e-novel : Aku Manusia Biasa 3

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 13:15 Komen : 5 Tag :

Assalamualaikum wbt ....

Apa khabar?Harap korunk semua sihat-sihat belaka.Bagi yang sakit macam Nurul nie jangan lupa makan ubat okey?Mesti semua tertunggu-tunggu sambungan e-novel kan sebenarnya Nurul nak mintak maaf baru hari nie Nurul rasa sihat sikit jadi idea pun baru datang maaf ye.

Aku duduk di atas pangkin teringat kembali kejadian yang berlaku semalam.Selepas aku dan abang pulang dari masjid kami bertemu dengan ibu di depan pintu rumah nampak seperti dia ingin keluar.Niat kami untuk bertanya ditangguhkan sehingga dia pulang lewat malam.Ibu pulang dalam keadaan mabuk jadi mahu tak mahu aku dengan abang terpaksa tangguhkan lagi hasrat hati kami.Pada keesokkan harinya ketika ibu turun bersarapan aku dan abang berpandangan meminta persetujuaan siapa yang ingin mulakan dulu,jadi abang membuat keputusan yang dia akan bertanya.Aku hanya terdiam berada di sisi abang .

"Ibu,Rayyan nak cakap sikit boleh?"
"Hurm,cakap la."
"Rayyan ingat tahun nie Rayyan dengan Chinta nak pergi Mekah.Boleh ibu tanggung perbelanjaan kami ke sana?"
"APA !! MEKAH !! Kalau korunk berdua nak pergi,pergilah tapi kalau nak suruh ibu tanggung maaf ibu tak nak.FAHAM !!

Aku agak terkejut dengan reaksi ibu.Air mata mula menitis membasahi pipi putih dan mulus milik aku.Aku mendonggak kepala memandang wajah ibu,cuba meminta pengertian ibu.Ibu memandang aku dengan bengis kerana terlalu takut aku menundukkan kepala aku kembali.Dalam sendu aku cuba berkata-kata.

"Ibu,ka...kami nak buat ibadat ibu,tolonglah faham."
"Ada ibu kisah korunk nak buat apa sekalipun.Kalau nak jugak pergi Mekah korunk kerja dan kumpul duit sendiri."
"Kalau macam tu kami kerja dekat syarikat arwah ayah ya?"
"Eh,mana boleh ibu tidak benarkan korunk kerja dekat situ,pergi la cari kerja lain."

Ibu bangun dan meninggalkan aku bersama abang dalam keadaan sedih.Aku memandang abang memintak pendapat tapi dia hanya diam membisu.Akhirnya abang membuat keputusan untuk mencari kerja begitu jugak dengan aku.Kami melangkah keluar dengan bismillah berharap hari ini kami mendapat pekerjaan yang halal.

******************

Aku sampai di masjid yang berdekatan lalu dengan langkah kanan aku memasuki pekarangan masjid tersebut.Indah sungguh suasana di dalamnya,menurut mak cik di depan,mereka sedang mencari ustazah untuk mengajar mengaji.Aku disapa oleh orang yang tidak aku kenali.

"Assalamualaikum,saudari cari siapa?"

Aku berpaling dalam keadaan yang kelam-kabut aku menjawab.

"Err,waalaikumsalam saya sedang cari kerja."
"Owh,kami memang mencari seseorang yang sudi mengajar budak-budak mengaji di sini.Apa saudari boleh mengaji?"
"Boleh,boleh."

Dalam keadaan malu aku jawab pun sudah tidak tentu arah.

"Nama saya Mohd Ikhwan Wafi'an.Nama saudari?"
"Nama saya Chinta Arissa Sofia."

Aku jawab malu-malu.Jejaka dalam lingkungan 20-an ini mampu mengetarkan jiwa wanita aku.Lalu aku mengekorinya untuk mengajar budak-budak mengaji.Selesai sahaja aku mengajar abang aku datang jemput dan pada masa yang sama Ikhwan muncul dari belakang.Aku kenalkan dia dengan abang aku dan selepas mereka berkenalan kami pulang.

Sampai sahaja di rumah aku lihat banyak kasut di luar.Apabila aku masuk aku lihat ibu aku sedang berparty bersama kawan-kawannya.Aku dan abang berpandangan,akhirnya kami masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan ibu.

Selesai sahaja solat maghrib,aku mula sedar yang tombol pintu dipulas.Aku lihat lelaki dalam usia 40-an mendekati aku.Tangan aku direntap lalu dia memandang wajah aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Apa encik nak buat nie?"

Aku mula rasa risau kerana tiba-tiba lelaki itu memeluk aku.Aku mula menitiskan air mata berharap ada yang sudi membantu.

"TOLONG !!"

Jeritan aku seperti tidak ada makna kepada sesiapa.Air mata mula menitis.Adakah ini pengakhiran hidup aku atau masih ada lagi dugaan yang perlu aku lalui?

************

Lamunan aku terhenti apabila anak murid aku,Nur Ain Hanani datang menyapa.

"Ustazah,jom la sambung mengajar?"

Aku menangguk lalu masuk bersama Ain ke dalam masjid untuk sambung mengajar.

Apa yang bakal terjadi adakah Chinta akan diperkosa?Adakah seorang hamba Allah datang menyelamatkannya?Nantikan "Aku Manusia Biasa 4" untuk ketahui apa yang bakal terjadi.

nota : maaf kalau cerita kali ini pendek



A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

5 comments:

  1. syonok3 ! tak sabar nak tunggu yg strusnye tu :D

    ReplyDelete
  2. best gak.. hehe
    mnta2 dia x kena rogollah.. ksian chinta
    smbng cpt skit

    ReplyDelete
  3. Irdina : sabar-sabar
    Hanna : Baru gempak dik
    Ruunna : Harap mcm tu la
    Delimasari : Hahahaha sabar-sabar

    ReplyDelete