ALAF Epilog Cinta

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 12:21 Komen : 0 Tag :


Tajuk : Epilog Cinta
Pengarang : Lily Haslina Nasir
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-124-260-2
Status Stok : ADA
Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta Aidit dan Karmila terhalang kerana darjat dan keturunan. Mereka cuma ada sekeping hati, satu jiwa dan perasaan. Jadi,di manakah pintu cinta yang harus diketuk?

Mila, tahu tak... saya separuh gila mendengar cerita Mila dipinang orang! Kenapa Mila hancurkan hati saya?"

Jiwa Aidit panasaran. Biarlah dia berterus terang. Itu lebih baik dari saban malam, tidurnya tidak lena.

"Saya sendiri separuh mati, Aidit! Awak cuma mendengar tapi saya yang menanggung semuanya!"

Karmila pula bagaikan rentung dibakar duka.Terasa dirinya yang tidak setia pada janji kasih mereka. Sedangkan dia dipaksa mengahwini lelaki yang hanya akan diserahkan cuma jasadnya.

Aidit terasuh dilambung gelombang, sedangkan Karmila dewasa dilukai kerikil. Apalah erti nama itu disebut-sebut jika dua jiwa terpisah jauh. Mengapa cinta tidak bersama mereka?

"Di antara jantung dan hati ini,di situlah Mila saya simpan."

Inilah cinta terhalang yang pernah dihadapi oleh Daeng Amid dan Karmini. Kini, adakah Cempaka Adilla Zahira juga akan me-nempuh cerita yang sama bersama Hizairi? Doa dan berdoalah!

Wah nampaknya buku nie macam best jangan katakan korg je nak beli Nurul pun nak beli apa lagi kalau ada yang nak beli KLIK SINI !



A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment