Pelancaran E-NOVEL sempena bulan Muharam

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 23:00 Komen : 2 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Selamat malam semua.Dah makan belum nie ? Kalau Nurul alhamdulillah dah makan petang tadi tapi seorang diri sajalah tak ada sapa yang teman.Buat pengetahuan semua kalau sebelum ini Nurul asyik buat cerpen saja tapi pada 2 Muharam Nurul sudah mula buat E-NOVEL.


Tajuk e-novel pertama Nurul ialah "Aku Manusia Biasa".Di atas ini ialah kulit e-novel pertama Nurul memanglah tidak berapa cantik tapi bagi Nurul ini sudah cantik simple.Kulit ini diedit oleh adik Hanna seorang penulis sama seperti Nurul.

E-novel ini mengisahkan seorang gadis,Chinta Arissa Sofia yang telah mendapat hidayah daripada Allah.Selepas dia berubah banyak dugaan yang terpaksa dilaluinya.Abangnya,Kamarul Rayyan juga dulu asalnya jahat kini mula berubah menjadi baik.Ibu Chinta,Datin Runia Rubiah enggan berubah katanya dia masih belum tua untuk bertaubat.Mampukah Chinta mengubah ibunya untuk kembali ke pangkal jalan ? Nantikan setiap sambungan e-novel "Aku Manusia Biasa".

Unsur yang bakal Nurul terapkan ialah kasih sayang dan tidak terkecuali hukum-hakam agama Islam.Jadi bagi sesiapa yang masih belum baca bab 1 anda boleh datang ke link ini untuk membacanya : http://mia-udax.blogspot.com/2012/11/e-novel-aku-manusia-biasa-1


 nota : Selamat membaca dan jangan lupa untuk terus berikan sokongan kepada Nurul untuk terus berkarya

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

2 comments: