Aku mula membuka mata perlahan-lahan.Suara-suara disekeliling mula kedengaran.Entah kenapa kepala aku terasa begitu sakit sekali.Pandangan aku gelap,terasa ada tangan memaut jari-jemariku.
"Chinta dah sedar cu?"kedengaran suara nenek bertanya.
Aku menangguk perlahan.Soalan tanpa jawapan kini menerjah ke minda.
"Nek,kenapa Chinta tak nampak apa-apa?"soal aku bersahaja.
Nenek tidak menjawab pertanyaan aku tetapi terus menagis teresak-esak.Aku dapat rasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku.Tapi apa?Kedengaran nenek memanggil abang Kamarul untuk berjumpa aku.Mungkin abang Kamarul ada jawapan kepada semua pertanyaan aku.Harap begitu.
"Adik."sapa abang Kamarul perlahan
"Ya,abang kenapa adik tak nampak apa-apa?Kenapa dunia adik gelap macam nie?"soal aku risau.
"Dik,banyakkan bersabar sayang.Sebenarnya ...."jawapan abang Kamarul terhenti.
"Sebenarnya apa abang?"soal aku penuh tanda tanya.
"Sebenarnya hentakkan di kepala adik menyebabkan saraf mata adik terganggu.Doktor mengesahkan adik buta selamanya."jawab abang Kamarul perlahan.
Bagai disentap jantung aku.Buta?Aku buta?Maksudnya aku tak boleh lihat untuk selamanya.Jadi aku ini orang kurang upaya.Tak semua nie tipu,aku tak percaya.Aku tak boleh buta.Kalau aku buta sapa nak jaga abang Kamarul dan bakal suami aku Ikhwan.
"Tak,abang tipu kan?"soal aku bersama juraian air mata.
"Tak sayang.Abang tak tipu,semua yang abang cakap berdasarkan apa yang doktor beritahu abang."jawab abang Kamarul dalam esakkan.
Fikiran aku mula tidak keruan.Habis wayar yang berselirat di badan aku tarik.Fikiran aku bercelaru.Aku tak mahu buta.Kenapa Allah hukum aku macam nie?Kenapa dia Allah biarkan aku buta?Masih adakah sinar bahagia buat diri aku?Tapi siapa yang mahu perempuan buta macam aku nie?Tanpa menghiraukan orang lain aku berdiri,andai saja aku nampak ingin sahaja aku berlari.Aku mencari pintu wad untuk keluar.Terasa ada yang memeluk aku dari belakang.
"Lepaskan Chinta !!"jerit aku lantang.
"Adik,jangan macam nie sayang.Abang janji abang akan jaga adik walau apa pun yang terjadi.Percayalah."ucap abang Kamarul.
"Chinta buta abang.Chinta buta!Allah tu memang tak Adil kenapa dia bagi Chinta buta abang?Kenapa?"ucap aku dalam esakkan.
"Adik,jangan cakap macam tu.Allah itu Maha Adil.Allah nak uji adik sama ada adik kuat hadapi semua ini atau tidak.Tapi abang percaya yang adik seorang yang tabah."ucap abang Kamarul memujuk.
Aku terdiam.Apa mungkin aku kuat hadapi semua ini?Abang Kamarul mendukung aku lalu diletakkan di atas katil.Aku terus membatu.Jika semua ini dugaan bagi aku,maka aku terima dengan redha.Nenek mengusap-usap dahi aku perlahan.Aku raih tangan tua itu lalu aku kuncup kasih.Sesungguhnya aku begitu rindukan kedua-dua arwah orang tua aku.
"Chinta,Ikhwan cakap dia akan melamar Chinta petang nanti dan nenek sudah pun membuat persiapan perkahwinan kamu berdua minggu depan.Chinta jangan risau,lepas saja Chinta berkahwin dengan Ikhwan Chinta tinggal dengan nenek ya?"ucap nenek.
"Nek apa Ikhwan sanggup terima perempuan buta macam Chinta nie?"soal aku perlahan.
"Chinta jangan cakap macam tu.Jika Chinta buta,Ikhwan akan menjadi matanya.Jika Chinta lumpuh,Ikhwan akan jadi kakinya dan jika Chinta bisu,Ikhwan akan jadi suaranya.Meskipun Chinta buta cinta dan sayang Ikhwan pada Chinta tak akan pernah berubah selamanya."jawab Ikhwan mencelah perbualan aku dan nenek.
Dalam diam aku bersyukur kerana Allah telah kurniakan Ikhwan kepada diri aku.Biarlah cinta aku dan Ikhwan terus bersatu meskipun jasad kami terpisah.
"Chinta,bersaksikan semua orang yang berada di dalam hospital ini.Sudikah Nur Chinta Arissa Sofia menjadi isteri kepada Ikhwan Wafi'an?"soal Ikhwan
Aku tergelak kecil.Ada ke patut dia suruh semua orang dalam hospital nie jadi saksi dia melamar aku.Tak patut sungguh.
"Ya,Chinta sanggup menjadi isteri Ikhwan tidak kira susah atau senang."jawab aku dengan senyuman.
Hanani memeluk bahu aku mesra.Nenek menguncup kasih dahi aku.Terasa ada tangan yang memegang tangan aku.Cincin disarungkan.Hari ini aku sah menjadi tunangan kepada Ikhwan Wafi'an dan minggu depan sah menjadi isteri orang.Tidak sabar rasanya untuk bergelar isteri.Tapi masih mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan diri aku yang serba kekurangan ini?Aku harap semunya dipermudahkan oleh Allah.Benar cakap abang Kamarul Allah itu Maha Adil.Disaat aku sedih dia hadirkan seseorang untuk menggembirakan aku.
******************
Sentuhan solekkan daripada mak andam menambahkan seri diwajah pengantin perempuan.Semua perempuan bila berkahwin dapat melihat wajah mereka tapi aku?Aku redha dengan semua ini.Aku harap semuanya akan berjalan lancar tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.Pintu bilik dibuka.
"Kak Chinta,akad nikah akan berlansung sebentar lagi.Jom kita turun."ucap Hanani lantas meraih tangan aku.
Aku mengekori Hanani menuruni anak tangga.Selepas bergelar isteri aku harus mentaati suami.Itulah yang diajar sewaktu aku mengambil kursus perkahwinan.Aku melabuhkan punggung sebelah nenek.Nenek meramas lembut jari-jemari aku,mungkin untuk menghilangkan gemuruh yang melanda diri aku.
"Semua dah bersedia?Kalau sudah mari kita mulakan."kedengaran suara tok kadi.
"Ikhwan Wafi'an,aku nikahkan dikau dengan Nur Chinta Arissa Sofia dengan mas kahwin dua puluh ribu tunai."tok kadi memulakan acara akad nikah.
"Aku terimanya nikah Nur Chinta Arissa Sofia dengan mas kahwin dua puluh ribu tunai."sambut Ikhwan.
Alhamdulillah akhirnya aku sah menjadi isteri Ikhwan hanya dengan sekali lafaz sahaja.Doa mula dibaca.Ikhwan mendekati aku.Cincin disarungkan ke jari.Aku menyalami Ikhwan dan dahi aku dikuncup kasih oleh Ikhwan.Selepas majlis akad nikah selesai dijalankan,aku membawa diri ke tepi kolam.Tetamu yang hadir menjamu selera sambil berbual-bual sesama mereka.Ikhwan mendekati aku yang berada dibangku tepi kolam.
"Sayang abang nie kenapa?Termenung saja dari tadi."soal Ikhwan.
"Abang,apa Chinta mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang?"soal aku perlahan.
"Abang percaya Chinta mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang dan mampu menjadi isteri yang solehah."jawab Ikhwan lantas meraih tangan aku.
Aku tersenyum.Pada malam ini bulan dan bintang menjadi saksi cinta kami berdua.Harapan dan doa aku semoga hubungan kami berkekelan sehingga ke akhir hayat amin.Perbualan aku dan Ikhwan terganggu bila Dhiya datang.
"Sayang,kat sini ada pemusnah la.Jom kita pergi kat tempat lain."ujar Ikhwan lantas menarik tangan aku untuk pergi dari situ.
Aku hanya mengekori sahaja langkah Ikhwan dari belakang.Aku tahu apa yang Ikhwan ucap sebentar tadi menyakitkan hati Dhiya.Mungkin Dhiya datang ingin minta maaf atas apa yang terjadi.
"Sayang duduk sini abang pergi ambil nasi nanti kita makan sama-sama."ucap Ikhwan mesra.
Aku menangguk.Naluri aku mengatakan ada orang yang duduk disebelah bangku aku.Yang pastinya bukan Ikhwan kerana aku amat mengenali bau badan suami aku yang tercinta itu.Dari minyak wangi yang dipakai itu mesti Dhiya.Aku dapat mengecam kerana bau minyak wangi inilah yang aku bau sewaktu Dhiya datang mendekati aku dan Ikhwan sewaktu di kolam.
"Hey Ikhwan you ambil nasi sampai dua nie untuk I dengan you ke?"tanya Dhiya dalam gaya gediknya.
"Hoi kau tak malu ke hah,aku tak kata aku ambil nasi nie untuk kau.Yang kau memandai makan tu sapa suruh."bentak Ikhwan.
Aku meraih tangan Ikhwan dan cuba menenangkannya.
"Tak apa la abang mungkin Dhiya sedang lapar biar la dia makan.Abang duduk la,Chinta teman abang makan."ucap aku.
"Kalau macam tu kita share dua ya nasi nie,biar abang yang suap Chinta makan."ucap Ikhwan pula.
Aku menangguk.Nasi yang Ikhwan suap aku kunyah perlahan.
"Ala baru buta bukan hilang tangan pun.Kenapa dah tak boleh makan sendiri ke?"sampuk Dhiya tiba-tiba.
Aku diam.Aku dapat rasakan yang Ikhwan benar-benar benggang dengan ucapan Dhiya sebentar tadi.Aku menggengam erat tangan Ikhwan.Ikhwan meneruskan suapan nasi ke dalam mulut aku sehingga nasi itu habis.Terdengar sendawa kecil keluar dari bibir Ikhwan.Aku senyum.
"Sayang jom kita masuk bilik.Abang dah mengantuk la."ucap Ikhwan.
Aku menangguk.Ikhwan menggendong aku di khalayak ramai.Muka aku mula merona merah.
"Ikhwan turunkan Chinta la."arah aku perlahan.
"Tak nak.Chinta jalan lambat,kalau Ikhwan dukung cepat sikit sampai bilik."ucap Ikhwan mesra.
Aku menyembamkan muka aku ke dada bidang Ikhwan.Cuba menutup muka yang kini sudah menjadi merah.Ikhwan ketawa.Sampai sahaja dibilik aku dibaringkan di katil.Aku mengesot perlahan-lahan lalu menyandar di kepala katil.Tangan aku mula membuka barang yang ada atas kepala.Kini hanya tinggal tudung dan purdah sahaja yang menutupi wajah aku.Ikhwan melabuhkan punggung di sisi aku.Perlahan-lahan dia tanggalkan tudung dan purdah yang menutupi wajah aku ini.
"Cantik isteri abang nie."bisiknya di cuping telinga aku.
Aku hanya tersenyum.Ikhwan meraih jari-jemari aku lalu dikuncupnya kasih.Selepas Ikhwan menanggalkan sampin dan songkoknya dia merebahkan kepala di atas pangkuan aku.Aku mengusap rambut Ikhwan yang lebat itu.Terasa tangan aku diraih.
"Abang takkan biarkan seorang pun menyakiti isteri abang tidak kira secara fizikal atau batin."ucap Ikhwan lantas menguncup tangan aku.
Aku menunduk.Dahi Ikhwan aku kuncup kasih.Biarlah aku dan Ikhwan terus bersama tidak kira susah atau senang.Tiada sesiapa yang mampu memisahkan kami kecuali maut.Semoga Allah merestui hubungan kami selamanya.
Maaf sebab sudah lama tidak menulis e-novel.Sambungan Tentang Chinta Arissa Sofia kini sudah bermula.Nantikan sambungan Tentang Chinta Arissa 6 untuk ketahui cerita selanjutnya.Selamat Pengantin Baru kepada Chinta dan Ikhwan.Doakan mereka berdua berkekalan sehingga akhir hayat.
ksian chinta
ReplyDeletetabahkan hati, Chinta.. woot woot
ReplyDelete