e-novel : Prolog Tidak Sekuat Sumaiyyah

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 16:23 Komen : 0 Tag :
PROLOG

Aku berdiri di tepi tasik melihat keindahan matahari terbenam.Subhannallah memang cantik sudah lama aku tidak melihat semua ini.Sedang asyik aku melihat keindahan ciptaan Ilahi ini terdengar suara menagis teresak-esak.Dengan pantas aku mencari pemilik suara tersebut kelihatan wanita separuh umur duduk di bangku sambil menagis teresak-esak.Perlahan-lahan aku berjalan mendapatkan wanita itu.

"Mak cik,boleh saya duduk dekat sini ?"ucap aku perlahan.

Mak cik itu menoleh dan menangguk perlahan.Aku labuhkan punggung di sebelah mak cik itu.Kelihatan mak cik itu sedang mengesat air matanya yang masih berbaki.

"Mak cik,kadang-kadang tidak semua benda kita boleh tanggung sendiri.Ada kalanya kita perlukan bahu untuk menagis,perlukan telinga untuk mendengar segala cerita kita dan perlukan teman untuk membahagiakan hidup kita.Kalau mak cik tak keberatan,ceritalah kenapa mak cik menagis."ucap aku sambil memandang wajah tua itu.

"Anak nie siapa?Benar kadang-kadang kita perlukan semua itu tapi kalau mak cik cerita pun apa anak boleh tolong?"ucap mak cik itu menyoal aku kembali.

"Insya-Allah kalau saya boleh tolong saya akan tolong.Nama saya Umie Sumaiyyah Batrisya."ucap aku lantas memperkenalkan diri.

"Sedap nama tu.Mak cik menagis kerana mak cik sudah tidak mampu menanggung sendirian lagi.Anak lelaki mak cik sakit.Sekarang dia ada di hospital."ucap mak cik tersebut dalam sendu.

"Anak mak cik sakit apa?"soal aku ingin tahu.

"Anak mak cik perlukan buah pinggang.Kedua-dua belah buah pinggang anak mak cik rosak.Mak cik sebagai ibu tidak mampu untuk menolong anak sendiri."ucap wanita tua itu dengan deraian air mata.

"Mak cik tiada apa yang mustahil selagi kita meminta pada-Nya.Jika mak cik tidak keberatan,saya sanggup dermakan sebelah buah pinggang saya kepada anak mak cik."ucap aku.

"APA !!! Nak,ini bukan perkara main-main.Mak cik cerita sebab mak cik dah tak dapat tanggung seorang diri.Lagipun kalau anak dermakan buah pinggang anak pada anak lelaki mak cik banyak risiko yang anak perlu hadapi nanti."ucap mak cik itu panjang lebar.

"Mak cik semua nie bukan main-main,saya betul-betul ingin menolong mak cik."ucap aku sambil tersenyum.

Mak cik itu memeluk erat tubuhku.Aku membalas pelukkan tersebut entah kenapa aku berasa tenang sekali bila berada di pelukkan wanita ini.Pelukkan erat mula dileraikan.

"Terima kasih nak."ucap wanita itu dengan senyuman bahagia.

"Sama-sama mak cik.Esok kita jumpa di hospital di mana anak mak cik dirawat,kemudian kita periksa sama ada buah pinggang saya sesuai atau tidak dengan anak mak cik.Kalau macam tu jom saya hantar mak cik balik lagipun dah nak dekat maghrib dah nie.Nanti takut terlepas solat."ucap aku lantas berdiri.

"Baiklah.Tidak perlu hantar mak cik balik lagipun mak cik ada bawa kereta sendiri."ucap mak cik itu sambil mengenggam jari jemari aku.

Kami jalan beriringan.Sampai sahaja di kereta mak cik itu aku bukakan pintu untuk dia masuk.

"Eh lupa pulak nak beritahu.Nama mak cik Aina Sofea boleh panggil mak cik Aina saja."ucapnya mesra.

Aku menangguk.Tangan tua itu aku raih lalu aku kuncup kasih.Enjin kereta mula dihidupkan.Kereta Honda Civic berwarna hitam metalic itu mula hilang dari pandangan.Perlahan-lahan aku berjalan mendekati kereta kancil milik aku yang berwarna putih itu.Pintu kereta aku bukak lantas terus masuk ke dalam perut kereta.

Suara azan mula berkumandang.Aku memanjatkan kesyukuran kerana masih boleh mendengarnya.Balik nanti aku mesti beritahu dekat ayah dengan ibu tentang ini semua.Dengan senyuman aku memandu kancil milik aku dengan bismillah.

Inilah prolog e-novel baru Nurul.Kali ini Nurul ingin membuat e-novel unsur agama dan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.Nantikan sambungan "Tidak Sukuat Sumaiyyah" dalam Bab 1.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment