e-novel : Tentang Chinta Arissa Sofia 2

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 19:00 Komen : 3 Tag :
BAB 2

Aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.Khayla pergi membancuh air untuk tetamu misteri.Ketika aku sampai di ruang tamu jejaka tersebut sedang berbual-bual dengan Raisha.Kelihatan mereka begitu mesra sekali,mungkin sudah lama kenal.Aku melabuhkan punggung di sebelah Raisha.Lelaki tersebut mendonggak kepala menghadap wajah aku.Ya,memang aku akui yang Izz sudah banyak berubah.Aku menundukkan wajah.

"Assalamualaikum.Sofia apa khabar?"sapa Izz dengan mesra.
"Waalaikumsalam.Sofia sihat."jawab aku sekadar ingin berbasi-basi.

Aku memandang Raisha,kelihatan dia sedang tersenyum-senyum pada Izz.Tidak tahukah Raisha yang Izz suami orang?

"Raisha,tinggalkan kami berdua sekejap boleh?"aku bersuara dalam keadaan mengarah.

Kelihatan Raisha bangun dengan muncung yang panjang.Sambil dia jalan menuju ke bilik sambil dia berleter.Aku tergelak kecil dengan sikap Raisha yang seperti budak-budak itu.Kini tumpuan aku beralih pada Izz.Kelihatan dia sedang berperang dengan hati dan perasaan dia sendiri.Aku biarkan dia mengambil masa untuk memberitahu aku apa hajat dia ke sini.Khayla sudah sampai dengan satu jag air dan dua biji cawan lalu dia letakkan di atas meja berdekatan.

"Chinta,Khayla masuk bilik dulu ya?"Khayla yang terkenal dengan sikap pemalu itu terus beredar.

Aku menuang air ke dalam cawan lalu aku berikan kepada Izz.Dia mengambil dengan senyuman kelat.

"Sofia,Izz nak mintak maaf."dia mula bersuara.


Aku sekadar memandang sekilas sahaja lalu tersenyum sinis.

"Maaf,senang saja kan ucapkan maaf selepas apa yang Izz buat.Izz ingat Sofia nie apa?Kalau Izz ingat Sofia akan maafkan Izz lupakan.Lupakan !!"tempik aku.

Memang aku kesian pada lelaki ini tapi disebabkan dialah papa terpaksa menanggung malu.Tidak akan sesekali aku maafkan lelaki ini.Kalau dia fikir aku perempuan yang senang maafkan orang,dia silap aku bukan jenis itu.

"Sofia,hidup Izz dengan dia tidak bahagia.Cinta Izz hanya untuk Sofia.Selamanya hanya untuk Sofia."ujarnya cuba meyakinkan aku.

Aku memandang Izz.Jelas kelihatan wajah Izz yang hanya beberapa saat saja lagi akan menitis mutiara jernih dari tubir mata dia.

"Izz baliklah lupakan Sofia lagipun Sofia akan bertunang tidak lama lagi.Cukuplah apa yang Izz dah buat dekat Sofia.Mungkin dulu hati ini buat Izz tapi sekarang tidak lagi hati ini sudah menjadi milik orang lain."ucap aku perlahan.

Izz berdiri menghadap aku.Sepasang tangan miliknya jatuh pada bahu aku.

"Izz percaya yang Sofia tipu Izz kan?Sofia masih cintakan Izz kan?Tapi Sofia dipaksa kawin dengan lelaki tu kan?"tanya Izz bertalu-talu.

Darah aku mula berderau.Tangan milik Izz aku tepis kasar lantas aku berdiri memandang ke luar tingkap.Aku menarik nafas sedalam-dalam yang boleh mencari kesabaran untuk menghadapi Izz.Terasa ada sesuatu mula melingkari di pinggang aku.Pantas aku menepis.Dengan wajah merona merah aku berpaling menghadap Izz.

"Hei Izz kau dengar sini baik-baik dan kau ingat setiap perkataan yang aku ingin katakan kepada kau.Aku tidak mencintai kau lagi sebesar hama pun tidak.Jika kau rasa aku diciptakan untuk kau baik kau lupakan kerana aku tidak diciptakan untuk kau.Kau lihat la diri kau sendiri,kau tu sudah bergelar suami orang kau tidak kesian dekat anak bini kau ke hah?Kau nie manusia ke apa?Walaupun kau kawin dengan Ira itu sebab terpaksa tapi tolonglah jangan sia-siakan dia.Aku tahu Ira mencintai kau begitu jugak dengan kau tapi jangan biarkan ego menguasai diri.Baliklah."luah aku dengan suara yang lantang.

Meskipun air mata ini ingin menitis tapi sedaya upaya aku tahan supaya tidak jatuh ke pipi aku.Sesungguhnya aku pun seorang wanita aku faham bagaimana isteri dia rasa bila mengetahui yang suaminya tidak mencintai dirinya.Mata aku mencerlung pada Izz yang sudah terjelopok di lantai.Mungkin dia sangka aku masih Sofia yang dulu,Sofia yang lemah bila di pujuk rayu tapi sekarang tidak lagi.

Perlahan-lahan aku berjalan mendekati pintu lantas membuka pintu rumah seluas-luasnya.Niat aku bukan hendak halau Izz dari rumah ini tetapi aku tidak sanggup lagi untuk hadapi semua ini.Entah apa pulak yang bakal dilakukan oleh si Izz nanti.

"Tolong keluar dari rumah Sofia sekarang."arah aku sambil jari telunjuk aku menghala keluar.

Kelihatan Izz perlahan-lahan berjalan untuk menuju keluar.Ketika dia berada di luar dia tersenyum sinis.

"Sofia ingat Izz akan lepaskan Sofia macam tu aje.Sofia silap walaupun cinta Sofia bukan untuk Izz tapi Izz akan pastikan jasad Sofia menjadi milik Izz kalau bukan dengan cara lembut cara kasar Izz akan gunakan."ujar Izz seraya meninggalkan Chinta yang termanggu sendirian di pintu.

Chinta hanya melihat izz pergi dengan pandangan sepi.Selepas bayang Izz sudah tidak kelihatan Chinta menutup pintu seraya menguncinya terus.Chinta terduduk di situ bersama mutiara jernih yang tidak henti-henti mengalir.Saat ini dia amat memerlukan seseorang untuk menjadi bahu tempat dia menghambur kesedihan.

Khayla keluar dari bilik.Dia tahu apa yang berlaku antara Chinta dengan lelaki itu.Walaupun Chinta tidak banyak bercerita tentang diri dia,Khayla dapat mengagak yang hidup Chinta dahulu bukan di landasan Islam.Perlahan-lahan Khayla berjalan mendapatkan sahabatnya itu.Dia duduk bersimpuh,air mata sahabatnya itu diseka.

"Chinta,kau tak boleh macam nie.Kau kena kuat mungkin Allah sayangkan kau sebab tu dia beri kau dugaan.Percayalah Allah tidak akan memberi dugaan di luar kemampuan hambanya."nasihat Khayla tulus.

"Aku tak kuat Khayla.Aku tak mahu hubungan aku dengan Ikhwan musnah sebab dia.Aku terlalu sayangkan Ikhwan.Aku kenal siapa Izz dia bukan orang yang mudah mengaku kalah."ucap aku dalam esakkan.

"Khayla percaya yang Chinta kuat."ucap aku untuk memberi semangat.

Chinta terus memeluk Khayla.Dia hemburkan segala kesedihan di bahu sahabatnya itu sepuas-puasnya.Mungkin Khayla dihadirkan ke dalam hidup aku untuk menjadi tempat untuk aku luah perasaan.Terima kasih ya Allah aku tahu kau akan sediakan kekuatan untuk aku hadapi semu ini.

************

Selesai sahaja mengerjakan solat isyak Chinta menadah tangan.Sesungguhnya manusia akan ingat pada Maha Pencipta bila mereka susah sahaja tapi bila mereka senang mereka lupa.Chinta berharap dia tidak jadi seperti itu.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim
Kau ampunilah dosa aku,dosa kedua ibu bapaku serta dosa abangku
Kau tempatkanlah kedua orang tuaku disisiMu Ya Allah
Ya Allah,
Aku tahu Kau tidak akan memberikan dugaan di luar batasanku Ya Allah
Tetapi jika Engkau ingin memberikan dugaan kepadaku
Kau sertakanlah kekuatan kepadaku Ya Allah
Sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengasihi.
Amin ....

Selesai sahaja berdoa,Chinta mengambil Al-Quran di atas meja sebelah katilnya.Dia memeluk Al-Quran itu seerat-eratnya.Sesungguhnya di saat sekarang ini dia amat merindui Nya.Tiada apa boleh menghilangkan rindu dia kepada Nya kecuali dengan mengalunkan ayat suci ini.Perlahan-lahan ayat suci Al-Quran dialunkannya.Begitu sayu sekali kedengaran.

Khayla dan Raisha yang baru pulang membeli makanan terpana bila mendengar suara Chinta mengalunkan ayat suci tersebut.Menitis air mata mereka berdua,tidak sangka begitu sayu sekali suara Chinta di saat mengalunkan ayat suci Al-Quran.Keasyikkan mengalunkan membuatkan Chinta tidak sedar yang dua pasang mata sedang terhendap-hendap di pintu biliknya.Tumpuan Chinta terganggu bila telefon bimbitnya berbunyi.

Subhanaallah aku mencintainya
subhanaallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke ufuk selatan
dia yang tetap di hatiku

Lagu telefon bimbit Chinta terus berbunyi membuatkan Chinta rimas.Dengan pantas Chinta menjawab panggilan itu tanpa melihat dahulu siapa pemanggilnya.

"Assalamualaikum."terdengar suara Ikhwan yang mesra itu memberi salam.

"Waalaikumsalam."jawab Chinta sekadar berbasi-basi.

"Chinta sedang buat apa tu?Kenapa lama tidak telefon Ikhwan?"soalnya dengan suara merajuk.

Aku mendengus kasar lalu melemprkan pandangan ke arah pintu bilik.Kelihatan Raisha dan Khayla sedang terhendap-hendap bila mereka perasan yang Chinta lihat ke arah mereka,tersengih-sengih mereka macam kerang busuk.Terjegil mata Chinta.

"Chinta,kenapa tak jawab?"soal Ikhwan lagi dengan nada suara sedikit meninggi.

"Hah ... Ha ala Chinta baru lepas baca Al-Quran.Buat apa nak telefon buat habis kredit aje.Dah la telefon pergi Malaysia tu mahal."jawab aku.

"Eleh nak telefon bakal tunang sendiri pun berkira ke?"soal Ikhwan.

"Eh mesti la.Duit tu harus berjimat-cermat sikit.Untuk masa depan jugak."jawab Chinta cuba menyakat.

Tiba-tiba terdengar suara perempuan dibelakang sana.Datangnya dari arah belakang Ikhwan.Apa itu saudara Ikhwan tapi kenapa dengar seperti mengada-ngada?

"Ish,Chinta nie malas ah."jawab Ikhwan.

"Ikhwan nanti kita borak lain.Chinta ada kerja nak buat kawan serumah dah panggil."jawab aku cuba memeberi alasan.

"Baiklah.Assalamualaikum."jawan Ikhwan lantas memutuskan panggilan.

Selepas menjawab salam Chinta duduk bersandar pada katil.Siapa perempuan tu?Kenapa suara dia gedik semacam aje?Entah-entah Ikhwan curang.


Nantikan sambungan "Tentang Chinta Arissa Sofia 3" untuk mengetahui sama ada Ikhwan curang atau tidak.Nak tahu taktik memujuk wanita yang berkesan nantikan sambungannya.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

3 comments: