e-novel : Tentang Chinta Arissa Sofia Prolog

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 11:07 Komen : 4 Tag :
PROLOG



  Pandangan di luar balkoni benar-benar menarik minat aku.Selendang yang Ikhwan beri aku genggam erat.Selepas pemergian ibu aku mengambil keputusan untuk datang ke London.Aku tersenyum memandang telatah manusia terutama kanak-kanak amat menghiburkan hati aku.Aku lihat seorang kanak-kanak sedang menagis meronta-ronta sehinggalah ibu dia menarik telinga dia.

Kemudian,pandangan aku jatuh pada selendang putih di tangan aku.Lama aku tenung selendang itu.Suatu masa nanti mesti Ikhwan akan sarungkan selendang itu di kepala aku.Sedang asyik aku teringatkan Ikhwan jejaka yang mampu mengetuk pintu hati aku pintu rumah sewa aku diketuk.

Perlahan-lahan aku jalan mendekati pintu itu kalau tak lain tak bukan mesti dua orang kawan baik aku,Nur Khayla Zara dengan Nur Raisha Airis.Pintu aku buka,aku pelik apabila melihat seorang lelaki berdiri di hadapan pintu rumah.

Lelaki itu perlahan-lahan mendekati pintu pagar rumah sewa milik aku.Memang aku tidak dapat nafikan yang lelaki itu sangat kacak.Bibirnya yang merah membuktikan yang dia tidak menghisap rokok.Aku menghadiahkan senyuman lalu aku tanya.

"Assalamualaikum,encik cari siapa?"tanya aku dengan mesra.
"Saya mencari Chinta Arissa Sofia.Dia ada?"jawab lelaki itu bersahaja.
"Ya,saya Chinta Arissa Sofia.Encik nie sapa?"tanya aku lagi sebabnya aku tidak pernah kenal lelaki ini.
"Saya Tengku Izz Danial Adam.Sofia,kau tak kenal aku ke?"tanya dia penuh pengharapan.

Aku terkejut.Lelaki ini bekas tunang aku dulu,kami tidak jadi kahwin sebab dia hamilkan wanita lain.Aku menutup pintu.Aku tersandar di pintu,perlahan-lahan air mata aku menitis kembali.

Kenapa lelaki ini hadir kembali?Macam mana dia tahu aku ada dekat sini?Untuk apa dia cari aku padahal hati ini bukan untuk dia lagi?
 
Okey nie la prolognya.Sorry kalau tak best apa pun kalau nak bagi cadangan untuk buat cerita ini lebih menarik boleh bagitau dekat facebook Nurul Fatihah Shahronizam.Segala idea dan cetusan minda korunk akan diterima dengan hati yang terbuka.Cerita nie la yang setiap hari Nurul berangan-angan bila tak tahu nak buat kerja apa.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

4 comments: