM Im telah meluahkan perasaanya kepada aku begitu jua dengan aku dan setelah kami mengambil keputusan SPM kami bercadang ingin bertunang sekali dengan kenduri kejayaan kami berdua.

Dua tahun telah berlalu.....

Kini kami berada di universiti yang sama satu aliran lagi.Macam selalu la Im nie daripada sekolah rendah sampai ke universiti tak pernah nak lengkap notanya tapi hari ini lain pula notanya siap.

'Aik hari nie tak nak pinjam buku nota Iqah ke Im?'
'Hari ini kan hari terakhir Im berada di universiti Im mesti la nak siapkan semua kerja sebelum Im pergi'
'Apa Im cakap nie apa maksud Im hari ini hari terakhir di universiti Iqah tak faham la'

Aku mula berasa hairan dengan sikap Im yang bagi aku agak pelik hari ini.Im pergi meningglkan aku dalam keadaan tanda tanya.Sewaktu kami di dalam kereta

'Iqah kalau Im pergi dulu daripada Iqah apa Iqah akan cari orang lain ke'
'Apa Im merapu nie kan kita dah nak kawin kenapa baru sekarang Im tanyakan semua nie'

Sedang asyik kami berbual tanpa disedari sebuah lori lintas di hadapan kami dan berlakulah kemalangan.Ketika aku sedar aku terlihat Im tersenyum di sebelah aku sambil merenung manja ke dalam mata aku.Apabila aku sudah sedar sepenuhnya aku tidak lagi nampak Im dan mula bertanyakan kepada ibuku

'Ibu Im mana tadi Iqah nampak dia kat sini'
'Iqah ada sesuatu yang ibu nak beritahu dan ibu berharap kamu bersabar ya'
'Apa ibu cakap la'
'Im dah tak ada Iqah dia telah meninggal sewaktu di tempat kejadian'
'Apa ibu merapu nie ibu Iqah tak percaya la'
'Benar Iqah Im dah tak ada'

Hati aku bagai hancur luluh bila ibu memberitahu aku semua itu,aku bagaikan tidak percaya apa yang telah berlaku kepada Im.Sewaktu aku melihat jenazah Im di hospital aku seperti tidak percaya yang di telah pergi selama-lamanya pergi meninggalkan aku sendiri tanpa arah tuju yang aku sendiri tidak pasti.

Selama setahun aku seperti layang-layang yang putus talinya tanpa arah tujuan hidup.Aku ubati hati yang sakit dan pedih ini sendiri dan akhirnya aku berjaya dan sambung belajar kembali ke universiti yang dahulu.Semoga roh Im dicucuri rahmat dan detempatkan dikalangan orang yang bertaqwa.Al-Fatihah....

Lamunan aku terhenti apabila aku dikejutkan oleh si dia yang telah menunggu lama untuk hatiku terbuka kepada dirinya.

'Iqah kenapa nagis nie Afiq ada buat salah ke?'
"Tak la mana ada Afiq buat salah cuma mata Iqah yang masuk habuk tadi.Afiq,Iqah dah buat keputusan'
'Keputusan apa Iqah?'
'Minggu depan Iqah setuju untuk menjadi tunang Afiq'
'Betul ke Iqah Alhamdulillah'

Aku hanya tersenyum melihat Afiq yang gembira itu biarlah kisah lama aku jadikan pengalaman pahit buat diriku ini.Salam rindu buat Imran yang pernah menjadi sebahagian daripada diriku ini.

p/s : Kepada sesiapa yang membaca cerpen nie sila beri pendapat anda sejujurnya daripada hati anda.Kerjasama anda amat dihargai.Sekian terima kasih.
                                        

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment