"Sekejap, sayang." Azim mula naik miang untuk sekalian kalinya. Lengan putih tanpa bulu lebat Zack, dipaut kemas oleh Azim. Langkah Zack yang laju tadinya, segera terhenti. Kakinya melayang sedikit ke atas. Mujur sempat dicover supaya tidak jatuh menyembah bumi Tuhan ni!
"Weh, sial kau! Nasib aku tak jatuh! Kalau jatuh, kau jangan harap nak nampak alam and bumi tercinta ni lagi tau?? Siap kau kena dengan aku!" jerit Zack kuat. Bengang tahap dewa dah aku dengan si mamat ni! Memang menempah maut betul la. Kan dah tak pasal-pasal dapat perkataan evil aku!
"Kenapa, emm...? Kau nak belasah aku atas katil ke, baby?" Azim berkata dengan nada romantikusnya. Kening kanannya diangkat tinggi dan senyumnya melebar tak usah sebut.
"Hangguk kau! Kau ni kena mandrem dengan siapa ni, hah?? Apesal kau makin pelik aku tengok??" Zack terhenti seketika
"Kau ni gay agaknya kut? Dengan aku pun kau nak minat! Heh, sewel siot!" Zack menjerit kuat.
Azim masih tersenyum di situ, stand still. Kata-kata Zack sikit pun tak memberi kesan padanya. Lagi lebar senyum ada.
"Kau pikir la. Kau nak kot ni or tak? Kalau kau nak, aku boleh bagi dengan satu syarat." Azim mengangkatkan jari telunjuknya, menawarkan satu tawaran pada Zack. Matanya bersinar-sinar memandang ke arah gadis kasar di hadapannya itu.
Zack membetul-betulkan seluarnya yang agak longgar itu dan bercekak pinggang di hadapan Azim kemudiannya.
"Huh! Apa benda syaratnya? Beritahu la cepat!" Zack mengerutkan dahinya dan bertanya kasar. Si Azim ni memang mengganggu ketenteraman betul! Entah apa kesnya dengan dia ni, naik geli ketiak aku dengan perangai dia sekarang. Mula-mula nak cium aku. Ni nak apa pulak entah!
"Just tell me that you love me."
"Huh! Serius kau dah gila nak makan tempeleng agung aku! Kau buat la lagi perangai gatal miang tak sedar diri kau ni, kalau kau nak aku terajang kau masuk lombong belakang tasik rumah kau, free of charge!"
"Tak apa, kau tak payah offer nak tolong campak aku masuk lombong, aku dengan rela sanggup terjun lombong tu kalau kau sebut kau sayangkan aku. Sayang aje pun, bukan cinta." Azim tak habis-habis cuba memikat Zack.
Macam tulah gayanya buaya darat a.k.a kasanova atau nama lainnya Don Juan. Selagi tak dapat apa yang dia nak, especially perempuan, dia akan terus dengan ayat-ayat cinta nak cuba memikat itu.
"Wei, Don Juan. Kau ni silap tempat, orang, and ayat la. Baik kau balik rumah kau tengok balik and muhasabah diri kau, aku ni siapa, and kau tu siapa? Aku ni kawan baik kau, and selamanya akan macam tu, okey? Tak ada maknanya kau nak kahwin dengan aku. That’s the most impossible thing in the world, got it!"
"Impossible’s nothing, honey...." Azim membalas dengan muka hundred persent poyo.
"Okey, kau kata macam tukan? Fine. Kalau kau nak aku cakap aku sayangkan kau, kau kena tangkap and makan belut setiap hari selama seminggu, depan aku. Ada sanggup?" Zack berkata mencabar Azim untuk membuat perkara impossible’s nothing bak kata Si Azim tu. Nak suruh berenang dalam lautan api, atau nama lainnya letupan gunung berapi yang mengeluarkan lava merah, cuit sikit aje guna jari, confirm jari pun dah tak namanya jari dah! Aku takkan nak suruh dia buat macam tu. Aku sayang jugak kat kawan aku ni, tak nak la dia mati sia-sia macam tu aje.
"Sanggup, sayang. Tapi, kalau aku dah buat, kau jangan lupa janji kau dengan aku pulak nanti. Then, kalau aku mati sebab belut kau tu, tiap malam aku datang kacau kau," jawab Azim. Dia sebenarnya teramatlah gelinya dengan ikan bernama dengan nama belut itu. Dengan kulitnya yang licin dan ada rupa seperti ular kecil itu, memanglah aku agak anti, tetapi dah terlanjur belagak awal tadi, nak buat macam mana lagi, kena la terima.
"Hisyy, gila takut aku! Heh, takat hantu albino macam kau ni, jangan harap aku nak hairan, beb! Muka kau ni kalau jadi hantu pun, makin orang suka ada la!" Zack membalas selamba.
Ceh! Boleh pulak dia setuju! Hampeh betul! Patut aku suruh dia makan katak puru, baru dia tak sanggup! Katak puru tu, dah hodoh satu, haram pulak satu hal lagi sebab diakan haiwan dua alam, samalah sepertinya hal dengan aku yang comel ini. Hu hu hu... Zack bermonolog sendiri di dalam hati.
"Tak apa. Kalau aku jadi hantu, senang aku nak datang cari kau. Tak payah naik kereta and ketuk pintu rumah kau. Aku datang terbang melayang aje, putih-putih. Nanti kalau ada benda putih ketuk tingkap rumah kau, kau jangan tak bukak pulak, ya?" Azim membuat lawak bodoh. Lawak sangat la tu! Gila poyo!
"Akukan nak tanya la sikit kat kau. Kau ni pakai ilmu apa, ha? Bila dekat dengan kau aje, terus aku naik loya! Dulu tak ada pulak macam ni!" Zack bertanya.
"Siapa suruh kau pakai ilmu and buat aku jatuh sayang kat kau?"
Azim menjawab dengan ringkas, padat dan of course meloyakan tekak aku! Cukup pakej betul jawapan dia ni!
"Heh! Tahun bila aku duk terhegeh-hegeh mengurat kau, hah? Ada pulak aku? Kau ni jangan nak menuduh tak bertempat, okey? Dahlah! Malas aku nak melayan kau lagi. Makin dilayan, makin menjadi. Menambah masalah ada, bukan nak tolong mengurang." Zack segera berpaling dan ingin melangkah masuk ke dalam sebelum kelibat mamanya bersama suami tercinta datang dengan Pak Ali sebagai drebar mereka.
"Zack! Macam mana? So far so good?" Mama bertanya laju dari jauh. Mata mamanya mula kelihatan sceptic memandang ke arahnya kerana memakai pakaian lelaki. Dari awal lagi dia dah warning, tapi budak ini memang tak makan saman langsung! Bebelnya di dalam hati.
Azim cepat-cepat membuka blazer biru tuanya itu dan memberikan baju tersebut pada Zack secepat mungkin. Dia tak sanggup nak melihat kalau-kalau Zack dimarahi mamanya disebabkan pakaiannya itu.
"Auntie, uncle... apa khabar?" Azim menahan kedua ibu bapa Zack sebelum mereka sempat sampai ke arah mereka berdua, bagi mengcover Zack agar dia sempat memakai blazer yang diberikan olehnya tadi. Kalau Zack pakai blazer tersebut, tak la nampak sangat teruknya daripada memakai shirt itu je bulat-bulat.
Zack pulak berlari anak masuk ke dalam butik dan menuju ke dalam stor. Baju T-shirt yang agak kelihatan low classnya itu, dimasukkan ke dalam seluar jeannya. Rambutnya yang dah agak gaya semacam hero Korea itu, dilurut kemas. Nasib baik si mamat jiwang karat tu nak jugak tolong aku, kalau tak memang agak kantoi jugak la aku kena dengan mama!
"Azim, dah lama ke kamu sampai?" tanya papa Zack kepada budak lelaki yang menjadi calon menantunya itu. Serasa macam sekejap saja dia membesarkan si anaknya itu. Masih terbayang jelas di ruang matanya, bagaimana dia membesarkan anak gadisnya sehingga menjadi kasar dan tidak ubah seperti lelaki. Lelaki pun ada yang lagi lembut dan sopan daripada dia.
"Tak lama sangat, uncle. Baru tadi aje rasanya." Azim menjawab sopan.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam butik. Kedua-dua lelaki itu terus menuju ke arah settie, manakala si ibu pada Zack pula berpusing-pusing di dalam butik sambil mulutnya ternganga luas. Rasa tak percaya memenuhi ruang hatinya. Memang seni hias dalaman yang diarrange Zack menepati seleranya.
Zack pun keluar perlahan-lahan. Dilihat mamanya sedang menganga dan tak berkelip memandang keliling. Dia terjengkit-jengkit jalan dengan lagak ala-ala pencekup anak ayam orang, mengharap yang mamanya tidak akan menyedari kehadirannya di situ.
"Zack!"
Alamak! Kantoi. Suara yang sangat dikenali, memanggilnya dengan lembut. Jauh berbeza dengan kebiasaan. Telinga aku ada masalah ke? Lain macam aje pitching suara mama kali ni? Apa yang dah jadi? Takkan buang tebiat kut? Buang tabiat selalunya orang nak mati dalam masa empat puluh hari, ya la dia buang tabiat!
"Sini kejap!" Mamanya memanggil, namun matanya tidak memandang ke arah anaknya yang seorang itu, tetapi memandang tepat kepada air terjun kecil di situ. Di dalamnya kelihatan beberapa ekor anak ikan bernama Neon Light Fish, yang sedang berenang-renang gembira, sambil badannya mengeluarkan cahaya berwarna biru apabila gelap. Tapi kalau tak gelap pun, cahaya biru itu akan tetap kelihatan jugak. Bila gelap lagi, cerahlah warna lampu di badan ikan itu. Tu la ajaibnya ikan jenis ni.
Zack mencebik. Dengan malas dan perlahan-lahan, dia memusingkan badannya dan menuju ke arah mamanya yang sedang tercegat di hadapan air terjun kecil. Huh, tawakal ajalah kalau nak kena sound tahap ombak tsunami pun disebabkan baju yang aku pakai sekarang ni! Ready dengan ayat kursi untuk dihembus pada mama kalau tiba-tiba dia marah!
"Mama, masuk lalat nanti dalam mulut tu. Tutup sikit biar rapat." Zack menegur mamanya.
Mama sudah berada di tahap semacam orang puasa tengok iklan ayam panggang dengan air batu campur dalam TV. Nganganya luas semacam. Mata pula tidak berkelip walaupun sekali.
"Oh..." Dia kembali ke alam nyata selepas terdengar suara anaknya itu menegur
"Kenapa ni, ma? Mama termakan cendawan beracun ke sampai asyik menganga and termenung aje?" Zack risau juga kalau-kalau ada apa-apa masalah dengan mamanya itu. Dah la sorang ni aje mamanya, memang tak ada pengganti walaupun mama suka marah, jerit kuat-kuat, tetapi tu semua pun sebabnya tak ada yang lain, melainkan disebabkan kasih dan sayang.
Tak ada kasih sayang yang dapat menandingi kasih dan cinta seorang ibu pada anaknya. Kasih sayang anak pada ibu pun memang takkan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kasih ibu pada anak. Kalau tak, takkannya akan jadi banyak kes anak menghantar mak ayah ke rumah orang tua-tua.
Tapi, ibu-ibu zaman sekarang pun ada yang dah advance gila. Anak pun sampai dipam-pam ke dalam lubang tandas. Apalah dosa si budak tu. Nauzubillah. Terlintas di minda Zack betapa makin teruk dan kroniknya orang-orang zaman sekarang. Tak payah tengok di luar negara, negara sendiri dah cukup dengan bermacam masalah sosial dan budaya kuningnya.
"Eh, tak ada apa-apa la, sayang. Cantik sangat Zack decorated butik ni. Mama suka sangat-sangat! Thanks, honey!" Mamanya menjawab sambil matanya bersinar-sinar merenung dalam muka Zack.
"Ha ha ha... memang Zack decor khas mengikut citarasa mama pun. It’s nice to know that you like it, ma! Tapi, kosnya mama la kena tanggung,. Hu hu hu..." Zack berkata perlahan. Tangannya memeluk tubuhnya sendiri. Sesekali, matanya dikerling ke arah Azim dari kejauhan. Si Azim itu sedari tadi tidak habis-habis mencuri pandang kepadanya sehingga membuatkannya tidak senang hati.
Aku pakai aje baju ni, bukan aku nak pergi lelong! Kalau lelong pun, berapa sen sangat aku nak dapat? Kalau dah kedekut sangat, tak payah bagi pinjam pun tak apa! Rimas gila aku dengan tenungan dia! Ala-ala beruk mak yeh tak makan seminggu pun ada! Duk tertenung-tenung and semacam mengaim buah pisang dari jauh, and akulah buah pisang tu!
Ceh! Hampeh punya cekadak kering ni! Tahu la muka hensem ada gaya anak raja, tapi tak payah la nak menambah koleksi gadis-gadis keliling pinggang kau tu! Bukan aku tak tau, kau tu bukan ada Amy aje, dengan tok nenek segala Amy kau sapu! Perempuan-perempuan yang duk selalu kejar and dikejar Si Azim ni pun, bukan tak tau yang dia ni playboy. Aku berani kerat hujung bulu mata la kalau ada yang tak tau.
Tapi, disebabkan Azim ni anak Datuk, bukan sebarangan Datuk, Datuk yang dengan izin Allah, memang takkan bankrap la untuk tujuh keturunan dia disebabkan hartanya yang banyak melimpah-ruah tu. Tu sebab la ramai yang sanggup ‘dimadu’ walaupun tak sampai masa lagi untuk pegang title ‘dimadu’ itu disebabkan kekayaan bapak Si Azim ni.
"Jemput duduk, Datin."
Datang pulak Si Saniya, entah dari mana munculnya. Tadi tak nampak pun, tiba-tiba aje terpacul mukanya berhampiran dengan Datin Gold itu. Mukanya semacam disembunyikan di belakang Datin, mengintai dari kejauhan, melihat pada muka Zack yang kelihatan agak menakutkan awal tadinya. Already looks steady and more better than before.
"Oh, kamu Saniya. Tadi tak nampak pun, kamu kat mana? Dah jumpa dengan bos baru kamu ni?" Datin Gold berkata sambil menunjuk ke arah Zack.
"Dah, Datin. Tadi ada aje kat belakang, kemas-kemas apa yang patut." Saniya membalas dan mengangguk, matanya tidak diarahkan pada Zack pun. Tetap di belakang Datin Gold dan merenung kasut. Serupa la kasut tu diperbuat daripada emas, takut orang curi, tu sebab asyik merenung aje dari tadi. Padahal, tengah memakai kasut tu, siapa la yang bertuah nak pergi curi?
"Saniya ni ketua bahagian pemasaran dekat butik lagi satu tu. so jangan pandang rendah dekat dia, okey? Mama saja suruh dia pindah sini, boleh tolong banyak sikit," kata Datin Gold sambil matanya melirik ke arah Zack dan kemudiannya dialihkan pula memandang Saniya.
Dari kejauhan, kelihatan Dato’ Muhammad mula mengangkat punggungnya, menyambut beberapa kenalan mereka yang baru hadir.
"Zack, siapa yang jadi pengerusi majlis kejap lagi?" Mama bertanya sambil matanya merenung bulat ke arah anaknya.
Saniya mengatur langkahnya ke arah beberapa tetamu yang baru hadir, bagi menyambut mereka sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Mak aiii! Serius aku lupa siot! Macam mana ni? Benda penting pun boleh lupa! Siapa yang aku boleh cekup buat bidan terjun pagi ni ni?
Zack menggigit bibir bawah. Keningnya dilurut perlahan. Tetamu yang hadir dilihat semakin bertambah ramai. Matanya memandang sekeliling. Tertekan dengan masalah yang baru timbul, dengan mata mamanya yang lebih ke arah menjegil serupa anak pontianak ke arahnya.
Zack meraup mukanya perlahan.
"Zack, I’m curious and waiting for your answer here, okey?" Mama Zack mula bersuara tegas apabila anak perempuannya yang taidk serupa perempuan itu mula terkulat-kulat tidak mahu menjawab soalannya tadi. Mesti ada something wrong somewhere ni. Mamanya meneka.
"Aaa.. aa... Azim la ma! Azim yang jadi pengerusi kejap lagi!" Zack menjawab selamba dengan penuh semangat, sambil menepuk tapak tangannya kuat dengan harapan mamanya mempercayai helah baru yang direkanya tadi. Tawa palsunya berderai bagi melindungi kekalutan yang hadir.
Huh! Nasib badan kau tak baik la hari ni, Zim! Kau aje yang aku nampak dari jauh. Siapa suruh kau bersinar-sinar sangat macam bintang cancer dekat tepi tu? Dah tu, duk merenung aku tak habis-habis, memang la padan dengan muka kau!
Zack segera bergerak automatically menuju ke arah Azim yang baru mula bersembang dengan seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an. Entah apa yang disembangkan, asyik tergelak tak henti-henti. Wanita berumur itu pun tak habis-habis dengan senyum lebarnya dan kadangkala turut ketawa bersama dengan Azim. Biasalah Don Juan ni dengan siapa pun dia boleh buat orang happy and rasa tertarik dengan dia, tu la kelebihannya.
Zack berdehem dua tiga kali sambil matanya memandang tepat ke arah Azim, membuat eye contact kepada Azim, supaya lelaki itu dapat dipinjamnya sebentar.
"May I leave you for a while, dear?" suara Azim yang agak lunak itu kedengaran menampar gegendang telinga Zack, sekali gus mendatangkan rasa geli-geleman di dalam hatinya.
Eee... ya Allah! Sumpah aku kena beli inhaler bila dekat dengan si cekadak kering ni! Dengan mak cik tua ni pun dia boleh panggil dear? Apa nak lamar jadi sugar mummy ke? Hai, dunia memang sudah terbalik, serupa la dengan aku pun yang tak berapa nak betul sangat ni. Hu hu hu...
"Sure, why not? Please." Wanita yang layak dipanggil auntie instead of dear itu pun menjawab perlahan, seakan membuat salah satu aksi menggoda suami pun ada juga lagaknya. Kemudian, dia membetul-betulkan selendang di bahu dan menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Azim dan Zack, dan berlalu menuju ke arah beberapa kenalannya yang lain.
"Kenapa ni, sayang? Aku tengah pancing ikan haruan besar tu. Kacau line la kau ni." Azim bertanya sambil jarinya digerakkan ke arah pipi Zack, mencuba nasib untuk mencuit pipi gadis comel itu. Namun Zack pantas mengelak. Tangan Azim ditepis kuat.
"Woii, stop that for a while, can you?" Zack bertanya dengan muka bosan.
"I cant, sayang... because you are so sweet and.."
"Kau kena tolong aku jadi pengerusi! Zim! Please, I"m begging you, okey?" Zack berkata laju. Malas nak mendengar ayat-ayat cinta palsu Si Azim itu. Matanya merenung dalam mata Azim, mengharapkan secebis harapan dalam keadaan yang mengharu-birukan itu.
"What??" Muka gatal Azim awalnya terus berubah. Bibir yang tercantum dua mengukir senyum tadinya itu segera terbuka luas mengalahkan luas pintu masuk Gua Niah di Sarawak.
"Please la, weh! I’m a dead meat if you don’t help me now!" Zack menjerit perlahan supaya suaranya tidak begitu ketara kedengaran. Tanpa sedar tangan Azim diraih dan dipicit-picit.
Azim yang terkedu tadinya segera kembali normal dan tersedar selepas tangannya disentuh Zack.
Eh? Dia sentuh aku! What on earth?? Huh, bertambah debar pulak! Bukan debar sebab kena jadi bidan terjun, tapi berdebar tak tahan tengok mata bulat Si Zack ni! Tambah pulak dia pegang aku. Mak ai.. comelnya dia! Ya Allah... kuatkanlah hati aku, jangan bagi aku buat drama pulak lagi dekat sini. Cukuplah drama malam tu dengan hadiah telur ayam sebijik dekat dahi. Aku tak nak dapat flying kick Si Zack ni pulak! Bukan tak pernah aku tengok dia flying kick orang, sampai pengsan masuk wad kena dengan dia, beb! Bukan calang-calang orang budak tomboy ni!
"Weh! Time is running fast! Please make the decision, Zim!" Zack terus menggesa Azim kerana masa untuk majlis bermula cuma tinggal lebih kurang suku jam sahaja lagi.
"Whatever just for you, darling!" Azim membalas. Muka gatalnya muncul kembali. Ala, takat jadi MC, apa sangat la bagi aku. Dah biasa sangat dah! Hati Zack yang keras tu lagi penting untuk aku tawan!
"Yap! Tu yang aku nak dengar!" kata Zack sambil petik jari.
"So, sekarang, apa kau nak aku buat?" Azim bertanya.
"Kau... nak buat apa eh? Aiseh! Aku... aku..." Zack mula tergagap. Angin kus-kusnya mula datang menjenguk.
"Aku... aku... aku apa?" Azim membalas sambil matanya memandang ke dalam anak mata Zack. Kelihatan bersinar walaupun wajahnya sedang dirudung kegelisahan yang tak berpenghujung. Ingat dah selesai masalah, rupa-rupanya masalah baru pulak datang.
"Aku blurred, siot! Isyy! Jahanam betul la! Apa benda aku nak buat ni?? Arrghh!" Tangannya meramas-ramas rambutnya sehingga sedikit serabut. Kemudian rambut itu disisr dengan hujung jari pula. Namun masih nampak kusut.
"Wei, relaks la, beb! Kau kecoh-kecoh sendiri kat sini buat apa? Akukan ada? Apa gunanya aku as your hero, honey? Jangan risau, okey? Aku akan buat hari ni jadi hari yang memang penuh bersejarah untuk kau, sayang."
"Penuh bersejarah? Apa maksud kau? Kau jangan kata nak malukan aku pulak, weh! Aku tak sanggup terima, beb!" Jari telunjuknya dihalakan ke hadapan muka Azim dan kemudian tangannya pula laju menolak bahu kawan baiknya itu.
"Trust me, okay? Aku akan jaga and lindungi kau selagi aku dapat. Don’t worry, I’m here just for you, dear." Azim berbisik perlahan di telinga Zack.
Zack bertambah blurred dan mula terawang-awang. Serasa seperti hanya mereka yang berada di situ. Mata mereka terpaut lama. Seolah mencari sesuatu di dalam mata masing-masing. Masih kabur dan ada sesuatu yang tidak dapat dibaca meskipun menggunakan hati nurani.
"Abangnya... cuba tengok tu! Dua-dua tu!" Datin Gold menyiku bahu suaminya sambil menjuihkan bibirnya ke arah Zack dan Azim selepas terpandangkan aksi mereka berdua. Kelihatan begitu menarik dan mempesona.
"Amboi la... romantik benar. Tapi mana boleh tenung-tenung macam tu sebelum kahwin. Kan ke haram buat macam tu?" balas Dato’ Muhammad sambil menguis-nguis janggut nipisnya yang sudah mula beruban sedikit.
"Ala, abang ni. Biar ajalah, baru la Si Zack tu boleh merasa and fahami sikit apa maknanya cinta. Abang la yang buat dia tak berminat dengan lelaki." Datin Gold merenung sisi muka suaminya yang sibuk memandang ke arah anak mereka dan Azim yang sedang merenung tak ingat, ke arah satu sama lain.
"Eh, kita pulak yang kena. Yang awak tu, mendidik la sangatkan? Kalau awak pun didik dia betul-betul, tak adanya dia nak jadi macam tu. Ini awak pun diam aje. Jangan nak salahkan saya pulak." Dato’ Muhammad membalas dengan nada memerli.
"Tak boleh biar dia orang ni. Makin parah nanti. Elok kahwinkan aje cepat-cepat. Nanti kalau dah terbuncit Si Zack tu, siapa nak tanggung?" Dato’ Muhammad menyambung. Langkahnya memanjang menuju ke arah Zack dan Azim yang berada di sudut butik tersebut.
Berdebar kuat pulak dada ni! Kenapa lembut sangat suara dia? Huh! Kali kedua dah ni beb! Malam tu sekali. Ini pulak lagi sekali. Masalahnya, kenapa aku tak dapat lari daripada tak menatap muka dan mata dia? Zack berbisik dengan debaran yang membuatkan hatinya tidak menentu.
Mata dia macam mengharap sesuatu. Tapi, aku sendiri tak pasti apa. Aku tak dapat baca mata dia. Tapi yang aku pasti, mata dia tak sama dengan mata gadis-gadis lain yang pernah jadi awek aku dulu. Memang la tak sama sebab mata dia warna biru. Tapi ni bukan sebab warna yang membezakan, tapi... uhh! Aku pun tak pasti apa. Tapi, betul ke aku dah mula jatuh hati dengan dia pulak? Mata Azim terus merenung dalam anak mata Zack yang padanya begitu memikat hati.
"Aduh, sakit!" Seorang kanak-kanak lelaki terjatuh selepas terlanggar sisi kanan tubuh Zack. Zack yang sedang merenung Azim terus tersedar. Begitu juga dengan Azim. Mereka berdua mula terkulat-kulat dan tergaru-garu kepala sendiri.
Dato’ Muhammad yang baru sahaja mahu menyergah mereka berdua, juga terhenti begitu sahaja langkahnya. Zack membantu budak lelaki itu bangun. Budak itu tersenyum sedikit dan terus berlari lagi. Tak serik lagi tu walaupun dah jatuh tadi.
"Eh... apa benda kau nak suruh aku buat ni, beb?" Azim bersuara. Ada nada getar di dalam suaranya walaupun tidak ketara. Matanya tidak lagi memandang ke arah Zack. Begitu juga dengan Zack. Dia lebih senang memandang ke arah lain. Bibirnya diketap kemas, membuat muka innocentnya, kemudian melirikkan matanya ke arah jam di pergelangan tangannya.
"Huh! Aku.,. aku... Uhh! Fokus, Zack, fokus!" Zack menjerit perlahan. Belakang tangannya diletak pada bibirnya dan dia termenung seketika. Dahinya berkerut. Dah semacam baju yang baru keluar dari mesin basuh. Dia mencuba untuk menghilangkan ketidaktentuan yang sedang melanda hatinya, yang membuatkannya tidak dapat menumpukan perhatian langsung.
"Ha! LCD untuk tayangan! Come, ikut aku!" Zack mengatur langkahnya menuju ke arah pentas. Masa dirasakan begitu cepat berlalu.
"Tayangan apa, Zack?" Azim bertanya sambil langkahnya laju bagi menyaingi langkah pantas Zack.
"Uhh! Kau tayang la apa benda yang ada dalam laptop tu. Kau nak karaoke pun boleh! Lagu apa kau nak. Orang putih, Hindustan, Korea, semua ada! Kau nak dangdut and gelek Arab pun aku tak hairan! Okey, now kau browse kat laptop ni apa benda yang sesuai, aku nak test LCD. Please, okay? I really need your help!" ujar Zack pantas selepas mengeluarkan laptopnya dan diletakkan di meja kecil berhampiran dengan pentas rendah di situ. Matanya merenung sebentar dengan penuh harapan ke arah Azim, mengharap agar lelaki itu membantunya walaupun sedikit.
LCD yang memang sudah tersedia dipasang pada siling butik berkenaan dikerling sekilas. Wayar panjang dari suis berdekatan disambung pada belakang laptop berjenama Compaq itu lalu suis untuk menghidupkan LCD segera ditekan.
Hanya lima minit lagi majlis akan bermula seperti yang diuar-uarkan pada awalnya. Namun, riuh-rendah di butik berkenaan masih tidak juga surutnya. Dengan budak-budak kecil berlari ke sana sini dan juga dengan mak datin-mak datin yang tak habis bergosip tentang fesyen and macam-macam, memanglah tak surut kehingaran yang ada.
Bagus jugak macam ni! Tak la aku kelam-kabut sangat. Tapi kalau dapat mula on time, lagi bagus! Zack berbisik sendiri di dalam hati.
Sekali lagi jam di pergelangan tangan ditenung sambil menggigit bibir. Last minute punya kerja, macam ni la jadinya! Sewel betul! Benda penting pun boleh lupa! Zack mencapai mikrofon dan standnya dan segera diletakkan di tengah pentas.
"Testing... testing... jangan gelabah jangan pening... one, two, three.. majlis start kejap lagi."
Suara Zack mencuba mikrofon membuatkan suasana sepi seketika. Ucapan Zack diiringi senyuman dan ketawa oleh ramai tetamu yang hadir. Mahu taknya, berucap dah semacam orang promote char kuew teaw dekat pasar malam. Zack menolak rambutnya yang sedikit terjuntai ke dahi, butang off pada mikrofon itu ditekan lalu dia bergerak menuju ke arah Azim yang sibuk menggodek laptopnya itu. Keadaan mula gamat kembali seperti awal tadinya.
"Amacam kau? Dah ready belum?" Bahu kiri Azim ditepuk perlahan sambil matanya merenung skrin laptop tersebut. Kelopak matanya dikecilkan bagi menahan kesilauan skrin laptop itu.
"Dah. Ni kau pasang lagu ni nanti. Biar aku nyanyi, boleh?" Azim berpaling ke arah Zack di sebelah. Pipi gebu gadis itu begitu dekat dengan mukanya. Azim merenung sisi muka Zack. Debaran datang lagi.
"Huh! Hampeh! Kau nak karaoke lagu ni?? Ha... ha... padan gila dengan kau! Nyanyilah tiga puluh lapan kali pun, aku tak kisah!" Zack ketawa sekuat hati mengutuk Si Azim yang memilih lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’, nyanyian kumpulan Matta dari Indonesia itu lantas berpaling ke arah Azim. Sekali lagi muka mereka bertatapan. Gelak tawanya yang masih tersisa tadi, terhenti begitu sahaja. Dia diam terkaku di situ, begitu juga dengan Azim.
Mak aii... kejadian yang tidak patut berlaku dan tidak diingini berlaku lagi! Pada saat-saat genting macam ni pulak tu! Lain la kalau tengah honey moon, lepas kahwin ke, boleh jugak aku terima! Honey moon... lepas kahwin?
Zack menelan air liur. Pantas mukanya dialih dan badannya dipusingkan ke belakang. Isyy! Hantu air ni kenapa suka buat aku berdebar? Siot betul la! Mukanya diraup dua, tiga kali dan nafasnya ditarik panjang dan dilepaskan. Lama. Wajah Abang Din menerpa secara tiba-tiba. Mana boleh aku suka dua orang lelaki sekali gus! Advance gila untuk aku yang tomboy ni!
"Macam mana, Zack? It’s almost the time." Papa Zack datang menegur. Muka pucatnya cuba diselindung, Zack menggaru belakang telinganya dan pura-pura ketawa. Imej wajah Abang Din hilang melayang diganti dengan wajah papanya yang semakin kacak, seiring dengan pertambahan usianya.
"Ask our master of the ceremony a.k.a MC kita hari ini, iaitu Encik Azim, ya papa?" Tangan Zack dihala ke arah Azim yang sudah pun berdiri selepas papa Zack datang menghampiri mereka berdua.
"Boleh kita mula, Azim?" Papa Zack bersuara lembut. Jarinya yang sepuluh itu dicantum erat.
"Oh, insya-Allah boleh dah. But, is it okey if I’m not wearing the coat?" Azim berkata penuh sopan dan hormat.
Sungguh, aku tabik spring la dekat si mangkuk tingkat ni! Memang bab berlakon sopan ni dia conquer habis! Tengok la tu. Tak cukup dengan bercakap perlahan and sebijik-sebijik dia sebut perkataan tu, boleh pulak dia buat muka innocent gila depan papa? Hisyy! Memang la dia ni! Indah rupa daripada khabar! Tapi yang aku nak bising pasal dia pulak kenapa? Lantak pi la dia nak berlakon sopan ka... apa ka... dia punya suka la!
Entah-entah memang dia bersopan santun la kut dengan orang tua, tapi tak jugak. Tak, tak dan tak. Aku bukan kenal dia semalam. Dah berpuluh tahun aku kenal dia. Dua puluh tiga tahun, sama dengan umur aku. Tolak enam tahun, sebab aku kenal dia masa umur enam tahun, sama dengan lebih kurang tujuh belas tahun la aku kenal cekadak kering ni. Dengan papa dia, tak la pulak aku tengok dia lembut macam dia cakap dengan papa aku ni! Apa kes? Ini kes nak menawan hati mak bapak aku ke ni? Atau salah satu cara nak menawan hati anak mak bapak aku, sama dengan aku? Impossible!! No way!
"Hai! Kamu ni berangan apa ni? Perangai dah la serupa budak terlebih hormon testosteron, bagi baju kamu pakai tu dekat Si Azim. Ni, pakai baju ni! No more excuses! Bertindak mengikut arahan!" Suara lantang Datin Gold serupa pak cik komando tentera mengerah anggota tenteranya berpumping sepuluh kali.
Eh? Bila masa timbul dekat sini pulak mama ni? Tadi tak ada pun!
"Haa? Mama? How can I need to..."
"Can! No how can, how can anymore. Memang can sebab kamu tu memang perempuan, bukan jantan!" Suara mama Zack cuba kendurkan supaya tidak mengganggu ketenteraman tetamu yang sibuk bersembang itu.
Azim di sebelah bersama papanya cuma membuat muka tak tahu. Tapi, muka Azim lebih pada muka simpati, tak ada lagi muka ala-ala mengejek macam dulu-dulu. Pantang Zack kena marah sebab perangai serupa lelaki, Si Azim dengan semula jadinya mesti akan membuat muka poyo dan senyum mengejek, sumpah macam Sinyu dalam komik Doraemon!
Melihat muka garang mama, Zack dengan riak aksi malasnya segera membuka baju kut Azim dan memberikan kembali kepada tuannya. Huluran baju oleh mamanya disambut. Bibirnya dicebik, menampakkan lesung pipitnya yang agak tenggelam itu.
"Better hurry, okay?" Muka ala-ala singa gemuk lapar seminggu mamanya menambahkan ketidaksenangan hati Zack kerana ‘aku dipaksa dan terpaksa!’ hati kecilnya menjerit.
Penat kalau asyik nak jadi hipokrit dengan hati yang tak rela. Kalau rela macam Si Azim tak apa. Hipokrit belagak baik kononnya.
Zack melangkah ke bilik stor dan mengunci dari dalam. Baju yang diberikan mamanya dibelek. Entah dari mana mama cekup baju ni tak tau la. Tiba-tiba aje ada depan mata.
Huh! Dress singkat lagi? Aisea mentol betul la. Mama ni pun satu hal. Kenapa la tak bagi aku berubah dengan kerelaan sendiri, bukan dipaksa macam ni? Kalau aku berubah sebab terpaksa, aku memang sanggup bet tak sampai seminggu aku akan berubah seperti sediakala balik. Jangan harap aku nak istiqamah bak kata pak cik Arab.
Baju T-shirt yang dipakai tadi disingkap ke atas dan dibuka. Satu penyangkut baju warna hitam dicapai dan T-shirtnya disangkut bersama-sama dengan baju yang lain. Tanpa membuka bengkungnya, Zack menyarung pula dress berwarna biru gelap yang berenda pada bahagian dada dan berlengan, sedikit ala-ala baju baby doll. Bahagian dadanya tertutup kemas. Cuma lengan pakaian itu tidak cukup panjang untuk menutup bahagian bawah lengannya.
Huu... ketiakku tertayang pada seluruh alam! Nasib aku jenis mencukur jugak bulu-bulu aku tiap kali mandi. Kalau tak, memang menempah malu dua keturunan la. Ahh! Lantak engkau la, weh! Ada aku kisah orang nak kata apa? Mama yang nak sangat aku pakai macam ni, ha ambik la. Jangan harap aku nak pakai dengan nak menunjukkan kaki putih aku ni! Tak sanggup, beb! Cukup la dulu aku dah tunjukkan bukit yang tak serupa bukit ni. Kali ni aku tak nak dedah kaki aku pula walaupun aku tau kaki aku memang cun. Ala-ala model gitu. Bukan aku perasan, tapi memanglah kenyataan yang payah untuk ditelan. He he he....
Bismillah hi tawakkal tu ‘alallah ajalah ni. Aku dah siapkan perisai aku. Pekakkan telinga, butakan mata. Dari dulu sampai sekarang, memang ni la perisai terhebat aku. Kalau tak, takkan sampai sekarang imej aku tetap macam ni.
Zack keluar dengan dress paras paha dipadankan dengan seluar jean lusuhnya, bersama kasut sukan bercorak tengkorak. Dah macam fesyen Harajuku Jepun dah gayanya, cuma ada sikit lari la daripada fesyen tu. Dilihat semua tetamu sudah pun duduk di tempat yang disediakan. Kehadiran Zack memang mengganggu suasana. Semua mata mengarah ke arahnya kerana kelihatannya seperti seekor alien yang baru balik dari planet Marikh. Fesyen tak kena tempat daa.
Aku dah nampak renungan mata bulat mama. Jaga-jaga, ma! Nanti tercabut pulak contact lense biru tu! Huh! Aku dah agak dah. Gerenti mama nak protes ni. Tapi tak apa, aku memang dah kebal gila dengan semua pandangan tajam and menyucuk tu. Heran pulak aku dengan semua pandangan-pandangan tu!
Zack dengan muka selamba anak badak berendamnya, melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan laptop dan mula mengalihkan perhatiannya pada skrin laptop tersebut. Malas dia mahu berfikir tentang kemarahan mamanya atau kejelikan pandangan orang lain.
Yang penting, aku tak nak and tak suka nak pakai baju terdedah sana sini semacam anak orang gaji tak cukup duit beli kain. Anak Mak Timah pun aku tengok elok aje pakai baju kurung, tak ada pula nak pakai baju singkat semacam ni! Aku rela pakai baju kurung la daripada baju dress yang bukan-bukan aje bentuknya!
"Sekarang majlis dengan hormatnya menjemput Cik Sofi Zarill sebagai manager butik ini bagi memberikan sepatah dua kata. Dipersila," suara Azim bergema dengan nada suaranya yang begitu cantik tersusun, menjemput Zack untuk memberikan ucapannya. Namun Zack dengan selambanya langsung tidak menoleh, apatah lagi nak bergerak daripada tempat duduknya. Matanya tepat menghadap skrin komputer ribanya itu. Seakan berada di dunia lain.
Eh? Apa bendanya yang ditayang si budak tomboy ni? Macam game Quake 3 Arena aje aku perasan? Azim membebel sendiri. Ada pulak nak tayang benda macam ni kat majlis ni? Sumpah nak kena sekeh dengan aku!
Azim yang sudah berganjak daripada tempat berdirinya tadi, terpaksa naik kembali ke pentas dan mengulangi ucapannya. Namun, keadaan tidak berubah seperti awal tadinya. Para tetamu pula mula berbisik sesama sendiri. Selepas dua kali Azim berdehem menggunakan mikrofon, akhirnya dia pun turun dari pentas dan menuju ke arah Zack.
Game tembak-menembak membunuh orang dan aliens sampai hancur keluar tulang yang sedang dihayati Zack itu, terpampang di skrin. Lupa la tu LCD bersambung terus dengan laptop. Apa-apa yang dipasang memang akan timbul di skrin besar di situ.
"Weh! Bagi ucapan la, bengong!" Azim membongkokkan sedikit belakang badannya dan berbisik perlahan pada telinga Zack. Budak ni kena rasuk mambang apa tak tau la. Main game sampai tak ingat dunia! Nak aje aku cepuk sekali. Dah tu, dekat majlis macam ni pulak! Kalau ya pun tunggu la balik rumah beb! Tapi pandai pulak dia mutekan. If tak, memang bergegar satu butik ni. Tapi, aku rasa suara mama dia akan jadi lagi kuat daripada suara game ni kalau betul. Hu hu hu... Azim berbisik sendiri.
Mata Zack segera membulat, mengganti bulatnya mata mamanya tadi. Jari telunjuknya di arahkan ke mukanya sendiri dan keningnya diangkat sambil memandang ke arah Azim, bagi bertanya soalan ‘aku ke?’
"Pending betul la kau ni. Ya, kau la, sayang. Sila..." Azim menjemput Zack untuk memberikan ucapan di atas pentas. Ini memang program yang aku reka guna otak aku aje. Of course la manager sebagai orang atasan nak tak nak kena bagi ucapan. Dah memang lumrah hidup macam tu. Lepas tu baru boleh rasmi and diiringi oleh persembahan-persembahan lain. Hope this will get more better! Azim berbisik di dalam hati. Tidak mahu juga kalau-kalau majlis bakal mak dan bapak mertuanya, emm... itu kelibut disebabkannya.
Zack mengusik hujung cuping telinganya dan menarik nafas panjang sambil mengangkat keningnya sedikit. Dalam hati dan otak menyumpah seranah, kenapa Si Azim memanggilnya untuk memberi ucapan.
Tapi boleh pulak aku tak sedar diri kena panggil! Memang tak dinafikan lagi, aku memang sengal! Sengal tahap cipan pun tak sesengal aku! Azim tak bersalah dalam hal ni, aku yang bengong sendiri, nak salahkan orang lain pulak dah?
"Aku nak cakap apa ni, wei?" Zack berbisik perlahan pada Azim yang mengiringinya naik ke pentas.
"Kau bantai ajalah. Lain kali tulis!" balas Azim sama level perlahannya dengan suara Zack tadinya dan kemudian dia pun berjalan turun menuju ke tempat duduk yang disediakan khas untuk pengerusi majlis.
"Assalamualaikum. Selamat pagi semua." Sunyi sepi selama setengah minit. Bibir atas dan bawahnya diketap kemas.
"Pagi lagikan?" Zack yang sudah mula blurred itu merenung sekilas jam di pergelangan tangan. Masuk kali ke berapa dah asyiknya dia merenung jam tangannya itu.
Huh! Otak! Please don’t get more blur right now! Gila jarang aku nak blurred tahap semacam ni! Nafasnya ditarik panjang. Muka mama dan papa dari jauh merenung penuh mengharap dan muka mama lebih pada mengucapkan, "don’t ruin this important occasion!" Huh! Seram siot!
"Bismillah.... Thanks to our MC. Fully praised to our god, Allah SWT and His prophet Muhammad SAW. Thanks to papa, mama and to all dearly guests.. Bla... bla...."
Azim di bawah mengurut dadanya, lega. Even tak ada tentatif program yang rasmi dan yang sebetulnya, namun alhamdulillah jugak program perasmian ni berjalan dengan lancar sampai ke habis. Zack gelak tak ingat bila aku karaoke lagu tadi. Suka sangat la dia aku mengaku aku kasanova. So cute. Like her smile. I think I’m really in love with her...
Baru ala-ala gaya dah nak sampai Thailand tengok persembahan gajah, telinganya terganggu oleh bunyi loceng meja cashier yang ditekan berulang-ulang kali di luar. Huh, gangguan bunyi betul la. Mana pulak si minah cashier ni? Yang si pendatang asing, yakni pelanggan butik aku ni pun satu hal. Tak reti nak tunggu sekejap ke? Memang kalau ikut hati agaknya, dia nak tekan sampai tercabut keluar semua spring dan komponen-komponen dalam loceng kecil tu.
Zack bangun dengan malasnya dan keluar dengan mulut menganga luas, menguap kalah naga dalam kalendar Tahun Baru Cina. Kalau boleh keluar api, habis dengan butik and dengan dia sekali hangus.
Pipi putih gebunya diusik, rambut tak bersapu jel itu ditolak ke atas, dengan selipar Jepunnya yang diseret apabila berjalan, Zack membuka pintu pejabatnya. Mulutnya yang baru menganga luas, menguap untuk yang keseratus dua puluh kalinya untuk hari itu sahaja, segera terbantut pembukaannya. Matanya yang malas, segera terbuka seluas mungkin, seolah-olah bulan purnama mengambang tiap tengah bulan. Nur Fadhila Shahida binti Irwan??
Huh! Aku memang jarang sekali nak menghafal nama orang, tambah lagi dengan sepenuh namanya. Tapi minah ni memang aku ingat dan akan aku ingat sampai ke mati. Nama and muka penuh gaya kerek and skeptik gila itu. Huu... hidup lagi makhluk penduduk asli planet Marikh tak bermanusia ni rupa-rupanya! Ingat dah innalillah dah!
"ZACK! Jom la stay dengan aku dekat rumah sewa akak aku tu! Jom la... please...." Siti Sabariah yang menjadi sahabat baik Zack semasa di universiti dahulu mengajaknya dengan bersungguh-sungguh untuk tinggal sekali bersamanya memandangkan mereka berdua sudah ditendang keluar oleh kolej.
Aiseh, muka hensem and ada gelaran anak Datuk pun tertendang keluar. Siapa suruh tak nak berjuang mengharumkan nama kolej sangat, padan la dengan kemalasan sendiri. Ala, aku malas turun aktiviti kolej aje pun, bukannya aku duk buat demonstrasi jalanan. Aku duk diam aje dalam bilik tu, tak adanya aku mengganggu ketenteraman awam.
Aku dah penat nak jadi orang glamor macam dekat sekolah menengah dulu! Bukan senang beb! Masalah daripada tak ada, jadilah ada. Siapa yang nak? Aku rela jadi ayam tua pencen daripada penyelesai masalah macam dulu-dulu!
"Aii... kau ni semangat waja sangat mengajak aku ni, kenapa?" Zack bertanya malas semasa mereka berdua melepak di sebuah shopping complex semasa awal cuti sem tiga bulan itu. Kononnya nak release tension selepas final exam. Mereka berdua masih belum pulang ke kampung. Bukannya apa, menunggu sehingga kolej ditutup baru pandai nak balik ke kampung.
Mama pun dah start bising tanya kenapa aku tak balik-balik lagi. And dengan mulut setaraf radio dua puluh empat jam tanpa henti itu, dia membebel dekat telinga aku dalam handphone tanya kenapa aku kena buang kolej. Dah pergi tanya pengetua la, duk menanya aku ni mana aku nak tau jawapannya.
Mata Zack melilau merenung setiap manusia yang lalu di keliling mereka sambil giginya menggigit straw. Sesekali disedut air gas sejuk berperisa strawberi itu sampai naik juling mata kerana air berkarbonat itu terlalu tajam dan seperti mencucuk dadanya. Sejuk!
"Tak ada la... aku saja ajak kau. Kau pun taukan, kau la satu-satunya kawan aku dunia akhirat!" Matanya masih bersinar ala-ala Shin Chan jatuh cinta dengan kakak di taman bunga.
"Banyak la dunia akhirat kau. Dekat mana rumah tu? Cun tak?" Zack bertanya, bagi tidak mengundang kesedihan dan kekecewaan kawannya yang sangat mengharap itu.
"Dekat aje dengan U kita. Setengah jam sampai la UM!" Sabariah membalas laju sambil menepuk meja. Dia ni memang bersemangat waja gila. Apa-apa pun memanglah tahap excitednya itu mengalahkan bussinessman!
"Hangguk kau dekat kalau setengah jam baru sampai!" Zack merenung dalam muka Sabariah. Apa kes minah seorang ni? Kaya masa betul sampai kata setengah jam tu melambangkan dekat? Huh! Dari UM ni dah boleh makan sate Kajang kalau nak kira setengah jam tu! Apa rumah tu dekat Kajang ke?
"Setengah jam kalau jalan kaki. Kalau vroom motor, sekejap aje. Lima minit sampai la!"
"Flet ke? Tinggi tak?"
"Tak tinggi, tingkat sembilan belas aje."
Ni lagi satu hal dengan dia ni. Cakap tak serupa dengan meaning. Ada dia kata tingkat sembilan belas tu tak tinggi? Kalau lif rosak, naik tangga dari pagi sampai tengah malam la alamatnya!
"Apa kes tinggi melangit macam tu kau kata tak tinggi? Hai, kau ni lakan. Pelik la aku." Zack berkata sambil menghadiahkan senyuman ke arah seorang gadis cantik yang bukan main lebar senyumnya apabila memandang ke arah Zack. Senyuman tahap nak menggoda tu, beb! Dengan jelingan manja, huu tak tahan betul! Perempuan zaman sekarang dah tak malu-malu macam nenek moyang kita dulu-dulu. Timba cari perigi pun jalan! Tak tau kata ini timba vs timba ni!
"Tinggi la best, Zack! Boleh nampak seluruh alam Tuhan ni! Tak ada nyamuk, sejuk macam dekat Cameron Highland, tenang...." Mula dah dengan hujahnya. Tangannya bergerak-gerak laju. Kalau buat checklist, seminggu baca pun belum tentu habis. Tu la gaya bakal orang business ni, mulut kena manis, gaya berhujah kena ada, baru orang boleh yakin. Tapi, Si Sabariah ni biar la benar nak mengajak aku duduk kat tingkat sembilan belas?
"Boleh la, Zack. Kau pun dah kena tendang keluar, kan? Jom la. Sekejap lagi aku bawak kau tengok rumah tu, nak?"
"Kau jangan la ungkit aku ni dah tertendang keluar. Tercabar aku rasa! Ha ha ha... ala, kau ni tak payah la susah-susah. Nanti aku minta papa aku aje uruskan bab kolej ni. Kau nak masuk sekali pun boleh! Amacam?" Zack mencapai sudu plastik keras yang diletakkan di sisi pinggan berisikan sepotong kek dan dia mula menguis krim putih di atas kek tersebut.
Tebal gila krimnya! Muak aku! Ni dah potongan kelima dah ni aku telan! Si Sabariah ni bukan nak makan sangat pun. Saja nak pekena aku belanja dia. Last-last, aku jugak mangsa kolestrol and karbohidrat tinggi. Tak kira gula lagi ni! Ha ha ha.... tahun bila aku pandai mencongak pasal kabohidrat, gula and kolestrol ni??
"Tapi, sampai bila nak terperuk kat kolej aje? Cuba la ubah angin sikit ke... tak la kepala otak pun beku. Please, Zack. I’m really hoping that you can say, yes!" Sabariah terus memujuk Zack untuk sekalian kalinya. Kedua-dua tapak tangannya dicantum rapat dengan mata bling-bling meminta pengertian Zack.
"Kau ni kalau bab memujuk, semua benda kau sebut. Sejak bila duduk kolej boleh beku otak? Teori siapa kau rembat ni? Pandai-pandai kau ajekan? Okey la. Jom la kita gerak sana kejap lagi." Zack mengalah selepas dilihatnya air muka Sabariah sudah mula berubah menjadi semacam aje gayanya. Kes nak merajuk dengan aku la tu. Hai....
"Yea! Thanks Zack! Aku sayang kau!" Sabariah bangun dan pantas mencium pipi Zack tanpa sedar. Kemudian duduk kembali sambil menutup mulutnya sendiri, memandang kiri dan kanan kerana sedar dirinya diperhati oleh beberapa mata di situ.
"Weh, agak-agak la kawan. Karang kena sepuk dengan tuk kadi, tak pasal-pasalnya aku kena bebel! Dah, jom gerak!" Zack bangun mengambil topi keledarnya yang diletakkan di atas kerusi di sebelahnya.
Sabariah juga dengan pantas bangun dan mula mengekor Zack dari belakang. Selepas membayar harga kek, ditambah dengan cas perkhidmatan, mereka berdua pun berjalan beriringan menuju ke tempat motor Honda CBR hitam putih milik Zack diparkir.
Motor ni bukan senang aku nak dapatkan ni. Merayu habis-habisan depan mama minta pujuk papa belikan.
"ASSALAMUALAINA WA’ALA ’IBADILLAH HISSOLIHIN...." Perlahan dan panjang Sabariah memberi salam dan mula melangkah masuk ke dalam rumah sewa kakaknya itu. Salam yang diberi khas untuk rumah yang tidak berpenghuni. Dia tahu kakaknya masih belum pulang dari kerja. Ikut time la. Kerja pejabat. Pukul lima lebih baru sampai rumah. Adat la tukan.
Dia mempunyai kunci untuk masuk ke dalam. Kunci yang diberikan oleh kakaknya dua tiga bulan yang lepas.
Zack masih terpaku di luar. Nak masuk ke tak ni? Hai, aku ni kes terpaksa reda dengan keadaan la nampak gayanya.
"Masuk la. Kau tenung apa kat situ? Tak ada siapa pun dalam rumah ni. Janganla risau, okey? Lipas pun tak ada, aku rasa la...."
Kasut tinggi tiga setengah inci kakaknya terus dicapai dan ‘tap’ sekali dengan kasut tu, terus pengsan seekor lipas yang masa Zack ada, dia juga nak keluar.
Sabariah meletak kembali kasut tersebut dan memegang sesungut lipas hitam itu dan segera dilempar keluar melalui tingkap. Kacau line betul la. Baru sebut dah muncul.
"Ahh! Confirm hundred eighteen persent aku tak nak duduk sini!" Zack yang baru membuka kasutnya dan melangkah masuk setapak ke dalam rumah, terus keluar dan memakai kasutnya kembali. Kedua-dua belah tangannya disatukan membentuk huruf X, lambang menolak habis-habisan.
"Tak ada la, wei. Seekor tu aje ada. Dia nak ucap selamat datang untuk kau. Tapi aku dah ucap selamat tinggal dulu untuk dia. Jom la masuk. You will love this house, trust me!" Sabariah dengan bersabarnya mengajak dan memujuk Zack. Pergelangan tangan Zack ditarik supaya mengikutnya masuk ke dalam.
"Berapa orang stay kat rumah ni?" Zack bertanya perlahan sambil matanya merenung-renung kiri kanannya. Boleh la tahan jugak rumah ni. Tak la teruk mana pun.
"Buat masa ni, akak aku soranga je tinggal kat sini. Tu la dia ajak aku stay sekali. Murah sikit dia nak bayar sewa, lagipun dekat aje dengan U kita, kan?"
Sabariah duduk di atas sofa empuk berwarna merah hati yang dibeli kakaknya secara ansuran di Court Mamooth. Nak bayar cash, tunggu kahwin la dulu. Itu pun belum tentu dapat bayar cash, kecuali kalau si suami tu memang serius kaya. Kalau kaya dengan bulu hidung aje, tak boleh jugak.
"Duduk la dulu. Ambik mood. Hu hu hu... mana tau kau boleh jatuh hati dengan rumah ni ke?" Sabariah menepuk-nepuk ruang sofa di sebelahnya, tanda mengajak Zack duduk di sebelahnya.
Zack meletakkan topi keledarnya di atas meja kecil di sebelah sofa tersebut, kemudian melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Sabariah.
"Aku nak tengok TV la, Saba. Buka kejap. Sunyi aje tinggi-tinggi ni. Berani betul kakak kau tu tinggal sorang-sorang," kata Zack sambil matanya merenung pasu bunga yang dihias dengan bunga merah tua bercampur bunga biru di atas meja kopi yang terletak di hadapannya.
"Okey!" Sabariah segera mencapai remote control dan TV tersebut terpasang dengan sendirinya selepas ditekan butang on.
Zack membuat muka bosan dan membebel seorang diri apabila tiada langsung station TV yang menyiarkan cerita yang boleh menarik perhatiannya.
"Kau duduk la dulu. Aku nak pergi toilet kejap. Nature’s calling!" Sabariah menjerit kuat lalu bangun dan berlari ke arah satu pintu berdekatan.
Zack cuma memandang dengan ekor matanya sahaja, kemudian kembali merenung skrin TV jenama Panasonic di hadapannya itu. Jaket kulit yang dipakainya tadi dibuka dan badannya dibaringkan.
Lepas dah kenyang, memanglah rutin aku nak tidur aje.
Mulutnya menganga luas, menguap. Tak sempat matanya ditutup, terdengar satu bunyi dari pintu. Semacam pintu rumah yang nak dimasuki penjahat atau pun perompak. Zack segera bangun. Dia memang aware sangat kalau dah dengar bunyi yang mencurigakan ni.
"La la la...." Terdengar suara menyerupai tikus mondok a.k.a chipmunk menyanyi-nyanyi selepas pintu tersebut dibuka. Bunyi kunci-kunci sejambak berkerincing juga kedengaran dan hilang tidak lama selepas itu.
Zack berdiri menghadap pintu. Matanya bertentangan dengan pemilik suara chipmunk tadi, tepat.
"Siapa kau?" Dengan pantas, kalah Superman terbang, wanita bersuara chipmunk itu mengambil payung sepanjang dua depa yang tersangkut pada dinding berdekatan dengan pintu masuk dan menghalakannya ke arah Zack. Zack membuat muka tak bersalahnya.
Memang aku tak bersalah pun! Tapi, mak aiii... sekali dia bawak payung daa....
"Saya..." Tak sempat habis menjawab, wanita, sahabat handai chipmunk itu pun terus menyerangnya dengan memukul sekuat hati payung tersebut ke arah badan Zack.
"Aduh! Aduh! Listen to me first!" Zack menjerit kuat sambil cuba mempertahankan diri.
"Listen kepala hotak kau! Aku paling anti dengan lelaki masuk rumah tak bagi salam and tak minta kebenaran aku!!" Suara chipmunk sudah berubah menjadi suara katak puru memanggil hujan lebat. Serak semacam.
"Akak! Berhenti! Dia kawan sayalah!" Sabariah yang segera keluar, selepas terdengar suara bising-bising di luar tanda, cepat-cepat menerpa ke arah kakaknya yang sedang memukul Zack sekuat hati.
Mahu lebam biru, plus ungu badan aku kalau macam ni! Apa la nasib aku? Dari dulu sampai sekarang, memang hidup aku penuh dengan bala bertimpa-timpa!
"Kau bawak kawan lelaki kau datang rumah aku? Aku pun tak pernah bawak kau tau?" Kuat kakak Sabariah menjerit. Bingit telinga. Tak payah korek telinga dua minggu, dah cukup bersih disapu habis oleh kekuatan suara kakak Sabariah itu.
"Dia bukan lelaki la... dia perempuan! Kan Zack?" Sabariah mempertahankan sahabatnya yang sedang mengusap-usap badannya sendiri, menahan kesakitan yang amat.
Zack angguk. Badannya dirapatkan ke arah Sabariah, mencari pelindungan dan bagi menjauhi tubuh makhluk garang nauzubillah itu.
Patah riuk agaknya tulang aku kalau Si Sabariah ni tak keluar tadi! Fuh!
Zack kemudian berjalan perlahan, ingin duduk di atas sofa, melepaskan dan meregangkan keletihan ototnya yang dirasai secara tiba-tiba. Kepala otak pun berpinar, pusing semacam dek kena ketuk dengan si payung besi tadi.
"Siapa bagi kau duduk?"
"Akak! Jangan la kejam sangat! Dia kawan saya! Please hormat sikit, kak. Akak jugak yang nak saya ajak kawan duduk sini sekalikan?" Sabariah bercakap dengan suara yang agak kuat dan semakin merendah akhirnya.
"Woo... correction here. Aku nak balik sekarang. Tak mahu aku seksa diri aku duduk dengan rimau betina ni." Zack bersuara tegang selepas dia bangun dari sofa tersebut. Jaket kulit dan topi keledarnya dicapai.
"Aku pun tak nak budak lelaki ni duduk sini! Aku tak suruh kau bawak lelaki duduk sekali dengan kita!" Kuat sekali suaranya. Boleh panggil ribut petir gayanya ni!
Kalau dia cakap pakai mikrofon, aku agak memang bergegar dunia nusantara yang aman damai ni! Wui! T-Rex pun tak seganas ni aku rasa! Memang aku berani bet!
"Done! I’m going, Saba." Zack terus melangkah ke muka pintu.
Sabariah mengekori dari belakang bagi menahan Zack daripada pulang.
"Zack. Stay longer, please...." Sabariah memujuk.
Tak paham ke yang aku ni dah sakit-sakit urat and otot, hati apatah lagi, dia nak suruh aku duduk sini lagi? Aku masih waras Saba oiii!
"Laaa... nak stay longer apanya, Saba? Aku rasa better aku balik daripada aku bertekak dengan burung garuda tak berlaki ni, tak nak aku weh!" Mulut boleh tahan Si Zack ni bab mengutuk orang!
"Apaa... apa? Kau kata aku apa? Garuda tak berlaki?" Bergetar suara kakak Sabariah menahan rasa marah yang semakin membuak di dada. Payung yang masih di genggamannya, diramas kuat. Ada chance remuk tulang besi payung berwarna oren yang tak bersalah tu!
"Ya! Garuda tak berlaki! Apa kau tenung? Tak puas hati? Masuk la kalau tak puas hati!" Zack membalas dengan muka lagak samseng jalan raya.
"Apa...?"
"Akak! Zack! Stop it! Apa ni? Tak malu ke jerit-jerit macam ni? Cakap baik-baik takkan tak boleh kut?" Sabariah cuba meleraikan kekusutan yang sedang melanda di rumah itu.
"Saba... nama kau Saba, kan. So kau memang kuat bersabar. Tak macam aku ni.... Aku tak boleh nak bersabar! Dah la... I should go before this garuda make me her’s dinner!" Zack menyerlung kasutnya sambil menjeling tajam ke arah chipmunk or garuda tak berlaki itu.
Aku tak bersalah pun dalam hal ni! Adik dia yang ajak aku datang, then aku jugak yang dibelasahnya. Aiseh!
"Zack!" Sabariah menjerit memanggil Zack yang sudah pun berjalan pergi bersama dengan topi keledarnya.
"Apasal kau ni, hah? Teringin sangat dengan budak lelaki kurang ajar macam tu? Tak ada orang lain yang lagi bagus ke yang boleh jadi pilihan kau, Saba?" Kakaknya membuka tudung yang menutupi kepalanya. Kemudian, badannya dikipas sendiri dengan tangannya. Panas!
"Apa pilihan? Apa lelaki ni, kak? Dia girl! Nama dia Sofi Zarill binti Dato’ Muhammad! Bukannya lelaki macam yang akak sangka la!" Sabariah masih cuba mempertahankan Zack.
"Ahh! Tak percaya aku! Habis, kalau dah dia bukan lelaki, apa? Pengkid? Aku tak suka orang macam tu! Jangan kau berani nak bawak dia datang sini lagi!"
"Apa pengkid pulak? Dia normal la kak! Just kasar sikit! Bukan pengkid pun, tomboy aje! Even kalau dia pengkid pun, apa salah dia? Dia manusia jugakan? Ada hak untuk dihormati!"
"Hah! Bagus la! Pertahankan habis-habisan budak tu! Kenapa? Kau dah jatuh hati dengan dia?"
Berdesing telinga Sabariah mendengar perkataan yang keluar dari mulut kakaknya itu. Memang selama mereka berkawan, ramai yang menuduh dan mengecop mereka berdua adalah pasangan kekasih. Namun dia tidak pedulikan semua itu, kerana itu bukan kebenarannya. Dia ikhlas berkawan dengan Zack dan menyayanginya sebagai kawan. Tambahan pula, Zack memang caring habis apabila melayannya.
"Menung apa? Dah la, malas aku nak layan kau ni. Suka hati kau la! Aku mandi lagi bagus!" Kakaknya menyambung selepas Sabariah cuma diam membatu. Kakaknya yang bernama Fadhila itu pun, segera berlalu dengan jelingan mata membunuh! Bunuh nyamuk ajalah. Itu pun tak lepas rasanya. Tak la power semacam mata Cyclope yang ada laser merah yang sampai boleh membunuh orang!
Fadhila memang kurang menyenangi Sabariah, yakni adik seibu bukan sebapa dengannya itu. Selepas bapanya meninggal dunia kerana kanser perut, ibunya berkahwin lagi dan melahirkan Sabariah dan dua orang adiknya yang lain. Walaupun Sabariah memang seorang yang lembut dan baik, namun dia tetap tidak sebulu dengan adiknya itu.
Aku ajak dia datang duduk sini pun sebab aku dah tak mampu nak bayar sewa rumah. Dengan duit kereta lagi, buasir aku nak bayar beribu-ribu hanya untuk rumah ni aje! Disebabkan dia aje yang ada dekat dengan aku, and tak ada orang lain yang rela, and sanggup nak stay dengan aku, that’s why la aku ajak aje dia. Kalau lama-lama memang aku jatuh bankrap gini! Sebulan dua boleh la tahan. Setahun dua, boleh jalan! Fadhila berbisik perlahan di dalam hati.
"Kau nak balik bila?" tanya Fadhila dengan lagak sombongnya selepas keluar dari tandas sambil mengelap rambut basahnya dengan tuala. Sabariah dilihatnya sedang menonton TV sambil memintal-mintal hujung rambutnya sendiri.
