Assalamualaikum ......
Ketika perasaan kecewa dan sedih Nurul cuba melelapkan mata untuk melupakan semua yang terjadi di siang tadi termasuk tidak memenangi Ipad.Agak nyenyak Nurul tidur akhirnya Nurul bermimpi sesuatu yang tidak pernah selama ini Nurul alami.Orang yang selama ini sudah lama pergi dari hidup Nurul kini kembali ke dalam mimpi ini alangkah bahagianya Nurul tetapi kemudiaanya dia tinggalkan Nurul kembali.
Sedar sahaja daripada tidur terasa seperti atuk yang Nurul sayangi ada disebelah Nurul sambil tersenyum.Air mata yang sudah lama tidak menitis kerana atuk akhirnya menitis kembali tanpa henti.Lalu Nurul rebahkan tubuh ini kembali dan mengimbau masa Nurul dan atuk bersama.Bahagianya tidak terkira sehingga terukir senyuman di bibir ini.Apa pun terima kasih atuk sebab hadir dalam mimpi Nurul walaupun hanya seketika itu sudah cukup mengubat rasa kecewa dan sedih Nurul atas apa yang terjadi semalam.
nota purple : Semoga atuk berada di sisi-Nya......Al-Fatihah
0 comments:
Post a Comment