Selamat pagi semua.Dah sarapan?Nurul sudah makan,makan nasi goreng lagi kalau nak boleh la jemput datang rumah untuk makan.Untuk pengetahuan semua hari ini berakhirlah episode penderitaan Chinta Arissa Sofia.Untuk ketahui apa yang bakal terjadi kepada ibunya,Datin Runia Rubiah jom kita baca sama-sama.
Aku duduk di bangku di hadapan rumah.Kini aku sudah setuju untuk mengahwini Ikhwan Wafi'an seorang jejaka yang penuh dengan nilai kasih sayang.Sudah hampir sebulan aku tidak menemui ibu.Selepas kejadian di mana aku mendengar segala perbualan ibu dengan lelaki durjana itu di saat itu jugalah aku tidak pulang ke rumah.
*************
Aku menagis teresak-esak sudah hampir seminggu aku tidak keluar bilik.Kejadian yang menimpa aku membuatkan aku rasa diri ini terhina.Telefon berdering,aku lihat nama yang tertera.Ikhwan Wafi'an yang menelefon.Sepanjang aku berhenti mengajar Ikhwan selalu telefon untuk mengetahui perkembangan diri aku.
"Assalamualaikum."sapa aku lembut.
"Waalaikumsalam.Chinta sihat?"
"Alhamdulillah,sihat."tuturku bersahaja.
"Ikhwan nak jumpa Chinta petang nie boleh?"
"Err,boleh nanti Chinta minta abang Kamarul yang temankan ya?"ucapku jujur.
"Baiklah.Kita jumpa di tempat biasa."
"Hurm,baiklah."
Aku meletakkan gangang telefon selepas memberi salam.Tempat biasa yang Ikhwan maksudkan ialah dekat pangkin,depan masjid itulah tempat kami selalu berjumpa.Aku mengenakan pakaian kurung berwarna merah jambu berbunga kecil.Aku letakkan sedikit solekkan dengan ini terserlahlah kecantikkan asli aku.Bibir aku tidak aku sapukan sebarang lipstik atau lipgloss kerana memang semulajadi merah.Aku melangkah keluar dari bilik dengan senyuman ayu.Sampai sahaja di tangga aku terlihat susuk tubuh yang amat dikenali oleh aku,seorang lelaki dalam lingkungan 40-an bersembang bersama ibu aku.Aku mencuri dengar.
"You,anak you memang "best" lah.Tidak sia-sia you jual anak you dekat I."
"Hahahahaha,you nie.I suruh you perkosa dia sebab I tak suka dia berdakwah dekat dalam rumah nie."
Berderau darah aku.Jadi lelaki itu masuk ke bilik tersebut kerana telah dibayar oleh ibu.Bergegas aku naik ke atas.Aku kemaskan pakaian dan barang keperluan aku lalu aku turun ke bawah.Ketika aku turun lelaki durjana tersebut sudah tidak ada tinggal ibu aku sahaja yang sedang membaca majalah.Ketika aku melintasi ruang tamu kelihatan ibu berdiri memandang aku penuh tanda tanya.
"Nie Chinta nak pergi mana?"
"Chinta nak keluar dari rumah nie.Sampai hati ibu jual Chinta pada lelaki durjana tu."jawab aku kini air mata mula menitis.
"Owh jadi Chinta dah tahu ye?Itu balasan bagi orang yang melawan cakap ibu."
Tanpa mempedulikan ibu aku melangkah keluar dengan perasaan sedih dan kecewa.Sikap ibu sudah melampau.Aku masuk ke dalam teksi milik abang Kamarul lalu aku ceritakan apa yang terjadi.Abang Kamarul agak terkejut dengan apa yang dia dengar lalu aku ditumpangkan di rumah sewa dia.Sebenarnya abang Kamarul pun sudah tidak tinggal dengan ibu tapi aku tidak pasti sebab apa.Niat aku untuk berjumpa Ikhwan aku batalkan.Aku menghantar mesej dan dia menjawab okey.
**************
Lamunan aku terhenti bila Ikhwan datang dia duduk di sebelah.
"Chinta,Ikhwan nak beritahu sesuatu tapi harap Chinta bersabar."
Aku menangguk.
"Chinta maafkanlah ibu Chinta dia sedang nazak.Selepas kemalangan itu,doktor cakap dia tidak boleh pergi kerana masih ada yang tidak mahu melepaskan dan memaafkan dia."
Aku hanya diam.
"Chinta."panggil Ikhwan lembut.
Air mata mula menitis setitis demi setitis membasahi pipi putih ini.Dengan esakkan yang berbaki aku bersuara.
"Ikh..Ikhwan ingat senang Chinta nak maafkan dia selepas dia musnahkan hidup Chinta.Sakit hati nie Ikhwan,dia layan Chinta tidak ubah seperti binatang.Chinta ini anak dia Ikhwan bukan orang lain,darah daging dia sendiri."air mata kini makin laju mengalir.Ikhwan hanya biarkan aku lepaskan apa yang terbuku.
"Ikhwan tahu tak,sepanjang Chinta tinggal dengan dia macam-macam dia buat dekat Chinta tapi Chinta tak kisah.Sampai la dia jual Chinta dekat jantan durjana tu !"esakkan Chinta makin kuat.
Jadi sebab inilah Chinta amat membenci ibu dia.Rupanya disebalik senyuman yang manis terukir parut yang tidak pernah hilang.Setelah dipujuk akhirnya Chinta bersetuju untuk berjumpa ibunya.Setibanya dia di hospital Ikhwan terus membawa Chinta ke wad ibunya.Chinta menghampiri ibunya.
"Chin....Chinta..maa...maafkan...ibu nak?"
"Chinta maafkan segala dosa ibu.Ibu pun manusia biasa sama seperti Chinta,jadi mestilah ibu membuat kesilapan.Chinta maafkan semua kesalahan ibu"ucapnya dalam esakkan.
Ibu Chinta semakin nazak.Akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir di sisi anak yang tersayang.
************
Selesai sahaja mengebumikan jasad ibu Chinta mereka semua pulang.Chinta duduk bersimpuh di atas tikar yang disediakan kan.Selesai sahaja membaca Yassin,Chinta memegang batu nisan milik ibunya.
"Ibu,maafkan Chinta kerana tidak dapat mengubah ibu.Chinta harap ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman."
Chinta meninggalkan tanah perkuburan.Sekilas dipandang kearah kubur milik ibu dan papanya.Disedekahkan al-Fatihah kepada mereka berdua.
TAMAT
Nantikan e-novel terbaru karya Nurul Fatihah bt Shahronizam yang bertajuk "Tentang Chinta Arissa Sofia".Pelancaran akan dilakukan pada 23 November 2012.Harap mendapat sambutan sama seperti "Aku Manusia Biasa".
best la.. tapi napa hbis mcm ni ja.. hihi
ReplyDeleteRuunna : Ish sebenarnya ada lagi tapi dalam tajuk lain.E-novel "Tentang Chinta Arissa Sofia" akan menyambungkan segala-galanya.Akan menyambungkan cerita hidup Chinta dan hubungan Chinta dengan Ikhwan
ReplyDeletewau... best tu, sambng lah ya
Deletetunggu kisah cinta chinta dan ikhwan.. weee
ReplyDeleteRuunna : insyaallah
ReplyDeleteHanna : x sabar saja
buatlah novel banayk2 lagi. bosan nie. :D sambunglah tentang chinta arissa sofea sampai habis lepas tu buat novel baru :D jangan marah adek..... >///<
ReplyDelete