Giveaway Syoknya Raya by Nurul Aini

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:26 Komen : 1 Tag :
Assalamualaikum ....


Nak join klik sini *&^%#$

Setiap kali menjelang Ramadhan saya pasti teringat satu peristiwa.. kenangan yang pastinya tiada akan terlupakan.. Peristiwa yg berlaku lebih 10 tahun dahulu.. dalam bulan Ramadhan.
Dalam perjalanan pulang dari KK (Kota Kinabalu) menaiki pengangkutan awam (time tu manalah ada kereta sendiri).
Sampai di pekan Tenghilan driver tu bagitau.. “kita beli air dulu untuk besungkai (berbuka puasa) sampai KB (Kota Belud) baru kita singgah makan”. Aku, dalam keadaan mamai (baru bangun dari tidur) turunlah bersama beberapa orang penumpang lain untuk membeli minuman.
Diringkaskan cerita, aku beli 2 kotak minuman yang berbeza dan beberapa jenis kuih. Selesai bayar minuman tu, aku naik kereta dan hendak besungkai la kunun.
Hairannya aku cari straw pada kotak minuman yang satu ni tiada pula. Sekali diamati, alangkah terperanjatnya aku apabila terbaca label pada kotak tersebut, ‘Santan Kelapa’. Dalam keadaan malu-malu aku masukkan kembali kotak tadi ke dalam plastik dan ambil kotak minuman yang satu lagi (yang ini betul minuman kotak la). Penumpang yang duduk di bangku sebelah tersengih-sengih saja melihat aku. Aku dapati mereka cuba menahan ketawa. Aku kontrol macho la kunun buat-buat tiada apa yang berlaku.
Sejak kejadian itu aku lebih berhati-hati membaca label pada kotak minuman. Tidak mahu lagi tergesa-gesa ketika membeli minuman.
Pantun Raya :
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Tamat pada 16 September 2012

Harap Menang !!






A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

1 comments:

  1. Singgah sini,

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/10/giveaway-syoknya-raya-by-nurul-aini.html

    BTW, Jomlah join GA nie,

    http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/10/surprise-giveaway-by-fd.html

    ReplyDelete