e-novel : Tentang Chinta Arissa Sofia 4

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 13:39 Komen : 3 Tag :
BAB 4

Setelah setengah jam mereka berada di dalam kereta kini mereka sudah sampai ke destinasi yang mereka inginkan.Ikhwan dengan pantas keluar lalu membuka pintu kepada Chinta.Nenek,mama,adik Ikhwan dan bakal calon isteri Ikhwan yang dicarikan oleh mamanya sudah menunggu di luar rumah.Setiap hamba Allah yang berdiri di situ tidak lekang memberikan senyuman.Seorang gadis memakai purdah keluar dari kereta milik Ikhwan.Itu adalah aku.Aku berjalan mengekori Ikhwan dari belakang perlahan-lahan sambil menarik beg pakaian berwarna merah jambu.Ikhwan menyalami semua ahli keluarganya kecuali wanita yang duduk di sebelah mama nya itu.Mungkin bukan muhrim.

"Chinta."panggil Ikhwan lembut.

Aku mendonggak memandang satu persatu ahli keluarga Ikhwan.

"Kenalkan ini nenek,ini mama,ini adik Ikhwan,Ikhwani Hanani dan ini bakal isteri yang mama carikan untuk Ikhwan,Dhiya Izz Zara Sofia"ujarnya sambil menunjuk satu persatu ke arah mereka.

Aku menyalami semua ahli keluarga Ikhwan termasuk calon yang dicarikan oleh mama Ikhwan.

"Cantik mata akak.Masti wajah akak pun cantik."puji Hanani.

"Owh jadi ini la Chinta Arissa Sofia?Cantik nampaknya Ikhwan pandai memilih calon isteri."puji nenek Ikhwan pulak.

Aku menagguk.Nenek Ikhwan merangkul tangan aku lalu membawa aku masuk.Aku diarahkan untuk tidur bersama nenek malam ini.Aku tidak banyak soal malah ikut sahaja apa yang mereka sudah rangcangkan.

Selepas menyalin pakaian dalam bilik aku turun dan terus ke dapur untuk menolong bibik masak.Kelihatan nenek sedang menolong jugak.Aku labuhkan punggung di sebelah nenek lalu melakukan apa yang aku boleh buat.

"Eh kenapa Chinta masuk dapur?"ujar nenek.

"Tak apa la nenek,Chinta bosan la duduk bersembang kat depan tu lebih baik tolong nenek kat dapur nie lagi best."ujar aku dengan girang.

"Nampaknya Chinta tidak sama macam Dhiya.Chinta lebih baik daripada Dhiya."ujar nenek perlahan.

Tidak sempat aku menjawab ada suara yang menyampuk dari belakang.

"Ada ka orang berpurdah pakai blause dengan seluar?"ujar mama Ikhwan dalam nada sinis.

"Puan tidak semestinya kita berpurdah kita harus memakai baju kurung 24 jam.Islam itu mudah selagi pakaian itu menutup aurat bukan menutup urat ia tidak menjadi masalah."uacap aku tulus.

Kelihatan mama Ikhwan menarik muncung lalu berlalu dari situ.Nenek hanya menepuk bahu aku mungkin memeberi kesabaran untuk aku melayani kerenah mama Ikhwan.Hari ini semua lauk untuk makan tengah hari aku yang masak dibantu oleh nenek.Hora horey la bibik rumah nenek hari ini.

Selepas siap menghidang aku memanggil ahli keluarga yang lain untuk makan.Selesai sahaja menjamu selera aku membantu bibik kemaskan semua makanan dan pinggan mangkuk.Kami sembahyang berjemaah,Ikhwan sebagai imam sementara yang lain sebagai makmum.

Petang itu kami habiskan masa di taman rumah nenek.Aku menatang dulang minuman kepada mereka semua.Sampai sahaja di situ aku menuangkan air lalu aku menjemput mereka untuk minum.Beginilah rasanya bila bersama keluarga.Manitis air mata aku kerana rindu akan ibu dan papa yang sudah lama meninggalkan aku.Aku kesat air mata perlahan tidak mahu ada sesiapa yang perasan.

Waktu maghrib telah masuk.Aku mengambil wuduk dalam tandas bilik nenek lalu aku tunaikan solat wajib secara sendirian.Sesudah aku menunaikan kewajipan aku sebagai seorang hamba Allah,aku lihat nenek duduk di birai katil sambil tersenyum memandang aku.Perlahan-lahan aku mendekati wanita tua itu,tangan dia yang sudah berkedut aku raih lalu aku cium.

"Kenapa cu menagis tadi?"ujarnya perlahan.

"Chinta rindukan arwah ibu dengan papa.Sudah lama dia tinggalkan Chinta sendirian bersama abang Kamarul."ujar aku perlahan lalu meletakkan kepala di peha nenek.

"Nenek kan ada,nenek boleh jadi peneman Chinta jadi Chinta tidak akan keseorangan lagi."ujarnya sambil mengusap lembut kepala aku.

Aku terdiam.Sesungguhnya ketika ini aku amat merindui kedua orang tua aku.Mulut ini tidak berhenti sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.Akhirnya selepas solat isyak aku terlena bersama nenek.

****************

Pagi sudah menjelang.Selesai sahaja mandi dan menunaikan solat aku terus turun ke bawah untuk membuat sarapan.Sewaktu dibilik tadi kelihatan nenek masik tidur kasihan pulak nak kejutkan.Selepas iap membuat sarapan aku hidangkan si atas meja dan di atas dulang untuk nenek.Aku pesan pada bibik jika mereka mencari nenek bilang pada mereka yang aku sedang bersarapan bersama nenek di atas.Bibik hanya menangguk.

Ketika aku masuk,nenek sudah terjaga.Aku mendekati nenek bersama dulang di tangan.

"Selamat pagi nek.Jom bersarapan.Hari nie Chinta buat nasi goreng bersama air milo."ujar aku mesra.

Nenek tersenyum.Aku suapkan nenek nasi sambil berborak bersama dia.Selesai sahaja bersarapan,nenek masuk ke dalam bilik mandi.Aku menyediakan baju yang bersesuaian dengan nenek.Selesai sahaja nenek bersiap kami turun beriringan ke bawah sambil aku menatang dulang yang aku bawak naik sebentar tadi.

Selesai sahaja mengemas nenek memanggil aku untuk ke depan untuk memberitahu sesuatu.Apa yang kami semua tahu pertandingan itu akan diadakan hari ini.

"Seperti yang semua tahu nenek ingin buat pertandingan memasak gulai ayam kampung.Masa yang diberikan selama 1 jam.Gunakan segala bahan yang disediakan dan lakukan dengan jujur."ujar nenek.

"Jadi bersaksikan semua yang ada di sini,pertandingan kini dimulakan."ucap nenek sebelum memberi bahan kepada aku dan Dhiya.

Seperti biasa aku akan memulakan setiap pekerjaan dengan bismillah.Kelihatan Dhiya sudah terkocoh-kocoh membuat gulai ayam kampung.Aku membuat menggunkan kemahiran yang aku ada begitu jugak dengan Dhiya.

1 jam berlalu ....

Kini masa yang diberikan sudah tamat.Nenek mengambil keputusan untuk merasai masakkan Dhiya dulu sebelum aku.Selepas nenek mengomen tentang masakkan Dhiya masakkan aku pulak nenek rasa.Senyuman terukir pada bibir tua itu.Kini tibalah masa mengumumkan pemenang.

"Dengan berbesar hati nenek umukan yang Chinta Arissa Sofia adalah pemenang untuk pertandingan ini.Kini Chinta adalah orang yang layak untuk menjadi isteri Ikhwan."ucap nenek sebelum memeluk aku.

Aku mengucap syukur.Kelihatan Dhiya seperti tidak berpuas hati.Perlahan-lahan aku mendekati Dhiya untuk bersalaman tetapi ditolaknya aku sehingga kepala aku terhantuk pada bucu meja dan akhirya berdarah.Kedengaran suara nenek memanggil nama aku sambil menepuk-nepuk pipi aku.Suara Ikhwan memarahi Dhiya juga kedengaran.

Aku cuba bersuara tapi suara aku seolah-olah tersekat di kerongkong.Wajah nenek aku pandang.Pandang aku makin kabur dan akhirnya gelap.Suara-suara disekeliling aku mula tidak kedengaran.

Apa yang berlaku pada Chinta?Apakah Chinta akan hilang ingatan atau Chinta akan mati kerana kehilangan begitu banyak darah.Nantikan "Tentang Chinta Arissa Sofia 5" untuk ketahui lebih lanjut.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

3 comments: