Elfira Loy Tolak Permintaan Cium Daripada Randy Pangalila

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 13:48 Komen : 0 Tag :
Elfira Loy

Assalamualaikum + salam sejahtera.

\Bismillahhirrahmanirrahim/ Enggan mengikut syarat yang ditetapkan Randy Pangalila, pelakon remaja, Elfira Loy telah menolak permintaan daripada pelakon seberang itu yang mahukan ciuman manja daripadanya.  

Namun, demi bantuan yang sangat diperlukan daripada Randy Panggalila, Elfira Loy cuba memenuhi permintaan daripada jejaka itu dengan menciumi tangannya sendiri yang sebelum itu dilekapkan ke pipi aktor tersebut.

Walau bagaimana pun itu hanyalah salah sebuah babak yang dilakonkan mereka sebagai peneraju utama filem Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang yang mana penggambarannya telah pun dilakukan di kota Paris.


Bercerita mengenai penglibatannya di dalam filem tersebut, Elfira yang sudah 2 kali bekerjasama dengan Randy memberitahu, terdapat beberapa babak-babak romantik yang mendebarkan dirinya apabila digandingkan bersama jejaka macho dari Indonesia itu.

“Sebenarnya mudah sahaja bekerja dengan Randy kerana kami serasi dan sekepala untuk melakukan beberapa babak di dalam filem ini. Malah hampir semua babak yang kami jayakan dilakukan dengan reaksi yang natural tanpa melakukan apa-apa rehearsal kerana kami sama-sama suka ikut flow situasi waktu itu.


“Cuma ada beberapa babak intim bersama dia yang membuatkan saya berdebar-debar kerana sungguh saya tidak pernah lagi bercinta. Malah kadang-kadanga rasa kelakar pun ada bila melakukan babak romantik bersamanya,”katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Indigital Sdn Bhd dan Cube Film di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, malam semalam.

Sebelum ini, Elfira dan Randy telah pun bergandingan sebagai pasangan kekasih di dalam telemovie Mimpi Sampai Ke Bintang. Mengenai perkembangan terbaru, Elfira bakal menjalani penggambaran drama epik bersama pengarah Datin Paduka Shuhami Baba tidak lama lagi.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment