e-novel : Aku Manusia Biasa 2

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 14:17 Komen : 6 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu sambungan cerita nie kan?Kejap ye baru nak ilhamkan idea .... Okey dah dapat :

Kini genaplah 5 bulan aku dan abang aku belajar ilmu agama kami mula merancang ingin pergi ke Mekah di mana tempat itulah yang dulu aku tidak ingin pergi alasan aku kerana dekat sana tak ada disko.Pelbagai cara aku dan abang berusaha untuk memperbetulkan ibu tapi semuanya tidak menjadi dan sikap ibu makin hari makin menjadi-jadi.Ketika aku duduk di tepi kolam aku teringat kepada arwah ayah aku,Dato Suhaimi Khalid.

"Chinta,papa ingat tahun nie papa nak pergi Mekah la."
"APA !! Papa nie dah kenapa dekat Mekah sana tu bukan boleh berfoya-foya macam kat sini."
"Papa nie dah tua Chinta dah tiba masa untuk papa bertaubat."
"Sapa kata papa dah tua?Papa masih muda la pa."

Aku mula berasa pelik dengan perubahan sikap papa aku.Sejak dia mula berkawan dengan jiran kami,Syed Kamarulzaman dia lebih banyak habiskan masa dengan menagis dan mengenang segala dosa-dosanya.Sekarang nie papa aku sudah mula pandai solat,mengaji dan berpuasa padahal sebelum nie puasa wajib pun payah nak buat.

Ketika aku pulang lewat malam selepas habis berseronok,aku lihat papa duduk di bangku luar mungkin menunggu kepulangan aku itulah kerja dia selepas dia berperangai pelik.

"Chinta,duduk sini sekejap nak?"
"Ada apa papa?Chinta mengantuk nie."
"Minggu depan papa akan pergi ke Mekah tapi ibu kamu tak ikut."
"So,papa nak Chinta buat apa?"
"Kalau papa meninggal kat sana Chinta janji akan jaga ibu ya?"
"Yes,I promise.Okey Chinta masuk dulu nak tidur,good night pa."
"Good night."

Aku mengintai di luar jendela kelihatan papa masih belum masuk mungkin dia tidak mengantuk lagi.Aku rebahkan badan di atas katil teringat kembali kata-kata papa sebentar tadi jika benar itu berlaku aku tidak tahu bagaimana ingin meneruskan hidup tanpa papa.Sedang aku berfikir mata aku mula layu dan akhirnya aku terlena bersama seribu satu persoalan.

*******************

Minggu nie papa buat kenduri sempena dia pergi ke Mekah esok hari.Entah kenapa begitu berat bagi aku untuk melepaskan papa pergi sepertinya ini kali terakhir aku akan berjumpa dengan dia.Papa muncul dari belakang lalu duduk di sebelah aku.Kini aku hanya memandang wajah itu sayu kerana ini mungkin kali terakhir aku melihat dia.

"Anak papa nie kenapa?"
"Papa kalau papa pergi sana papa tak akan tinggalkan Chinta kan?"
"Chinta ajal maut,jodoh pertemuan dan rezeki itu semua di tangan Tuhan nak."
"Tapi papa Chinta tak sedia lagi untuk kehilangan papa,Chinta sayangkan papa."
"Walaupun papa sudah pergi menghadap Ilahi ingatlah bahawa kasih sayang papa pada Chinta sedikit pun tidak kurang."

Aku memeluk papa menagis teresak-esak kerana tidak sanggup untuk melepaskan dia pergi.Abang Kamarul yang menerjah aku dan papa.Terkejut aku dibuatnya lalu hinggaplah penampar di bahu dia tapi tidaklah terlalu kuat abang aku hanya tersengih lalu meninggalkan aku bersama papa.Seharian aku habiskan masa bersama papa dan esok pagi papa akan pergi ke Mekah.

Keesokkanya aku menghantar papa dengan perasaan yang sayu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

**********

Kini sudah seminggu papa di Mekah tapi sekali pun papa tidak telefon mungkin sibuk barangkali.Sedang aku beri ikan makan bibik Ros datang.

"Cik,ada yang mahu bicara sama cik."
"Siapa bik?"
"Entah saya juga kurang tahu."
"Baiklah.Terima kasih."

Aku melekapkan telefon pada cuping telingan kedengaran salam diberi.

"Assalamualaikum,ini cik Chinta Arissa Sofia ke?"
"Waalaikumsalam,ya ini saya kenapa?"
"Kami dari agensi yang membawa ayah cik ke Mekah kami ada berita buruk buat cik tapi cik kena banyak bersabar.Ingat Allah banyak-banyak."
"Baiklah,apa yang terjadi pada ayah saya?"
"Ayah cik sudah kembali kepada-Nya pagi tadi selepas solat subuh."
"APA!!!!"

Telefon terlepas daripada gengaman aku dan aku terduduk di situ fikiran aku mula serabut aku mula terbayang-bayang wajah papa di dalam rumah.Dalam keadaan yang tidak tentu arah aku mengambil kunci kereta dan mula memecut laju dia atas jalan raya.Tangisan aku semakin kuat dan tanpa aku sedari muncul sebiji lori dari simpang jalan dan akhirnya

"AAAAAAAA KEDEBUM."

Sayup-sayup kedengaran suara orang meminta tolong dan wajah papa kembali bertamu di mata dengan senyuman mesra.

"Papa ..."

Dan pandangan aku mula kabur dan tidak kedengaran lagi suara orang-orang yang berada di sekeliling.

********

Lamunan aku tersentak apabila abang aku muncul dari belakang.

"Adik berangan apa tadi?"
"Adik teringat arwah papa abang."

Titisan air mata mula berjurai di pipi mulus aku.Abang aku yang turut merasa sayu memeluk aku dan menyuruh aku bersabar.Tangisan aku tidak lagi kedengaran aku mendongak melihat abang aku lalu bertanya tentang rancangan kami yang ingin ke Mekah.

"Abang,dah tanya ibu tentang rancangan kita ingin ke Mekah?"
"Belum lagi adik balik nanti kita tanya sama-sama ya?"

Aku hanya menangguk lemah.Apa mungkin ibu akan beri kami keizinan untuk ke sana?

nota : Nantikan sambungan "Aku Manusia Biasa 3"

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

6 comments:

  1. crite nie sronok tpi boleh sye bgi cdangan skit ? sye rase ayat tu smue brsmbung sbb tak de tanda "titik" atau "koma"... sesetengah drpada ayat tu je..harap tak terase.. sye cume bg pndpat je :D

    ReplyDelete
  2. waaa.. sambung sambung tapi ada ejaan yag tak betul.. hehe

    ReplyDelete
  3. Hanna : Hahahaha tu la akibat buat kerja kelam-kabut

    ReplyDelete