Cerpen : Cinta 2 Dunia - Aku Malaysia,Kau Korea

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 21:01 Komen : 9 Tag :
Assalamualaikum wbt ...


“Aku nak kau culik perempuan tu dan aku nak kau bawak dia jauh dari hidup anak aku. Terpulang pada korang nak buat apa-apa pun pada dia waktu kau culik dia. Kalau boleh aku tak nak tengok dia depan mata aku lagi. Aku nak hidup dia musnah!” Bentak Puan Rosalinda kepada beberapa orang lelaki yang berdiri dengan menunduk hormat padanya.

“Baik puan! Arahan diterima!” Serentak kumpulan lelaki itu menyambut arahan dari Puan Rosalinda. Kemudian mereka melangkah meninggalkan bilik bacaan itu.

“Siap kau Balqis. Aku takkan biarkan kau bahagia dan aku pastikan hidup kau merana! HAHAHA” terbahak-bahak Puan Rosalinda ketawa.

“Rasakan Balqis Batrisya. Kerana kesalahan ibu kau dulu, kau pun akan rasa penderitaan yang setimpal macam yang pernah ibu kau rasa dulu.”

Senyuman sinis terukir di bibir Puan Rosalinda. Dendam kesumat harus dilaksanakan sampai hati puas. Orang yang menyebabkan dia menderita dulu harus lebih menderita! Itu tekadnya.

*******

Hari Jadi Danial makin dekat. Petang itu aku membeli-belah di MidValley. Mencari-cari hadiah yang sesuai buat Danial. Akhirnya aku membeli sehelai necktie untuk Danial. Nectie yang berwarna merah berbelangkan blue-black. Mesti handsome kalau Danial pakai ni. Usai membeli neck tie, aku terus menuju ke tempat parking. Tetiba orang yang aku kenali menegur aku.

“Haris?”

Haris adalah ex-boyfie aku waktu kami sekolah menegah dulu. Tak habis-habis kacau hidup lepas kami putus atas kecurangannya dulu. Katanya dia menyesal dan mahu kembali pada aku. Menyesal kepala hotak kau? Lepas aku terima kau lagi, kau curang aku untuk kali kedua pulak. Penipu.

“Iris, boleh kita cakap kejap?” Aku mengangguk. Ikutkan hati malas nak layan.

“Apa dia?” aku memulakan perbualan bila lama kami diam.

“Putus dengan Danial!”

“What?” aku terkejut.

“Putus!”

“No! Nonsense!”

Aku melenting lalu aku terus membuka pintu kereta. Mahu memandu pulang. Malas mahu dilayan Haris yang entah pape. Tiba-tiba pintu aku dikatup kasar dari luar lalu mulut aku ditekup dengan kain yang mungkin telah disapu ubat tidur sebab lepas kena tekup dengan kain aku terus tak sedarkan diri.

*******

Perlahan-lahan mata terbuka. Aku pejam celik mata aku berkali-kali. Terasa kepala masih berdenyut-denyut kesan dari ubat tidur yang diberikan pada aku. makin luas mata aku terbuka bila tengok tempat yang aku rasa sangat asing bagi aku.

“Aku kat mana ni?”

Liar mata aku pandang segenap bilik. Macam kat bilik stor je. Tengah-tengah syok pandang bilik kecik ni telinga aku dengar suara sekumpulan lelaki ketawa. Berdebar-debar jantung. Aku kena culik ke?

Pintu stor dikuak. Terjengul muka seorang lelaki yang aku kenal. Lelaki itu datang mendekati aku lalu lelaki itu duduk disisi aku. Mata lelaki itu meliar memandang atas dan bawah tubuhku. Ada jugak aku cucuk mata dia ni karang!

“Kau!” Aku membentak.

Aku mengengsot badan aku demi menjarakkan tubuh aku dengan Haris. Tak semena-mena Haris usap pipi aku.

“Jangan sentuh aku!” Aku memalingkan wajah. Haris ketawa berdekah-dekah.

“Kau tak bagi aku sentuh pun, malam ni kau tetap akan aku sentuh. Aku dan yang lain dah tak sabar nak makan kau ramai-ramai malam ni. HAHAHA” Haris ketawa lagi. Aku telan air liur.

“Kenapa? Apa salah aku? Tolong jangan apa-apakan aku, Haris. Tolong lepaskan aku.” Aku merayu.

“Aku hanya ikut arahan. Aku diberi arahan untuk pastikan hidup kau musnah. Tak kisah macam mana pun kitorang buat kat kau, ganjaran yang kami dapat sangat lumayan.”

“Arahan apa ni? Aku tak faham!”

“Arahan untuk pisahkan kau dan Danial dan pastikan hidup kau musnah. Tak sangka akhirnya berjaya jugak aku culik kau. Power kan aku? HAHAHA”

“Kau! Dasar jantan tak guna!!” Aku jerit sekuat hati.

Haris ketawa terbahak-bahak dan berjalan keluar tinggal aku sorang-sorang kat stor ni.

“Ya Allah, lindungi aku, selamatkanlah aku..” aku berdoa dalam hati. Terasa mahu menangis. Danial, mana awak. Saya takut!

*******

“Mana dia hilang? Arghh, mampus! Cari perempuan tu sekarang!”

Pekikan kuat Haris boleh dengar dengan jelas dalam satu gudang lama itu. Berkeliaran beberapa kumpulan lelaki ke serata tempat demi mencari aku yang telah hilang entah ke mana. Aku harus dicari sampai jumpa, jika tak teruk padah yang diorang dapat.

Termengah-mengah aku berlari dalam cuaca yang sangat sejuk itu. Suara lantang Haris yang menjerit itu masih dapat aku dengar dengan jelas. Berdebar-debar jantung aku bila keluar dari gudang itu. Nasib aku baik sebab tali yang Haris guna untuk ikat aku longgar. Lepas aku sambar handbag nose merah aku kat hujung stor terus saja aku lolos keluar dari tingkap kecik yang ada kat stor tu. Fuhh, lepas jugak aku akhirnya!

Aku redah dengan rakus semak-samun belakang gudang itu. Sakit ke tak aku tak kira. Yang penting aku selamat. Sejuk yang aku rasa sampai tulang putih aku biarkan dulu. Kat mana la aku sekarang agaknya? Sejuk melampau-lampau ni..

Setelah beberapa minit menempuh semak-samun yang berduri dan menyakitkan itu, tiba-tiba kaki aku tersepakkan batu lalu tergolek-golek badan chubby aku ni meredah kawasan rumput yang berbukit itu. Sekali aku rasa macam kayu balak kena buang je. Last-last aku jatuh betul-betul di pinggir bukit yang terletak kat tepi jalan.

“Adoii.. Patah laa tulang-tulang aku ni!” mulut aku yang tebal macam Angelina Jolie mengomel.

“Cari dia kat jalan besar!” Suara yang bergema itu dapat aku dengar sayup-sayup.

Aku kuatkan semangat dan tahan sakit yang tengah aku rasa sekarang. Tanpa buang masa aku terus melintas jalan besar yang sunyi itu. Belum sempat nak melepasi jalan itu, sebuah kereta datang betul-betul arah aku.

SKRETTTT!!

Kereta itu brek tiba-tiba. Aku terduduk. Terkejut, terkaku, Ternganga. Perghh, sikit lagi aku nak kena langgar. Kalau tak dah lama jalan!

Seorang lelaki tergesa-gesa keluar dari tempat pemandunya. Aku yang sudah terjelopok bangun serta-merta menerpa lelaki itu.

“zdjklslkdpo! Lcalkaojpdiyfh. Hdhddpjpdadpoap!” Sebab takut sangat entah bahasa apa aku pakai cakap dengan lelaki ni, sedangkan aku nak cakap: “Tolong aku! Bawak aku lari dari sini. Ada orang nak culik aku!”

Aku terus melompat ke belakang lelaki itu lalu kepalanya aku goyang-goyangkan dengan lajunya. Okay, agak kurang ajar aku masa ni. Tapi semua ini tindakan refleks lagi spontan okay. Aku takut!

“Ya! ya! Michyeoss-eo(awak gila)?” Lelaki itu menengking aku.

Ehh, jap! Dia cakap korea ke?

Dia bergelut dengan aku yang sedang menggila dibelakangnya dan..

BAM!

Lelaki itu tertolak aku ke dashboardnya dan kepala aku terhatuk disitu juga. Aku kaku, rasa macam pandangan aku makin gelap lalu aku tak sedarkan diri buat sekali lagi.

“Agassi (cik), Agassi! Gwaenchanh-a (awak tak apa-apa ke)?” lelaki itu bertanya cemas namun aku tetap tak membalas. Memang la, aku kan tengah pengsan. Apeda..

******

Aku terjaga dari pengsan di klinik, dilihat lelaki yang bertubuh tinggi lampai yang aku serang tadi sedang duduk termenung hujung katil. Lelaki itu menerpa aku bila aku bangun dan bersandar di kepala katil.

“Agassi! (cik!)”

“Kam cha-gia! (terkejut aku)!” Aku menjerit terkejut. Ehh, sejak bila aku pandai cakap Korea ni?

“Agassi.. neo-mu gwaenchanh-a? (cik.. awak okay?)”

Kali ni aku menggaru kepala. Aku faham sikit-sikit apa yang dia cakap tapi aku tak tahu nak balas apa.

“Sorry.. I don’t understand.” Akhirnya aku balas dalam bahasa inggeris. Berkerut-kerut lelaki itu cuba memahami apa yang aku cakap lalu dia mengangguk.

Doktor yang muncul memeriksa keadaan aku. Dilihat doktor dan lelaki itu sedang bercakap-cakap dalam bahasa Korea. Aku hanya mampu mengeluh. Jauh bebenor tempat aku berada sekarang. Aku kat korea ke?

*******

“HANCOMMMM!!”

Cuaca yang sejuk buat aku bersin. Buruk bebenor bunyi aku bersin. Aku melangkah keluar je dari klinik terus badan aku menggeletar. Apa kes sejuk sangat Korea ni? Sampai kat tulang rasa sejuknya? Lain sangat cuaca Korea dengan Malaysia.

Aku tak tahu apa yang patut aku buat bila berada di negara orang sekarang. Nasib baik bila waktu aku kena culik, penculik culik jugak aku punya handbag. Kalau tak, mana aku nak cekau kad pengenalan dengan passport? Aku pun heran macam mana penculik ni rancang nak culik aku? Punya lah terperinci diorang culik aku. Siap bawa aku keluar dari Malaysia sekali dengan Passport dan IC. Hebat Haris culik aku ni!

Sewaktu dalam kereta aku mengeluh lega. Pemanas badan dalam kereta buat suhu badan aku kembali normal. Aku rasa agak janggal bila tengok lelaki itu memandu disebelah kiri kereta. Kalau kat Malaysia pemandu biasanya akan memandu disebelah kanan kereta.

Mata aku tak berkelip melihat pelbagai cahaya lampu dan bangunan tinggi melangit yang tersergam indah di pandangan. Tak cukup dengan itu aku lihat pula orang-orang yang lalu-lalang di sekitar bandar itu. Apa yang aku pasti aku memang kat Korea sekarang. Aku kat seoul kot? Sebab aku macam pernah tengok je bangunan-bangunan ni dalam TV.

“Err.. May I ask you something? Where am I right now?” aku tanya lelaki itu.

“You are in Seoul and now we are moving to my house.”

“APA?????” aku menjerit. Terkejut! Gila apa nak gi rumah dia?

SKRETTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!

Lelaki itu tekan brek tiba-tiba. Kepala aku terhantuk pada dashboard kereta.

“ADOIIII!!” Aku menyeringai sakit. Mengelepur aku memegang kepala aku yang makin bengkak dan berdenyut-denyut tu. Lelaki itu pandang aku macam nampak hantu.

“Oii oii, kau kenapa? Sakit kepala hotak aku ni tahu tak?! Ehh, lupa pulak aku kat Korea sekarang ni. Err.. err.. macam mana nak marah orang dalam bahasa korea ek? Biasanya aku dengar orang korea marah : ‘Ya, michyeoss-eo (Kau gila)?’ Ehh rasa macam kasar je. Ke nak bagi ayat: ‘Ya! Jug-il-ae (nak mati ke)?’ Ehh rasa macam ayat cari nahas je ni? Arghh! Apa aku nak cakap ni? Kalau cakap bahasa inggeris dia paham ke?” Aku pegang kepala aku. Macam orang kena sawan pun ada.

“Err.. excuse me. Can you drive carefully?” Akhirnya ayat bahasa inggeris aku terkeluar jugak. Ewah, speaking you.

Tiba-tiba dia ketawa. HAHAHAHAHA~

Aku pulak yang tengok dia macam nampak hantu. Dia gelak?

“Apa kes mamat korea ni gelak kat aku? Aku salah cakap ke?” mulut aku mengomel.

“Hey, awak orang Malaysia kan?” Mulut aku ternganga. Orang Korea ni cakap Melayu??

“Saya pun orang Malaysia. Tak sangka awak pun orang Malaysia!” lelaki itu tersenyum gembira. Macam first time jumpa orang sama bangsa je. Kesian..

“Wait.. awak bukan orang Korea?” Aku soal mintak kepastian. Dia mengangguk

“Alhamdulillah. Saya tak tahu nak buat apa kat Negara orang ni. Tolong saya!”

Dia hanya senyum dan angguk lagi. Perghh, handsomenya kau! Muka macam Choi Si Won(Super Junior). Ehh? Baru aku perasan, muka dia sebijik macam SiWon Oppa lahh!

“Siwon Oppa!!” Aku menjerit tiba-tiba. Dia terkejut kemudian dia ketawa lagi.

“Hoi, hoi. Saya bukan Siwon lah! Saya Rayyan Rizqi..”

“Rayyan Rizqi? Saya balqis Batrisya, Si Won celup!” aku ketawa riang. Rayyan hanya sengih.

Selepas itu, aku menceritakan segalanya dari aku mula kena culik sampai laa apa yang jadi sekarang pada lelaki itu yang aku tahu namanya Rayyan Rizqi. Perghh nama bapak melayu, sekali muka macam Korea. Nasib baik dia ni cakap melayu kalau tak innalillah aku sebab pening nak cakap korea. Ya Allah, Alhamdulillah! Nasib aku baik sebab jumpa dengan orang melayu kat negara asing ni!

*******

Sudah seminggu aku di rumah Rayyan. Rasa macam heaven je duduk sini. Aku dilayan bagaikan puteri oleh semua ahli keluarganya. Tak sangka Rayyan dan keluarganya menetap di Korea. Keluarga Rayyan cakap mereka gembira sebab ada jugak orang Malaysia yang sudi bertandang ke rumah mereka.

Err.. saya ada kat Korea pun sebab kena culik bukan suka suki suku je nak datang bertandang ke rumah orang. Apa pun, terima kasih Rayyan and family! Tak lupa juga aku nak berterima kasih pada penculik yang culik aku, kalau tak masakan aku dapat rasa pergi melancong ke Korea ni?

Ohoii, gaya aku berucap macam tak trauma langsung lepas kena culik. Masalah betul! Haris, aku akan pastikan kau masuk jail. Ada hati kau culik aku lepas tu bawak aku jauh-jauh ye?

Kes penculikan dan kedatangan aku secara haram ke Korea telah pun diuruskan oleh Rayyan. Katanya, minggu depan aku dah boleh balik Malaysia selepas proses menjejaki Haris and the geng berjaya diselesaikan. Hal imigresen aku juga akan diuruskan secepat mungkin. Keluarga aku dan Danial sudah dimaklumkan yang aku sudah selamat berada disini. Danial mengongoi nangis bila aku telefon dia. Katanya dia takut sangat bila tahu aku kena culik. Dia cakap nak datang Korea jemput aku minggu depan. Sukanya aku!

*******

Petang itu Rayyan bawak aku pergi jalan-jalan kat Dongdaemun Shopping Town. Dongdaemun sangat terkenal dengan pelbagai kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Aku seronok berjalan-jalan ke situ lagi-lagi bila tengok baju, beg, kasut dan brooch Korea yang pelbagai jenis dan semuanya stylo belaka! Kyaa!! Sempat aku dan Rayyan mencuba pakai Hanbok dan mengambil gambar kenangan bersama.

Selepas itu, aku dan Rayyan bercadang untuk berhenti makan kerana kelaparan. Kami singgah di sebuah kedai makan yang menyediakan set nasi dan ikan bakar. Sedap!!

Usai makan aku dan Rayyan bergerak mahu pulang namun kami terpisah ketika kami sedang mencelah orang ramai. Aku cemas. Aku dah la tak kenal siapa-siapa kat sini. Takkan aku sesat?

“Rayyan! Mana awak?” Aku memanggil-manggil Rayyan sambil terlompat-lompat. Cuba mencarinya dicelah orang ramai. Tiba-tiba tangan aku disambar seseorang.

“Haris!” Aku terkejut.

“Diam! Ikut aku!” Haris sudah mengheret aku mencelah orang ramai yang lalu lalang. Aku tak tahu nak buat apa. Orang ramai seakan-akan langsung tak ambil pedulikan aku yang sedang diheret ini.

“Tolong! Help me!” aku menjerit sekuat hati. Suasana yang hingar-bingar dan riuh-rendah di Dongdaemun tu menyukarkan orang perasankan aku yang kena culik untuk kali kedua ni.

“Rayyan~~~!!” aku menjerit nama Rayyan sekuat hati.

DUSH!!

Haris sudah tergolek di atas jalan. Orang ramai yang melihat kejadian itu tergamam. Rayyan datang menyelamatkan aku! Aku sudah mengongoi menangis bila nampak Rayyan dan Haris sedang bergelut saling menumbuk. Akhirnya polis datang dan kami di semua dibawa ke balai.

*******

Rayyan datang mendekati aku yang duduk termenung di kerusi.

“Balqis, semua dah settle. Haris dan penculik lain dah kena cekup. Hal imigresen awak pun dah settle jugak. Lusa awak dah boleh balik Malaysia.”

Aku hanya mengangguk. Dalam hati ni terasa macam sedih sangat sebab nak tinggal Korea. Lagi-lagi bila aku fikir aku dan Rayyan mungkin dah tak jumpa lepas ni. Aku di Malaysia, Rayyan di Korea. Kami terpisah antara dua dunia.

Ehh, kenapa aku sedih? Mungkin sebab Rayyan dah banyak tolong aku. Terima kasih Rayyan Rizqi!

*******

Malam itu malam terakhir aku dengan Rayyan and family makan malam bersama. Selepas makan Rayyan mengajak aku berbual di beranda rumahnya untuk kali terakhir.

Dari luar rumahnya boleh nampak cahaya lampu yang bergemerlapan dengan cantiknya. Seoul sangat cantik bila waktu malam! Ditambah dengan cuaca yang sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa, menambahkan keindahan Seoul. Lama kami diam akhirnya Rayyan menyeru nama aku.

“Nah, untuk awak..” Rayyan menghulurkan aku sesuatu. Aku menyambut.

“Wahh, cantiknya! Untuk saya?” Mata aku bersinar. Excited tengok brooch Swarovski kat tangan aku sekarang ni.

“Yup! Saya beli masa kat Dongdaemun hari tu.” Rayyan menangguk sambil tersenyum. Aku juga senyum.

“Rayyan, terima kasih. Terima kasih untuk Brooch ni, terima kasih untuk sebab tolong saya, terima kasih untuk semua!” Aku mengucapnya ikhlas. Terasa sebak hati ni tapi aku hanya mampu menahan.

“Sama-sama, Balqis..”

*******

Aku berpelukan dengan semua ahli keluarga Rayyan. Menangis-nangis ibu, kakak dan adik-adik Rayyan saat menghantar aku pulang. Aku juga turut menangis. Berkali-kali aku ucap terima kasih untuk mereka. Mereka juga berulang kali pesan supaya jangan lupakan mereka walau ke mana pun aku pergi. Terasa sebak mendengar pesanan mereka lagi-lagi bila Rayyan tak menghantar aku pulang hari ni. Kata mama Rayyan, Rayyan ada meeting kat pejabat engineer yang dia memang tak boleh tinggal. Aku hanya mengangguk tanda mengerti.

“Kalau ada masa, jangan lupa lawat kami!” Laung mama Rayyan dengan linangan air mata.

“Ya! Kalau ada rezeki Balqis datang lagi. Aunty jangan lupa datang lawat Balqis kat Malaysia!” aku melambai-lambai sebelum aku mengikut Danial melangkah ke balai berlepas. Danial sudah menunggu aku di Incheon airport sejak dari pagi tadi demi menjemput aku pulang ke Malaysia.

*******

Sebaik aku pulang ke Malaysia, kes penculikan aku selesai bila ibu Danial menyerah diri dan mengaku yang dia adalah dalang pada penculikan aku yang telah dirancang itu. Sewaktu polis mahu menahan Puan Rosalinda untuk dibawa ke balai, aku melarang mereka dari berbuat begitu.

Mengongoi Puan Rosalinda meminta maaf dengan aku. Katanya dia sangat menyesal dan ingin mengahwinkan aku dengan Danial. Aku telah pun memaafkannya namun aku terpaksa menolak permintaannya untuk kahwinkan aku dengan Danial.

“Danial, maafkan saya. Saya tak boleh teruskan hubungan ni. Anggap saja saya dah maafkan mama awak dan awak sekeluarga dengan putuskan hubungan ni. Saya tak sanggup nak teruskan hubungan ni dan saya tak boleh kahwin dengan awak. Maafkan saya..”

“Balqis, maafkan saya..” Danial sudah menangis disisi aku. Menyesal kerana tak mampu buat apa-apa untuk tolong aku dulu dan sedih dengan perbuatan mamanya.

“Saya dah maafkan awak dan semua. Anggap saja semua ni tak pernah terjadi. Awak jaga diri baik-baik. Semoga awak bahagia..”

Aku sedih sangat saat mengucap kata-kata itu namun ini mungkin yang terbaik. Aku dan ibu aku sudah lama menderita dengan perbuatan mama Danial. Biarlah masa yang mengubat luka kami..

“Maafkan saya Balqis.. Maafkan saya..” Aku berlalu meninggal Danial yang sedang menangis itu.

“Danial, awak seorang yang baik tapi saya tak mampu mencintai awak lagi. Maafkan saya..” aku berbisik perlahan dengan linangan air mata.

*******

Setahun berlalu………

Aku merenung Brooch pemberian Rayyan. Perasaan rindu yang membuak-buak pada Rayyan buat aku sebak. Kali terakhir sebelum berpisah dengan keluarga Rayyan pun aku tak sempat nak jumpa Rayyan. Aku rindukan Rayyan.. Apa Rayyan tengah buat sekarang agaknya?

Petang itu Maira, kawan baik aku datang bertandang ke rumah. Katanya Super Junior mengadakan konsert Super Show buat kali ke-5 di Stadium Bukit Jalil esok. Maira sudah pun membelikan tiket VIP untuk aku dan dia. Wahh, sukanya aku! SiWon Oppa!! Saranghae~~

Esoknya…………

“Maira, kau dah siap ke belum ni?”

Minah ni kalau bersiap kalah mak datin datuk XX. Dah dekat 15minit aku menunggu kat rumah dia ni. Lagi setengah jam waktu yang tinggal sebelum konsert Super Show bermula. Jangan lahh kitorang lambat. Kalau boleh aku tak nak miss walau satu saat pun persembahan diorang. Fanatik kan aku? Hihihi

“Kejap, aku dah nak turun ni!” laung Maira dari atas. Tak lama selepas itu berdegang-degung bunyi tangga yang dituruni Maira itu.

“Dah, jom!” Aku segera pimpin tangannya lalu memboloskan diri ke dalam kereta. Kereta perodua myvi aku bergerak keluar dari perkarangan rumah Maira dan menuju ke Stadium Bukit Jalil.

Setelah sampai berlari-lari aku dan Maira ke pintu utama. Selesai proses pengesahan tiket dan kemasukan ke auditorium sahaja, terus aku dan Maira melangkah masuk. Dah rezeki aku dengan Maira dapat seat VIP. Semuanya hasil pertolongan kawan baik Maira yg sememangnya bekerja dengan syarikat yang menjayakan konsert Super Show ni. Untungnya.. hihi

Sebaik melabuhkan punggung kami di seat yang disediakan untuk kami, aku menekup sebelah telingaku. Bingit bunyi bising dan sorakan dari peminat-peminat Super Junior atau dikenali sebagai ELF menghangatkan lagi suasana konsert ini.

“Hello guys!” suara dari pengacara membuatkan semua para peminat menggila. Mereka bersorak dan menjerit bagaikan dirasuk. Sampaikan ada yang sudah serak-serak suara mereka.

“Now let’s we represent to you… SUPER JUNIOR!!” sorak pengacara setelah bercakap sepatah dua kata menyambut kehadiran para peminat Super Junior.

KYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA~~~~~~~~~~~~

Bergema satu auditorium dengan sorakan para ELF yang kebanyakannya semua terdiri daripada golongan gadis dan wanita.

“Annyonghaesaeyo!”

Laung ketua kumpulan Super Junior, Lee Teuk sebaik mereka melangkah naik ke pentas. Pekikan dari para peminat membuatkan ahli-ahli Super Junior semakin bersemangat dan mereka menghadiahkan senyuman paling manis buat para peminat. Selepas sedikit ucapan dari Lee Teuk, mereka memulakan tarian mereka diselang selikan dengan lagu-lagu hits mereka.

Akhir persembahan mereka, Si Won oppa telah menyediakan persembahan khas untuk semua ELF. Mahu menjerit aku bila nampak Si Won oppa duduk di atas kerusi khas untuk dia bermain piano dan dia berada betul-betul depan aku! Kyaa!! Sukanya aku!

Semua diam bila Si Won oppa mula memberi ucapan dalam bahasa Korea. Tiba-tiba telinga aku terdengar ucapan yang keluar dari mulut Si Won oppa.

“Balqis Batrisya, this song is for you..” Mahu terjatuh gigi-gigi aku bila Si Won oppa ucap kata-kata itu dengan senyuman sambil tersenyum handsome memandang pada aku.

Alunan piano mula kedengaran dan SiWon mula menyanyikan lagu dari yozoh- again and again..

“ jakku-chakku keudae saengga-ge
( I think of you again and again)

eocheol-suga eop-seoyo
(I can’t help it)

mundeungmundeuk keudae saengga-ge
(I think of you all of a sudden)

useumi nayo..
(I laugh..)

Nae mamso-ge seumyeodeun hyanggi-ga
(The scent that infiltrated my heart)

Ajik seon-myeong-ha-ge nama i-nneun deuthande
(Still clearly remains real)

Sarang-handaneun mal
(Just like saying I love you)

Bogoshipdan mal ha-deushi
(Saying I miss you)

Nae-ge shwii-unke anya
(It’s not been easy to me)

Nae-ge
(To me)

Sarangiran akkyeojuneunkeogo
(Love is cherish for one another)

Sarangiran hamkke-haneunkeonde
(Love is being together)

Sarangiran danji geuppuninde
(Love is merely that)

Keudaen chigeum eom-neunkeojyo
(But you’re not by my side now)

Ma-eumiran mae-il saengganna-go
(Feeling is thinking about that person everyday)

Ma-eumiran geudael keurineunde
(Feeling is missing someone)

Ma-eumiran gyeso-gireol-tende na-ije eotteokhanayo?
(Feeling will continue like this, what should I do now?)

Selesai menyanyikan Si Won terus datang mendekati aku dan turun dari pentas lalu datang berlutut depan aku. Aku ternganga dan semua ELF sudah menggila dan menjerit dalam stadium itu. Boleh naik pekak aku dengar diorang menjerit. Lalu Si Won berkata..

“Balqis Batrisya, Will you marry me?”

Boleh dengar satu stadium sebab dia tanya gitu guna microphones. Perghh, malu siot! Apa kes Si Won ajak aku kahwin tetiba ni? Dia mengigau sebab cuaca kat Malaysia panas sangat ke? Aku menggaru-garu kepala aku yang tak gatal. Apa aku nak jawab ni? Kalau cakap inggeris dia paham ke?

“Err..oppa. Minyan-hae.. Neo-mu michyeoss-eo? (Err.. siwon, maafkan saya.. awak dah gila ke ni?)”
Selamba je aku tutur ayat itu. Memang patut pun aku panggil dia gila. Ada ke patut tiba-tiba propose aku masa tengah buat konsert? Lagi-lagi dengan aku yang dia baru nampak masa buat persembahan tadi. Gila apa? Sah, memang dia naik sawan sebab tak biasa cuaca panas.
Si Won gelak.

Aku hanya mampu memandang tak terkata. Hati aku tersentuh. Ketawa ni.. Macam pernah dengar?

“Balqis Batrisya, sudikah awak mengahwini saya?” Si Won tanya aku sekali lagi tapi kali ni dalam bahasa melayu. Kalau Si Won cakap bahasa melayu maknanya..

“Rayyan Rizqi?” aku bertanya dengan muka yang tak percaya. Rayyan mengangguk. Aku sudah menutup mulut tak percaya. Orang yang aku rindu ada depan mata!

“Ya, ini saya..” Rayyan tersenyum kali ni. Arghhh, tolong jangan senyum Rayyan. Nanti aku cair macam ais-krim. Handsome sangat! Kya!!

“Err.. Si Won oppa mana?” Aku bertanya untuk kepastian.

Tiba-tiba semua ahli kumpulan Super Junior datang turun mengelilingi aku dan Rayyan dalam bentuk bulatan. Semua ahli Super Junior juga duduk berlutut seperti yang Rayyan lakukan. Kemudian, Lee teuk keluarkan sejambak bunga mawar merah, lepas tu Dong hae dan seterusnya setiap ahli Super Junior mengeluarkan sejambak bunga mawar merah ditangan. Akhir sekali Si Won oppa mengeluarkan sesuatu. Tangannya memegang sebentuk cincin. Rayyan mengambil cincin itu dari Si Won yang sebenar lalu disuakan pada aku. Tiba-tiba aku dengar bunyi bunga api dilepaskan.

POM! POM! POM!!!

Semua yang ada di stadium bersorak kegembiraan melihat bunga api yang menyala berwarna-warni diudara. Semua terpegun. Aku lagi-lagi lah terpegun.

“Si Won oppa awak ada tepi awak tu tapi Si Won celup awak ada kat sini, depan awak..” Rayyan sudah bangun mengadap aku. Aku sedikit mendongak untuk memandang Rayyan yang ternyata lebih tinggi dari aku.

“Balqis Batrisya, Saranghae..” Bergenang air mata aku bila dengar ayat keramat itu. Aku faham maksud ayat itu.

“Sejak bila awak cintakan saya?”

“Sejak pertama kali saya jumpa awak..”

“Sebab awak cintakan saya?”

“Saya takde sebab cintakan awak sebab saya tak perlu sebab untuk cintakan awak bila hati saya dah kata saya cinta awak..”

“So?”

“Nalang gyeolhon hae jullae? (Will you marry me?)” Kali ni air mata aku menitis. Ya, aku faham apa yang dia cakap! Terus aku mengangguk laju.

“Ya, saya sudi kahwin dengan awak!” Aku dan Rayyan tersenyum bahagia. Aku dan dia saling merenung melepaskan rindu yang dah lama tersimpan.

Rupa-rupanya Rayyan dan Maira sudah berpakat untuk mengadakan sesi proposal ini pada hari ni. Sudah tiga bulan rupanya mereka merancang semua ini. Sengaja Rayyan pilih tarikh Super Junior Show diadakan demi meluahkan perasaannya kat aku bersama dengan Si Won oppa aku dan ahli super junior yang lain. Terharu sungguh aku rasa.

“Rayyan Rizqi, saranghae!”

*******

“Aku terima nikahnya Balqis Batrisya binti Badrullah dengan mas kahwin RM 888.88 tunai..” sekali lafaz Rayyan ucap akad nikah.

“Sah?” “Sah, sah…”

“Alhamdulillah..” Semua mengucapkan doa kesyukuran buat kami.

Aku yang sudah cantik bersolek duduk bersimpuh dengan senyum malu atas bantal petak yang besar lagi selesa. Rayyan datang menghampiri aku lalu tangan aku dicapai. Sebentuk cincin berlian 6karat disarungkan ke jari manis aku. Naik berpinar-pinar juga mata aku tengok cincin emas berlian itu. Cantik. Hehehe..

Aku tersedar dari lamunan bila Maira mencuit aku supaya menyalami tangan Rayyan. Aku hanya tersengih membuatkan semua yang sedang menonton hanya ketawa.

“Berangankan nak buat apa malam ni lettew!” Satu suara mengusik membuatkan semua sudah ketawa.

‘Amboi! Aku yang kahwin kau pulak yang fikir gitu ek..’ aku membalas dalam hati.

Aku mencapai tangan Rayyan lalu aku menyalami seraya mencium tangannya. Elusan lembut ditangan dapat aku rasakan saat tangan aku dan Rayyan bertaut. Aku menatap mata Rayyan lalu dia menghadiahkan senyuman bahagia. Aduss, handsomenya. Cair aku, cair.. Rasa nak je terkam terus si Rayyan ni. Kuatkan iman Balqis Batrisya. Sabar dulu..

Chup!

Faris mencium dahiku lama. Lembut dan hangat. Aku menutup mata untuk merasa kehangatan ciuman itu. Semoga aku dan Rayyan bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

*******
Selepas berkahwin baru aku tahu rupa-rupanya Rayyan dan keluarga telah pun berpindah ke Malaysia. Katanya mereka, mahu menyambung sisa hayat yang ada dengan terus menetap di tanah tumpah darah mereka. Sudah enam bulan kami menikah dan kini aku telah mengandung selama lima bulan.

“Abang?” Aku mendekati Rayyan yang sedang termenung diberanda rumah kami.

“Ya, sayang?” Rayyan memandang aku lalu menghulurkan tangannya. Aku menyambut tangannya lalu aku dibawa rapat ke pelukannya. Dia mengusap-usap perut aku yang memboyot itu.

“Boleh sayang tanya abang sikit?”

“Hmm. Apa dia, sayang?” Rayyan membalas lalu mengucup pipiku yang chubby itu.

“Kenapa masa sayang nak balik Malaysia dulu abang tak hantar sayang kat airport? Mama cakap sebab abang ada meeting. Betul ke?” Rayyan diam sambil merenung mata aku.

“Hmm… Tak tahu!” Dia mengusik.

“Abang, orang tanya jawab la betul-betul!” Aku menampar manja lengannya yang melekap kemas dipinggang aku. Rayyan ketawa. Seksi sungguh gelaknya, boleh cair bila-bila masa je aku ni. Aumm!

“Tak, abang tipu mama je. Sebab..” Rayyan diam. Merenung mata aku.

“Sebab?” aku dah tak sabar.

“Sebab.. abang tak sanggup nak tengok sayang pergi balik Malaysia tinggalkan abang. Abang tak sanggup nak lepaskan sayang waktu tu sebab abang dah mula cintakan sayang time tu..” bisik Rayyan penuh romantis. Adess, lemah semangat aku!

“Sampai hati abang tak cakap abang cintakan sayang awal-awal. Sampai hati jugak abang tak jumpa sayang buat kali terakhir dulu..” Aku merajuk. Saja nak manja-manja dengan Rayyan. Harharhar..

“Bukan tak nak cakap, bukan tak nak jumpa. Abang bimbang bila abang luahkan perasaan abang dan jumpa sayang buat kali terakhir dulu tu, nanti sayang tak boleh balik Malaysia. Sebab masa tu memang abang tak nak sayang balik Malaysia. Abang cintakan sayang..”

Rayyan mengucup bibirku lama. Aku memejamkan mata merasa kehangatan cinta Rayyan buat aku.

“Sayang pun cintakan abang. Selama-lamanya sayang cintakan abang..” Aku memeluk Rayyan erat.

“Abang lagi, lagi, lagi cintakan sayang.. Selamanya dan sampai bila-bila..” Rayyan mengeratkan lagi pelukannya lalu dia mengucup lembut ubun-ubun aku.

Ya Allah, semoga bahagia ini sentiasa tersemai di hati kami. Semoga bahagia ini sentiasa menjadi milik kami hingga ke akhir hayat. Semoga kami tetap bersama sampai ke syurgaMu. InsyaAllah.. Amin.


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

9 comments:

  1. best cerita ne :D awak suka tulis cerpen ye? good ^^

    ReplyDelete
  2. @Nurfaezah Abdullah Thank you ... tulis cerpen nie sebenarnya mmg Nurul suka terutama waktu Nurul sedih

    ReplyDelete
  3. pheww . best gila cerpen ni . siap ada siwon lagi . harap dapat yang muka siwon jugak #eh , gatal pulak . haha .

    ReplyDelete
  4. Boleh lah tolong ajarkn saya mcm mane nak tulis cerpen @Nurul Fatihah Shahronizam...btw,thniah sbb brjaya tlis cerpen yg mnarik ni...

    ReplyDelete
  5. I love it . Saya bagi sepuluh per sepuluh.

    ReplyDelete
  6. Woww....kan best klau benda tu real....SWEET...nanti keluarkan lagi ye cerita SWEET camni😄😄

    ReplyDelete
  7. Wow sweet giler,rasa diri sendiri yg ada kt situ. Hahaha , Maaf,cerpen ini memang terbaiklah

    ReplyDelete