e-novel : Tentang Chinta Arissa Sofia 1

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 13:58 Komen : 3 Tag :
BAB 1

Aku baru selesai mengerjakan solat Isyak selepas itu sedekahkan surah Yassin kepada arwah papa dengan ibu.Selesai sahaja membaca surah buat ayah dan ibu aku bersandar pada hujung katil.Aku teringat kembali kejadian petang tadi.Kenapa Tengku Izz Danial Adam mencari aku?Tapi kenapa tubuh dia tidak sasa seperti dulu lagi,wajah dia pun sudah berubah.Hati aku mula dipagut rasa sayu dari mata Izz aku dapat mengagak dia menderita.Tadi Ikhwan telefon aku pun menceritakan segalanya bukan main dia cemburu.Puas jugak aku pujuk Ikhwan yang merajuk tu,dia hanya benarkan aku kawan dengan Izz saja kalau lebih-lebih dia cakap lupakan sebab Chinta ditakdirkan untuk Ikhwan dan Ikhwan ditakdirkan untuk Chinta.Bibir aku mula mengukir senyuman bila teringat kembali celoteh Ikhwan yang bagi aku mengada-ngada itu.Fikiran aku mula melayang ke masa lalu di mana aku masih menjadi tunang Izz.

***************

Aku mengenali Izz sejak bangku sekolah lagi.Asalnya aku tidak dibenarkan berkawan dengan Izz kerana kami bukan mahram.Selepas kemalangan yang berlaku aku dibenarkan berkawan dengan Izz.Hampir 5 tahun kami berkawan akhirnya Izz meluahkan isi hati dia khas buat aku.Janji demi janji Izz taburkan buat aku.Kami semakin hari semakin rapat dan mula merangcang untuk berkahwin.

Petang ini seperti biasa aku akan keluar dengan Izz sama seperti pasangan kekasih yang lain.Aku mengenakan skirt pendek paras lutut berwarna merah jambu dan blause berlengan panjang berwarna putih.Rambut aku yang lurus aku dendankan kemudian rambut yang terjuntai aku letakkan sepit rambut berbatu.Aku melihat diri aku depan cermin "perfect" itulah yang selalu aku ucapkan selepas habis bersiap.Kedengaran hon kereta berbunyi,lantas aku menyambar kasut di dalam almari dan menyarungkannya.Kasut tinggi yang mempunyai ukuran sebanyak 4 inci itu membuatkan aku lagi mudah untuk berjalan.

Ketika aku masuk ke dalam perut kereta McLaren F1 yang berwarna hitam metalic itu.Satu ciuman mesra daripada Izz hinggap dekat pipi aku.Aku membalasnya dengan senyuman manja.Selepas pintu kereta ditutup,sepantas kilat kereta itu sudah meluncur dengan megahnya di atas jalan raya.Aku merangkul lengan Izz dan mula melentokkan kepala pada bahunya.

"Bie."seru aku manja.
"Nape sayang?Tidak suka kereta nie ke?"tanyanya sambil memandu kereta.
"Taklah,sayang suka jer.Tapi bie nak bawak sayang pergi mana?"tanya aku penuh kehairanan.
"Adalah."jawab dia dengan bersahaja.

Aku mula menarik muncung.Geram aku dengan sikap Izz yang suka berahsia nie.Aku menjeling pada Izz yang sedang ketawa.Aku menarik tangan aku kembali dan pandangan aku jatuh pada pemandangan di luar.Tiba-tiba kereta yang aku naik mula berhenti,aku memandang Izz meminta jawapan dan dia hanya tersenyum.Akibat terlalu marah kepada Izz,aku menbuka pintu dan keluar.

"Pantai." satu sahaja jawapan yang keluar dari bibir aku.

Tanpa aku sedari tangan Izz sudah mula melingkar pada pinggang aku.Aku meleraikan tangan dia daripada terus melingkari pinggang aku.Masih marah la katakan.

"Ala jangan la marah sayang?"pujuk dia sambil hujung dagu aku disentuh.

Aku menepis lalu berpaling ke arah lain malas rasanya nak layan Izz.Izz menarik tangan aku,sememangnya Izz memang terkenal dengan sikap panas baran dia.Amu merentap tangan aku dan berlari dari jauh aku dapat melihat Izz mengejar aku dengan wajahnya yang semakin merah mungkin menahan amarah dengan sikap aku.Aku terjatuh biasa la bila lari pakai kasut tumit tinggi jadi macam tu la belum sempat aku berdiri Izz datang.Dia menyapu lutut aku dengan tisu lalu digendongnya aku duduk berhampiran dengan sebatang pokok.

Sambil dia mengendong sambil dia membebel.Aku hanya tersenyum.Kemeja yang dipakai dia buka lalu diletakkan atas paha aku.Terlindung la sedikit betis gebu aku tu.Aku memandang Izz dia membuka kasut tumit tinggi aku lalu duduk disebelah aku.Dia memeluk erat bahu aku lalu aku rebahkan kepala aku di dada bidang milik dia.

"Izz."aku menyapa walaupun perlahan tapi jelas kedengaran.
"Ya."jawab dia sambil mengelus lembut rambut aku.
"Izz tak akan mencintai wanita lain kan selain Chinta."tanya aku penuh ragu
"Kenapa Chinta cakap macam nie.Izz tak akan mencintai wanita lain selain Chinta."jawab dia bersungguh.

Aku memeluk Izz kami melihat matahari terbenam sebelum pulang ke rumah masing-masing.

*******************

"CHINTA !!"

Kedengaran ibu menjerit di luar bilik.Memang itulah rutin harian ibu aku.Pantang aku bangun lambat sikit mula la dia nak menjerit macam kuntilanak.

"Iye !! Chinta bangun la nie."jawab aku malas.

Aku menyarungkan kasut hello kitty aku yang berbulu itu lantas mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.Selesai sahaja mandi aku berkemban keluar dari bilik air menuju ke almari mencari pakaian yang sesuai untuk di pakai."Appropriate" itulah perkataan yang aku ucap bila aku dapat pakaian yang sesuai.Blaus berwarna krim aku sarungkan pada badan.Muka aku yang sedia putih aku biarkan dan bibir aku yang sedia merah aku sapukan dengan sedikit pengilat bibir.

Rambut aku yang panjang paras pinggang aku lepaskan lalu mengenakan cekak rambut yang berreben oren.Aku mengambil handphone lalu menukar warna covernya menjadi oren bergambarkan hello kitty.Satu pesanan ringkas masuk aku membuka sambil tersenyum.Nama penghantar tertera IzzC.

"Good morning!Sayang cepat siap Izz tunggu dekat bawah dengan ibu.Hari nie kita cari baju nikah dengan cincin."

Aku melihat beg tangan yang tersusun di dalam almari kaca.Warna krim menjadi pilihan aku kali nie kerana sama warna dengan baju yang aku pakai.Bergegas aku turun kelihatan Izz sedang berbual dengan papa sambil bersarapan.Dari atas aku sudah menjerit kegirangan.

"Good morning bu,pa !" sapa aku sambil memberi ciuman manja pada ibu dengan papa.

Mereka hanya tersenyum melihat telatah aku.Tanpa banyak soal aku labuhkan punggung aku di sebelah Izz kelihatan dia terseyum.Aku mengambil air teh yang bibik sediakan pada Izz lalu aku suakan pada mulut.Izz melopong melihat perangai aku sementara ibu dengan papa hanya tersenyum.Roti yang Izz letakkan jem untuk dia makan aku ambil lalu aku gigit sedikit.Izz geram,dari ekor mata aku lihat Izz sudah merenung tajam pada aku.Tanpa aku sedari Izz menarik hidung aku manja.

"Aduh ! Sakit la."aku menggosok hidung aku yang mulai merah akibat ditarik oleh Izz.

Dia hanya tersenyum.Selesai bersarapan aku dan Izz meminta diri untuk keluar mencari peralatan kahwin kami yang bakal berlansung pada minggu depan.Kereta sport milik Izz meluncur laju dan akhirnya kami sampai ke destinasi iaitu "Butik Pengantin Iris".Baju yang aku tempah sudah siap.Aku masuk ke dalam bilik persalinan,beberapa minit kemudian aku keluar.Aku tunjuk pada Izz dia tersenyum kemudian membayar harga bagi sepasang baju pengantin.

Selepas puas mencuba baju kami pergi ke kedai emas untuk mencari cincin.Kali ini cincin emas berbatukan permata menjadi pilihan aku.Cincin itu aku ukirkan nama "IzzC" dan cincin Izz aku ukurkan nama "ChintaI".Selepas habis semua barang perkahwinan kami beli aku dan Izz mengambil keputusan untuk makan di restoran seafood.Izz meninggalkan aku seketika untuk pergi ke tandas.Beberapa minit kemudian ada dua orang lelaki datang mendekati aku.Dia mula memegang tangan aku.

"DBUSH !!" sebiji penumbuk hinggap di perut lelaki tersebut.

Aku terkejut.Bergegas aku bangun.Terdengar suara lelaki tersebut mengerang kesakitan.Perlahan-lahan lelaki tersebut bangun lalu mendekati Izz.

"Relex la bro.Kalau kau nak jugak kita boleh share.Kau bawak dia balik dulu esok kasi kat gua pulak okey kan?" kata lelaki itu cuba menenangkan keadaan.

Aku berdiri perlahan-lahan aku mendekati Izz.Aku berdiri di belakang dia.Izz mula menyinsing lengan kemeja yang dipakai lalu tiga butang baju kemeja dari atas dibuka.Ternampak sedikit dada bidang Izz yang menahan amarah yang semakin memuncak.

"Bangsat punya jantan !!" Izz menjerit bersama hayunan penumbuk yang mengenai pipi lelaki tersebut.

Aku terduduk.Memang sebelum nie aku pernah nampak Izz marah tapi tidak pulak pernah aku lihat Izz seberang ini.Aku memeluk beg tangan,air mata mula menitis aku benar-benar takut.Aku mengerling melihat lelaki tadi tetapi dia hanya terjelopok di meja berdekatan tiada tanda-tanda dia akan bangun.

"Izz ...Chin...Chinta....nak ba.....balik."aku mula bersuara.Esakkan aku makin kedengaran.

Izz berpaling melihat aku.Perlahan-lahan dia datang mendekati aku yang kini dalam ketakutan.Air mata aku yang menitis disapu dengan jari-jemarinya.Dia menggenggam erat tangan aku lantas dia berdiri.Aku hanya menurut.Sampai sahaja ke dalam kereta aku memaut tangan Izz.

"Izz jangan marah-marah macam tadi lagi,Chinta takut."aku bersuara perlahan.

Izz hanya dia,.Dia memecut laju sambil menghempas-hempas stereng kereta.Perlahan-lahan dia berhenti di bahu jalan.Dia memeluk aku dan kedengaran dia ingin mengatakan sesuatu.

"Izz mintak maaf.Izz tak berniat pun nak buat Chinta menagis atau takut dengan apa yang Izz buat."dia mula berkata.

Aku hanya menangguk.Kereta kembali meluncur laju.Sampai sahaja di depan pagar rumah aku lantas aku keluar.Kelihatan Izz sedang melambai-lambai aku hanya membalas dengan pandangan.Kereta Izz mula hilang dari pandangan.

****************

Hari ini aku berkahwin.Baju perkahwinan berwarna putih aku gayakan,dengan solekkan tebal daripada mak andam menambahkan lagi seri wajah pengantin baru.Aku melihat pada cermin sambil memuji-muji kekemasan solekkan tersebut.Pintu bilik dibuka.Wajah ibu mula kelihatan.Dia berjalan perlahan-lahan mendekati aku lalu disentuhnya kedua belah bahu aku.

"Chinta,jom turun.Pengantin lelaki pun sudah sampai."kata ibuku sambil tersenyum.

Aku mengekori ibu menuruni tangga.Kelihatan Izz sedang duduk berhadapan tok kadi mengerling ke arah aku.Aku melabuhkan punggung di sebelah ibu.Majlis kini bermula.

"Tengku Izz Danial Adam bin Tengku Izz Rahman sudikah engkau menerima Chinta Arissa Sofia binti Dato Suhaimi Khalid dengan mas kahwin RM 25,000 tunai."

"Aku terimanya nikah Chinta Arissa Sofia ...."

"Tunggu !! Semua nie tidak boleh dilanjutkan lagi."tiba-tiba muncul seorang wanita yang berpakaian seksi di depan pintu rumah.

Pantas Izz berdiri dan mendekati wanita tersebut.

"Apa kau nak nie hah?" tanya Izz dengan wajah bengisnya.

Aku terdiam air mata mula memenuhi tubir mata.

"Adam,Ira mengandung anak Adam tolong la Adam bertanggungjawab." jawab wanita itu dengan air mata berjurai.

Aku terkesima.Perlahan-lahan aku mendekati wanita tersebut.

"A...apa awak cakap nie?"soal aku dalam esakkan.

"Kak,saya mengandung anak abang Adam kak.Tolonglah mengerti saya.Saya nie anak yatim piatu kak."jawab wanita tersebut dengan juraian air mata.

Aku memandang Izz cuba meminta penjelasan dan dia hanya mengangguk mengakui perbuatannya.Aku menyuruh Izz duduk.Pantas jari-jemari gadis tersebut aku genggam untuk membuat pernikahan dia dengan Izz.Perkahwinan itu tetap diteruskan tetapi bukan aku yang berkahwin dengan Izz tetapi wanita itu.

****************

Lamunan aku terhenti bila Khayla masuk ke dalam bilik.

"Chinta ada orang nak jumpa kau."dia memberitahu aku.
"Perempuan ke lelaki?"soal aku kembali.
"Lelaki."jawab Khayla.

Aku membuka telekung lalu aku sangkut pantas tangan aku menyambar tudung yang tersangkut di dalam almari.Siapakah lelaki itu?

Untuk mengetahui siapa gerangan lelaki yang datang ke rumah sewa Chinta,ikuti 'Tentang Chinta Arissa Sofia 2" untuk menerokainya.Selamat Berhujung Minggu.

nota : Maaf jika ada kesalahan ejaan atau apa-apa ..........

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

3 comments: