Aku dilahirkan sebagai Ikmal Ezani Asraf, dua puluh enam tahun sebelum kematian ku.
Ya..ketika kalian membaca coretan ini, aku; si pemilik jasad yang suatu ketika dahulu aku banggakan telah lebur tiada, tetapi semangat dan daya rasa ku masih kuat walaupun sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Contohnya apabila mengenang memori-memori silam seperti merasa teruja tiap kali melihat kilauan pisau-pisau cantik, desis menggiurkan mentega mencair lalu menguning di atas kuali tidak melekit ataupun garingnya asparagus digoreng selepas direbus seketika di dalam air menggelegak.
Kalian pening bukan?. Biar aku jelaskannya perlahan-lahan. Terma-terma ini ku pelajari di dalam tahun pertama di Lyon-Beau Culinary Institute, di bandar Lyon, Perancis selepas mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia usai tujuh belas tahun.
Apakah makna terma-terma itu?.
Asparagus yang digoreng sekejap itu dipanggil Sauté. Sebutannya so-tey. Ia adalah terma masakan Perancis yang masih kekal dalam memoriku sehingga kini. Sauté membawa maksud menggoreng makanan di atas api dengan sangat pantas, selain menggunakan jumlah lemak, minyak atau mentega yang sangat sedikit. Sautédilakukan selepas sahaja melakukan satu lagi proses yang diberi namaBlanch; yang memberi maksud memasak sayuran atau makanan di dalam air mendidih sehingga sayuran tersebut lembut sedikit. Banyak juga faktor penyebab yang mempengaruhi teknik blanch tetapi secara keseluruhannya ia tidak lebih dari sekadar memelihara tekstur fizikal makanan, umumnya dan sayur-sayuran amnya yang secara semulajadinya cepat bertindak dengan kepanasan yang melampau. Akibatnya, sayur-sayuran akan mudah layu jika tidak melalui proses tersebut. Malahan ia akan kurang dari segi daya tarik selera untuk di makan.
Panjang bukan penerangannya?. Tetapi itulah teori yang wajib aku hafal sepanjang empat tahun mempelajari Seni Kulinari di LBIC. Terma itu wajib dan bagaikan tidak lengkap jikalau setiap kali menjejakkan kaki ke dalam dapur mock-up LBIC, kesemua pelajar Seni Kulinari disuruh membuat teknik sauté dan blanching secara amali. Jadi benar, aku langsung tidak kekok.
Malah, aku mampu menyediakannya dalam tempoh sesingkat lima belas minit sahaja!.
Ya..itu sudah tinggal kenangan. Kenangan lampau yang sukar hendak aku lupakan. Ia umpama keseronokan hidup yang tiada penghujungnya.
Oh hampir terlupa..Hidup sebagai seorang manusia memang akan ada penghujungnya. Seperti mana aku yang mengakhiri hidupku dengan sebuah kematian. Kematian yang akhirnya meranapkan impianku untuk bersama dengan seorang gadis yang amat kucintai. Angan-angan itu lebur dalam sekelip mata!.
Kita masih belum sampai ke bahagian itu. Bahagian di mana aku mati dengan sangat kejam menakutkan sehingga menimbulkan prasangka buruk beberapa pihak berkuasa atas kematianku itu lantas tiada yang datang membela!. Semuanya bermula tujuh tahun dahulu ketika cinta berputik kembang dengan seorang gadis yang bernama Syazrina Elyani. Gadis itu manja. Berambut panjang separas pinggang. Berperawakan sangat baik selain mempunyai dua pasang mata bundar menawan yang sangat cantik.
Bagaimana aku mula menyukai gadis bernama Syazrina itu?.
Syazrina mempunyai minat memasak yang sangat mendalam. Aku masih ingat di majlis ulang tahun ku yang ke dua puluh enam, lapan bulan selepas berkawan dengan gadis itu, Syazrina dengan murah hati menghadiahkan sebuah buku hasil tulisan Wayne Gisslen, berjudul Professional Cooking edisi ke lima kepada ku. Gadis itu telah membeli dua buah naskhah dengan harapan kami berdua boleh mempelajari teknik kulinari Perancis dengan lebih mendalam lagi. Syazrina yang langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan Seni Kulinari, tetapi semangat dan sikap ingin tahunya yang menebal membuatkan aku sangat senang untuk mengajar.
Sehinggalah aku mula menyedari Syazrina mempunyai sedikit persamaan dengan rakan baik yang telah aku kenali suatu ketika dahulu. Seorang rakan karib yang tidak akan pernah aku lupakan. Kawan di kala susah mahupun senang dan sering membantu ku hingga berjaya ke menara gading.
Seorang gadis manis bernama Eva Zalina Hashim. Sepanjang lima tahun bersekolah menengah di French-Malaysia Culinary Institute langsung telah menjadikan kami berdua sangat rapat sehinggalah pada suatu hari yang sangat hening, Eva meluahkan rahsia hatinya kepadaku. Benar… tatkala itu aku keliru. Ketika berbaur perasaan seorang sahabat menerjah menguasai di dalam diri, Eva hadir dengan senyuman menawan dan mula menganyam bait-bait cinta mendayu, mengatakan dia suka dan sayang padaku.
Rasa sayang gadis itu ternyata tidak berbelah bahagi; yang bagiku langsung tidak releven untuk seorang kawan merangkap sahabat mengucapkan kata-kata sebegitu.
Sudahnya, hampir dua bulan kami berdua tidak bercakap. Langsung tidak bertegur sapa. Eva pula bagaikan mahu menguji tahap cemburu lelaki ku. Mana tidaknya, hampir dua bulan sepanjang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berlangsung, Eva kerap kali makan berdua dengan seorang lelaki yang langsung tidak dikenali ku. Budak lelaki itu tinggi, berambut hitam lebat, dengan alis kening tebal selain mempunyai sepasang mata redup yang sekali kilas menombak renungan yang menakutkan. Kemana sahaja, mereka pasti berdua ditambah usikan-usikan nakal rakan sekolah yang menggelarkan mereka pasangan Eva-love-FreakO.
FreakO?.
Ya..itulah gelaran yang diberikan rakan-rakanku kepada lelaki, si kumbang pasangan Eva. Dengan kulit yang pucat dan kebiasaan yang suka menyendiri menyebabkan budak lelaki itu dipanggil FreakO!
Sehinggalah keputusan peperiksaan dikeluarkan dengan rasmi, aku berjaya mendapat tawaran belajar di LBIC dengan perasaan syukur berbalut di hati. Di pagi Selasa itu, aku mahu umumkan pemergianku selain mahu menjernihkan semula keadaan yang keruh dengan Eva dan ternyata, sangkaanku meleset kerana Eva sudahpun berpindah jauh dari hidupku. Jauh meninggalkanku.
Saat hati yang redam, ditambah kekeruhan yang tidak langsung cuba dijernihkan kembali, aku merasa sangat bersalah sepanjang perjalanan panjang ke Perancis. Malahan untuk lebih tepat, aku sendiri tertekan dengan semua pembelajaranku sepanjang bertahun menuntut ilmu di LBIC lantaran dihambat dosa memeritkan kerana menghampakan Eva.
Andai masa itu mampu diputar kembali…
Aku pulang ke Malaysia empat tahun selepas menamatkan pembelajaran di LBIC dan tatkla jiwa, hati dan jasad ini meronta-ronta disegenap sudut mencari keberadaan Eva Zalina, gadis itu dikhabarkan menetap di Singapura bersama dengan seorang lelaki tua berkerusi roda dan seorang lelaki berkulit pucat, berambut hitam dengan alis kening yang tebal yang terus mengingatkan aku kepada FreakO.
Satu kesimpulan yang tidak adil sudah aku bayangkan di kepala, berbulan-bulan selepas pencarian sia-sia Eva Zalina. Gadis itu mungkin sudah berkahwin!.
Lantas kekecewaan itu aku ubati dengan menyibukkan diri bersama bebanan kerja. Hanya dengan kerja saja mampu mengubati hatiku yang lara sehinggalah kehadiran Syazrina singgah dalam hidupku lalu membawa seribu kemanisan yang aku sendiri tidak terbayangkan. Selang lapan bulan perkenalan, aku sudah membulat hati bertekad mahu menjadikan Syazrina sebagai isteriku yang sah.
Tetapi siapa yang mampu menghalang Takdir?..
Mungkin ini sudah suratan-Nya, maka aku harus menghadapinya. Ia berlaku dengan pantas. Begitu cepat.
Baiklah. Biar aku khabarkan apa yang telah aku alami itu dan biar kalian yang mengadilinya.. Ia bermula pada suatu pagi yang permai. Selepas aku dan Syazrina; secara rasminya sudah mengikat tali kasih dan cinta, kami telah melalui satu pergaduhan besar yang sangat memeritkan.
Aku berubah menjadi perengus, pemarah dan sering memukul Syazrina.
Ya..kalian boleh menghukum aku atas tindakan ku yang dangkal itu. Tetapi aku juga manusia biasa. Punyai perasaan marah, tertekan dan hakiki nya mahu mempertahankan diri. Lalu di waktu sukar itu datang menerjah, aku kerap mengasari Syazrina. Perasaan aku kacau bila sahabat lama-Eva Zalina datang kembali dalam hidupku. Berjanji mahu menjadi teman terbaik sehingga mati.
Tatkala itu aku tersepit. Sungguh, aku berada dalam dilema menyakitkan untuk diluah.
Kata-kata Syazrina ada benarnya. “Kita selalu diberi pilihan”
Tetapi, mahukah aku hidup dalam pilihan?. Teluskan pilihan ku itu?. Jujurkah aku dalam membuat pilihan?. Adilkah aku dalam memilih? Dan jika aku terpaksa memilih, bagaimana jika pilihan aku itu salah?
Haruskah aku menanggung sesal seumur hidup? Sepanjang hayat?
Pagi itu aku langsung tidak menyedari yang kata-kata akhirku itu bakal membuatkan seseorang akan terluka parah jiwanya. Dalam senyum sebal, aku mengingati semula ucap kata itu.
“Kita takkan mungkin menyatu”
Pertamanya, aku tidak merancang untuk berkata demikian. Keduanya, dalam situasi kabut dan genting seperti itu, apa-apa sahaja mampu terluahkan di mulut ku ini, tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal terjadi. Lantas, aku redha atas semua yang terjadi...
Aku cuba mengingaitnya tetapi entah mengapa..gagal. Malah semakin buntu. Apa yang cuba aku persoalkan adalah sikap buru-buru Syazrina yang dalam diam cuba… dan.. oh…aku sudah mula mengingatinya sedikit demi sedikit…
Pertengkaran itu bermula selepas aku sedang menghidangkan French Omelet dengan potongan cendawan Chantrelle yang kelihatan menguning garing dengan aroma Thyme yang sangat menusuk lazat. Oh ya..aku masih terbayangkan rasa lemak dan keenakan telur dadar bergulung yang begitu menyelerakan itu..
“Masuklah..dan tolong kemaskan sedikit rambut awak tu”, tergurku mendadak selepas mempelawa Syazrina duduk di atas kerusi makannya. Gadis itu duduk memandang pinggan potongan French Omeletnya yang masih tidak terusik. Dia mengangkat sedikit wajahnya yang mendung sambil memandang wajah ku dengan berat.
“Ikmal…maafkan saya”
“Maaf….kenapa pula?”
Itu merupakan baris terakhir yang mampu aku ucapkan sebelum tiba-tiba sahaja aku dapat merasakan roh ku seperti direntap kasar dari tubuh, lantas tidak sampai beberapa minit, kelihatan jasadku terkulai lemah dan sudah berlumuran dengan darah akibat dari tikaman dan tusukan dahsyat di susuk belakang badanku. Si pembunuh, tanpa ihsan sempat meninggalkan beberapa kelaran-kelaran ngeri di wajahku yang dahulunya kerap disentuh lembut oleh kekasih ku.
Rasanya sakit!. Aku bagai mahu menjerit
Aku kemudiannya memandang sekeliling lantas memerhati kosong dan bingung, sebelum ternampak susuk Syazrina duduk terjelepuk dengan air mata yang sudah berjuraian merembes di pipi. Kelihatan di sudut kiri perempuan itu seorang budak lelaki belasan tahun sedang dalam ketar mencampakkan pisau Victorinox kepunyaanku lalu berdenting menghempas lantai sambil terkebil-kebil memandang perempuan itu dan jasadku silih berganti sementelah tubuhnya sangat menggigil ketakutan.
Wajahnya pucat. Kelihatan peluh dingin sudah membasahi budak lelaki itu yang nampaknya semakin terketar-ketar.
“Nizman balik rumah..telefon kakak..kakak tak angkat. Dia cakap kakak kat sini. Jadi Nizman datang ke sini tapi kenapa dia tak ada..apa dah kakak lakukan Nizman tak faham..apa yang..”
Budak lelaki yang bernama Nizman itu semakin kelam kabut menyusun ayat sambil tergopoh gapah mengesat baki darah ku yang masih tersisa di tangannya tergopoh gapah ke baju putihnya sendiri. Syazrina memandang Nizman dengan pandangan tajam.
Sedikitpun soalan budak lelaki itu tidak dijawabnya. Dia bangun, mencapai pasu bunga sederhana besar, menggengamnya erat-erat kemudian dengan langkah deras seperti berlari, gadis itu bagaikan hilang pedoman sebelum memekik lantang. Nizman tergamam melihat perilaku perempuan itu yang tak ubah seperti orang gila, terkekau dan hakikatnya membiarkan sahaja kakaknya itu menyerangnya ganas.
Aku yang menyaksikan, langsung tidak mampu berbuat apa-apa…
Gadis itu menghentam pasu bunga sederhana besar di genggamannya terus di kepala adik lelakinya sendiri tanpa belas kasihan.
Nizman rebah lantas kepalanya terhentak di atas lantai marmar rumahnku dengan darah merah pekat tiba-tiba mengalir dibalik rambut lebatnya.. Gadis itu membiarkan adiknya menggeletar pengsan, sambil gerak nafas takutnya berhembusan tidak sekata.
Satu jenayah sudah dilakukannya! Aku sebagai saksinya!
Aku dapat melihat Syazrina duduk di satu sudut sambil memeluk tubuhnya. Kering sudah air matanya melayan tangisan. Dua jasad yang terbaring masih diperhati dalam-dalam. Dengan tubuhku yang kaku selain tubuh Nizman yang masih bernafas dengan darah yang mengalir sudah kering di kepalanya.
“Maafkan Rina, Ikmal. Rina bersalah. Rina terlalu ikutkan cakap dia. Rina terlalu bodoh menilai mana satu kebenaran dan mana satu kepalsuan!. Kalau Rina tak ikut cakap dia pasti semua ini takkan terjadi dan kita..Oh bodohnya Rina…
“To..long..to..long..”
Kedengaran satu suara lemah mengerang kesakitan dan kelihatan Syazrina bagai disentap, berlari ke tengah ruang tamu sambil memandang adiknya Nizman dengan seribu rasa penyesalan.
“Dik..maafkan kakak. Kakak terpaksa buat Nizman begini. Kakak tak mahu kehilangan Nizman selepas ayah dan ibu kita meninggal dunia. Tak ada sesiapa di dunia ini selain kau, dik!. Kakak tak mahu kehilangan kau..kakak…”
“Kakak?. Siapa kakak saya?”
Nizman terkebil kebil lalu bangun pantas mengesot kebelakang, tiba-tiba menjauhi Syazrina dari mendekatinya selain memandang wajah perempuan itu dengan penuh rona ketakutan. Di tambah pula kelihatan darah kering ngeri bertompok-tompok di atas marmar putih lantai rumahku itu, wajah Nizman semakin keruh resah kebimbangan. Syazrina walaubagaimanapun lekas meraih tangan adiknya, memautnya erat sambil menyentuh pipi adik lelakinya dengan penuh belas.
“Syazrina kakak awak. Kakak yang menyayangi awak. Mengasihi awak dan akan melindungi awak sehingga akhir hayat awak. Kita akan pergi dari sini. Mulakan hidup baru tanpa gangguan. Tanpa lelaki ini dan tanpa siapa-siapa pun…Razi!”, pujuk Syazrina sambil memeluk adiknya erat-erat. Terasa degup jantung adiknya Nizman, yang kini sudah mempunyai nama baru, Razi bergemuruh kencang di balik dadanya.
“Adakah kita akan bahagia?. Adakah Razi..Razi akan merasa gembira?”
Soalan bertubi itu menerjah ke gegendang telinganya. Sambil memejamkan mata, Syazrina menguntum senyuman manis pada adiknya lalu berkata elus di cupingnya.
“Kita akan bahagia. Kita akan bahagia buat selama-lamanya dan kakak bersumpah akan menyakiti sesiapa sahaja yang cuba merosakkan hidup kau, dik!”
Rina tersenyum dalam sendu dan Razi yang masih bingung kelihatan semakin erat memeluk kakaknya dengan penuh kasih sayang, tanpa aku sendiri tidak sedari yang tubuhku ditanam tidak beradab, jauh dari kawasan rumahku. Mungkin hutan di pinggir bandar..entah aku sendiri kurang periksa lokasinya di mana hinggalah aku merasakan jasadku bersemadi biarpun beberapa persoalan masih kabur untuk aku selesaikan.
Siapa dia yang dimaksudkan oleh Syazrina?. Aku masih kelam menafsir teka teki itu.
Dan mengapa aku langsung tidak dapat melihat siapa pembunuh sebenarku?. Adakah aku silap atau…
Bagaimana firasat kalian?..

0 comments:
Post a Comment