Permintaan Hati

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 22:54 Komen : 0 Tag :


Sedang Noe (agak pelik nama ini) membaca buku di satu sudut, tiba-tiba seseorang telah mencurahkan petrol kepadanya. Habis basah baju Noe lalu dia pun berpaling untuk melihat siapakah gerangan yang berbuat begitu. Kelihatan seorang gadis yang dalam keadaan terlalu marah sambil mencampakkan bekas yang berisi petrol tadi kepada Noe. Lalu dalam kebingungan Noe berkata “ Hey, ada apa nie?” Gadis itu smbl menyalakan pemetik api berkata “Kamu…kamu JAHAT”.. “Oh, nanti..nanti sebentar..kamu siapa?kamu…” Lalu gadis itu menjawab “AKU ADALAH KAMU, KITA DULU ADALAH SATU..!!!”

“Nanti dulu..bawa bertenang, cuba kamu jelaskan..apakah salahku pada dirimu?” Gadis itu berkata sambil menangis “ Kamu sudah meninggalkan aku…kenapa Noe?” Tidakkah kamu masih ingat, saat kita mula-mula bertemu. Aku sedang bergaduh dengan kekasihku hinggakan dia menamparku. Habis berselerakan buku-buku yang sedang aku pegang dan disaat itu juga kamu menghampiriku lalu kamu berkata “Tidak sampai difikiranku, kenapa makhluk yang sangat mulia bernama wanita diperlakukan seperti ini?” Kita bangun bersama dan kau menghulurkan tanganmu tanda perkenalan. “Tahukah kamu bahawa kamu datang disaat aku sangat-sangat memerlukan seseorang yang..seseorang yang seperti kamu?”
“Maafkan aku kalau memang aku pernah menyakiti kamu…tapi, aku benar-benar tidak mengenali kamu”.. Lalu gadis itu menjerit sambil menangis “BOHONG…KAMU SUDAH MENINGGALKAN AKU”.

Satu ketika dulu, kamu pernah melamarku dan menyarungkan cincin di jariku. Kamu pernah berkata “Terlalu berat buat manusia biasa untuk bisa mengerti dan menjalani ‘CINTA’..tapi yang pasti, PERKAHWINAN DENGAN CINTA AKAN BERKEKALAN SELAMANYA KERANA CINTA ITU HAKIKI” .. Tahukah kamu bahawa itu adalah saat yang terlalu indah dan bahagia dalam hidupku.

“Kamu tahu kan? aku tak boleh hidup tanpamu dan aku hilang tanpamu..!! Hidupku tiada erti lagi tanpa dirimu” kata gadis itu sambil menangis. Lalu Noe pun berkata “Owh, cuba kamu berikan aku satu alasan, kenapa aku bisa meninggalkan makhluk seindah kamu??” Dengan tangisan yang makin kuat, gadis itu berkata “Di satu petang, aku menerima sepucuk surat darimu. Aku amat gembira pada mulanya kerana seperti surat-suratmu yang lalu, segala kandungannya sangat membahagiakanku. Akan tetapi, pada hari itu…kamu telah musnahkan segalanya. Ada titisan darah di atas suratmu itu, masih ingatkah lagi kamu dengan isi suratmu itu??

Untuk Marsha Cahayaku…
Tidak ada kata yang bisa aku katakan..
Selain maaf dan ‘Terima Kasih’
Kerana kamu telah memberikan erti dalam hidupku yang sempit ini..
Aku harus pergi..
Bukan meninggalkanmu tapi hanya terlepas darimu..
Jika kamu yakin akanku, maka memang inilah cara yang terbaik..
Untuk kita berdua..
Aku tak ingin berterusan bersamamu kerana aku tak ingin menyakitimu…
Ketahuilah Marsha, bahawa hayatku tidak lama..
Aku sakit marsha, sakit yang membawa maut… barah dihatiku sudah diperingkat akhir dan aku semakin hampir dengan kematianku…
Sebelum ini aku x ingin kamu mengetahuinya kerana aku x ingin kamu bersedih dan mengasihaniku….
Selamat Tinggal Marsha, aku tahu kita tak akan bertemu lagi selepas ini…
Maafkan aku Marsha …kamu adalah insan terbaik untukku didunia ini…

Noe, Kamu tahu betapa sakitnya aku selepas membaca suratmu itu? Kenapa kamu perlakukan aku begitu disaat aku amat menyayangimu lebih dari segalanya. Kenapa kamu tidak izinkan aku untuk bersamamu hingga ke akhirnya? Sampai satu saat itu, dalam keadaan yang terlalu sedih, marah, kecewa, stress dan segalanya yang membebani hatiku, aku memohon “Kalau aku bisa kembali ke masa lalu, aku akan bunuh kamu sebelum aku bertemu dengan kamu..!!! Dan ternyata ‘PERMINTAAN’ aku itu dikabulkan…”

“ Jadi kamu datang dari masa depan demi untuk membunuh aku? …

”Ya, aku dtg untuk membunuh kamu sblm aku mengenali kamu… Noe, kamu takkan pernah tahu betapa tersiksanya aku tanpa kamu…”

Aku faham Marsha, hanya satu yang aku pohon “Maafkan aku diatas semua kesalahan yang belum aku lakukan, percayalah bahawa aku tidak pernah ingin untuk menyakiti sesiapapun”

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment