Rasanya dah lama tidak tulis cerpen hari nie sempena 2 Muharam Nurul akan menulis e-novel untuk santapan semua orang :
Aku seperti berada di tempat asing tempat di mana aku tidak pernah jejaki selama aku hidup.Aku lihat sekeliling mencari kelibat orang-orang yang kenali diri aku tapi tiada siapa di situ kecuali lembaga yang memakai jubah putih.Tanpa rasa belas kasihan dia memukul tubuh aku dengan kejam sehingga aku tidak terdaya untuk bangun lagi setiap sebatan yang diberikan aku akan menjerit sekuat hati tetapi tiada siapa yang mendengarnya.
"SAKIT !!! Jangan sebat aku lagi."
Tetapi jeritan aku bagai tiada makna kepadanya.Rambut aku direntap olehnya rasa bagai ingin tercabut kepala aku ini.Setiap seksaan yang aku terima tidak dapat dihintung azabnya.Seketika kemudian aku bagai terlihat tayangan segala dosa yang pernah aku lakukan sepanjang aku hidup dan kedengaran suara bayi bertanya kepada aku.
"Ibu kenapa ibu gugurkan kami ? Apakah kami ini tidak bermakna kepada ibu ? Dulu masa ibu berzina ibu cakap ini adalah bukti cinta ibu kepada dia tapi kenapa ibu buang kami sewaktu kami belum bersedia untuk keluar lagi ibu ?"
Menitis air mata aku saat terdengar suara halus itu bersuara.Aku terdengar seseorang mengajar aku mengucap tapi entah mengapa aku tidak boleh ikut seolah-olah lidah aku kelu untuk menyembutnya.Hampir setiap hari aku mendengarnya tapi entah kenapa aku masih belum boleh untuk mengucapnya.
***********
Aku rasa baru bangun dari tidur yang lama dan mengalami mimpi yang amat menakutkan mungkin ini adalah petunjuk daripada Allah kepada aku untuk berubah kerana selama ini hidup aku hanya bergelumang dengan dosa dan maksiat.Aku mula belajar tentang agama daripada ustazah-ustazah yang aku kenal.Aku sudah bertekad ingin ubah cara hidup keluarga aku yang kini hidup cara barat.
Ketika aku pulang ke rumah aku lihat ibu aku sedang berfoya-foya bersama lelaki sejak ayah aku meninggal itulah kerja ibu aku setiap hari begitu juga dengan abang aku,Kamarul Rayyan.Aku masuk ke dalam rumah untuk tunaikan solat Isyak yang sudah tertunggak agak lama.Aku jalan melintasi kawan-kawan abang aku yang sedang minum minuman haram dan tanpa aku sedari ada sepasang tangan yang memegang pergelangan tangan aku.
"Hey Chinta,kau cepat-cepat nak pergi mana jom la join kami semua?"
"Lepaskan tangan saya."
Kedengaran serius sekali arahan itu tetapi disambut hanya dengan gelak ketawa yang berdekah-dekah.
"PANG !!"
"Hoi kau nie kenapa ?"
"Aku cakap lepaskan tangan aku tak faham ke hah ?"
"Okey aku lepaskan tapi kau ingat aku akan buat perhintungan dengan apa yang kau buat pada aku kau ingat bila kau dah berubah macam nie ramai yang takut dengan kau silap besar la kau."
Aku hanya melihat sekilas sahaja wajah yang bengis itu kemudian berlalu untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang hamba Allah.Selesai aku menunaikan solat aku menadah tangan untuk memohon kepada maha Pencipta:
Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Engkau ampunilah dosa ku ya Allah,
dosa ibuku,ayahku serta abangku ya Allah,
Engkau berilah mereka petunjuk seperti mana Engkau berikan kepada ku,
ya Allah Engakau tempatkanlah ayahku di kalangan orang-orang yang beriman,
Amin,amin,amin ...
Tanpa aku sedari abang aku yang ingin masuk dalam bilik aku untuk memarahi aku kerana tampar kawan dia sebentar tadi mendengar segala doa-doa aku lalu dia mengetuk pintu bilik aku.
"Kenapa abang ?"
"Dik,abang nak mintak maaf sebab tidak melindungi adik ketika adik memerlukan abang."
"Abang tak apa adik boleh jaga diri adik sendiri abang jangan la risau."
"Abang nak mintak tolong adik boleh ?"
"Tolong apa abang kalau adik boleh tolong adik tolong ?"
"Abang nak adik ajar abang tentang agama ?"
Lantas aku memeluk abang aku akhirnya Tuhan bukak pintu hati abang aku untuk berubah tapi bilakah pula ibu aku akan berubah ?
nota : nantikan sambungan Aku Manusia Biasa
Terbaiklah! ;) sambunglah cepat2 ;)
ReplyDeleteseronok lak bace... tak sabar nak tunggu sambungan nanti :D
ReplyDeletenis : Amboi tak sabar-sabar ye
ReplyDeleteirdina : hehe blog nie la peneman ketika sunyi dan bosan
good job. Teruskan.. Miehehe. Ni lagi bagus dari hanna ni
ReplyDeleteHanna : Insya-Allah akak akan teruskan...mna ada lagi bagus drpd hanna
ReplyDeletenakk bace !!!!
ReplyDelete