e-novel : Aku Manusia Biasa 4

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 13:48 Komen : 4 Tag :
Assalamualaikum wbt .....

Selamat tengah hari?Dah makan kalau Nurul belum lagi kejap-kejap lagi aje la makan.Apa pun Nurul nak buat sambungan untuk e-novel.Nampaknya macam ramai yang tak sabar dah tu.

Seusai mengajar mengaji seperti biasa aku akan menunggu abang aku datang ambil.Hampir 30 minit aku menunggu tapi abang aku masih tidak sampai-sampai lagi.Aku mula bernyanyi-nyanyi kecil untuk menghilangkan kebosanan dan masa itulah fikiran aku melayang entah ke mana.

Ya Allah,engkau selamatkanlah aku daripada lelaki durjana ini.
Aku pasrah jika ini takdirnya.Kekuatan aku tidak setanding dengan kekuatan lelaki yang berhatikan binatang ini.Esakkan mula kedengaran.Aku cuba meronta tapi penampar yang hinggap di pipi ini menyebabkan aku terpelanting ke tepi.Kepala au terhantuk pada bucu meja mata aku mula berpinar.

"Ikhwan ...."

Hanya nama itu yang keluar dari bibir.Akhirnya pandangan aku gelap segelap hati lelaki binatang itu.Aku mula sedar dan aku harap apa yang berlaku itu hanyalah mimpi.Aku duduk di atas katil kemudian berpaling ke arah kiri,bagai ini luruh jantung ini apabila melihat lelaki dalam lingkungan umur 40-an berada di situ.Jadi ini semua bukan mimpi tapi kenyataan.Aku menyarungkan pakaian dan berlari ke arah bilik abang Kamarul,tanpa mengetuk pintu aku terus melulu masuk.Aku terduduk di lantai kini mahar aku sudah dinodai kali kedua tanpa kerelaan aku.Abang Kamarul keluar dari bilik air dia agak terkejut melihat aku menagis di situ.

"Adik kenapa nie?" sapanya lembut.
"A...adik dah dinodai abang." jawab aku dalam esakkan.

Abang aku terduduk di sisi aku.Dia merangkul bahu aku.Jadi lelaki dalam lingkungan 40-an yang masuk ke dalam bilik adik aku semalam itulah yang menodainya.Lantas abang Kamrul terus ke bilik aku dan aku hanya mengekorinya.

"Jadi engkaulah lelaki yang nodai adik aku?"
"Ya kenpa?"
"Kurang ajar !!"

Sebiji penumbuk singgah di wajah tua itu.Dengan cepat dia lari keluar lantas masuk ke dalam kereta dan menjerit

"ADIK KAU MEMANG 'TERBAIK'"

Selepas itu kereta itu mula meluncur laju dan hilang dari pandangan.

***************

Sebulan berlalu.Kejadian ngeri itu selalu bertamu di ruang mata.Tapi setiap surat yang selalu aku terima membuatkan aku lupa akan kejadian ituAku semakin hari semakin pelik,siapakah jejaka yang menghantar surat setiap hari kepada aku.Memberi kata-kata semangat dan kata-kata perangsang.Adakah dia bekas tunang aku,Tengku Arman Shah?Tapi semua tu mustahil sebabnya aku kenal sangat dengan perangai dia.Mustahil dia yang hantar surat itu.Aku disapa oleh satu suara.

"Assalamualaikum,Chinta buat apa dekat sini?"
"Waalaikumsalam,tak buat apa-apa saja duduk kat sini."jawab aku dalam keadaan terkejut.
"Chinta terkejut ke tengok Ikhwan dekat sini?"tanya lelaki ini dengan penuh senyuman.
"Eh,taklah mana ada terkejut cuma terperanjat je."jawab aku dengan cuba melawak.

***************

Lamunan aku terhenti bila abang aku membunyikan hon teksinya.Abang aku bekerja sebagai pemandu teksi jadi dia selalu tidak ada pada waktu malam.Disebabkan kejadian pada malam itu,abang aku akan membawa aku bersama jika dia terpaksa kerja malam.

"Dik,abang nak tanya sikit boleh?"
"Boleh."jawab aku dengan perlahan.
"Ikhwan masuk meminang adik petang tadi.Apa adik setuju?"

Aku agak terkejut dengan tindakkan Ikhwan.Tanpa aku sedari Ikhwan telah menaruh hati kepada aku.

"Tapi,adik dah ..."tidak sempat aku menghabiskan ayat abang aku memotong.
"Dia sudah tahu segalanya.Dia sudi terima adik seadanya."

Aku agak terkejut dengan jawapan abang aku.Ikhwan seperti tidak peduli apa yang telah terjadi pada aku.

"Berikan Chinta masa untuk berfikir."jawab aku perlahan.

Adakah Chinta akan menerima lamaran Ikhwan?Sanggupkah Chinta hadapi dugaan rumahtangga padahal selama ini dugaan induvidu dia tidak mampu?Nantikan sambungan "Aku Manusia Biasa 5" untuk ketahui apa yang bakal terjadi.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

4 comments: