"Kenapa muka nampak cengkung aje ni? Pucat pulak tu?" Mama bertanya sambil mengusap lembut pipi Zack.
"Tak ada apa-apa, mama...."
Di tepi jalan berdekatan dengan Pudu Raya itu, Zack tersenyum-senyum sambil pipinya diusap-usapkan ke bahu mamanya, gaya ala-ala kucing betina gatal. Kalau orang tengok, mesti fikir sugar mummy dengan gigolonya. Hu hu hu...
Sebelum tu, Abang Din dah blah awal-awal selepas menghantar Zack ke situ. Senak perut pulak katanya. Rambutnya ter‘selamat’ untuk kali ni, tapi aku tetap akan mencari plan baru untuk kenakan dia lagi! Jahatnya la aku ni! Orang dah buat baik, balaslah baik-baik! Nasib la Bang Din terjumpa makhluk tak berekor macam aku ni. Hu hu hu....
"Jom! Naik kereta. Mama and papa ada surprise untuk Zack!" kata mama ceria. Surprise apanya mama ni? Hari ni birthday aku ke? Ye ke? Entah! Aku pun tak ingat. Tapi kalau tanya aku punya beloved mama, of course dia tahu. Sebabnya, mama aku terer matematik. Ada pulak 8kena-mengena math dengan tarikh birthday? Tapi aku memang otak agak bengap, kalau orang tanya birthday aku aje, aku memang kena bukak purse and tengok I.C yang ada gambar budak cute dalamnya tu, siapa lagi, budak cute itu semestinya aku. Lari dari perbincangan sebentar, disebabkan aku suka perasan, tu yang suka lari tajuk tu. He he he...! Yang paling kesian dekat aku ni, nombor I.C sendiri pun boleh tak ingat! Kenapa la jadi macam tu?
"Eh? Kenapa mama bawak Zack datang sini ni, ma?"
"Malam ni ada dinner kat hotel five stars. Mama and papa dah setuju nak Zack ikut sekali. So, as my daughter, Zack kenalah dress up girly-girly, honey!" Mama nampak happy sambil menarik tangan Zack masuk ke dalam butik pakaian wanita.
Girly-girly? What the thing?? No!!! Habislah segala kemacoan yang aku cuba tanamkan seumur hidup aku ni, kalau aku dress up girly-girly! Ahh, no way, mama!!
"Tak nak, mama. Mamakan tau yang Zack ni tak pernah pakai gaun seumur hidup Zack?" Zack cuba nak mengayat mama supaya tidak meneruskan hajatnya itu.
"Sayang, dinner tu important to us. So, you must act like a girl, honey," ujar mama. Tangannya ligat memilih mana-mana baju yang kelihatan cantik dan berkenan di hatinya.
"Mama. Zack suka beli baju baru, tapi Zack nak pakai baju kut, tak nak dress singkat macam mak nenek tak cukup kain ni, mama!" Zack menyangkut kembali baju dress berwarna merah menyala yang cuba dipadankan ke badannya sebentar tadi.
"Zack, janganlah macam ni, okey? Kalau Zack sayang mama and papa, please, okey? Just for tonight."
Kenapa aku tak ada langsung naluri nak jadi wanita ni? Parah.. tapi, disebabkan mama dah ugut dengan kasih sayang, ni yang buat aku tak sampai hati!
"Berapa lama dinner tu, ma? Ada banyak makanan tak?" Zack bertanya, cuba menimbang kembali hajat mamanya itu.
"Banyak, sayang. Jangan risau. Kalau Zack pergi aje dinner tu, mama gerenti
Zack kenyang sampai lusa!"
Yes! Makan itu penting bagi aku! Walaupun aku agak cekeding, tapi makan tukan keperluan asasi. Lagipun aku memang suka makan melebihi keperluan asasi! Yang hairannya, aku tak gemuk-gemuk jugak sampai sekarang. Berat aku steady and tak pernah overWeight. BMI aku memang sentiasa cantik and buat aku tersenyum sampai ke telinga tak capang aku tu!
Sehelai gaun hitam berlabuci dan berbulu di bahagian dada dicapai oleh mama yang glamor dengan panggilan Datin Gold a.k.a. Datin Maskiah. Nenek aku panggil dia Mas, so emas = gold, that’s why orang panggil dia macam tu. Padahal, asal-usulnya, aku yang mulut jahat pergi panggil mama aku macam tu. Macam papa aku. Kan ke nama glamor dia Dato’ Misai Putih? Tu atas jasa baik aku la tu meng‘hadiah’kan mereka berdua nama glamor.
"Try this, honey. Mama suka."
Zack merenung gaun tersebut dari atas ke bawah. Tali nak gantung baju ni, mak aii... nipis nya! Lagi nipis daripada rambut aku! Sekali orang tarik, terus putus! Alamatnya aku bukan pergi dinner, tapi jadinya macam aku pergi swimming pool pakai bikini!
Zack mengeluh panjang and kuat macam kerbau baru habis berendam dalam lumpur. Mata mama yang bersinar mengharap tu, membuatkan dia tak sampai hati nak menolak. Lastly, dia pun masuk ke dalam bilik persalinan di situ dan mencuba gaun yang tak pernah dipakai seumur hidupnya.
Keluar aje....
"Ala, cantiknya anak mama! Eh...?" Mamanya laju meluru ke arah Zack yang kelihatan kurang selesa dengan baju ynag dipakai.
"Eh? Kenapa ni, mama??" Zack hairan kerana dengan tiba-tiba sahaja mamanya meraba-raba dadanya.
"Kenapa rata aje ni, Zack?"
"Apa yang ratanya, mama?"
"Ni la, dada ni. Dah ke mana?"
"Ada aje, mama. Tak ada dada, tak hiduplah Zack. Dalam dadakan banyak benda-benda penting? Ada hati, jantung..."
"Bukan la. Mama mean, ‘buah dada’...." Mamanya membisikkan perkataan ‘buah dada’ itu di telinganya.
"Buah dada??"
Semua mata memandang ke arah Zack yang secara tiba-tiba menjerit menyebut tempat sensitiviti wanita itu. Aduh! Malunya aku! Mulutnya segera ditekup. Macam mana boleh terlepas cakap pulak ni?? Dah lah kuat macam petir! Panasnya pipi aku! Mama pulak, senyum-senyum nenek kambing kat aku. Bukannya nak tolong back-up! Akhirnya, mama menarik Zack masuk ke dalam bilik persalinan tadi.
"Zack kenapa pakai bengkung? Dress macam ni tak boleh pakai dengan bengkung, nanti lelaki tengok pun tak selera. Zack taukan, dada tu aset penting orang perempuan?"
Hesy, mama ni... sejak bila pandai cakap mengarut pasal aset-aset penting, selera-selera lelaki ni? Weett!! Meremang bulu ketiak aku dengar!
"Dah. Buang bengkung tu. Jadi perempuan ya, sayang," ujar mama dengan lembut.
Zack memang perempuan pun, mama. Nak jadi perempuan mana lagi?
"Bukak la baju."
"Tak mahu. Mama keluar dulu. Malu la..." kata Zack sambil membukakan selak pada pintu di bilik persalinan tersebut.
"Okey, okey... mama tunggu kat luar, okey sayang?" Mama senyum lebar, penuh makna kemudian keluar dengan tenangnya.
Hei mama ni... entah-entah ada secret planning dengan papa nak kenakan aku tak? Jangan nak tunangkan aku sudah! Tapi, mungkin jugak! Mama dah pandai sebut-sebut pasal lelaki-lelaki dengan aku, dada didi dengan aku, macam bagi hint aje gayanya? Uhh, serabut!!
Zack keluar selepas bengkungnya dibuka. Dengan muka yang agak masam, dia senyum tidak ikhlas kepada mamanya.
"Haa, baru lawa anak mama! Like mom, like daughter!" Kuat mamanya menjerit, serius semangat tak ingat!
"Ala, mama. Tak cun la dua bukit ni. Tak suka tengok! Bagi la Zack pakai kut dengan slack aje, mama. Tak selesa dengan gaun apa segala ni. Tak hensem langsung!" Zack berkata, meminta supaya mama memahami kehendak hatinya.
"Zack tak sayang mama ke?" Dengan muka yang dicover supaya kelihatan seperti sangat serius, mamanya berkata perlahan.
Aaaa!! Alih-alih ungkit kasih sayang! Saja aje nak umpan aku! Apa lagi aku? Terimalah dengan reda.
"Mama dah pilih, kasut ni padan dengan gaun Zack!"
"Mama!" Kasut tinggi yang berkilat bagai itu diletakkan di hadapan mata dan ditenung, diukur dan dibuat statistik. Kesimpulannya, kasut ini tingginya sama dengan 4.25 inci, tumitnya pula, sama dengan kecil nak mati. Kalau aku pakai mesti tercabut. Macam cerita Cinderella. Tapi aku bukan Cinderella! Aku tak hingin dan tak pernah termimpi langsung nak jadi Cinderella tu! Aku ni yang putera, kenapa pulak aku yang kena pakai kasut ni? Aku tak boleh terima kenyataan yang sebegini kejam untuk aku yang sebegitu comel ni. Uhhh... mama!!
"Cuba pakai, honey." Dengan tenang dan senyum yang semakin melebar, mamanya berkata.
Zack merenung kasut tinggi macam bangunan tu, kemudian beralih merenung mamanya pulak, yang duk genggam dua-dua tapak tangan, duk tengok aku yang rasa macam katak pisang pakai gaun ni! Kasut tinggi vs mama. Cukup 4 kali Zack beralih pandang dari kasut tinggi ke muka mamanya, akhirnya.... pakai kasut tinggi! Tengok rak kasut aku, semua penuh dengan kasut sukan warna-warni, yang ada tali macam kasut sekolah, mana
"Ahh!! Adei... sakitnya mama!" Zack jatuh terduduk di atas lantai ber‘tile’kan tile berwarna emas itu. Orang ramai hanya melihat padanya. Mama pulak cepat-cepat berlari ke aku dengan action muka terkejut.
Hai! Tak payah la terkejut-kejut nenek kebayan pulak, mama. Bukan mama tak tau yang anak mama ni tak pernah langsung ada walaupun sepasang kasut tinggi walaupun 1 inci! Aku tak suka!!
Dalam kiraan 5 kali Zack terjatuh and bangun sendiri, akhirnya..
"Mama!! Zack tak nak dah! Tak sanggup lagi, ma!!" Jerit Zack yang sudah terduduk di atas lantai, dengan posing ala-ala mak nyah nak menggoda.
"Mama, nasib tak terkoyak dress tak lawa ni!" Zack berkata kuat.
"Hisyy, mulut!" Mama membuat muka marah, nasib comel jugak macam aku.
Penjaga butik di situ cuma tersenyum-senyum melihat Zack. Padahal, dia dah naik menyampah tengok. Asyik buat kecoh kat kedai aku aje, entah bila agaknya nak balik!
"Dah, dah. Bangun. Mama carikan kasut lain, okey? Jom, ikut mama pilih."
Zack berjalan dengan lagak tomboynya. Dah nampak macam itik tempang sebelah kaki. Hampeh betul gaya! Dengan gaunnya lagi, Adei la....
"Nak yang ni, ma, tak kira, nak yang ni jugak!" Kata Zack merengek-rengek seperti budak kecil sambil menunjuk ke arah sepasang kasut.
"Mana boleh, Zack. Ni kasut lelaki ni!"
Tangan Zack yang sedang menunjuk ke arah kasut tersebut ditepuk perlahan.
"Ala... boleh la, mama. Bukan orang nampak pun. Boleh la.." Zack terus merengek-rengek sambil menggoyang-goyangkan badan mamanya perlahan-lahan.
"Tak boleh! Ni, yang ni cantik." Mama mengambil sepasang kasut yang agak rendah sedikit berbanding dengan yang tadi. Tetapi tetap kategori high heels. Oh! Hari ini dalam sejarah, aku melancarkan perang ke atas semua kasut-kasut high heels di dunia! Yeah, anti high heels!!
"Tak nak! Zack tak nak high heels, mama. Tak suka, tak suka, tak suka jugak!" ujar Zack kuat sambil menghentak-hentakkan kakinya ke atas lantai.
Ya Allah! Gaya sebijik macam perempuan gedik! Memang sudah hilang segala kemacoan bin kehenseman aku selama ni. Disebabkan high heels! Oh, I hate you, high heels!! So much until I die!
"Hei! Kenapa ni, Zack?? Suka buat action macam ultraman! Buat malu mama aje orang tengok! Dah, jom balik. Pergi tukar baju tu."
Yes! That’s it! Tak perlu aku menjahanamkan lagi kemacoan aku yang memang dah tersedia maco ni. Hu hu hu..!
"YA ALLAH! Dress macam ni, harga RM899, mama?? What? Dahlah tak cun, kain nipis, bulu tiruan...." Zack bising di dalam kereta. Macam-macam benda yang dikomennya.
"Zack, biasala jadi perempuan. Yang penting, kena ada jenama. Baru la orang kata, alah membeli menang memakai."
Emm, hairan jugak aku ni! Takat baju macam tu, beli cap Petaling Street pun aku tak kisah la. Bukan nak pakai tiap-tiap hari. Ni pakai sekali, simpan bagi cik ti makan dalam almari. Dinner lain, beli baju lain pulak! Hai, memang membazir. Hisy...hisy... hisy....!
"Hai, mengumpat mama ke, Zack?" Mama di sebelah bertanya dengan kening sebelah kirinya terangkat sedikit.
"Eh, tahun bilanya pulak Zack mengumpat? Mama ni, tak baik bersangka buruk tau?" Zack membalas, mempertahankan diri.
Hesy, orang tua ni! Pakai ilmu apa ni? Macam tau-tau aje aku duk bising pasal dia! He he he.... Bising aje ya... bukan mengumpat.
"Mama. Malam ni dinner apa?" tanya Zack, mencari topik bersembang. Motif sebenarnya, nak korek rahsia.
"Adalah... secret. Mana boleh beritahu Zack awal-awal. Tak surprise la nanti!"
Huh! Surprise? Secret? Jangan-jangan, betul nak suruh aku bertunang?? Uhh, aku tidak sanggup! Aku muda lagi! Tak sanggup nak melayan lelaki dalam hidup aku! Lepas kahwin, mungkin mengandung, bersalin and beranak pulak, ohh... pondan ah aku gini!
"Zamri, stop kat Istana Hotel depan sana, okey?"
Wah, jadi tour guide pulak mama ni! Mesti peta kat KL ni dia dah hafal! Kemudian, Zamri, pemandu kereta papa yang memandu Mercedes Benz itu pun memarkir kereta di tempat parkir kereta untuk hotel itu.
"Dinner kita kat sini ke, ma?" Zack bertanya sambil matanya memandang sekeliling.
"Tak. Dekat Sunway Resort Hotel and Spa."
Hah, ambik kau! Sekali hafal dah macam owner hotel tu dah mama ni!
"Habis, buat apa kita kat sini?"
"Spa. Cuci badan sikit. Zack ni dah berapa hari tak mandi?" tanya mama sambil memandang sisi muka Zack.
Haahkan. Baru teringat. Hari ni aku tak mandi lagi. Sibuk nak makan sangat and dengan evil plan tadi, tu yang tak sempat mandi tu. Hu hu hu...
"Mandi semalam, ma." balas Zack
Tu pun mandi macam kambing takut air, katak puru la punya pasal.
"Mandi dan duduk kat mana? Anak mama okeykan?"
"Okey aje, sihat walafiat plus makin berat." Hu hu hu.... "Zack tumpang kat rumah abang tu." Zack menjawab selamba. Mukanya yang sentiasa ceria itu sangat manis.
"Abang??" Laju mama bertanya, dengan mata bulat tak usah sebut.
"Ya. Dia fikir Zack lelaki, ma. So, nothing’s happened. Haa... mama jangan nak fikir bukan-bukan. Zack cium nanti, haa." Zack mengugut kerana muka mamanya dah berubah, berkerut-kerut. Sebijik macam nenek aku dulu. Jahatnya aku! Dah la orang tua tu dah arwah, Hisy... hisy.... Al-Fatihah. Tiba-tiba pulak!
"Emm, okey. Yang penting, Zack kena pandai jaga diri. Jangan main serah-serah aje body tu kat orang." Mamanya memberi nasihat secara bersahaja kepada anaknya.
"Ada pulak mama ni? Zack nikan ma, kalau sepuluh orang lelaki tough kat depan mata tak pakai baju pun (spentot pakai ya), belum tentu Zack nak hairan, ma." Bukan nak berlagak la... tapi aku memang tak terbukak hati untuk lelaki mahupun wanita buat masa sekarang. Aku suka dengan hidup aku yang macam ni. Just kawan, no serious relation, tak payah aku nak pepening memikir nak jaga hati si dia. Baik aku jaga hati and perut aku je. Papa and mama pun aku tak habis buli lagi, nak buli si dia pulak, tak cukup masa aku nanti. He he he....
"Dah, jom masuk." Mereka berdua pun berjalan sehingga ke Sompoton Spa setibanya mereka di pintu gerbang hotel itu. Woo, macam klasik giler nama spa ni! Sompoton!! Ultraman! Macam raksasa dengan Ultraman aje. Tak ada... gurau gurau aje. Jangan terasa ya, cik Sompoton.
"Emm, helo." Mama beramah mesra dengan pekerja spa di situ. Macam saudara mara aje gayanya.
"Zack! Sini salam dengan cousin mama."
Ehh?? Cousin? Tahun bila aku ada saudara kat KL ni? Tak tau pulak aku!
"Assalamualaikum, auntie." Zack tunduk menyalami cousin mamanya, atau mak ciknya yang dia tidak pernah tahu akan kewujudan makhluk itu.
"Besar dah ya?" Sebut mak ciknya sambil mengusap rambut Zack yang agak tinggi berbanding dengannya.
"Haah, auntie," jawab Zack endah tak endah. Matanya melilau sakan memandang keliling spa tersebut. Sangat menarik hatinya.
"Maria, tolong buatkan budak ni, kejap. Ni, javanese lulur dengan academie facials." Mama Zack memilih pakej yang sesuai untuk dibuat pada Zack.
"Dah nak nikah dah ke, Zack?"
Hah?? Telinga tak capang aku mengalami masalah ke? Aku rasa aku dengar perkataan nikah dalam erti kata lain, kahwin. Tunang malam ni? Uhh, mama!!! jerit Zack di dalam hati sambil merenung tajam ke arah mamanya di sebelah.
"Tak. I nak bawak dia pergi dinner." Mama menjawab senang sambil duduk di atas kerusi berhampiran.
"Oh, I see. Sebabnya, javanese lulur ni bride-to-be yang selalu buat," jawab Auntie Maria dengan senyuman manis.
Bride-to-be?? Zack telan air liur.
Memang baby comel and cute-cute, tambah lagi kalau mamanya ialah aku. Tapi memang giler kesian and simpati la kat bapak baby tu nanti, sebabnya aku akan buli dia habis-habisan! Biar dia yang jadi tukang jaga baby! Aku pulak just tolong mengandung, meneran and menyusu baby. Eh, banyak jugak kerja aku rupa-rupanya. Walaupun aku hanya menjadi mummy yang membuli daddy baby aje? Aih, penatlah nak fikir! Baik aku tidur! Akhirnya, Zack pun tertidur di atas katil sambil badannya disapu lulur oleh pekerja di situ.
ZACK tersengih-sengih macam babun gatal selepas habis badan dan mukanya di‘sental’ oleh pekerja spa itu. Puas! Gila selesa bagi aku yang dah lama tak mandi dengan sempurna ini! Kemudian, dia pun keluar menuju ke arah mamanya yang sedang galak bersembang dengan Auntie Maria. Mama ni kalau dah bersembang tu, bukan nak ingat siang ke malam. Kalau ada bom jangka kat sebelah pun, Gerenti dia buat tak nampak aje kalau dah sedap menyembang!
Samalah macam aku yang duk tercongok sebelah dia ni! Besar macam belon pun dia buat aku ni macam transparent aje! Kekadang tu, tengah duk sedap-sedap sembang pun, mata boleh terpejam, tapi mulut duk bercakap lagi! Hebatkan mama aku ni? Aku salute tiang gol kat dia bab sembang menyembang ni.
Wanginya badan aku. Patutlah bride-to-be selalu buat lulur tu. Nak malam pertamalah katakan. Mestilah nak perfect depan suami, kan kan? Uhh! Jenuh dah aku! Aku dah terkena sawan nak kahwin ke ni? Asyik memikir pasal kahwin aje! Siap dengan malam pertama lagi! Ni mama punya suprise punya pasallah ni yang buat otak aku duk kerja fikir bukan-bukan! Benda yang tak pernah aku fikir pun sebelum ni, kahwin!
"Eh, dah sudah, honey? Macam mana, dah okey sikit badan lepas buat spa?" Mama bertanya penuh kasih sayang. Itu pun lepas aku buat pelbagai aksi nak bagi dia sedar aku duk menunggu macam tiang lampu tepi jalan kat sebelah dia ni! Aku dah cuit, aku dah cubit, aku dah jerit, akhirnya aksi Ultraman jugak yang mampu menyedarkan mama. Syukur ke hadrat Ilahi....
"Badan Zack memang sentiasa okey, ma. Tip top condition punya body!" Itu dah masuk kategori kereta dah tu! Kata Zack sambil tersenyum-senyum kelat depan Auntie Maria. Mak cik ni tak tau lagi perangai aku yang kuat dengan perasaan gila perasan ni! Mesti dia fikir bukan-bukan pasal aku. Hu hu hu... aku kisah apa, bukan aku nak kahwin dengan dia pun.
Dekat butik = fikir nak bertunang, dekat spa = fikir kahwin, lepas ni = fikir mengandung pulak! Kontotlah umur aku lepas ni, asyik fikir benda yang menyakitkan kepala aje! Ya Allah... tolonglah jangan bagi aku kahwin lagi. Aku rela menyerah diri kepada raksasa Sompoton daripada kena kahwin!!
"Jom! Dah lewat ni. Maria, thanks! Come with us tonight! Will waiting for you!" Mama menarik tangan Zack yang masih terpinga-pinga selepas mama membayar caj yang dikenakan oleh spa itu tadi. Lebih kurang RM300 lebih. Campur dengan dress yang akan menguburkan kehenseman aku malam ni, jadinya, habis nak dekat RM1000! Bukan dekat aje, tapi memang dah lebih RM1000 pun kalau dicampur tolak, darab, bahagi! Hisy, untuk pertama kalinya, aku menjadi terer dalam math! Hanya untuk aku sorang, dalam masa sehari habis lebih RM1000! Waa, amat-amatlah dahsyat pembaziran yang dilakukan oleh mama lawa aku ini! I need to stop this thing, mama!
"Apa dia, sayang?" tanya mama di dalam kereta mewah milik suaminya itu. Macam boleh baca aje kata hati aku. Bahaya ni!
"Tak ada apa-apa." Ceh! Action aje lebih! Cakap dalam hati boleh la, nak buat, hampeh!
"Kenapa macam gelisah aje ni, Zack? Apa yang tak kena?" Sebab dan akibatnya, dah berjuta-juta kali Zack minta mama beritahu Zack pasal apa ke jadahnya dengan dinner malam ni, tapi mama masih berdiam diri, membatukan hati untuk tidak berterus terang dengan aku, membiarkan aku terkapai-kapai di alam khayalan mengarut ciptaan aku, yang akhirnya akan membuat aku...."
"Hei! Zack, apa kesnya duk buat action baca sajak ni? Zack demam ke??" Mama makin risau dengan anaknya yang seorang itu. Makin lama, makin aneh semacam alien tak berekor. Nasib anak aku still
berwarna putih, bukan hijau and mata besar macam alien dalam Men in Black tu! Hisy hisy hisy.... minta dijauhkan! Mamanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Mama pun sama aje. Duk terangguk-angguk, tergeleng-geleng macam orang duk berzikir pulak kenapa?" Zack merenung mamanya hairan. Patut pun aku duk buat action pelik-pelik, rupa-rupanya gen mak aku turun kat aku. Gitu rupa-rupanya.... Baru aku tau hari ni! Like mom, like daughter, right? Exactly! Zack memetik jarinya.
"Dah. Jangan nak mengarut! Mama tengah berfikir ni, budak kecil tak boleh menyibuk!"
Pulak dah mama ni. Hai, macam-macam. Better aku tidur daripada duk berdialog sendirian berhad kat sini.
"Hah, tak payah tidur. Nak sampai sangat dah tempatnya ni!" Aih, mama ni. Apa kes? Tertelan jamu nenek kebayan hutan mana ni? Makin lama makin pelik pulak lagaknya. Tadi okey aje, steady and happy. Angin datang bulan sudah menyusup dalam badan mama kut. So, tak apalah. Aku faham, aku faham, sangatlah fahamnya.
Aku pun pernah jugak dulu-dulu kala, masa dua hari sebelum bulan purnama diri aku datang menjenguk, aku jadi macam makhluk asing bertanduk lapan! Kesian dekat makhluk berekor satu itu, yakni kucing kesayangan aku, sebabnya aku telah menerbangkan rohnya yang baru sahaja setahun anak jagung, disebabkan angin aku la.
Masa tu, aku tengah bengang sebabnya aku punya buku sejarah tingkatan tiga dah hilang dari pandangan. Jadi, aku pun menYapah-nYapahkan buku dan kotak-kotak yang ada dalam almari bilik aku sambil mulut aku menyumpah seranah si kucing ‘bertuah’ yang duk sibuk mengiau-ngiau dan bermesra-mesraan kat kaki aku.
Dah la bulu gebu, menggelikan lagi kaki aku yang sensitif dengan kegelian itu. Lalu, aku tertolak satu kotak yang penuh dengan buku-buku biologi tebal mama, lalu jatuh dan menimpa ekor kucing comel itu. Meoww!!! Gila kuat dia jerit! Bulu-bulu dia dah tegak-tegak! Terkejut + sakit! Mahu ke taknya, tengah duk manja-manja, tiba-tiba kotak timpa ekor, hah terbang nyawa lima saat!
Aku cepat-cepat tarik kotak tu, aku tengok ekor dia dah bengkok kat hujungnya. Hilang dah dua puluh tujuh percent kecomelan kucing comel aku tu. Aku pun belai-belai badan dia, tapi dia merajuk kut, terus lari keluar dari bilik aku. Setengah jam lepas tu, tamatlah riwayat si kucing aku itu. Innalillah wa inna ilaihi rojiun.
Doktor kata, kucing aku tu mati sebab terkejut. Kucing pun boleh kena strok rupa-rupanya. Ye ke? Memandai aje aku ni. Tapi, aku betul-betul menyesal disebabkan kegagalan aku mengawal kemarahan, kecomelan kucing aku tu cuma tinggal dalam memori mengusik jiwa aku aje. Dah tak ada dah ngiauan comel dan kegebuan bulunya semenjak hari itu. Sedih pulak aku!
"Jom, sayang! Dah sampai!"
Kenangan bersamamu, kucing.. pun hilang selepas mama bersuara. Aku baru duk nak feeling nyanyi lagu rock tangkap lentok, mama pulak kacau. Heih! Melihatkan pada hotel itu saja, fikiran Zack kembali pada secret planning mama and papa. Rambut aku sudah mula mengalami keguguran sehelai demi sehelai kerana memikirkan dinner malam ni! Botak cun la anak mama ni nanti!
Zack mengekori mama sehinggalah mereka pun sampai ke suite di hotel five stars itu. Zack menerkam masuk selepas mamanya membuka pintu suite itu, macam harimau nampak kambing dah gayanya!
"Wah! Sedapnya katil!" Zack terus membaringkan badannya di atas katil bertilamkan tilam empuk itu.
Ada dua benda yang boleh membuat aku jadi obses gila, iaitu katil, tidur dan makan! Kalau dapat dua tu, aku akan jadi lupa diri and dunia buat sementara waktu! Kalau aku merajuk aje, mama mesti akan masakkan aku banyak-banyak, bukan mama la, tapi tukang masak mama. Senang aje nak pujuk aku ni.
Aku terlupa pulak yang aku tak solat lagi. Jadinya, aku pun bangun solat seperti biasa and sambung membaringkan diriku di atas tilam empuk bagai ni.
"Mama nak mandi kejap. Kejap lagi pukul enam mama nak mekapkan Zack." Suara mama membuatkannya terjaga. What?? Mekap? No!
"Tak payahlah mekapkan Zack, ma. Nanti Zack nak solat, buat rugi aje bedak plus blusher plus eye liner plus plus semualah kalau pakaikan kat Zack! Kalau ada semua tu kat muka, tak sah lah solat Zack, kalau tak kena air bebetul, ma." Hujah aku yang kesekian kalinya untuk mama!
Dulu, masa dinner kolej dekat universiti tercinta aku tu, ada ke mama nak suruh aku mekap dengan aku yang memakai kot and slack tu?? Kalau macam tu, baik aku pakai bikini aje, baru sedap nak mekap-mekap pun! Ini, karang orang fikir aku mak nyah planet Pluto yang dah terbang ke bumi yang penuh pokok dan oksigen ini! Tak sesuai langsung!
"Okey. Tapi mama nak Zack pakai ni. Mama tak kira!" Mama berkata dengan nada mengancam sakan.
Mama mengeluarkan sebuah beg travelling yang penuh dengan rambut-rambut palsu, berwarna-warni macam pelangi. Sebut aje, warna biru, ungu, hijau sampai ke putih pun ada! Aku sudah gila! Aku sudah gila!
"Kalau Zack tak sayang mama, Zack buat la mama sedih. Nanti mama sakit jantung, haa baru Zack menyesal tak sudah!"
Allah! Pulak dah, mama ni! Kenapa la dia tak paham yang aku ni tak suka jadi perempuan sejati? Hisyy, kes berat, berat yang teramatlah beratnya ni! Tiba-tiba, kenangan bersamamu, kucing.. kembali di layar minda aku. No! Aku tak nak mama jadi macam Kegebuan a.k.a. nama kucing aku yang sudah arwah itu. Tu la hadiah pertama dan terakhir aku untuk Kegebuan, memberikan nama yang langsung tak glamor untuknya.
"Ya la, mama." Akhirnya, Zack pun terpaksa mengalah dengan ugutan mamanya.
Hai, memang tak boleh jadi ni! Asyik mama aje yang buli aku! Bila masa pulak aku nak buli mama ni??
"Janji, okey?" Jari telunjuk mamanya tepat menunjuk ke arah muka Zack dari jauh. Aksi mengugut.
"Ya, mama, janji." Mama senyum lima jemput.
Aku jugak yang terkerut-kerut macam tenggiling sakit perut!
Mama pun mencubakan aku dengan berpuluh-puluh helai rambut palsu. Kejap aku nampak macam Best Of The Best Princess Charming, kejap lagi, aku nampak pulak macam The Best Of The Prince Charming, yang paling aku suka. Lagi yang paling the best of the best, aku nampak macam mak nyah cute dekat lorong P. Ramlee!
"Haa! Yang ni memang suit gila dengan Zack! Barulah namanya anak Datin Gold!"
"Mama! Mama tak rasa ke anak mama ni sebijik macam kera tak pakai baju dekat belakang sekolah Zack dulu tu, ma??" Hai, mama. Kenapa mama tak PRO fesyen, jadi pulak PROsak fesyen! Aku jugak yang jadi mangsanya!
Rambut berwarna kuning keemasan tu aku pusing-pusing kat atas kepala. Macam ada benda yang tak kena. Aku letak ikut depan, nampak pelik and salah. Letak ikut belakang, lagilah pelik and salah of course!
Aku bet, memang mama nak tunangkan aku malam ni! Kalau salahlah bet aku ni, aku rela terjun dari puncak KLCC! Tapi guna payung terjun la. He he he....
"Jom, sayang cute mama!" Selepas solat Maghrib, tak sempat aku nak bukak telekung and habiskan doa aku, mama dah duduk tersenyum-senyum moyang tenuk kat sebelah. Senyum penuh dengan makna tersurat dan tersirat! Macam senyum mak tiri jahat Cinderella pun ada aku tengok! Hisyy, karut betullah!
Akhirnya, sampailah aku ke dewan yang penuh gilang-gemilang itu. Dari jauh, aku dah nampak papa kesayangan aku duk bersembang dengan kekawan dia. Aku dengan rambut palsu + dress hitam + kasut mama yang tinggi 1 inci + lip gloss, rasa semacam bukan aku yang sebenar!
Uhh aku benar-benar terseksa. Kalaulah tidak kerana kasih sayang aku pada mama and papa, and jugak kerana makanan, tak ada masa aku nak datang dengan gaun-gaun apa jadahnya ni! Suruh aku tidur kat rumah Bang Din pun aku sanggup! Ceh! Macam benar aje. Tak kira nak terjumpa katak pisang, lipas and cik ti lagi, boleh la belagak macam sekarang!
"Mengumumkan ketibaan orang yang dirai, Cik Sofi Zarill bersama Datin Gold Fish! Minta maaf. Kesilapan teknikal sedikit. Datin Gold!" Hadirin yang hadir bertepuk tangan sambil lampu spot light dihalakan ke arah mereka berdua yang berjalan beriringan itu.
Aiii, tak payah la suluh-suluh pulak! Aku ni dah la jalan macam apa entah, kalau jatuh buat malu aje!
Zack cepat-cepat duduk selepas sampai di meja VVIP. Dia sedang menelan air liur tidak sabar untuk makan. Makanan tu semua nampak sedap-sedap! Aku nampak kek! Ayam golek! Ikan bakar! Daging bakar! Wah! Aku berada di syurga dunia! Cepatlah makan ni! Dah penuh sebaldi suku kalau tadah aku punya air liur yang aku tahan daripada menitik disebabkan kempunan melihat makanan yang tersedia tu!
Selepas beberapa persembahan....
"Hadirin semua dijemput makan," ucapan pengerusi majlis menghingar-bingarkan dewan tersebut.
Zacklah orang pertama yang bangun menuju ke tempat mengambil pinggan. Dia mengisi pinggan tersebut penuh dengan segala macam daging-daging yang ada. Satu lagi pinggan diisi dengan kek berkrim putih. Zack menghiris kek tersebut kepada bahagian-bahagian besar.
Kalau boleh, aku nak angkut sebijik kek ni bawak ke meja aku, bagi aku sorang aje yang gemuk dengan kek ni.
Sedang Zack menelan kek, papanya naik ke atas pentas.
"Perhatian. Malam ini sangat penting bagi puteri kami, Sofi Zarill kerana Sofi akan ditunangkan dengan Muhammad Azim Dato’ Hamdan! Sila naik ke pentas! Zack, Azim." What?? Azim Albino?? Bakal tunang aku?? Dengan mulut comot dengan krim putih, lampu spot light sekali lagi menyuluh ke arah Zack. Tamatlah riwayat kecomelan aku malam ini!
0 comments:
Post a Comment