Poyo gila nak mati mak cik ni! Padan la dia jadi garuda tak berlaki serupa apa yang disebut Zack tadi. Perempuan perangai macam ni, haram laki nak! He... nauzubillah!
"Nanti lepas maghrib saya balik la. Jangan risau, saya tak tidur sini." Sabariah membalas bosan. Hatinya semakin tawar untuk tinggal di situ.
"Kalau kau nak tidur sini pun, kau kena tidur luar la, atas sofa ni. Bilik aku tak muat," balas Fadhila dengan muka hundred percent meloyakan tekak sesiapa yang melihatnya.
Ceh! Macam la aku tak tau bilik kau tu ada katil queen size. Badak sangat ke badan kau tu sampai aku yang cekeding ni pun tak muat nak share bilik and katil dengan kau? Huh! Alasan! Entah apa yang secret sangat dalam biliknya tu sampai aku nak masuk pun tak boleh? Sabariah bising di dalam hati.
Dengan bertuala, Fadhila melintasi depan Sabariah dan duduk di sofa sebelahnya. Remote control dicapai dan dengan senang hatinya dia mengubah rancangan TV yang sedang ditonton Sabariah.
Wah! Ini dah lebih! Rancangan favourite aku tu, beb! Kalau ya pun nak tukar, bagi la salam dulu! Ini main terjah aje ikut suka hati dia. Tahu la TV dia. Bukan tak boleh cakap nak tukar siaran lain. Susah sangat ke nak apply good manner sikit? Sekurang-kurangnya tak la aku ni nak menganga sampai lalat pun boleh masuk sebab tak dapat tengok cerita best tadi! Sabariah membebel panjang di dalam hati.
"So, macam mana? Kau jadi ke duduk sini?" Fadhila menyoal. Kakinya yang diletakkan di atas meja kecil di hadapannya itu, digoyang-goyangkan. Matanya pula merenung-renung jari tangannya yang runcing itu. Senyuman nipis terukir.
"Emm... tengok la dulu macam mana pun. Kalau saya pindah sini sorang-sorang, saya tak nak. Sekurang-kurangnya ada kawan sorang pindah masuk sekali." Sabariah membalas keras.
Lantak kau la. Malas aku nak bercakap baik-baik dengan orang yang tak reti nak berbudi bahasa ni! Kita berbudi, orang berbahasa. Ini aku berbudi, dia berkasar ada!
"Emm, terpulang la pada kau, okey? Aku tak paksa."
"Ikut hati, memang saya tak nak duduk sini, tapi saya fikirkan akak aje. Tu sebab saya ajak kawan saya datang tengok tadi. Kalau tak, jangan harap. Dah la, saya nak balik." Sabariah membalas dengan hati sebal. Dia mula bangun mengenakan tudungnya yang disangkut pada penyangkut di dinding berhampiran dengan ruang tamu.
"Kata nak balik lepas maghrib? Kalau kau nak balik sekarang pun tak apa, lagi bagus," balas Fadhila dengan nada yang sesumpah pun boleh bersumpah, ia memang menjengkelkan!
Sabariah menjeling ke arah jam dinding berwarna emas celup yang tergantung pada dinding betul-betul di atas TV. 6.40 petang. Dia menjeling ke luar. Memang hari sudah semakin gelap. Orang tua-tua kata, tak elok keluar waktu senja, tambah lagi anak-anak gadis sepertinya. Tapi, nak kata apa lagi. Rasa sakit hatinya telah membuatkannya nekad untuk pulang ketika itu juga!
Bunyi mesej masuk ke handphonenya menarik perhatian. Lantas handphonenya yang berjenama Samsung itu dikeluarkan dari poket seluar slacknya dan punat read ditekan.
Kau kat mana? Bila balik? Bagi tau aku, aku ambik!
Mesej Zack membuatkannya tersenyum seketika. Seriously caring! Ni yang buat aku bertambah sayang kat Zack ni! Ehem!
"Hai... ni la budak-budak zaman sekarang. Tengok handphone sikit, senyum. Tengok handphone sikit, gelak. Dah semacam orang sewel pun ada aku tengok."
"Habis, yang akak tu tengok jari sikit, senyum, tengok kaki sikit, gelak, tak pulak sewel nya?" Hah ambik kau! Kena sekali dengan aku. Tapi betul apa aku cakap? Dia ni kekadang tu ada timing sawan dia datang, tengok jari pun boleh tersenyum. Yang hairannya, boleh dia gelak tengok kaki sendiri, itu memang sawan tahap tinggi yang pernah aku jumpa la. Even aku senyum pun bersebab. Yang dia tu senyum bersebab ke tidak, tak tau la aku! Ada kisah pulak aku?
"Heh! Kau ni tak ada kerja lain ke nak mencari pasal dengan aku aje kerjanya?" Fadhila membalas. Hatinya panas apabila adik tirinya itu sudah pandai membalas kata-katanya kini. Matanya membulat, merenung ke arah gadis di hadapannya itu seolah-olah mahu diterkam habis-habisan.
"Up to you la, kak. Saya nak balik dulu. Malas nak bertekak, tambah dosa aje. Happy living, bye!" Sabariah membalas lalu berjalan menuju ke pintu utama, membiarkan kakak tirinya itu dengan kebengangan yang nyata.
"Kau memang dasar kurang ajar!"
Pintu ditutup rapat. Huh... lega. Itu ajalah yang sempat didengarnya pun.
Mesti dia terus membebel panjang serupa panjangnya membaca surah al-Baqarah sampai ke habis 286 ayat, yakni surah terpanjang di dalam al-Quran! Memang jadi cekadak goreng la aku kalau aku terus stay sini! Tak menyesal aku ambik keputusan nak balik tadi.
Nama Zack pada handphonenya ditekan bagi menghubungi Zack sesambil dia menunggu lif untuk turun.
"Aku baru nak gerak balik ni. Kau nak ambik aku ke, Zack?" Sabariah berkata laju selepas mendengar suara Zack di talian mengucapkan ‘helo’.
"Ya la, aku dah beritahu kau tadikan, aku nak ambik kau? Kau tunggu sana, jangan gerak mana-mana. Tunggu hingga aku sampai, okey? Dah nak gelap ni, bahaya kau sorang-sorang. Perempuan pulak tu."
"Okey." Talian diputuskan. Sabariah ketawa sendiri mengingatkan kata-kata Zack tadi yang menyatakan bahaya dia berjalan sorang-sorang kerana dia perempuan.
Habis, kau tu bukan perempuan ke, Zack? Zack... Zack. Sabariah menggeleng kepala seorang diri mengenangkan sahabatnya itu.
"BURUNG garuda dah tidur ke?" tanya Zack selepas dia memarkirkan motornya berhadapan dengan Sabariah yang sedang menunggu di hadapan flet kakaknya itu.
"Emm... tak. Aku balik tadi dia tengah tengok TV. Lantak dia la. Malas aku nak layan." Sabariah membuat muka tak tahu dan terus membonceng motor Zack selepas dia memakai topi keledar.
"Emm... ganas gila dia! Dah semacam minum kacip Fatimah lapan liter!" Zack menambah kuat.
"Dia memang macam tu. Kau punya badan macam mana?" Sabariah menjerit sekuat hati bagi melawan bunyi angin dan enjin motosikal Zack. Itu pun si budak Zack still tak dengar jugak. Last sekali, soalan itu dibiarkan begitu sahaja dan disimpan sehingga mereka tiba di kolej.
"Tengok badan kau." Sabariah berkata selepas mereka sampai di bilik. Roomate Zack yang seorang itu sudah balik awal-awal lagi. Habis aje paper exam yang last, terus cabut tak tinggal jejak. Bapak rindu kat kampung dah agaknya.
Sabariah bermukim sebentar dekat bilik Zack. Tambahan pula, roomatenya juga dah blah, dengan keadaan kolej yang sunyi, larat ke dia nak duduk sendirian di dalam bilik.
"Woo.. stop dulu. Kau ni sebijik gaya nak rogol aku. Kalau ya pun, bagi la aku duduk dulu. Ini tau-tau aje main terkam macam ni. Kau memang expert bab gini ya, Saba? Ha ha ha..." Zack mengusik Sabariah selepas baju T-shirtnya diselak di bahagian perut.
Blusher merah semula jadi muncul di pipi Sabariah. Malu sebab tak pasal-pasal kena tuduh nak merogol orang!
Zack melabuhkan punggungnya di atas tilam yang dilapik menggunakan bed sheet berwarna hitam, bercorak bulat-bulat putih.
"Wei! Aku ni ambik berat aje pasal kau! Kau kena belasah sebab aku jugak! Baik kau bukak aje, karang aku betul-betul rogol, kau jugak yang menyesal bagai!" Sabariah memanjangkan gurauan Zack sebentar tadi.
"Ya la, kau tengok la ni. Biru-biru badan aku! Naik sewel kepala otak aku tau kena ketuk dengan payung! Nasib payung, kalau dia bawak topi keledar, innalillah aku kat situ!" Zack membuka bajunya dan dilempar ke tepi.
Sabariah mula merenung-renung dalam bengkak-bengkak yang timbul di badannya.
"Woi! Jangan la! Yang kau pergi tekan-tekan tu siapa suruh! Sakit la, mangkuk!" Tangan Sabariah ditarik kasar.
"Aku nak cek aje, betul ke kau sakit?" Sabariah menjawab dengan lagak muka innocent. Kedudukan badannya dibetulkan sedikit.
"Kau ni memanglah otak fifty persent tak betul. Dah kau sendiri nampak aku kena pukul, larat pulak aku nak balik letak watercolour kat badan kalau betul pun aku nak tipu kau!"
"Ni dalam singlet ni? Lalu aku nak tengok." Tangan Zack ditolak ke tepi. Hujung singlet putih Zack dipegang kemas.
"Dah, yang dalam-dalam simpan ajalah. Tak payah la kau kira and buat statistik pulak. Kau sapu ubat yang luar-luar sudah, okey?"
Sabariah menurut sahaja. Kakinya berjalan ke arah almari baju Zack dan dibuka.
"Mana ubatnya?"
"Tu ada aje kat situ. Minyak gamat Langkawi. Kau nampak tak? Depan mata kau aje pun. Hai la, kau ni. Ada spek mata cantik bagai, tak nak pakai. Dah tu, nak berlakon menyerupai orang tak rabun." Zack membebel panjang sambil membaringkan badannya ke atas tilam nipis itu.
Huh, selesa. Tapi malam ni tidur tak lena la aku dek kerana garuda tu! Belasah orang tak ingat!
"ALA, kamu ni, Sabariah... bersabarlah sikit dengan kakak kamu tu. Kesian kat dia. Memang la dia kerja besar, tapi tak cukup dia nak belanja. Kamu pun taukan, dia tu barang semua branded segala. Muka pakai SK II. Baju semua mana main Petaling Street, kedai cokia apa. Nak Yvest Saint Lauren, Gucci, apa ci-ci lagi." Mak Sabariah bercakap perlahan di hujung talian, memujuk agar Sabariah mempertimbangkan keputusannya untuk tinggal bersama dengan Fadhila.
"Ala, mak ni. Dia yang nak branded segala, kenapa Sabariah pulak yang kena, mak? Nak branded sorang-sorang dah la. Apa nak libatkan orang lain sekali? Kalau mulut baik tak apa, ni dah la cakap serupa burung murai, pot pet pot pet, ayat pedas kalah rendang tuk kat kampung! Pedas membawa maut tau, mak?"
"Ala, dia mulut aje jahat, tapi hati baik. Duduk dengan dia ajalah, ya?"
"Baik sungguh, mak. Hari tu, dia pukul kawan Sabariah sampai tiga hari tak tidur budak tu." Sabariah berkata sambil matanya merenung ke arah Zack yang sedang tidur memeluk seekor teddy bear besar.
"Emm... ada salah faham kut, tu sebab dia buat macam tu. Tapi, mak tau, hati dia baik sebenarnya." Tak habis-habis mak ni nak menangkan kakak jugak, kenapa?
"Emm... ya la mak. Nanti ajalah kita bincang balik pasal ni. Sabariah nak kemaskan barang, hari ni nak kena kosongkan dah bilik. Nanti kena denda pulak. Okey, mak. Assalamualaikum!" Punat merah pada handphonenya ditekan. Handphonenya itu kemudian diletakkan di atas meja studi. Dia menuju ke arah katil Zack dan duduk di sisi katil tersebut.
"Wei, Zack. Bangun la. Dah nak tengah hari dah ni. Yang kau tidur memanjang ni kenapa?"
"Ala, Saba. Kau ni, sibuk ajalah. Kau pun tau aku dah lama tak tidur lena. Kakak kau memang kena bayar ganti rugi pada aku yang comel ni. Mata pun dah menyerupai mata panda." Zack membebel dengan mata tertutup.
"Ya la, panda comel. Kau better bangun, karang tak sempat nak kemas segala. Sudahnya kau nak bising kat aku jugak! Aku nak balik bilik ni. Apa-apa roger me, okey?" Pipi gebu Zack ditarik kuat.
"Aduh! Sakitlah, Saba. Jangan la balik lagi. Aku lapar. Buatkan aku Maggi dulu boleh tak?" Zack senyum selepas mengusap sendiri pipinya yang perit sedikit ditarik Sabariah. Kemudian dengan riak muka comelnya, dia menarik tangan Sabariah yang sudah pun bangun ingin menuju ke muka pintu.
"Emm... yalah, cik panda. Pergi mandi dulu. Gila masam bau!" Sabariah mengepit hidungnya, seolah-olah mengejek badan Zack yang berbau masam.
"Amboi amboi... mulut tu, Cik Sabariah! Menurun dari garuda tak berlaki ke?" Zack memerli sambil perutnya digaru sedikit. Selepas menggosok-gosok rambut pendeknya yang sedikit tak terurus dek kerana baru bangun daripada tidur, dia pun segera bangun menuju ke tandas membersihkan diri.
Pulang ke bilik, dilihat Sabariah sudah tiada.
Bapak cepat dia masak Maggi and blah. Macam tak ikhlas aje masak Maggi untuk aku ni?
Zack mengelap rambutnya yang basah dengan tuala yang tersidai di bahu. Di atas meja studi, dilihatnya sebiji mangkuk putih berbunga biru ditutup dengan penutupnya yang satu set, sekali dengan mangkuk putih tersebut. Di bawahnya diselit nota
Aku blah dulu. Makan baca doa, mana tau kut-kut aku terhembus mentera Siam ke dalam Maggi kau. Ha ha ha...
Zack tersenyum nipis.
Ada-ada aje minah ni nak mengarut!
"AKAK nak saya duduk sekali boleh, but on one condition. You must let me move in with Zack," kata-kata Sabariah kedengaran lembut, namun ketegasannya terlihat di sebalik kelembutan ucapannya.
"Oppss, kejap. One second. Apa kau sebut tadi, aku tak dengar? Zack? Budak pengkid hari tu tu? Ahh! No way, dear!" Fadhila membangkang setelah nama Zack disebut oleh Sabariah. Kakaknya itu pulang ke kampung semasa cuti hujung minggu memandangkan kampung halaman mereka tidaklah sejauh mana. KL ke Port Dickson lebih kurang dua jam sahaja.
"No way, no money. That’s all!" Senang, ringkas dan padat jawapan yang disebut oleh Sabariah.
Tak boleh asyik nak mengalah dengan burung garuda ni! Asyik-asyik nak mengalah, yang susahnya aku jugak! Padahal kita ni nak menolong menyenangkan dia. Alih-alih dia yang banyak songeh! Apa kes pulak aku nak mengalah macam tu aje? Mana boleh, beb! Aku pun ada hak untuk bersuara!
"Budak pengkid mana ni, Sabariah?" Suara mak kedengaran. Agaknya dah lama duduk pasang telinga balik tirai mendengar perbualan mereka adik-beradik.
"Mana ada pengkid la, mak. Tomboy aje pun. Dia kawan baik Sabariah dari awal belajar lagi. Kakak ni aje yang pandai-pandai reka cerita. Mak ingat tak Zack yang datang sini hari tu dengan Sabariah? Dia la, mak." Sabariah sekali lagi mempertahankan Zack.
"Mana kau tau dia tomboy aje? Tomboy tak ada nak memakai-makai bengkung segala, rambut pendek bagai and pakai sebijik macam lelaki macam si budak pengkid tu! And lagi, kau tau ke dia tu normal atau pun tak? Mana tahu dia simpan perempuan belakang kau, hah?" Fadhila menjawab dengan nada menyergah, muka gila puas hati dapat membantai adiknya itu habis-habisan.
"Okey, fine! No her, no move in!" Ayat terakhir Sabariah sebelum dia menghentak kaki dan bangun meninggalkan ibu dan kakaknya terpinga-pinga di meja makan.
Terasuk dek toyol mana budak ni? Takkan dah jatuh cinta dengan si budak tomboy tu sampai beria-ia benar pertahan nak ajak dia duduk sekali? Aih, masalah sebesar dunia ni! Mak Sabariah membebel sendiri di dalam hati. Pelbagai persoalan timbul di benaknya memikirkan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.
"OKEY la. Aku setuju kau ajak kawan kau duduk sekali. Tapi aku tak nak korang berdua masuk campur dalam hal aku, tu aje. Faham?" Fadhila berkata dengan muka kerek tak payah sebut ketika dia datang menyibukkan diri sedang Sabariah menonton TV pada malam harinya.
"Bila masa pulak saya masuk campur hal akak? Suka hati akak la nak buat apa pun. Ada saya kisah?" jawab Sabariah bengang. Dulu memang dia jarang berkomunikasi dengan kakaknya itu, kerana kakaknya itu menyambung studi di luar negara. Dia juga seringkali tiada di rumah kerana tinggal di asrama sejak sekolah rendah lagi.
"Okey. Deal. Bila kau nak masuk?"
"Tunggu semester baru bukak la, baru saya masuk."
"Ya la, semester baru kau tu bila? Bulan ni ke, bulan depan ke, mana aku tahu?"
"Akhir bulan ni. Kira saya bayar start bulan depan la."
"Kau nak..."
"Assalamualaikum!" Suara seorang mak cik kedengaran memberi salam, mematahkan perbualan mereka berdua.
"Waalaikumussalam. Masuk la mak su. Mak ada kat dapur, tengah panaskan lauk," kata Sabariah mesra sambil bangun menyalami adik bongsu ibunya itu.
Mak su tinggal berhampiran dengan rumah mereka. Rajin juga dia bertandang ke situ, bersidai dengan mak tepi tangga. Kekadang bincang masalah, kekadang menyelesai, mencari masalah pun ada jugak! Ya la, tak sedar sedap bersembang, sampai terumpat orang, cari masalah di akhirat la tu namanya!
"Eh, Dila pun ada? Apa khabar? Lama tak balik?" tanya mak su sambil tersenyum memandang ke arah anak saudaranya itu.
"Haah, sibuk sikit. Saya masuk dalam dulu." Fadhila menjawab acuh tak acuh lalu bangun angkat punggung. Kakinya menapak laju ke dalam bilik.
Semula jadi burung garuda memang tak mesra alam. Boleh dia blah macam tu aje? Dengan tak bersalamnya, tak memandang langsung apatah lagi nak senyum! Hormat la sikit orang tua ni datang rumah, emak saudara pulak tu! Heii... Sabariah bising di dalam hati.
"ZACK! Boleh ya duduk sekali dengan aku kat rumah akak aku? Kau aje kawan aku yang aku rasa nak ajak. Wei... jom la. Aku tak ada kawan, karang aku kena buli, siapa nak tolong?" Sabariah menghubungi Zack malam itu juga. Mencuba nasib bagi memujuk Zack.
"Aiseh men. Kau nikan. Janganla gali lubang kubur sendiri! Kalau tak ada masalah, buat apa cari masalah. Then dah jumpa masalah, aku jugak kau cari!"
"Ala, please, Zack. Aku pun bukan nak sangat duduk dengan burung garuda tua tu, tapi kesian kat mak aku, mengharap gila aku duduk dengan dia! Aku nak kata apa lagi? Lagipun cakap makkan, aku kena la patuh and taat." Dalil naqli secara tersirat dihujah oleh Sabariah, menguatkan tugu kekuatan ‘syarahan’ nya malam itu.
"Aduh. Kau ni kalau minta belanja piza ajekan senang? Kenapa kau minta benda bukan-bukan macam ni dengan aku? Benda gila bagai! Hai la... ni yang aku nak mengeluh panjang sampai pagi ni! Emm... bagi la aku fikir dulu dalam masa dua tiga hari. Solat istikharah dulu ke bagi aku dapat petunjuk! Bukan senang nak buat keputusan ni! Between dead and alive, beb!"
"Please, ya? Aku harap and mohon sangat kau dapat teman aku duduk sana. Kalau tak, siapa yang nak protect aku kalau garuda tu buat hal? Kau ajekan yang ada? Aku nak minta tolong boyfriend aku pun tak ada pekdahnya!"
"Ha, ya la, ya la...! Bagi la aku masa dulu fikir. Kau ni tak menyempat betul la. Aku sekeh karang! Nasib baik aje kau jauh. Kalau tak, memang kena la sekehan perdana aku ni!"
"Okey, aku tunggu jawapan kau! Babai dear. I love you so much!" Talian dimatikan.
Nak pancing aku, mula la dia dengan ayat I love you la, dear-dear la, protect sana protect sini, ingat aku tak tau kau tu, Saba? Huh! Garuda tua vs garuda kecil a.k.a Saba. Siapa yang bakal menang ni??
"SEWA sebulan RM1200. So kita tiga, sebulan RM400. Okey?" Fadhila menulis apa yang disebutnya tadi di dalam sebuah note booknya. Selepas bercakap, matanya merenung ke arah Zack dan Sabariah bergilir-gilir.
"Apa pulak you merapu ni? Mana boleh macam ni? You duduk bilik master, kita orang dapat bilik kecil, kongsi pulak tu, mana aci kena bayar sama banyak dengan you yang duduk master bedroom? Ada hala pulak!" Zack menepuk meja kopi di hadapannya, kuat jugak. Baru sampai sudah mula bergaduh.
Mata Fadhila membulat merenung Zack yang membangkang usulnya tadi.
"Suppose to, betul la macam aku kata tadi. Kita berkongsikan?" Fadhila menjawab tenang. Hari ni mood agak baik. Tenang.
"Memang kongsi, tapi kau dapat lebih, apa kes kita orang nak bayar untuk kelebihan kau tu pulak? Masuk sekolah tidak kau ni ha, nenek garuda?" Zack menjawab.
Sabariah sudah mula kerut dahi memandang ke arah kakaknya yang sudah mula kembang-kempis hidung dan naik turun dada yakni berombak, bermaksud, windy day in the way..!
"Kau!" Fadhila bangun sambil menghempas kuat pennya ke atas permukaan meja kopi tersebut. Jari telunjuknya dituju tepat ke arah muka Zack.
Nope! Ini bukan windy day lagi, tapi dah stormy day! Astaghfirullah! Kau selamatkanlah aku, ya Allah! Sabariah berdoa di dalam hati.
"Wei, Saba! Kau rasa apa manusia ni cakap betul ke tidak? Aku rasa dia ni setengah tiang la! Benda kecil sekecil kuman pun tak boleh fikir guna otak ka??" Zack membalas kuat. Dia sudah mula berdiri berhadapan dengan si garuda. Aura garuda nak menerkam and menelan orang sudah muncul!
Memang dia salah! Ada pulak nak berlebih-lebih minta, padahal dia dapat speciality lebih!
"Kau yang tak masuk sekolah ada!" Fadhila membalas. Tangannya menggempal penumbuk. Menunggu masa untuk dilayangkan ke muka Zack.
"Apa kau ingat ni main kutu ke? Kena bayar sama banyak? Kau better pergi masuk lombong ajalah lagi baik! Dah la! Malas aku nak layan si nenek burung garuda tak berlaki ni! Aku tak nak duduk sini! Aku ulang, aku tak nak duduk sini!"
"Zack! Please! Think about me, okey?" Si Sabariah yang diam semenjak tadi, mula bersuara apabila Zack selesai membuat ‘pengumuman’ nya. Zack yang sudah bergerak menuju ke pintu keluar, ditahannya.
"Kau tak nak duduk sini, sudah! Blah ar!!" Bergema satu flet dengan suara nyaring kalah petir Fadhila itu.
"Akak! Please! Tolong la appreciate sikit! Dia datang ni pun semata-mata nak tolong akak, tau tak?" kata Sabariah sambil memandang tepat ke arah kakaknya yang memang menjengkelkan itu. Kalau bukan disebabkan mak, memang haram aku nak duduk sini dengan dia!
"Ahh! Aku bukan pengemis! Kau tak ada pun aku boleh hidup la!"
"Hei, makhluk ni! Aku lepuk karang, menyesal tak ingat nanti! Saba, baik kau bagi aku pergi sekarang, sebelum ada pulak yang patah kaki aku belasah!" Kesabaran Zack sudah sampai ke kemuncak.
"Blah kau!!" Fadhila pulak mengapi-apikan lagi kemarahan Zack.
"Dah! Shut up! Kakak, kau duduk sekarang! Zack, kau pun sama! Cuba bertenang sikit, takkan tak boleh? Asyik nak bertendang aje, apa yang korang dapat, hah?" Giliran Sabariah pula menempik. Habis hilang segala penghormatan yang bersisa, yang diberi kepada kakaknya sebelum itu.
Ambik kau! Ha, ingat korang aje boleh mengamuk? Aku lagi boleh!
Zack menarik nafas panjang lalu dihembus kuat. Begitu juga dengan Fadhila. Garuda melabuhkan punggungnya ke atas kerusi walaupun hatinya masih panas.
"Korang berdua dengar apa aku nak kata. Dan keputusan aku keputusan muktamad! Nobody’s can argue. If do, please leave!"
"I’m leaving!" Zack berkata sambil menapak ke pintu sekali lagi.
Aisea men! Silap ayat daa....
"Zack. You did promised me before, right? So please stay." Sabariah memujuk lembut, membuatkan Zack terasa egonya kian runtuh. Promise is still a promise no matter what. Zack berpatah balik dan menghempaskan badannya malas di atas sofa.
"Cakapla cepat apa bendanya?" Zack bersuara malas.
"Okey. Kakak, usul kau tadi memang tak boleh guna. Sebab seriuosly memang berat sebelah. So, usul aku sekarang, kau just bayar RM600, and kita orang dua RM600, mean by that, sorang RM300. Ini pun dah kira mahal tau? Kau kena faham and tolerate sikit, sebabnya, kami ni still student, bukan macam kau yang dah kerja, ada duit sendiri."
"Ala, budak pengkid nikan anak orang kaya? Apa salahnya bayar lebih sikit?"
"Apa kau pang.." Zack bersuara. Mukanya dah start merah menahan marah.
"Syyy... please. No argument here. Kau patut bersyukur sebab kita orang sanggup nak duduk sini bantu ringankan beban kau nak bayar sewa walaupun tak banyak mana. Sebabnya, kau pun tahu kau tu mulut jahat, ingat senang kami nak tahan duduk sini? Aku pun fikir 456 kali, sampai tertungging terbalik memikir patut tak aku duduk kat sini tau? And for the second thing, please, aku tak nak korang berdua bergaduh lagi. And Zack, no garuda’s here, okay?" Sabariah menutup tirai perbincangan pada pagi hari itu.
Zack dan Fadhila menjeling tajam antara satu sama lain. Keras dan ada makna tuu...
Perang Antartika akan bermula di sini, bermula aku menjejakkan beg aku! Garuda tak berekor, kau tunggu ajalah! Big project plan akan disusun dan aku memang akan pastikan kau jadi manusia, bukan garuda lagi. Ha ha ha... Zack berbisik perlahan sambil tersenyum puas.
"ADA patut dia tampal signboard besar gedabak dekat pintu bilik dia? Kau tau dia tulis apa?" Bisik Zack di dalam kuliah accounting pada jam sepuluh pagi hari Selasa itu. Mereka berdua memilih tempat duduk di atas sekali, jauh daripada pelajar-pelajar lain, dengan tujuan senang nak berborak. Padahal, yang paling atas tu la yang paling senang lecturer nak tengok and nak detect kalau buat bising.
"Haa, apa dia? Aku tak perasan pun?" jawab Sabariah sambil memandang ke arah Zack. Pen yang sedang dipegang untuk menulis nota akaun itu diletak di sisi. Macam menarik aje gosip Si Zack ni! Of course la kalau bab mengutuk or mengumpat orang, memang best! Subjek favourite pun tak boleh challenge!
"Kau tu memang. Harap ada mata, tapi letak kat telinga. Dia tulis, sorry, no entry. Tak apa la. Yang sakit hatinya, dia tambah dekat bawah tu, guna pen marker, especially to pengkid! Aku tau dia maksudkan aku! Gila batak betul la dugong tu!" Kata Zack dengan nada perlahan, namun macam biasa la, tetap dengan semangat wajanya, siap menepuk meja panjang di dalam dewan kuliah itu lagi.
"Ya ke? Ha ha ha.... aku pun tak boleh nak kata apa la. Dia memang macam tu la, beb! Dengan aku pun punya la scepticnya, dengan kau lagi la!" Nada yang sama dengan Zack, Sabariah balas.
"Masalahnya, aku ni bukan pengkid! Kau tau tak? Aku tak suka orang gelar aku macam tu!"
"Hai, korang berdua dekat atas tu, Sabariah and Sofi... apa bisik-bisik? Ingat saya tak dengar dugong, pengkid and segala? Saya mengajar kat depan ni, ambik la nota. Ingat kamu berdua tu Imam Syafi’e ke? Dengar sekali terus boleh ingat?" Ayat memerli dari lecturer accounting cukup pedas dan membuatkan kedua-duanya tersenyum-senyum dan terkulat-kulat serupa tikus mondok akhirnya.
Aku akan balas dendam! Tulis Zack pada sekeping kertas kecil dan diberikan kepada Sabariah di sebelah. Sabariah tersenyum dan membalas,
Serve her right! ;)
"SIAPA yang sedap-sedap jiwa menambah ayat NENEK GARUDA dekat depan pintu bilik aku ni??" Suara Fadhila kuat menempik selepas dia pulang dari tempat kerja.
Zack dan Sabariah ketawa tekan perut di dalam bilik mereka.
"Caya la. Aku dah agak gerenti dia bengang punya!" Zack berkata pada Sabariah dengan semangat teruja yang kuat. Dia sengaja menampal perkataan ‘nenek garuda’ di atas perkataan ‘pengkid’, bagi menyakitkan hati Fadhila.
Sabariah pun join sekaki kerana terkadang dia terfikir, memang patut pun kakaknya itu diajar sikit, baru boleh jaga sikit kut mulut jahat dia tu!
Kedengaran pintu bilik mereka diketuk kuat selepas ‘kilat petir’ yang menyambar tadi berhenti. Kuat dan tak henti-henti dia mengetuk. Bukan ketuk aje, siap menumbuk dan menampar pintu tu! Kalau boleh, sampai tercabut agaknya pintu tu dia nak belasah!
"Wei, budak pengkid! Keluar kau sekarang!" Suara nenek garuda kedengaran kuat dari luar.
"Weh! Dia main panggil aku budak pengkid! Ini tak boleh jadi ni!" Zack segera menuju ke pintu. Air mukanya mula berubah selepas dipanggil sedemikian rupa. Muka Sabariah yang kelat dipandang sebelum tombol pintu dibuka.
"Apa kes kau, mangkuk??" Zack berhadapan dengan Fadhila yang kelihatan begitu kecil dan rendah berbanding dengannya.
"Kaukan yang buat kerja tak senonoh depan pintu aku tu??" jerit Fadhila sambil menunjuk ke arah pintu biliknya yang tertampal sehelai kertas itu.
"Apa ke jadah kerja tak senonoh pulak ni? Habis, yang kau menampal ‘Especially for Pengkid’ tu, mulia sangat la kerja kau? Jauh Pluto dari bumi! Kalau kau tak tampal benda gitu pun, bilik kau tu tak teringin aku nak jejak! Ada faham?" Zack membebel panjang. Angin bendera Jepun a.k.a datang bulan menerpa membuatkannya bertambah senang naik angin walaupun bendanya kecil aje.
Tapi si burung garuda ni, aku rasa mood datang bulan dia memanjang sepanjang tahun. Tak ada nak seminggu aje sebulan. Tapi, dalam banyak hal, selalunya dia yang mulakan dulu, timbulkan masalah dengan aku! Aku ni tak la kejam sangat, tak tentu pasal nak mencari gaduh dengan orang, tapi sekali dah orang buat perangai or annoying me, memang dia cari bala tak ingat la!
"Ha, apa kau tenung? Dah tak ada ayat nak tempik kat aku? And for your information and guidance, aku bukan budak pengkid serupa yang kau selalu sebut tu! Panggil aku dengan nama aku takkan tak boleh? Z-A-C-K!" Sebijik-sebijik Zack mengeja huruf-huruf di dalam nama panggilannya.
"Habis, yang kau duk panggil aku dengan nenek garuda tu apa kes pulak? Aku pun ada nama aku jugak! Nur Fadhila Shahida binti Irwan!"
Nur Fadhila Shahida binti Irwan! Gegaran suara nenek garuda itu mengejutkan Zack daripada lamunan panjangnya tadi.
"Helo! You all ingat I ni free sangat ke sampai nak tunggu almost berjam-jam setakat nak bayar benda alah ni? Sorry!" Dia membebel panjang and laju semacam dengan nada biasa dia la, yang membuatkan orang yang dengar pun naik menyampah. Memang geng gedik tak ingat dia ni!
"Just wait for a couple minutes, can’t you? I’m sorry because make you waiting so long." Zack menjawab dengan baik.
Costumerkan. Kena la hormat and dia ni tua banyak daripada aku. Dulu-dulu kalau dia layan aku baik-baik, tak ada masa aku nak cari pasal dengan dia ni. Buat dosa aje, tapi dah perangainya memang buat aku tak tahan, mana boleh aku nak diam aje! Agaknya dia ni dengan siapa-siapa, or mana-mana pun, tetaplah dia dengan kekerekannya yang nyata itu!
"Kau? Budak pengkid! Apa kes kau kat sini? Tak habis-habis dengan muka kau! Bosan la aku!" jerit kuat Fadhila semacam biasa.
Haa, tengok-tengok. Aku tak cakap apa pun, dia yang nak mengamuk sakan. Aku hairan la. Si Sabariah tu punya la baik, yang si kakaknya ni pulak dah lebih menyerupai sang rimau tak bertanduk. Woo, seram beb!
"Sorry ya, miss. Saya bukan la budak pengkid semacam yang miss sebut tu. Saya ialah Zack, untuk pembetulan kalau miss tak ingat."
"Kau memang perosak anak dara orang! Dah lama aku nak cari and belasah kau cukup-cukup! Tak sangka pulak boleh jumpa kau kat sini! Memang hari ni nasib aku la agaknya. And hari ni jugak memang akan jadi hari malang kau!" Jari telunjuknya mengarah tepat pada hidung mancung Zack sambil membuat mata yang penuh dengan killer’s auranya itu.
"Apa ni, miss? Jangan nak main tuduh-tuduh ya! Masa bila saya ni pergi merosak anak dara orang pulak? Saya tak ada buat apa-apa pun," ujar Zack dengan nada yang tenang, sedang dalam hati menyumpah panjang pada si cashier mata bulat tu, entah hilang ke mana timing macam ni jugak! Workers lain pun boleh pulak aku tak nampak batang hidung dia orang! Apa ada kenduri doa selamat ke sampai semua hilang dalam satu masa??
"Ooo... kau jangan buat-buat lupa pulak? Kau ni amnesia ke or buat-buat setengah tiang? Kau dah lupa apa kau buat kat Si Sabariah dulu? Lupa? Haaa... isyy! Geram gila aku dengan kau ni! Hee, ya Allah!!" Tangannya menggenggam erat handbagnya yang besar menyerupai bulu harimau bintang itu lantas dia menepuk kuat handbagnya ke atas meja cashier.
"Boleh kau diam lagi? Kau tak nak mengaku lagi ke apa yang kau dah buat, hah??"
"Aduh! Apa ni? Kenapa la ada stok mak nenek kerek bagai kat dunia terutamanya di Malaysia ni? Wahai mak tiri, tolong jangan ungkit benda ni boleh tak? Semua berlaku bukan saya yang rancang. Ingat saya ni apa sampai sanggup nak buat macam tu kat dia? Benda ni unpredictable! Tiba-tiba datang, bukan saya yang suka-suki, and dia pun!"
"Emm... minta maaf, Miss Sofi! Tadi kami semua pergi kedai kek belakang tu, pilih kek untuk birthday party nanti." Berbondong-bondong pekerja butik Rill’s Collection masuk kembali ke dalam butik.
"Amboi! Semua sekali nak pergi pilih kek? Apa malaun mana nak sambut birthday dia sampai satu kerabat pergi pilih kek untuk dia? Jumpa saya nanti! Layan mak cik tua ni, saya nak masuk bilik!" kata
Zack mengcover kebengangannya sambil menunjuk ke arah Fadhila yang sedang bermuka semacam orang mengandung tertelan makan asam.
"Woi, budak pengkid!! You owe me!" Kaki Fadhila laju menapak ingin masuk ke bilik Zack, namun segera dihalang oleh cashier di situ, lalu langkahnya terhenti.
"Minta maaf, puan. Kami..."
"Apa puan, puan? I ni cik lagi tau? Cik a.k.a miss! Sedap-sedap you aje panggil I puan??"
Terpercik siot! Menyimbah air liur! Huh!
"Minta maaf, cik. Kami tak benarkan sesiapa masuk kecuali atas kebenaran Cik Sofi. Kalau tak..."
"Ahh! Sudah! Malas aku nak dengar Cik Sofi or anything! Kau cakap dekat bos kau si budak pengkid tu, jangan ingat aku akan lepaskan dia macam tu aje! Dah! Aku tak nak semua baju-baju ni! Karut!"
Tempikan kuat suara Fadhila dan hentakan kuat kasut tumit tingginya mengakhiri drama pada hari itu dan meninggalkan satu tanda tanya yang bakal menjadi gosip di butik tersebut.
Di dalam biliknya, Zack termenung. Kepalanya diletakkan di atas meja, matanya dipejam rapat dan tangannya meramas-ramas rambutnya yang berwarna perang itu.
"Maafkan aku, Saba. Sungguh aku tak minta semua ni jadi... semuanya salah aku. Maafkan aku, dear." Zack berbisik sendiri dengan sesalan yang menyesakkan dada.
0 comments:
Post a Comment