Bini Aku Tomboy Ke? : Bab 17 & 18

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 10:37 Komen : 0 Tag :

BAB 17
PAGI Sabtu itu, akan menjadi hari bersejarah bagi Zack, kerana dengan rasminya Rill’s Collection menjadi miliknya. Secara tidak langsung mulai hari ini, dia akan menjadi pengurus butik tersebut, seperti yang dimaklumkan awal-awal lagi oleh papanya lebih kurang sebulan yang lepas. Dah tak boleh nak berpoya-poya and enjoy lagi dah lepas ni! Uwaa... sedihnya!

Sejurus selepas solat Subuh, Zack bersiap-siap bertolak menuju ke butik yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Semalam dia sudah menjejakkan kaki ke butik tersebut. Cuba mencari aura baru yang dicipta selepas diubah suai oleh Erica dan kawan-kawannya. Tapi, ada sumbangan aku jugak ya sehinggalah aura romantik itu wujud di sini. 

"Ya, helo... macam mana dengan catering yang saya pesan minggu lepas tu? Awak dah settlekan ke belum?" Zack bertanya pada pihak catering yang akan menguruskan bahagian makanan sempena hari perasmian tersebut. Kedengaran suasana yang agak bising dan hingar-bingar di talian sebelah sana membuatkan Zack terpaksa meninggikan nada suaranya sedikit apabila bercakap.

"Ya, maaf ya. Boleh saya tahu nama encik yang bercakap? Kami nak confirmkan tentang perincian yang telah encik pesan tu." 

Eh, main ayat skema pulak dah cik setiausaha ni. Siap dengan bahasa bakunya lagi. Boleh jadi operator Celcom ni! 

Hu hu hu... tak baik betul. Kesian kat dia. Baguslah dia cakap baik-baik. Kalau dia cakap macam angin puting beliung, mahu dengan aku aku sekali hangin! Lagipun, ni la buktinya kempen ‘Berbudi Bahasa Budaya Kita’ tu menjadi. Sempat Zack berbisik sendiri.

"Emm... saya Zack, saya ada buat pesanan untuk Rill’s Collection minggu lepas. Untuk minum pagi, 80 kepala." Zack bercakap dengan tenang dan senang hati walaupun hatinya tidak setenang suaranya.

"Ya, ya. Pesanan untuk majlis pukul sembilan setengah pagi ini, kan? Pihak kami dah bersiap sedia, cuma menunggu confirmation daripada encik saja." Suara wanita yang lembut itu kedengaran berkata, sejurus selepas Zack menjawab. 

"Haa, bagus... bagus. Boleh datang sekarang, ya. Nanti nak set table lagi, takut lama pulak." Zack berkata sambil matanya merenung sekilas ke arah jam tangannya yang menunjukkan sudah hampir jam lapan pagi. 

Mama ni cerewet sikit. Karang tak siap ikut timing dia, senang-senang aku dapat dosa free sebab mengumpat dia. Apa lagi sebab aku nak mengumpat, sebabnya dia suka membebel, tu yang tak tahan tu! Seksa gegendang telinga aku ni nak mendengar, beb!

"Baik, encik! Terima kasih!" Talian dimatikan selepas semuanya selesai. 

"Assalamualaikum. Saya Saniya, personal assisstant to-be Miss Sofi yang Datin Gold hantar," ucap seorang wanita berumur dalam lingkungan akhir 20-an sambil menghulurkan tangannya yang dihiasi kuku yang bersih dan jari yang runcing. 

Muka pun boleh dimasukkan dalam kategori cun habis. Semacam kacukan orang putih pun ada sekali tengok. Body gila slim dan montok, kulit pulak putih melepak macam susu lembu. Boleh jadi model ni. Tapi satu aje yang kurang, agak rendah. Tu sebab la kut dia tak boleh jadi model. 

Eh, kejap, kejap. Dia panggil aku Sofi? Ni mesti mama yang suruh panggil aku macam tu. Miss pulak tu! Hisyy la... Zack berbisik sendiri di hadapan butiknya. Dia yang sedang terpinga-pinga tadinya pun segera menyambut dan menyalami tangan lembut Saniya dan tersenyum lebar. 

"I see. Come, masuk dulu." Zack mengajak Saniya masuk ke dalam butik dan duduk di settie yang disediakan khas bagi para pengunjung. Senang la sikitkan. Tak la golongan bapa and suami or boyfriend lenguh kaki berdiri sampai krem nak menunggu sang kekasih hati atau sang isteri dan anak membeli-belah. 

Maklumlah, ada sesetengah wanita nikan cerewet. Dah try satu baju, lepas-lepas pakai and berdiri depan cermin, sekali tengok tak berkenan pulak. Nampak pendeklah, warna tak sesuailah, kain nipislah, macam-macam hal. Dah try baju lain pulak, terasa sayang pulak kalau tak beli baju awal-awal tadi sebab macam cantik jugak. 

Baju yang baru dicuba tu pun nampak class and lawa, last-last balik macam tu aje, sebab bajet lari nak beli banyak-banyak baju. Hai, ni baru nak pilih baju, belum nak pilih laki buat suami lagi. Agak-agak, dah bongkok belakang baru jumpa yang berkenan di hati.

"Cantik and terasa tenang aje dalam butik ni, ya. Pandai miss decorated." Suara Saniya kedengaran lembut berkata-kata. Mukanya tertoleh-toleh ke kiri dan kanan melihat keseluruhan butik tersebut. Kaki kirinya disilangkan ke atas kaki kanan, dan jari-jemarinya yang sepuluh itu disatukan. Gayanya sungguh lembut dan bersopan.

"Emm... tak payah la bermiss-miss pulak dengan saya. Just call me Zack, okay?" Kakinya juga disilang panggung, sebijik menyerupai lelaki dan tangannya menyapu rambutnya seketika. Tidak sempat nak letak jel bagi keras sikit tadi. Rasa macam kering pelik aje rambut aku ni! Zack berkira-kira seorang diri di situ.

"Emm... sorry, miss. Datin tak bagi saya panggil miss dengan panggilan Zack. Dia suruh panggil Miss Sofi," jawab Saniya. Dia mengetap lembut bibirnya, kemudian tersenyum ke arah Zack yang sudah membuat muka tidak puas hati. Hai, mama ni... memanglah suka membuat aku berada dalam keadaan dilema. Huh, sabar ajalah!

"Ya la. Dah macam tukan, nak buat macam mana." Zack berkata lemah, seakan pasrah. Semacam memerli pun ada jugak. Matanya dikelip-kelip berberapa kali. Kemudian, tangannya diangkat dan kembali merenung jam di pergelangan tangannya. Risau jugak kalau-kalau pihak catering tu buat-buat lembab, mati la aku! Hancur punah majlis ni nanti, buat naya aje!

"Emm... ada apa-apa yang boleh saya tolong, Miss Sofi?" tanya Saniya setelah suasana sunyi sepi antara mereka berdua, yang kedengaran hanya bunyi deruan air terjun kecil dan bunyi burung berkicau dari speaker yang dipasang. 

MP3 bunyi burung berkicau tu aku jumpa dekat atas almari bilik aku. Dah berhabuk tebal, boleh buat bedak tempek kat muka. Entah siapa yang beli CD MP3 tu, aku pun tak tau la nak kata. Yang pasti, bukan aku la. Mungkin mama kut, sebab mama ni suka bunyi and enviroment yang tenang dan damai. 

"Awak studi mana dulu? Umur pulak?" Zack bertanya acuh tak acuh sambil memandang malas ke arah Saniya. Bibirnya digigit, kemudian tangannya menyeluk poket seluar jeannya dan mengeluarkan telefon bimbit yang secara tiba-tiba berbunyi minta diangkat.

"Ha... helo, ma." Dengan malas Zack mengangkat panggilan daripada mamanya. 

"Zack dah siap call catering? Bila dia orang nak sampai? Bila dia orang nak set table and makanan??" Bertubi-tubi keluar soalan daripada mulut mamanya di hujung talian. Kuatnya, nauzubillah! Kalau tak jauhkan sikit daripada telinga, aku nescaya akan pekaklah telinga aku ni! Memang kalau cakap dengan mama, gegaran 4 skala ricter confirm berlaku!

"Dah, ma. Mama jangan risau, okey? Just steady aje. Zack dah selesaikan semua, tinggal menghitung waktu aje tunggu semua benda siap. Kejap lagi sampai la orang catering tu. Takkan nak main buat-buat lambat pulak? Jaga la kena dengan Zack nanti, ma..." jawab Zack selamba sambil jarinya mengusik pipi yang terasa gatal sedikit.

"Emm... okey. Mama percayakan Zack. Ini pakai baju apa ni? Jangan nak malukan mama pulak pakai baju lelaki." 

Heii! Ni yang aku paling tak tahan ni! Papa steady aje kalau aku pakai macam mana pun, asal aku pakai baju dah! Bukannya berbogel macam anak itik penuh dengan bulu. Aku pakai jugak baju! Daripada aku duk memakai dress yang entah apa-apa macam tak cukup kain tu, better aku pakai macam yang aku pakai sekarang ni!

"Ala, ma ni. Janganla paksa Zack buat benda yang Zack tak suka. Okeylah, ma. Zack ada benda lain nak buat, nanti kita jumpa kat butik aje, babai!" Zack berkata laju. LRT Star pun tak boleh lawan dengan kelajuan percakapannya tadi. 

Punyalah tak nak bagi mama meneruskan dengan pembebelannya dan menambahkan dosa aku kerana bergaduh dengan mama and mengeluh, tu sebab baik aku letak telefon secepat mungkin.
Zack termenung sebentar. Baju yang dipakai sekarang memang tidak menepati ciri-ciri occasion sebentar nanti. Jean biru longgar lusuh, T-shirt biru tua, ada pulak gambar kartun dan ayat ‘DON’T YOU DARE TO MESS WITH ME.’ dekat bahagian belakang baju tersebut. Kasutnya pula jenis kasut sukan berwarna biru dan bercorak tengkorak kecil-kecil.

Aduh, macam mana aku boleh terpakai baju ni pulak tadi? Isyy, kalau ya pun, biarla ayat yang tertulis tu ayat yang bersopan sikit, ini ayat dah macam samseng kepala dongga, beb! Kasut pulak sempoi tahap siput babi!

Zack mula berjalan perlahan ke belakang, menuju ke stor tempat simpanan barang. Tak silap akulah, dah ada stok baju yang baru sampai tiga hari lepas. Mama ada beritahu aku. 
Lampu biru cerah stor tersebut dibuka dan dia pun melangkah masuk dengan hati-hati. Haa, memang ada! Banyak kotak bersusun di atas lantai. Beberapa rak almari yang dibeli khas bagi menggantung pakaian juga kelihatan di satu sudut.

Saniya muncul dari belakang dan bersuara secara tiba-tiba.

"Ada apa yang boleh saya tolong, miss?" 

"Astaghfirullah! Terkejut beruk aku setahun! Huh, awak ni la... tolong callkan tanya sekali lagi bila orang catering tu nak datang? Ni, ambik handphone ni. Call nama ‘orang catering’, jawab Zack bagi mengcover keterkejutannya tadi lalu handphonenya yang nipis itu diberi kepada Saniya. 

Saniya menyambut huluran Zack secepat mungkin, lantas menghubungi pihak catering seperti yang diarah oleh Zack.

"Helo. Ya... saya nak tanya tentang catering untuk butik Rill’s Collection. Bila nak sampai, ya?" Penuh sopan dan lembut Saniya bertanya. "Lagi sepuluh minit?" 

Zack yang mendengar terasa bengang dengan pihak catering tersebut. Isyy, tadi bukan main kata menunggu confirmation aje la kononnya, last-last tak sampai juga ke sini!

"Bak sini handphone!" Zack berkata sambil bercekak pinggang di hadapan Saniya. Tangannya mengisyaratkan supaya handphone tersebut diberikan kepadanya. Lembut sangat Si Saniya ni, karang makin lambat ada.

"Kalau saya kira tak sampai dalam masa lima minit, saya potong amount yang kita dah janji awal-awal, saya kurangkan lima puluh peratus. Awak jawab sendiri dengan bos. Tadi dah janji dalam masa sepuluh minit, ini dah sepuluh minit, awak tambah pulak lagi sepuluh minit. Mana boleh macam ni. Saya tak nak nanti kelam-kabut, okey? Dah, bye!" Zack berkata tegas dengan nada berbaur ugutan. Talian dimatikan. 

Saniya cuma berdiri mematung di sebelah kanannya, terkejut dengan ugutan Miss Sofinya itu. Dah macam along pulak dah gayanya. Huh! Seram... seram....

"Tengok apa? Tolong carikan baju yang sesuai sikit untuk saya. Ni baju ni is too bad for the occasion. Mahu mati kena bantai dengan mama nanti!" Zack berkata sambil tangannya laju mengoyak pita pelekat yang dilekatkan pada kotak-kotak yang ada di situ. 

Saniya pula yang terkulat-kulat tadinya segera melangkahkan kaki menuju ke rak almari di sudut kanan stor tersebut dan menyelak-nyelak beberapa helai baju yang bergantungan di situ. Baju-baju tersebut dibungkus dengan plastik transparent.

"Ini baju ni nampak sesuai sangat dengan miss. So cute and very attractive!" kata Saniya penuh dengan semangat berkobar-kobar selepas dia puas merenung beberapa helai baju yang ada di situ.
Zack bangun dan mendekati Saniya yang sedang tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih dan teratur itu sambil tangannya memegang penyangkut baju. Penyangkut baju tersebut diangkat tinggi melepasi kepalanya, memandangkan baju tersebut labuh sehingga pangkalnya menyentuh lantai jika tidak diangkat tinggi-tinggi. Zack merenung-renung dan membelek.

"Hisyy! Apa gayanya ni? Macam baju orang mengandung aje! Tak nak! Tak nak!" kata Zack dengan mata scepticnya memandang ke arah Saniya. Baju tersebut digantung kembali pada rak almari penyangkut itu. Ada ke nak bagi aku pakai baju jubah orang mengandung? Huu, kalau ya pun, bagi la baju untuk orang biasa yang tak mengandung!

"Mana ada orang mengandung, miss. Itu jubah berfesyen yang betul-betul tengah top sekarang ni," ujar Saniya. Matanya bulat memandang Zack yang sedang duduk mencangkung sambil meneruskan pencariannya dengan membuka semua kotak yang ada dan menyepah-nyepahkan baju-baju di dalam kotak tersebut.

"Emm... tak apa la, awak. Saya tak berapa minat dengan baju yang macam tu," jawab Zack perlahan apabila dia mula perasan bahawa Si Saniya sedang memandangnya tepat dan tidak bergerak dari tempat asalnya tadi. Seakan-akan masih menunggu supaya Zack mencuba dan memakai baju yang direkomennya sebentar tadi.

"Isyy, kenapa tak ada baju untuk lelaki pun ni? Kenapa semua baju perempuan aje? Uhh! Bosan la aku!" Zack menjerit sedikit dan terduduk di atas lantai. Tangannya menepuk lantai di situ, kuat sehingga tapak tangannya merah. Huh! Bengang gila! Semua baju kurung, jubah, baju kebaya..! Ada pulak masa aku nak memakai semua-semua tu??

"Miss, baju untuk lelaki, stoknya masih tak ada buat masa ni. Saya dah tengok invois dan semua yang berkaitan dengannya, miss. Dengar kata, Datin Gold tak nak butik ni jual pakaian lelaki." Saniya berkata lagi. Kini, tangan dan matanya sedang giat aktif membelek baju yang lain pula. Ala-ala berkenan pulak dengan baju-baju yang berada di situ walaupun dia selalunya akan memakai skirt and blouse aje, jangan harap nak nampak dia pakai jubah or baju kurung. 

"Ehm, kenapa awak tak beritahu awal-awal? Tak payah saya tercari-cari dekat sini sampai sakit-sakit pinggang. Uhh!" Zack segera bangun dan menepuk-nepuk belakang seluar jeannya yang sedikit berdebu itu dan menelek jam di tangan untuk entah yang keberapa kali.

Si cater ni pun, buat-buat lambat pulak! Memang nak kena dengan aku ni! Adei la, macam-macam hal yang timbul. Pening kepala nak selesaikan! Zack meramas-ramas rambutnya yang sudah semakin panjang dan merimaskannya itu lalu menjerit kuat.

"Minta maaf. Saya tak tahu yang miss nak cari baju untuk lelaki." Saniya berkata perlahan. Suaranya agak bergetar kerana takut melihatkan aksi ala-ala Incredible Hulk, Zack itu. Mukanya mula timbul riak-riak seram. Dia yang sedang bersemangat waja membelek-belek baju di situ tadi, terus terhenti dan tertunduk merenung lantai.

"Dah la, tak ada apa-apa. Awak tak payah risau, okey?" Zack menjawab dengan nada yang agak perlahan, menahan amarahnya selepas melihat reakSi Saniya yang agak terkejut itu. 
Dia sedang berkira-kira adakah patut dia pulang ke rumah atau pun tak? Dahinya berkerut dan riak mukanya tegang.

"Nak balik rumah tukar baju, dah sepuluh minit lebih kurang. Nak tunggu si cater bapuk ni pulak lagi! Buat kerja terhegeh-hegeh. Entah apa benda yang dibuatnya!" Zack membebel sendiri. Perasaan sabarnya sudah tidak dapat dibendung lagi. 

"Isyy! Gila aku! Ahh!" Zack menjerit kuat sekali lagi dan menyepak pintu stor itu pula. Takkan sebab rindu aku jadi macam ni?? Huh! Sakit jiwa betul la bila dah mula sayang kat orang ni! Zack berbisik sendiri. 

Saniya pula mula menjauhkan dirinya sedikit daripada Zack. Takut jugak kalau-kalau kena terkam dek anak Datuk ni, buat naya aje! Dah jadi lagi ganas daripada singa betina dah gayanya!

Kaki Zack kemudiannya dilangkah panjang-panjang menuju ke sofa dan duduk di atas kusyen empuk tersebut sambil cuba untuk menenangkan diri. Mukanya diraup dua tiga kali. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan-lahan sambil mulutnya beristighfar.

Bunyi air terjun and burung berkicau pun dah tak dapat nak menenangkan hati aku ni lagi dah! Zack bermonolog sendirian. Saniya pula melepak di dalam stor mengemaskan apa-apa yang patut selepas disepahkan oleh Zack tadinya. Sebenarnya, dia takut nak berhadapan dengan Zack! Bukan sebab nak mengemas sangat pun.

Tak sampai seminit, akhirnya bunyi lori menderum kedengaran berhenti di hadapan butik. Zack berpaling dan mengetap bibir. Wan’s Catering. Huh! Sampai jugak! Tau pun takut! 

Dari kejauhan, mata Zack dapat melihat empat orang pekerja lelaki berpakaian uniform yang sama antara satu sama lain turun dari lori bersaiz sederhana besar itu. Mereka cepat-cepat membuka belakang lori dan mula menurunkan beberapa perkakas penting seperti meja bulat dan kerusi.

Zack berjalan perlahan dan membuka pintu depan butik tersebut yang menggunakan pintu jenis sliding door itu dan memandang ke luar. Hatinya terusik sedikit, kelakar melihatkan kekabutan yang dibuat oleh pekerja dari syarikat catering tersebut. Bibirnya mengukir senyum kambing berjanggut.

"Minta maaf ya, encik. Kami lambat. Ini pun dah rush gila ni!" Kata salah seorang pekerja catering tersebut sambil mengelap peluh di dahi dengan belakang tangannya. 

Zack diam tanpa membalas, cuma bibirnya menghadiahkan sekuntum senyuman kepada lelaki yang menegurnya itu. Marahnya tadi sudah semakin reda dan dapat dikawal.

"Boleh bawa masuk dalam terus, encik?" Datang pula seorang pekerja lain bertanya kepada Zack selepas hampir habis semua kerusi dan meja diangkat turun dari bonet lori itu.

"Ya, ya! Boleh bawa masuk. Sila, sila!" Zack yang terkial-kial pada awalnya segera menjawab persoalan tersebut. 

Uhh! Aku kena jadi diri aku balik! Tak boleh jadi ni! Lama-lama, mahu gila aku kalau mood tiba-tiba aje nak berubah tak tentu pasal! Dulu aku tak pernah pun macam ni! Hai, ni ke gayanya orang tengah angau? Tapi, biar benar aku dah jatuh cinta? Hei, serius angguk punya cerita la....

"Nak letak kat mana, encik?" tanyanya lagi.

"Haa, letak dekat ruang kosong kat situ, okey? Berapa banyak meja yang awak bawak?" Sambung Zack sambil tangannya menunjuk ke arah ruang kosong di tengah-tengah butik tersebut.

"Lapan, encik," jawab pekerja Wan’s Catering itu. 

Zack menganggukkan kepalanya tanda faham.

Zack menyandarkan belakang badannya pada cermin lut sinar butik tersebut sambil memeluk tubuh. Fikirannya melayang memikirkan Abang Din. Gelak tawanya, senyumannya, huu... cukup membuatkan aku melayang-layang di angkasa lepas. Dah tak payah jadi angkasawan nak merasa naik ke bulan dah, tapi … 

"Wani! Turun la. Dah sampai ni, tolong apa-apa yang patut!" jerit pekerja yang menegur Zack awal tadinya. 

Lamunan Zack segera terpadam dan dia kembali ke alam nyata. Dia mula melihat ke arah seorang wanita yang perlahan-lahan turun dari tempat duduk hadapan lori tersebut. 

Terhuyung-hayang semacam orang mabuk arak. Zack pun berjalan menuju ke arah wanita tersebut. Bahaya tepi-tepi jalan raya ni, karang kena langgar dengan kereta, percuma terbang nyawa tak sempat mengucap!

"Awak okey, tak?" Tegurnya sedikit. Wanita itu mengangkat mukanya dan memandang ke arah Zack dengan mata yang kuyu.

"Pening. Laju... sangat," jawab wanita berkulit hitam manis dan bertudung itu lambat-lambat. Wanita itu mula membuat aksi seperti mahu muntah. Tangannya memegang badan lori di sebelahnya sambil tangan yang sebelah lagi mengurut-urut dadanya sendiri. 

"Wani! Kau okey tak?" Lelaki yang memanggilnya tadi muncul di sebelah Zack. Mata lelaki tersebut merenung dalam mulut pucat wanita yang dipanggil Wani itu.

"Minta maaf, encik. Dia tak tahan saya bawak 130 km/jam agaknya tadi," balas pemuda itu sambil memegang tangan Wani yang berbaju lengan panjang itu. 

"Oh, patut saya tengok dia macam pelik aje tadi, tu la saya datang tengok. Masuk la dalam dulu. Panas dalam lori ni, karang makin teruk pulak," ujar Zack lembut. Mukanya cuba dimesrakan. 

Rasa bersalah tiba-tiba datang menerpa, sedikit. Tapi, tak apa la... sebabnya aku ni pengguna. Aku ada hak, betul tak? Aku bayar untuk caj perkhidmatan, bukannya aku tak bayar. Jadi, aku ada hak apa kalau aku nak ugut-ugut pun! Kalau tak, tak adanya nak sampai cepat-cepat macam ni! Huh, nasib tak accident, kalau tak, mahu menyesal aku sampai ke mati! Zack menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mula berjalan untuk masuk ke dalam butik.

Tak sempat pun dia melangkah masuk ke dalam, kedengaran bunyi hon kereta ditekan berkali-kali berdekatan dengan butiknya itu. 

"Isyy la... siapa pulak yang duk main-main hon ni?? Hei! Macam budak kecil!" Zack membebel lantas dia pun berpaling ke belakang. Memandang tepat ke arah pemandu kereta yang semacam orang yang jakun baru jumpa kereta itu. Pemandu itu pun berhenti menekan hon selepas dilihat yang Zack sudah berpaling memandangnya. 
Abang Din?

Biar benar? Ada pulak dia kereta besar macam ni? BMW hitam lagi tu! Series.. Zack pula mula menjadi orang jakun apabila merenung ke arah kereta tersebut. Ditenung-tenung badan kereta tersebut seinci demi seinci, sambil tangannya mengelus-elus kereta hitam berkilat itu, lalu matanya dialihkan pula pada pemandu kereta tersebut. 

Uhh, kacaknya! Memang padan dengan keretanya! Tak hairan la kalau aku nak jatuh sayang dengan dia pun! Dah la baik, hensem mak datuk pun tak boleh lawan!. Hu hu hu.. kenapa la dia tak kahwin-kahwin lagi ya? Takkan tunggu aku kut? Cis, soalan cepumas tu! 

Zack tersenyum-senyum sambil mengusap-usap belakang kepalanya sendiri. Malu-malu pulak. First time ni main malu-malu dengan lelaki. Hu hu hu... matanya terus merenung ke dalam kereta tersebut. Uhh, dia senyum kat aku! Terawang-awang di awan putih. Hu hu hu...

"Weh! Apa khabar kau? Apesal tengok kereta aku semacam aje? Bukan ke papa kau banyak kereta jenis macam ni?" ujar pemandu kereta tadi selepas keluar dari keretanya, kemudian menepuk kuat belakang bahu Zack.

"Hisyy! Kau ni muncul dari mana ni? Ingat ni Melodi ke main terjah-terjah aje?" Zack bertanya selepas dia mengurut dadanya perlahan akibat terkejut. Bahu Azim pula menjadi mangsa tolakan Zack kemudiannya. 

"Laaa, yang kau duk tenung-tenung aku tadi apa kes? Dah tu, tanya pulak dari mana aku muncul? Hai, kau ni apa kena ni, Zack? Gaya dah semacam terkena angin ahmar aje aku tengok, hah?" Azim bertanya dengan nada bergurau. 

Zack segera memandang ke arah tempat duduk pemandu kereta BMW itu. Eh dah tak ada?? Abang Din!! Mana dia?? 

Zack berlari laju mendekati pintu hadapan kereta dan membuka pintu itu secepat mungkin. Matanya merenung-renung ke dalam, tak puas hati, dia pun masuk ke dalam perut kereta dan membelek-belek sana sini mencari kelibat Abang Din. Dalam laci dashboard pun dibuka dengan gelabah seperti mencari kunci kereta yang hilang. Gila! Kecil Abang Din nak masuk dalam laci dashboard pulak??

"Woo Woo, sayang. Kau cari apa dalam kereta aku ni?" Buaya darat a.k.a Azim menjengukkan kepalanya dari luar, memandang tepat pada Zack yang sedang menyepah-nyepahkan barang-barang di dalam laci dashboardnya itu.

Zack terpinga-pinga dan memandang muka Azim yang sedang menyengih ke arahnya. Serupa kambing terlepas dari kandang. Terkelip-kelip..

"Zim! Kau datang dengan siapa tadi?" Cepat-cepat Zack bertanya kepada Azim

"Aku datang sorang la, kau ni kenapa ni, em?" Azim membalas dengan nada romantisnya. Ceh, romantik la sangat! Romantik taik kucing Siam ada! 

Azim menutup pintu keretanya itu, kemudian meletakkan tangannya pada ruang tingkap yang dibiarkan terbuka tadinya. Pagi-pagi buka tingkap tak apa. Mesra alam sikit tak guna air-cond. Lagi pun, air-cond memang menjadi penyumbang utama pada penipisan lapisan ozon, sekali gus membawa kepada pemanasan global. Azim berkata seorang diri di dalam hati.

"Sumpah kau datang sorang?" Zack menjerit kuat di dalam kereta itu. Perasaannya bergelora, penuh debar kerana baru sebentar tadi dia terlihat wajah Abang Din, lelaki yang sedang dirinduinya semenjak dua menjak ini.

"Sumpah, sayang. Tak baik main sumpah-sumpah, tapi disebabkan kau, tak apa, aku rela." Azim membalas. Mukanya dirapatkan pada Zack. Nafasnya terasa panas menampar-nampar ke muka bersih Zack. Eee, mula dah ayat gatal nak memancing dia! Ya Allah, gila sawan kuasa empat puluh lapan mendengar ayat gatai merlanya tu!

"Uhh! Blah la kau! Sejak bila pulak nama aku jadi sayang, ni, hah? Aku Zack, okey? Z.A.C.K!" Zack menjerit kuat, mengeja namanya sebijik-sebijik kepada Si Azim yang masih tersenyum maut di situ. Kalau perempuan lain, gerenti dah cair. Tapi, dengan aku, jangan haraplah aku nak cair dengan senyum plastik kau tu! Huh!

Zack membuka pintu kereta namun ditutup balik oleh Azim. Mata Azim merenung-renung Zack, tak jemu memandang dari tadi. Tersampuk hantu tiang mana dia ni??

"Lalu la, sengal! Aku banyak kerja nak kena buat ni!" Zack jerit lagi sambil matanya dijegil besar memandang Azim. Meluat gila!

"Ala, sayang. Bagi la abang tenung sayang puas-puas, bolehkan?" Azim membalas dengan nada lembut.

"Hangguk kau! Kau pilih, nak aku sekeh or kau nak bagi aku keluar dengan cara baik? Kalau kau tak nak kena penangan aku lagi, get out from my line, please." Zack malas nak melayan kerenah Si Azim ni. Carilah perempuan gedik kalau nak ayat pun, ini dengan budak tomboy yang maco macam aku pun dia galak nak mengayat jugak!

"Aku tak kisah asal aku dapat ber.... Adeh, sakit laaa....!" 

"Berlah kau kat situ sorang-sorang! Dah, padan la dengan muka kau! Heh! Tak cukup dengan awek sorang, nak gatal dengan aku pulak! Hak tuih!" Zack berkata kuat selepas menyekeh kepala Azim dan menolak pintu kereta yang dihadang Azim tadinya sekuat hati hingga badan Azim terreverse dengan sendirinya ke belakang. 

"Sampai hati kau layan bakal tunang kau macam ni, Zack?" Azim masih tak mahu mengalah. Kakinya mengikut langkah Zack yang sudah semakin menjauh darinya. Dia mula melangkah panjang-panjang bagi menyaingi kepantasan langkah kaki Zack.

Apabila dia sudah berada di sebelah Zack, tangannya mula memaut bahu Zack dan tubuh gadis tomboy itu dirapatkan ke badannya yang cuma besar sedikit daripada Zack yang agak cekeding itu. Boleh dikata, kedua-duanya cekeding macam biskut kering. 

Zack memandang sambil mengecilkan matanya yang bulat, kemudian menolak tangan Azim daripada terus memaut a.k.a memeluk bahunya itu. Tomboy-tomboy pun, tetap perempuan! Mana boleh senang-senang nak pegang-pegang! 

"Zack, kau ni kenapa? Relaks la, brother!" Azim merenung dalam muka Zack sambil tersenyum lebar. Tak serik-serik lagi hari tu kena sekeh dengan aku, ni nak apa lagi??
"Ahh, kau ni nak apa lagi, ha? Karang aku tambahkan telur burung Ostrich pulak kat pipi kau, kau nak? Bengkak hari tu pun tak hilang lagi, dah ada hati nak kacau aku sekarang?" balas Zack sambil menuju laju masuk ke dalam butiknya.

"Aku nak kau la, sayang." Azim menjawab selamba sambil tangannya memegang kemas pergelangan tangan Zack dan menarik Zack supaya mendekatinya. Badan Zack terdorong ke hadapan, mendekati Azim.

"Hei! Lepas la mangkuk! Aku tak nak kat kau la... tak nak! Aku suka orang lain, bukan kau!!" Zack menjerit kuat dengan nada 250 megahearse. 
Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Suasana yang bising tadinya segera terhenti. Riuh-rendah sebelumnya hilang ditelan kesunyian. Azim melepaskan tangan Zack perlahan-lahan selepas itu. 

Zack telan air liur. Pipinya terasa merah dan panas. Huh, aku termengaku yang aku suka orang lain a.k.a Abang Din. Ha ha ha....! Gila lawak siot! Juta-juta lemon punya kuasa kemaluan yang aku rasa time ni! Rasa macam nak terjun bangunan aje sekarang! Tak pun hantuk kepala dekat tiang lampu sampai hilang ingatan biar, aku tak malu dengan dia orang lagi lepas ni! 

"Ha ha ha....! Kenapa korang berhenti buat kerja? Sambung la ya. Please, please!" Zack bersuara sambil memasukkan tangannya ke dalam poket sisi seluarnya. Cover, beb! 
Pekerja-pekerja catering yang terpinga-pinga tadinya, segera menyambung kerja mereka yang terganggu sebentar tadi. Mulut mereka ada yang menjuih dan ada juga yang mencebik. Huh! Pasangan gay betul! Tak sangka anak Datuk pun ada yang gay jugak?

Zack kemudiannya berjalan menuju ke settie di situ selepas mengintai-intai ke arah kerusi meja yang disusun oleh pekerja-pekerja catering itu. Rasa berdebar dan malu tadi cuba dipadamkan dan berlagak steady walaupun hatinya hanya Tuhan yang tahu berapa juta kilo rasa malu yang dirasai.

Huh, hatinya membengkak apabila memandang ke arah Azim yang sedang menyandarkan badannya pada pintu kereta mewah papanya itu. Hensem la jugak mamat ni, tapi nak kata terlalu hensem tu tak la jugak, perasaan aku ajalah macam tu.

Dengan blazer biru dan T-shirt putih yang dimasukkan ke dalam, agak smart dan aku kalau jadi perempuan, emm... perempuan sejati la, gerenti cair macam orang salji kena matahari terik jugak tengok dia. Anak Datuk pulak tukan! Tapi aku tak kisah sangat pasal duit, sebab nak buat apa duit banyak-banyak, bukan boleh bawak mati pun.

Azim perasan yang Si Zack sedang memandang ke arahnya, lalu dia pun mengetap bibirnya rapat. Entah kenapa hati aku ni terasa sakit mengetahui yang hati Zack sudah ditawan oleh orang lain, padahal sebelum ni aku rasa tak kisah langsung dengan dia. Dia ada ke tak ada ke, tetap sama, tak ada apa-apa yang mengubah keadaan langsung pun. 

Tapi sekarang, ada satu perasaan sayang and nak memiliki pada budak tomboy ni. Rasa nak selalu aje dekat dengan dia. Huh, parah beb! Dengan Amy and bekas-bekas kekasih aku pun, tak la ada rasa sangat feeling yang macam ni. 

Pipi Zack memerah dan matanya dialih memandang ke arah lain selepas dia menyedari yang Azim juga sedang memandang ke arahnya. Wayang murah antara dia dengan Azim tadi mula memenuhi kepalanya kembali. Dah la skrip pun main bantai aje sampai terkeluar cakap bukan-bukan. 

Hee, aku dah terkena angin demam panas ni! Zack berbisik perlahan dan kemudian mula menepuk-nepuk pipinya sehingga timbul warna merah muda pada kedua-dua belah pipinya yang gebu tanpa sebarang cela itu.

"Oiii... bro! Bagi aku pinjam blazer kau jap, boleh tak? Aku tak ada baju yang sesuai la nak pakai, beb!" Zack menegur Azim yang sedang asyik berkhayal dari tadi. Zack seboleh-bolehnya tidak mahu bermasam muka dengan kawan baiknya itu disebabkan hal yang remeh-temeh dan tidak penting.

"Lah, bukan ke banyak aje baju-baju kat dalam tu? Kau kan boss butik ni? Takkan tak ada satu pun yang padan dengan kau kut?" jawab Azim dengan nada memerli. Hatinya masih panas dan sakit. 
Zack mencebik dengan muka tidak puas hatinya.

"Tak ada yang sesuai dengan aku la, mangkuk! Kalau ada, buat apanya aku nak terhegeh-hegeh datang minta kat kau yang kerek ni?? Baik aku pakai aje apa yang ada." Zack membalas dengan egonya yang tinggi.

"Baju apa yang ada?" Azim bersoal jawab pulak dengan Zack yang sedang berdiri menghadapnya yang sedang berpeluk tubuh di hadapan butik itu. Kesian pulak kat si budak Zack ni. 

"Baju gegirl la yang ada! Baju kebaya, baju kurung, jubah mengandung pun ada! Aku mana pakai baju-baju macam tu! Macam la kau tak kenal aku macam mana!" Zack membalas dengan cara bercakapnya yang tak ubah seperti seorang lelaki itu.

"Mana? Bagi aku tengok. Kalau sesuai dengan kau, better kau pakai aje. Sanggup kau nak kena bebel dengan mama kau, huh?" 

"Sanggup tak sanggup, redah aje la! Aku tak suka berlakon hipokrit macam kau! Harap depan perempuan cantik, kau pijak semut tak mati. Belakang dia orang, pijak kucing sure innalllah kucing tu!" Zack terus membantai Azim, mencuba untuk mengembalikan semula kemesraan dan keselamberan antara mereka berdua. 

Azim gelak kuat, lima batu jauh pun boleh dengar suara gelaknya itu. Betul la tu apa yang Si Zack ni cakap. Ha ha ha....!

"La, kau lebih sesuai pakai baju perempuan la, sayang," jawab Azim, mula dah kegatalannya yang tak berpenghujungnya itu. Mungkin still ada peluang untuk melentokkan gadis cantik ni. Cantik sangat, Amy pun tak boleh lawan. Cuma kecantikan dan kelawaan dia tu terkurung dalam baju dan pakaian lelaki yang selalu dipakainya.

"Ahh! Kau ni sebijik tak ubah macam mak aku! Tak habis-habis nak paksa aku jadi perempuan! Rimas gila sewel, kau tau tak??" 

"Ala, biasa la tu. Pemikiran menantu dengan mak mertua mesti la sama. Tu la namanya instinct! Mama kau hantar telepati kat aku!" 

"Hangguk kau! Teleport-teleport konon! Aku belasah sampai semput, baru padan muka! Hilang semua teleport-teleport kau tu!"

"Relaks la, bro. Aku dengan rela and ikhlas nak jadi menantu mama and papa kau, tinggal nak kahwin dengan kau aje, honey..." 

"Hee, subhanallah! Gelinya aku dengan anak Datuk ni! Kau ni nak bagi aku mati muda ke sebab muntah darah dengar kau panggil aku sayang and yang seangkat, sedatuk dengannya tu?"

"Ahh, tak kisah la. Yang penting sekarang, I won’t fight anymore if we are forced to get married." Azim membalas dengan muka dan nada yang serius, tak ada tanda-tanda nak bergurau pun! Tapi, mamat ni bukan boleh percaya sangat! Kalau masuk rancangan Anak Wayang tu, boleh dapat juara beb bab berlakon-lakon ni!

BAB 18
MARIA menatap wajahnya pada cermin di ruang tamu. Semangatnya sudah kembali seperti dahulu, cuma rasa cinta dan kasihnya pada si suami semakin berkurang dari masa ke semasa. Tambahan pula, suaminya kelihatan begitu dingin dengannya. Namun, dia juga tidak mengharap yang suaminya itu kembali seperti dulu. 

"Turunlah... I dah masakkan nasi goreng untuk you. Baju and seluar I dah seterika, I gantung dalam almari," ujar Maria tepat pukul tujuh setengah pagi. Mukanya dijengukkan ke dalam bilik tidur. Seawal enam pagi selepas solat Subuh, dia terus turun dan menyiapkan semua kelengkapan untuk suami dan anak-anak mereka yang masih belajar. 

Suaminya biasa bekerja setiap hari Sabtu. Selalunya memang susah kalau nak keluar hari Sabtu itu. Ahad pun macam tu jugak. Kalau nasib baik aje baru ada masa hari minggu nak luangkan masa bersama-sama. Anak-anak pula awal pagi Sabtu pergi tuisyen and buat hal sendiri. Keluar dengan kawan and macam-macam program la. Boleh dikatakan tiap hujung minggu, memang dia akan tinggal keseorangan di rumah.

Matanya tertancap pada tubuh Amri. Suaminya itu cuma memakai tuala berwarna merah jambu, sambil duduk menghadap cermin meja solek sambil tangan kanannya menyikat rambut. Jel rambut disapu sedikit dan bedak compact Maria disapu ke muka selepas menempek krim sunblock anti UVA + UVB yang baru dibeli semalam. 

Hairan Maria melihat suaminya itu dua tiga hari ni. Tidak pernah-pernah nak memakai sunblock, satu perubahan drastik and dramatik gila ni! Apa kes?

Amri tersenyum lebar, haram sikit pun tak maco! Dulu, awal-awal kahwin, senyuman dia tu memang cair kalau perempuan tengok, mak janda pun tak berkelip mata pandang. Apa lagi anak dara, bergetar lutut and bersinar mata tenung dia. Perut kemas and slim nak mati, tough, tak melendut and menggeleber macam sekarang. Boleh kira berapa bijik tayar traktor spare yang ada dekat perut dia waktu ni! 

"Morning, sayang. Apa khabar pagi ni?" tanya Amri dengan sebutan perkataan sayang itu dipanjangkan dan dengan nada manja seperti dulu-dulu. Dia menolak kerusi solek berwarna coklat kayu itu dan kemudian bangun menuju ke arah Maria.

Eh, eh, orang tua ni. Apasal? Buang tabiat ke apa? Panggil panggil sayang pulak. Eee, sumpah aku geli! Kalau dulu tak apa. Lagi panjang and manja dia sebut sayang tu, lagi aku suka. Tapi tu dulu, bukan sekarang. Hati aku dah tertutup untuk dia. Aku sendiri tak nak rasa macam ni, bukan aku minta, rasa tu yang datang sendiri, Maria berbisik sendiri. Badannya dijauhkan sedikit daripada Amri yang semakin hampir dengannya.

"Oh, emm.. sihat aje," ucap Maria dengan suara yang sedikit bergetar. Matanya diarahkan ke arah lain, malas mahu berlawan mata dengan suaminya itu. Bibirnya diketap kemas. Amri dilihat sedang menyandarkan badannya, berhadapan, begitu dekat dan rapat dengan tubuhnya itu.

"I turun dulu. Lupa pulak nak siram pokok bunga tadi." Maria berkata laju dan segera membuka langkahnya panjang-panjang menuju ke arah tangga. Namun, tidak sempat dia sampai ke tangga, terasa ada tangan yang memaut pergelangan tangannya, kemas dan agak kuat. Siapa lagi nak buat macam tu kalau bukan suaminya. Terasa debaran di dada, makin kuat daripada awal tadi. Semacam malam pertama la pulak! 

"Sayang, janganla turun lagi. Temankan la honey kejap." Lembut Amri berkata, seperti memujuk isterinya itu. 

Eh, kenapa aku rasa macam geli aje dengar dia cakap macam tu?? Huu... Maria menarik nafasnya panjang-panjang dan dilepaskan berat. 

Maria mengalihkan badannya ke belakang dan kembali menghadap suaminya. Mukanya ditundukkan merenung penuh semangat ke arah lantai. Cari apa entah, pelik jugak. Matanya dikerling sedikit memandang ke arah si suami yang dapat dilihat dari ekor matanya, sedang sibuk merenung ke arahnya. Tiga saat menjeling, matanya kembali merenung lantai. 

"Sayang, tengok la muka I. Jangan la macam ni, ya?" Amri bersuara. 

Lantak aku la nak buat apa and macam mana pun, kau sibuk apa?? Mulut Maria dimuncungkan dan matanya menjeling tajam muka suaminya. Tiba-tiba aje rasa menyampah dan meluat membuak di dada.

"I turun dulu...." Maria menjawab dengan nada suara mendatar, cuba menahan suara agar tidak kelihatan rasa amarahnya kepada Amri. Pergelangan tangannya yang sudah dilepaskan Amri beberapa ketika tadi, kini dipaut kembali apabila Amri mendengar ucapannya.

"Jangan macam ni, sayang. Abang minta maaf buat sayang macam ni." Amri merayu lagi. Maria mengetap bibir. Mengenangkan rasa sakit dan pedih kerana cinta dan kesetiaannya dipermain, air matanya mula bertakung di tubir mata. Menunggu masa untuk turun laju membasahi pipinya yang semakin cengkung dari sehari ke sehari itu. 

Kelopak matanya dikelip-kelipkan laju, mencuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kelemahannya lagi di hadapan lelaki itu. Mencuba untuk menunjukkan yang dia tabah dan tidak mudah mengalah.

Amri segera menarik Maria ke dalam pelukannya, kemas. Dia perasan yang Maria sedang menahan air matanya daripada jatuh. Dia juga dapat berkata dengan sangat yakin yang Maria menahan tangisannya disebabkan kesalahan yang pernah dilakukannya tempoh hari. Tentu Maria masih sayangkannya kerana masih ada air mata yang tumpah kerananya.

"Abang menyesal sangat buat macam tu, sayang. Abang diam lama hari tu, sebab abang malu dengan sayang. Abang fikir dalam-dalam apa yang patut abang buat. Abang dapat rasa yang abang takkan dapat hidup kalau sayang tak ada di sisi abang, temani abang macam sekarang..." lembut nada suara yang keluar dari mulut Amri. Belakang badan isterinya itu diusap-usap perlahan. 

Maria tidak dapat lagi menahan air matanya daripada menitik. Akhirnya, dia mengalah dengan perasaan dan naluri wanitanya. Badan Amri yang terdedah pada bahagian atas tubuhnya itu, dapat merasai beberapa titik air jatuh pada badannya. Terdengar pula sendu Maria menahan tangis.

"Sayang, jangan menangis. Abang sedih tengok sayang sedih." Amri tak jemu-jemu memujuk hati isterinya itu. Dia tahu, hati wanita, lama-lama akan cair semacam aiskrim jugak kalau dipujuk rayu. 

Maria diam. Dia membatu di dalam pelukan suaminya itu. Hatinya seakan mencair dengan pujukan suaminya itu, namun jauh di sudut hati, ada suara yang menyatakan yang dosa dan kecurangan yang dilakukan suaminya itu tidak dapat dimaafkan! Apa lagi dengan hanya satu ucapan maaf? Huh! Baik and penyayang gila kalau aku boleh maafkan dia macam tu aje!

"I ada kerja kena buat. I turun dulu." Maria meleraikan pelukan suaminya dan segera keluar dari bilik mereka. Air matanya disapu menggunakan hujung lengan blouse berwarna birunya itu.
Amri ditinggalkan terkebil seorang diri di muka pintu. 

Maria turun dengan wajah pucat tidak berdarah. Seiras muka Zack nampak lipas. Dadanya yang berdebar kuat itu, disentuh dan diurut, cuba menarik nafasnya dalam-dalam. Boleh dapat sakit jantung kalau asyik terkejut and berdebar tak tentu hala macam ni! Harapan nak mati kena strok pun tinggi juga! Kaki dan lututnya pun seakan bergetar laju mengikut rentak debaran di dalam hati.

Dia masih tak bersedia untuk menerima apa-apa perubahan baru daripada suaminya itu. Kecurangan lelaki itu seperti jelas terbayang-bayang di ruang matanya. 




"I nak pergi majlis rasmi butik Kak Mas pagi ni," kata Maria memecahkan kesunyian antaranya dan suami. 

Amri kelihatan diam seribu bahasa sambil menyudu nasi goreng yang agak pedas masakan Maria pagi itu. Dia merenung sebentar ke arah si isterinya yang duduk bertentangan dengannya. Dia pun bertanya kemudiannya.

"Pukul berapa?" 

"Sekejap lagi. Dalam pukul sembilan lebih I gerak la. Bolehkan I pergi?" Maria bertanya sambil matanya merenung ke arah jam dinding berbentuk seperti stereng kapal layar yang tergantung di situ. Memang menjadi kebiasaan Maria untuk meminta kebenaran suaminya sebelum keluar untuk ke mana-mana.

"Ya, pergi la. I tak halang." Amri menjawab acuh tak acuh. Mungkin merajuk kerana Maria meninggalkannya begitu sahaja tadinya. 

Ceh! Gatal and mengada-ada nak merajuk-rajuk pulak. Aku luku-luku karang baru tau! Maria berkata di dalam hati sambil memandang rimas ke arah suaminya yang bertompok-tompok mukanya itu.

"Kenapa tengok?" Amri bertanya. Mulutnya masih terus-terusan mengunyah nasi goreng. Ini pinggan yang ketiga. Biasa la tu kalau pagi-pagi dia makan banyak. Tapi tengah hari pun banyak jugak! Sebab tu la tayar traktor berlapis-lapis dekat perut tu. 

Maria terkelip-kelip memandangnya. Kemudian, Maria mendekatinya dan menyapu pipi tembamnya yang bertompok itu. Suapannya terhenti seketika. Bedak yang tidak rata tadinya cuba diratakan sehingga kelihatan sempurna dan tidak bertompok-tompok lagi seperti sebelumnya. 

Amri senyum. Senang hati kerana Maria memanjakannya. Matanya ditutup rapat sementara Maria menyapu-nyapu mukanya itu. Sesekali membuka kelopak matanya sedikit untuk mencuri pandang ke arah isterinya di depan. Cantik dan baik sebenarnya. Tetapi dia pun hairan, kenapa dia sanggup mencurangi isterinya itu?

"Lain kali, kalau tak reti mekap, tak payah mekap, okey? Macam budak kecil. Bedak pun nak harap mak juga ratakan." Maria memerli suaminya. 

Mata Amri terbuka luas. Senyum badak air kejap, kemudian dia pun mula menyuap kembali nasi goreng yang masih tidak habis. 

"I pergi dulu, sayang. Thanks!" Selepas habis menyuap nasi goreng yang masih berbaki tadinya, Amri pun bangun dan mencapai briefcasenya yang diletakkan di atas kerusi sebelahnya. 
Pipi kanan Maria dicium lembut dan dia pun meninggalkan isterinya itu dengan senyuman manis. 

Maria tercengang dengan tindakan pantas suaminya, lalu pipinya diusap sendiri. Dia termenung dan terkedu. Kakinya dilangkah perlahan dan dia pun duduk di atas kerusi meja makan di situ. 

Sungguh, hati aku benar-benar teruji sekarang. Aku dah penat and jemu fikir tentang masalah aku dengan suami. Aku tak dapat nafikan yang aku masih ada perasaan pada dia walaupun sedikit. Hati, jangan dera perasaan dan jiwa aku lagi! Aku dah tak larat nak tanggung dah. Air mata Maria menitis buat sekalian kalinya.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment