e-novel : Tentang Chinta Arissa Sofia 3

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:00 Komen : 3 Tag :
BAB 3

Sudah 5 tahun aku belajar dekat negara orang.Esok aku akan dapat master dan terus balik ke negara sendiri.Tidak sabar rasanya nak jumpa abang Kamarul dengan pujaan hati aku Ikhwan.Bila balik sana nanti baru aku tanya dekat Ikhwan siapa pemilik suara yang aku dengar hari itu.Aku mula bersiap-siap untuk ke tapak konvensyen.Kelihatan Khayla dan Raisha sedang menagis.Aku pandang dengan pandangan pelik.Apa kena dengan diorang semua nie dah buang tebiat apa,tiba-tiba aje nagis.Aku bukan mati lagi pun hidup lagi nie.Perlahan-lahan aku jalan mendekati mereka berdua.Aku melabuhkan punggung ditengah antara mereka berdua.Lantas aku genggam erat tangan mereka berdua.

"Kenapa nie?"tanya aku lembut.

"Lepas nie kita tak akan berjumpa lagi."jawab Khayla.

"Betul,lepas nie kita kena balik tempat masing-masing dah."ujar Raisha.

Aku tersenyum memandang dua sahabat baik aku itu.

"Korunk jangan macam nie,Insya-Allah lepas kita balik Malaysia mesti kita boleh jumpa lagi."pujuk aku.

"Macam mana nak jumpa?"tanya Raisha.

"Korunk berdua boleh kerja dekat syarikat abang aku merangkap syarikat aku.Macam mana?"soal aku.

Mereka berdua menangguk-angguk.Chinta memeluk erat sahabatnya itu.Walau apa yang terjadi mereka bertiga akan tetap menjadi sahabat selamanya.Chinta mengesat air mata dua orang sahabatnya itu lantas mengajak mereka pergi ke konvensyen dengan segera.

Selesai sahaja penyampaian sijil Chinta,Khayla dan Raisha jalan beriringan menuju ke Madeina Airport.Tempat konvensyen mereka sudah tidak jauh daripada tempat lapangan terbang.Selepas memberikan tiket mereka bertiga berpelukkan.Memang mereka pulang menggunkan airport yang sama tapi kapal terbangnya tidak sama.

Chinta menuju ke kapal terbang yang harus dinaikkinya.Dari jauh dia sudah melambai-lambai dua orang sahabatnya itu.Chinta akan merindui dua orang sahabatnya itu.Pasti !!

******************

Setelah berjam-jam Chinta duduk dalam kapal terbang akhirnya sampai juga.Dia mengambil beg lalu diletakkan ke dalam troli.Dengan pantas dia menolak troli itu sambil matanya tidak lekang mencari kelibat abang kesayangannya.Pandangan dia jatuh pada seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna putih.Itu mesti abang Kamarul tanpa memberi salam dia terus memeluk abangnya itu.

"Ish adik nie lain kali jangan buat macam nie.Terperanjat abang tau."nasihat Kamarul pada adiknya itu.

"Hehehe rindu sangat la abang.Mana boleh tahan tak jumpa abang sampai 5 tahun."ujar Chinta lantas menyalami abangnya itu.

Tiba-tiba terdengar suara lelaki merajuk bersuara.

"Eleh rindu abang dia aje kat buah hati dia tak rindu."ujar Ikhwan.

Tanpa Chinta sedari muncung Ikhwan itu sudah sepanjang burung belatuk.Akhirnya tersembur juga ketawa Chinta bila melihat wajah Ikhwan yang sedemikian rupa.Lagi geram Ikhwan dengan sikap Chinta tu.Bukan nak dipujuk malah diketawakan kita pulak.

"Okey okey sori la Chinta tak perasan yang Ikhwan ada dekat sini."ujar Chinta dalam tawa yang berbaki.

"Iya la tu tak perasan la sangat."ucap Ikhwan selamba.

"Ish dah orang cakap tak perasan tu tak perasanlah yang tu pun nak merajuk dasar manja."ucap Chinta lalu berjalan sambil menghentak-hentak kakinya.

Ikhwan mengomel sendirian.Bukan nak dipujuk kita yang tengah merajuk nie malah kita pulak yang kena pujuk dia.Huh tak adil sungguh.Kamarul yang hanya menolak troli dari belakang itu hanya tersenyum.Gembira dia melihat Chinta pulang.

Sampai sahaja mereka bertiga dirumah Chinta terus masuk ke dalam bilik.Beberapa minit kemudiaan kelihatan Chinta keluar dari bilik dan menuju ke dapur.Tak penat ke Chinta nie baru balik dah tolong bibik kat dapur.Fikir Ikhwan sendirian.

"Abang Ikhwan jom makan lauk dan nasi dah terhidang."laung Chinta dari dapur.

Ikhwan yang jalan beriringan dengan Kamarul terus menuju ke dapur.Pinggan dua jejaka itu diambil lalu disendukkan nasi ke dalamnya.Selepas itu dia menuang air dan duduk.Kelihatan Kmarul dan Ikhwan begitu berselera sekali makan.

"Chinta abang dah ada calon isteri."ujar abang Kamarul.

"Iye.Kalau macam tu bila nak kawin?"soal aku kembali.

"Aik tak nak tanya siapa?"tanya abang Kamarul dengan jelingan.

"Tak naklah biar ia jadi suprise."jawab aku selamba.

Baru aku perasan dari tadi aku sembang dengan abang Kamarul sekali pun Ikhwan tidak menyampuk.Aku beralih tumpuan pada Ikhwan kelihatan seperti dia ada dalam dunia dia sendiri bersama makanan.

"Ikhwan."sapa aku lembut.

"Hah ya ya kenapa Chinta."ujarnya dalam kekalutan.

"Ikhwan ada apa-apa nak cakap?"tanya aku kerana sedari tadi aku lihat Ikhwan termenung.

"Ikhwan ingat esok Ikhwan nak bawak Chinta jumpa parents Ikhwan."ujarnya perlahan.

Abang Kamarul tersedak.Pantas aku menghulurkan air.

"La Wan mengelamun daripada tadi sebab nie aje."soal abang Kamarul.

Ikhwan menangguk.

"Sebenarnya Chinta kena bermalam dekat sana sebab nenek nak buat pertandingan masak kari ayam dengan calon pilihan mama untuk Ikhwan."ujarnya lagi.

Owh jadi suara perempuan tu calon isteri Ikhwan la.

"Ikhwan takut nak beritahu Chinta sebab takut Chinta tinggalkan Ikhwan."ujarnya kini dengan wajah mencuka.

Mata aku bertentangan dengan mata Ikhwan.Ada getaran dalam dada.

"Chinta sanggup lakukan apa saja untuk mempertahankan cinta Chinta untuk Ikhwan."ujar aku.

"Jadi Chinta sanggup ikut Ikhwan jumpa parents Ikhwan?"soal Ikhwan dengan girang.

Aku menangguk.Walau apa pun yang terjadi aku akan juangkan cinta aku pada Ikhwan.Aku tersenyum pada Ikhwan dan abang Kamarul tersenyum.Selepas Ikhwan pulang aku menunaikan solat Asar berjemaah bersama bibik dan abang Kmarul.

Aku harap esok akan menjadi hari yang paling bermakna.Pelbagai kemungkinan boleh terjadi.Aku harus bersiap sedia dari segi fizikal dan mental.Aku akan lakukan apa saja demi cinta aku pada Ikhwan.

******************

Pagi itu Ikhwan datang menjemput aku.Selepas memasukkan beg pakaian dalam bonet kereta aku menyalami abang Kamarul dan terus hilang dalam perut kereta.Kereta milik Ikhwan mula meluncur laju di atas jalan raya dengan megahnya.Sambil Ikhwan memandu kami tidak habis berborak-borak itu dan ini.

"Ikhwan apa mama Ikhwan akan merestui hubungan kita?"soal aku inginkan kepastian.

"Kenapa Chinta tanya macam tu?Insya-Allah mama Ikhwan mesti merestui hubungan kita bersama."pujuk Ikhwan lembut.

"Chinta takut mama Ikhwan tidak merestui hubungan kita kerana hubungan tanpa restu ibu bapa umpama jasad yang tidak bernyawa."ujarku perlahan.

"Chinta jangan fikir macam itu nanti mesti mama restui hubungan kita."pujuk Ikhwan lagi.

Chinta mengangguk.Harapan dia begitulah jadinya nanti.Chinta terlalu sayang dan cinta kepada Ikhwan.Untuk fikir mengenai kehilangan Ikhwan itu jauh sekali.Chinta memandang Ikhwan dengan senyuman terhias di bibir.

Ikuti "Tentang Chinta Arissa Sofia 4" untuk ketahui sama ada Chinta berjaya atau tidak untuk menambat hati keluarga Ikhwan?Siapa calon isteri yang dicari mama Ikhwan?Adakah hubungan Chinta dan Ikhwan akan direstui.Ikuti cerita selanjutnya.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

3 comments: