Kemungkinan Doa Tidak Dimakbulkan Allah

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 15:38 Komen : 0 Tag :

Berdoa adalah suatu yang mempunyai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi supaya ia dimakbulkan oleh Allah. Sebagai seorang muslim perlu memahami konsep "Iyya Kana'budu wa iyya kanas taen" yang bermaksud kepadaMu aku sembah kepadaMu aku memohon pertolongan. Jelas dalam maksud ayat ini bahawa kita hendaklah sentiasa berdoa melalui ibadat tanpa mengira masa senang atau susah dengan pemuh pengharapan kepada Allah S.W.T. Oleh itu ada beberapa kemungkinan doa itu tidak dimakbulkan Allah, iaitu : 
1)    Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah 
2)    Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon. 
3)    Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian dari sumber yang haram. 
Ingatlah firman Allah yang bermaksud :  
"Janganlah sesekali kamu berputus asa dari rahmat Allah sesungguhnya orang yang berputus asa adalah dari golongan zalim".

firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud :  
" Perkara yang kamu benci boleh jadi ia baik bagi kamu dan perkara yang kamu suka ianya boleh jadi buruk bagi kamu. Ingatlah Allah jua yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahui".

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment