Tips Nak Jadi Cantik

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 12:07 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

Selamat pagi semua dah mandi ke belum nie??Tudia dia tanya dah jangan-jangan dia tau aku tak mandi lagi cepat-cepat tarik kain tuala masuk bilik air.Bagi orang perempuan nie cantik adalah satu kewajipan betul tak?Walaupun wajah dia tidak seberapa tapi dia mesti nak orang puji atau kata dia cantik.Sebenarnya semua wanita itu cantik dan berhak untuk menjadi cantik.

Jadi dipagi macam nie Nurul nak kongsi dengan semua tips untuk menjadi cantik.Nak tak?? Kalau nak jom kita try tips nie sama-sama.

  • Jadilah unik berbanding orang sekeliling.
Maksud Nurul kat sini jadilah lain daripada yang lain.Kalau korunk semua perasaan kan orang Malaysia nie suka benda lain daripada yang lain.Macam cara pemakaian tudung bawal la lagi banyak lilitnya lagi orang suka.

  • Mulakan penjagaan muka dan tubuh badan pemberian Allah
Ada sesetengah orang nie dia tak suka mandi jadi macam mana nak bersih.Mandi la sekurang-kurangnya 3 kali sehari baru bersih.Sebelum tidur tu lebih baik cuci muka dan gosok gigi dulu bukan apa kadang-kadang siang-sing hari nie banyak habuk-habuk lekat kat muka jadi kalau tak cuci muka tu nampak kotor bila dah kotor mula la tumbuh jerawat atau dikenali sebagai pemusnah kecantikkan.

  • Jaga adab dan tatasusila
Okey sebenarnya kita mesti la nak cantik luar dan dalam kan takkan nak cantik luar aje dalam macam mana??Sebenarnya cantik luaran nie datangnya dari dalam kalau dalam cantik mesti la pantulan ke luar pun cantik jadi konsep utama dia di bahagian dalam.

  • Lengkapkan diri dengan senyum
Kecantikan akan hilang tapi ilmu tidak.Malahan ilmulah yang membantu seseorang untuk berdiri saat semua yang ada pada dirinya telah hilang.Apabila berilmu,keanggunan lebih terserlah.Kematangan akan membuatkan diri kita lebih berwibawa dan nampak cantik.

  • Jangan lokek untuk senyum
Sebenarnya senyum nie umpama gula.Kalau teh tanpa gula rasa kelat begitu jugak dengan wajah kita kalau kita lokek senyum wajah kita nie seperti tak ada gula kelat aje.Kalau senyum terpancarlah kecomelan dan kecantikkan dalam diri kita.

Okey Nurul hanya dapat share yang ini saja sebab hanya yang nie saja Nurul tahu.Apa pun semua ini hanya tips tak salah kalau mencuba.Selamat mencuba.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment