Jangan Salahkan Parents Kalau Anak Tak Pandai

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 17:47 Komen : 2 Tag :
Cinta Allah tidak terkira, cinta Rasul membawa Islam kepada semua, cintaku pula berjuang untuk Pencipta.....

Assalamualaikum wbt ...

Selamat petang semua.Dah minum petang ke belum?Kalau belum minum boleh la join Nurul dan adik-adik Nurul minum petang.Menu minum petang hari nie air teh panas dan biskut kering aje.Hari ini Nurul nak discuss pasal satu perkara yang selalu orang buat atau katakan.Pandai atau tidak seseorang tu bukan terletak pada ibu bapa tapi terletak pada diri seseorang itu.

Jika kita perhatikan sekarang ini,bila tiba sahaja peperiksaan besar seperti UPSR,PMR dan SPM atau STPM mesti ramai yang akan tanya bila kita sudah peroleh keputusannya.Kalau dapat result yang elok dan baik mesti orang kata "Bagusnya ibu bapa dia didik dia." tapi bila dapat result yang teruk "Dah ibu bapa kerja kilang mesti la anak pun nak kerja kilang sebab tu result teruk." betul tak?Jika kita semua lihat,mana ada ibu bapa yang mahu anak dia jadi macam tu kalau boleh mesti semua ibu bapa mahu anak dia jadi pandai,baik dan soleh serta solehah.

Zaman sekarang nie bukan macam zaman dulu dah,anak-anak zaman sekarang lebih pandai membuat keputusan daripada zaman dulu.Jangan salahkan parents bila anak-anak jadi macam tu.Kalau anak tu tak mau belajar takkan parents nak paksa pulak kan?Jadi jangan la kata apa-apa dekat parents diorg sebab parents diaorg pun sudah sedih dengan apa yang anak dia buat,jadi jangan tambah lagi kesedihan parents dia.Kepada anak-anak pulak,kalau boleh lakukan yang terbaik buat parents korunk semua sebab diorg sudah berjasa pada korunk dari kecil sampai besar.Hanya kejayaan yang boleh membuat diorg gembira.Bila mereka sudah pejamkan mata,bila lagi kita nak gembirakan diorg?

Nurul pun sebenarnya masih bersedih sebab tidak dapat berikan yang terbaik buat parents Nurul,tapi Insya-Allah tahun depan Nurul akan berusaha lebih kuat untuk menggembirakan hati diorg.Nurul doakan semua blogger-blogger akan menjadi anak yang soleh dan solehah.Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata ibu bapa dan di mata Allah.Itu saja entry petang nie nanti kita bicara lain daaa....
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

2 comments:

  1. Apa yg nurul katakan memang ada kebenarannya..tapi kaitan antara genetik dan IQ juga tidak boleh diketepikan. Sebab itu jarang kita dengar anak2 yg ibubapanya berkelulusan tinggi gagal dlm akademik.
    Nurul kuatkan usaha dal SPM nanti ya..auntie doakan yg terbaik untuk Nurul, lepas ni, nurul kena kurangkan masa berblogging..tumpukan perhatian penuh pada pelajaran.

    ReplyDelete
  2. @Norhaizan hakim Terima kasih autie.Tu la umi cakap start sekolah nie kena kurangkan masa berblogging dan lebihkan pelajaran tinggal SPM je untuk Nurul tentukan hala tuju Nurul lepas nie

    ReplyDelete