skip to main |
skip to sidebar
Cerpen Pantas : Puteri Ballet
Assalamualaikum ....
Kau yang terindah
didalam hidupku
hanya cintamu
mekar selamanya
tak inginku lagi mencintai yang lain
kau telah mengikatku selamanya
................
Penari ballet itulah impian kedua aku dalam hidup ini hampir setiap hari aku lenggokkan tubuh aku ini.Lamunan dan tarian aku terhenti apabila lagu yang dipasang dimatikan oleh ibu tiriku.Aku melirik ke arah ibu tiriku yang bengis lagi kejam itu dan dia hanya melihat aku sambil tersenyum sinis.Masih terngiang-ngiang di telinga ini apabila dia memuji anak angkat kesayangannya itu
'Hey Bintang cuba kau tengok anak aku,Bulan bukan main pandai lagi menari bukan macam kau'
Aku sedar yang aku ini anak yatim tidak ada ibu tapi hanya ada bapa yang tidak pernah sedar keinginan dan impian anak dia ini.Kata-kata yang menyakitkan hati itu aku biarkan masuk ke dalam telinga aku ini tapi tidak akan aku benarkan masuk ke dalam hati nuraini aku ini.Setiap hari aku memanjat doa kepada Allah supaya makbulkan segala impian dan harapa aku sejak dari kecil.
Aku hidup dan tinggal dalam rumah ini terasa seperti pembantu yang cuba menagih simpati daripada tuannya tetapi jika dengan cara ini sahaja aku dapat merealisasikan impian aku,aku rela walaupun kenyataannya apa yang aku lakukan akan menyakitkan hati dan fizikal aku ini.Bulan dihantar ke sekolah dan juga latihan tarian menari tetapi tidak sedikit pun dia hargai yang dia tahu hanya berfoya-foya dengan lelaki setiap malam.
Suatu hari aku telah mendapat surat jemputan ke majlis diraja tetapi aku tidak dibenarkan pergi.Alangkah sedihnya apabila aku tidak dapat hadir dan tanpa aku sedari bapa aku pulang memberikan pakaian ballet dan menghantar aku ke sana.Sebelum aku turun dari kereta aku memeluk bapa aku dan mengucapkan terima kasih kerana dia sedar akan kehadiran aku dalam keluarga itu.
Ketika aku masuk ke sana aku terdengar lagu yang selalu aku pasang di rumah dan secara tidak sengaja aku mula melenggokkan tubuh aku.Tanpa aku sedari ada orang yang sedang memerhati aku selesai sahaja aku menari aku di sapa oleh seorang jejaka yang amat tampan rupanya.Sejak dari hari itu aku dan dia mula berkawan baik sehingga sekarang.
nota hijau : Cerpen pendek ini tidak sebaik cerpen anda
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^
0 comments:
Post a Comment