e-novel : Tentang Chinta Arissa Sofia 6

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 21:44 Komen : 1 Tag :
BAB 6

Azan Subuh mengejutkan aku daripada lena yang berpanjangan.Perlahan-lahan aku belai wajah suami yang tersayang.Andai aku boleh melihat seperti dulu ingin sahaja setiap pagi aku tatap wajah suami tercinta.Perlahan-lahan aku kejutkan Ikhwan untuk bangun mengerjakan solat subuh berjemaah bersama aku.

"Abang bangun bang.Dah subuh,jom kita solat sam-sama."kejut aku perlahan-lahan.

Terdengar Ikhwan menggeliat.Tangannya jatuh pada jari-jemari aku lalu diramas lembut olehnya.Aku menepis jari-jemarinya dan terus berdiri untuk mengambil wuduk.

"DBUK !"

Aduh sakitnya dahi aku.Terdengar Ikhwan ketawa mengekek.Muka aku mula merona merah.Bukan salah dinding tu pun,salah aku sendiri.Aku menyentuk benjol di dahi,masih terasa pedihnya.

"Tu la lain kali jangan memandai nak jalan sendiri."ucap Ikhwan lantas memimpin tangan aku untuk mengambil wuduk.

"Dah tu kalau tunggu abang pimpin memang tak sembahyang la jawabnya."aku mula menarik muncung yang panjang.

"Mari sini abang tengok benjol tu." ucap Ikhwan seraya membelek benjol di dahi aku.

"Aduh ! Sakit la,pelan-pelan la sikit tak payah la tenyeh benjol tu."ucap aku menahan sakit.

Ikhwan hanya tergelak kecil.Gembira hatinya bila melihat mulut kecil aku mengomel.Ikhwan mencium tempat benjol yang berada di dahi aku itu.

"Nanti mesti hilang sakit tu sebab abang dah bagi ciuman cinta dekat dia."ucap Ikhwan kepada aku.

Aku hanya tersenyum.Ada saja benda yang dia nak dibuatnya untuk membuat hati aku gembira.Selesai sahaja mengambil wuduk kami sembahyang berjemaah.Seusai membuat kewajipan sebagai seorang hamba aku menyalami tangan Ikhwan dan merebahkan kepala di pangkuannya.Tangannya aku raih dan aku kuncup.

"Abang,betul ke doktor cakap mata Chinta boleh pulih."ucap aku perlahan.

"Iye sayang.Doktor cakap mata Chinta boleh pulih kalau ada kornea yang sepadan dengan Chinta."ucap Ikhwan sambil menbelai kepala aku.

"Tapi siapa yang sanggup beri kornea mata dia pada Chinta?"soal aku kembali.

"Zombie sanggup derma kornea mata dia dekat Chinta."ucap Ikhwan seraya ketawa kecil.

Aku mencubit lengan Ikhwan.Orang serius dia fikir kita main-main.Selalu macam tu susah sangat nak berbincang dengan dia secara serius.Ikhwan mula mengosok lengan dia tanda sakit.

"Ikhwan,Chinta mari turun sarapan."terdengar suara nenek menjerit di luar bilik.

"Iya kejap nek."ucap aku kembali.

Telekung mula ditanggalkan dan aku mengambil tudung dan purdah lantas sarung ke kepala.Ikhwan menggendong aku turun kerana takut kejadian seperti tadi berulang.Sampai sahaja di meja makan nenek mula menegur aku.

"Chinta,kenapa dengan dahi tu?"soal nenek sambil membelek-belek dahi aku.

"Dia terhantuk waktu nak ambik wuduk tadi nek."ucap Ikhwan.

"Nek Hanani dengan mama mana nek?"soal aku cuba mengubah topik perbualan.

"Diorg berdua dah balik awal pagi tadi ke Kuala Lumpur."jawab nenek.

"Owh kenapa tak kejutkan Chinta?Tak sempat nak beri barang dekat Hanani dengan mama."ucap aku.

"Saja nenek tak nak kejutkan kamu berdua.Biasa la pengantin baru malas nak kacau."ucap nenek.

Aku ketawa perlahan.Entah kenapa aku rasa seperti mama tidak menyukai diri aku.

"Chinta,tadi doktor Aina telefon.Katanya dia sudah jumpa kornea mata yang sesuai untuk Chinta.Minggu depan Chinta dah boleh buat pembedahan."beritahu nenek dengan gembira.

"Betul ke nie nenek?"soal Ikhwan cuba meminta kepastian.

"Betul la,takkan pasal nie pun nenek nak main-main."ucap nenek gembira.

Ikhwan memeluk aku.Alhamdulillah akhirnya doa aku dan Ikhwan menjadi kenyataan.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah mengabulkan doa aku dan Ikhwan.Betapa bahagianya aku dan Ikhwan saat ini.

Telefon berbunyi membuatkan lamunan aku terhenti.Bergegas bibik memimpin aku.Gangang telefon diangkat.

"Assalamualaikum,siapa nie?"aku mula membuka bicara.

Salam aku tidak berjawab tetapi benda lain pulak yang aku dengar.Apa ini benar atau tidak aku masih tidak pasti.Tetapi kepercayaan aku terhadap Ikhwan takkan sesekali goyah walau apa pun yang terjadi.

"Ikhwan nie nakal la.Nie dekat ofis la Ikhwan.Nanti kita balik appartment you kita manja-manja okey?"suara pemanggil kedengaran seolah-olah menggoda.

Aku meletakkan ganggang telefon.Aku masih belum boleh tuduh Ikhwan apa-apa kerana aku masih tidak ada bukti.Tapi benarkah apa yang aku dengar sebentar tadi.Tak!Semua tu fitnah.Jangan-jangan ada yang nak pisahkan aku daripada Ikhwan sebab tu dia buat macam tadi.Kepala aku mula sakit entah kenapa setiap kali aku tertekan mesti kepala aku sakit.

"Bik !!"aku mula menjerit.

"Ya puan.Kenapa dengan puan ini?Puan sakit ya?"kelihatan bibik menepuk-nepuk pipi aku.

Aku jatuh di atas lantai.Kepala aku makin sakit.Rasanya berdenyut-denyut sekali.Sesekali aku terdengar bibik memanggil nenek.Aku tidak mampu menanggung lagi rasa sakit di kepala dan akhirnya aku tidak sedarkan diri.

**************

"Chinta,bangun sayang."terdengar suara esakkan Ikhwan.

Aku cuba bersuara tapi entah kenapa mulut dan kepala aku rasa berat sekali untuk melakukannya.Tangan Ikhwan mula mengusap lembut rambut aku.Ubun-ubun aku dicium kasih.Rasa sayu mula melingkari di hati.Aku hampir sahaja tidak mempercayai Ikhwan selepas menerima panggilan daripada orang yang 'misteri' itu.

Air mata Ikhwan menitis mengenai pipi aku membuatkan aku bertambah sayu.Lelaki ini benar-benar tulus mencintai aku tapi aku meragui kepercayaannya.Salahkah aku meragui lelaki ini?Aku tidak mampu menafikan sedikit sebanyak panggilan itu menggangu emosi aku.

"Sayang dah sedar?"tanya Ikhwan dalam esakkan.

Aku menangguk perlahan.Jika aku ceritakan kepada Ikhwan apa yang sebenarnya terjadi tentu Ikhwan akan kecewa dengan diri aku.Aku menghela nafas.Aku amat memerlukan kekuatan buat masa sekarang.Mustahil untuk aku pikulnya sendiri.

'Ikhwan maafkan Chinta kerana tidak mempercayai Ikhwan.'ayat itu hanya mampu aku tuturkan dalam hati sahaja.

"Chinta,esok Chinta akan dioperasi."ucap Ikhwan.

"Kata minggu depan kenapa tiba-tiba tukar hari?"soal aku pelik dengan penukaran yang mendadak.

"Alang-alang Chinta masuk hospital nie,abang ingat nak operasi Chinta terus.Tak sabar rasanya untuk melihat Chinta boleh celik kembali."jawab Ikhwan dengan suara yang ceria.

Aku hanya tersenyum hambar.Ingatan aku kembali pada peristiwa ketika aku di rumah tadi.Air mata mula mengalir.Aku cuba mengusir ingatan aku pada kejadian itu jauh-jauh tapi semakin aku usir semakin dia kerap datang menjelma dalam ingatan.

"Sayang nie Doktor Rosmah,dia yang akan merawat sayang selepas sayang selesai dibedah nanti."Ikhwan menarik tangan aku untuk bersalaman dengan Doktor Rosmah.Selesai sahaja bersalaman Doktor Rosmah aku mula bergerak untuk bersandar pada kepala katil.

"Cantik rupanya isteri Ikhwan nie ya."puji Doktor Rosmah.

Aku hanya tersenyum.Kedengaran Ikhwan tergelak kecil.Ikhwan memeluk bahu aku.Entah kenapa sebelum ini bila Ikhwan buat sedemikian aku berasa selesa tapi selepas kejadian itu aku mula berasa tidak selesa bila Ikhwan memeluk bahu aku.

"Mana ada cantik doktor.Biasa-biasa saja."ucap aku cuba menutup rasa tidak selesa.

Ikhwan yang mungkin menyedari sikap aku hari ini berubah terus menarik tangannya daripada terus memeluk bahu aku.Aku tahu Ikhwan mungkin terasa hati dengan apa yang telah aku lakukan hari ini,tapi aku terpaksa berbuat demikian selagi aku masih tidak mengetahui kebenaran yang sebenarnya.

Adakah Chinta akan terus berdiam tanpa memberitahu Ikhwan apa yang sebenarnya terjadi?Siapakah orang 'misteri' yang menelefon Chinta?Untuk mengetahui cerita selanjutnya teruskan membaca TCAS 7 untuk membongkar segala-galanya.


A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

1 comments:

  1. tak sabar2... kena buat kerjaa sekolah nanti... bulan 3 kembali online untuk 1 malam. teruskan la ye.

    ReplyDelete