Review : Kumpulan A

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 17:25 Komen : 4 Tag :
Assalamualaikum wbt .....

Mangsa kutukan blog yang pertama nie adalah seorang kaum hawa.Maaf untuk review kali nie Nurul tidak letakkan header sebab internet lembap jadi header pun jadi lembap.
Blog Mun ini bertemakan warna purple.Susunan widget yang sempurna membuat mata Nurul tidak sakit untuk memandang lebih lama blog ini.Blog Mun banyak dihiasi doodle buatannya sendiri memang ciut-miut jadi bagi sesiapa yang ingin menempah doodle daripada Mun bolehlah PM dia.Kalau dikira pasal loading memang tidak ada sebarang masalah.Apa pun jom klik link di atas untuk terjah blog Mun sampai dia pengsan akibat terlampau terkejut.

Blog Ira Thira atau dikenali sebagai Ira ini bertemakan biru dan pink.Susunan widget yang cantik amat memikat hati para pengunjung seperti Nurul.Apa yang Nurul nak komen tolong perbesarkan saiz tulisan anda sebabnya untuk orang rabun macam Nurul nie payah nak nampak.Itu sahaja yang Nurul nak komen dan yang lain sempurna.Jom terjah blog dia yang simple mimple ini.

Blog Nurul atau dikenali sebagai NFHMT ini bertemakan warna pink.Blog ini dihiasi dengan kucing yang amat comel.Kucing tu nama dia Marie ala dalam gambar kartun tu.Tak tahu sudah.Blog gadis ini amat comel susunan widget dia pun okey tak ada masalah dan loading blog dia pun okey.Terjah blog dia lepas tu follow memang tak akan menyesal punya.

Blog Nur Alina atau dikenali sebagai Alina ini bertemakan pink muda.Blog gadis muda ini amat cantik dan menarik.Susunan widget dia amat memikat hati kaum hawa macam Nurul nie.Loading untuk ke blog milik Alina memang tidak mempunyai sebarang masalah.Internet lembap macam Nurul nie pun kira lepaslah.Jom ikuti perkembangan blog gadis muda ini.

Untuk kesimpulannya,Review blog Kumpulan A memang tidak mempunyai sebarang masalah.Semua ahli Kumpulan A terdiri daripada kaum hawa yang amat meminati warna pink dan purple.Nantikan kemunculan blog-blog Kumpulan B untuk direview malam ini.
A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

4 comments: