Bini Aku Tomboy Ke? : Bab 9 & 10

Penulis : Nurul Fatihah Shahronizam Masa : 10:22 Komen : 0 Tag :

BAB 9
ESOKNYA, pagi-pagi lagi selepas subuh, Zack sudah mengadap TV. Merasmikan PS 2 yang dibeli semalam. Hisyy, tak habis-habis perangai budaknya walaupun sudah besar panjang. Tapi tak apalah, menghiburkan hatikan. Hobi aku memang main game, jangan harap aku nak tulis dalam profile aku yang aku ni suka menjahit, tak pun memasak atau apa-apalah yang jadi hobi kebanyakan perempuan walaupun aku ni perempuan. Ho ho ho....

"Selamat pagi, Zack!" Arin terpacul secara tiba-tiba di ruang tamu.

"Pagi." Zack menjawab pendek. Langsung dia tidak menjeling Arin, apatah lagi nak menoleh and senyum pada budak tu. Sibuk benar dia dengan game ‘Beat Down’ yang heronya menjadi assassin dan membelasah orang itu. Arin sedikit kecewa dan berlalu. Semalam baik aje dia layan aku, hari ni pandang pun tidak.

"Masaklah untuk dia. Mesti dia laparkan." Arin senyum. Kenapa ya aku ni asyik terfikirkan dia aje sekarang? Nak dia layan aku, senyum kat aku... aku dah jatuh hati kat dia ke? Tapi, akukan mengandung, takkan dia nak perempuan murahan macam aku ni? Mustahil

"Ahh! Sakit!" Arin menjerit. Jarinya berdarah kerana terhiris dek pisau. Tu la, sibuk memikir benda bukan-bukan sampai tak sedar jari ke mana, sayur ke mana!

"Rin! Kenapa??" Zack berlari ke dapur sejurus terdengar Arin menjerit. Mukanya penuh dengan riak kerisauan.

"Ya Allah! Darah!" Zack segera mencapai jari Arin lalu dihisap. 

Arin terkejut dengan tindakan pantas Zack, namun dia hanya mendiamkan diri. 

"Kau ni kenapa, Arin? Lain kali, buat kerja tu fokus sikit. Ini baru pisau, kalau mesin rumput? Isyy, budak ini. Mana plaster?" Zack membebel-bebel panjang seperti seorang mak nenek yang sedang memarahi cicitnya.

"Dalam laci kabinet tu." Arin menunjuk ke arah laci kabinet yang agak tinggi, di sudut dapur tersebut. Dia teringat Mak Timah pernah menggunakan plaster yang diambil dari kotak First Aid semasa jari suaminya terluka kerana mencantas pokok bunga. 

"Duduk dulu. Kau ni jangan lah careless sangat. Kau nak aku cepuk kau ke, ha?" Zack membuka perlahan laci kabinet tersebut dan mencapai kotak First Aid yang tersimpan rapi di dalamnya. 

Arin hanya berdiam diri di situ. Dia senyum mendengar bebelan Zack. Walaupun dia marah, tapi nampak sangat dia marah sebab ambil berat pasal aku. Arin berbisik perlahan sambil matanya bulat merenung ke arah Zack yang sedang sibuk memproses kotak First Aid itu di hadapannya.

"Bak sini jari tu." Zack duduk berhadapan dengan Arin di atas kerusi di dapur itu. Jarinya memegang putik kapas yang sudah dicelup dengan antiseptik bagi membunuh kuman pada luka Arin.
"Tahan sikit, nanti pedih." 

Arin senyum lagi. Pedih disebabkan Zack menyapu antiseptik langsung tak dirasai, kerana asyiknya dia dibuai dengan perasaan yang baru berputik terhadap Zack. Terlalu indah, bagai terawang-awangan di angkasa lepas. 

"Dah. Nak masak apa-apa, panggil aku. Karang meletup pulak dapur ni dapat kat kau." Zack menyimpan kembali kotak First Aid selepas menampal plaster pada luka Arin. Tangannya ditarik Arin ketika dia ingin ke ruang tamu.

"Zack. Arin... Arin sayangkan Zack." Arin menghadap Zack. Kepalanya didongak memandang muka Zack kerana tingginya cuma setakat di bahu Zack sahaja. 
Mata mereka beradu. Zack diam. Kemudian, mukanya dirapatkan kepada muka Arin. Perlahan-lahan Arin menutup matanya rapat-rapat.

Zack merenung dalam muka Arin. Alolo dah tutup mata dah... hu hu hu... sebijik macam anak kucing mengantuk.

"Rin, aku pun sayangkan kau jugak," Zack berkata perlahan. 

Arin kembali membuka matanya. Matanya terkelip-kelip merenung mulut Zack, menunggu ucapan seterusnya.

Ding! Dong! Bunyi loceng pagar utama yang secara tiba-tiba ditekan mengejutkan mereka.

"Uhh, gila kuat bunyi. Mahu sakit jantung aku mati kat rumah ni kalau tiap hari ada orang main loceng." Zack membebel, sambil kakinya menapak ke depan. Kacau daun betul la! Aku baru nak feeling , nak luahkan ‘perasaan terpendam’ aku kat Si Arin yang sudah sekian lama bertapak di hati aku ni! Lama ke... aku rasa tak la lama sangat pun, baru-baru ini aje pun.

"Zack, ingat auntie lagi tak?" tanya seorang mak cik di depan pintu pagar selepas Zack muncul dengan seluar tidurnya, coklat berkotak-kotak. Awal betul mak cik ni!

"Ohh, Auntie Maria. Ingat, mana boleh lupa. Sompoton Spakan? Jom masuk, auntie." Ni mesti kes mama suruh tengok-tengokkan aku ni! Hai, mak cik tu tidak habis-habis tidak mahu mempercayai anaknya yang seorang ini.

"Cantik rumah Zack. Auntie pun baru first time datang sini. Auntie bukannya apa, Zack... mama kamu minta tolong tengok-tengokkan kamu." 

Haa, kan aku dah kata tadi, baru aje sebut!

"Ohh... ya ke auntie. Jom la masuk dalam." Zack berbasa-basi. Hai, aku ni dah la memang termasuk kategori gila ‘expert’ bab layan tetamu ni!

"Tak apalah, Zack. Auntie duduk luar aje, ambil udara pagi ni." Auntie Maria membuat muka tenang dan damai, maknanya tengah ambik feel and aura pagilah katakan.

"Mama!" Datang pulak budak kecil dalam umur tiga tahun. Entah mana munculnya, tiba-tiba memanggil-manggil perkataan mama dan berlari dengan semangat wajanya ke arah Auntie Maria.

"Adam! Come! Papa mana?" Laa ada anak kecil rupa-rupanya mak cik aku ni! Aku fikir anak-anak dia semua dah besar, sekali tengok, kecil lagi daa.

"Ini anak paling kecil auntie. Yang last kut, insya-Allah kalau tak ter ‘accident’ macam hari tu. He he he...." 

"He he he...." Aku apa lagi, gelak la jugak (berlakon ala-ala mesra) walaupun aku sedar tu part 18 SX yang agak tidak sesuai untuk aku yang tak matang lagi ni, walaupun umur aku dah nak masuk kategori matang.

"Apa salahnya kalau ter ‘accident’pun lagi, sayang?" Mak aiii, orang tua ni. Dah la tak bagi salam, main terjah macam tu aje, cakap pulak bab 18 SG, depan-depan aku pulak tu!

"Ya, honey." 

Uncle aku, suppose to be uncle la, sebab dia masuk-masuk aje kat laman rumah aku, terus cium pipi auntie aku ni. Of course la uncle aku merangkap suami mak cik aku ni, takkan sugar daddy dia nak bermesraan sebegitu kut? Tapi mungkin jugak, sebabnya, laki ni ala-ala tua aje gayanya.

"Tapi penatlah ayang nak mengandung lagi, honey." Pipi suaminya diusap-usap lembut. Laki itu a.k.a makhluk yang tidak kuketahui namanya, menggenggam-genggamlah pulak tangan si isterinya. 
Adeii, aku dah la anti sikit dengan couple nak bermesra alam depan aku ni! Macam tak cukup tempat dah kat rumah tu nak bermesra, nak pulak ditunjuk kat orang! Tapi tak apalah kan. Sebabnya, dia orang dah kahwin. Lain la kalau tak kahwin lagi. Memanglah kena sound dengan aku!

"Zack, ni Uncle Amri. Hubby auntie." 

"Apa khabar, uncle? Sihat?" Kata aku sambil bersalaman dengan dia. Adik ipar mak aku, mesti la aku boleh salam diakan.

"Alhamdulillah. Tapi perut dah makin buncit sekarang, tu yang bawak Adam pergi jalan-jalan kat taman bawah tu tadi." 

"Oh, ya ke?" Masa bila pulak aku tanya pasal perut dia? Hisyy, yang aku ni kenapa? Biarlah dia nak bersembang pun, apa salahnya pulak. Entah la, aku rasa rimas tengok orang tua ni, entah kenapa entah.

"Mama, mama! Ada auntie kat sini! Comel. Muka dia macam Kitten dekat rumah kita!" Adam menjerit di depan pintu rumah dengan pelatnya. 

Arin, Arin. Bukan aku sorang aje kata kau macam Kitten, budak tak cukup umur ni pun kata macam tu jugak! Nasib kau la, Rin.

"Adam! Tak baik cakap macam tu." Auntie Maria bangun dari kerusi di taman dan berjalan ke arah Arin. 

Arin aku tengok macam biasa la. Buat muka innocent dia tu, gila sama masa first time jumpa dengan aku hari tu. Hu hu hu...

"Ni Arin, auntie. Asisstant mama." 

Bila masa Arin naik pangkat jadi PA (Personal Assistant) pulak ni. Hu hu hu... relaks la. Asisstantkan pembantu, so betul la kan apa aku kata, cumanya nak kata pembantu rumah, tak sedap la pulak.

"Oh, I see...." Mereka berdua bersalaman. Uncle Amri tiba-tiba aje muncul lagi. Matanya merenung-renung Arin yang putih gebu itu. Tambah pulak, Arin hanya memakai baby-T sahaja. 

Eh, pak cik ini, tak padan dengan tua, nak menggatal-gatal lagi! Aku cepuk jugak karang! Gerenti kurus terus masuk wad 4 bulan setengah! Sini aku tolong tutupkan cerita perut buncit kau tu!

"Arin, masuk buatkan air untuk auntie. Tiga gelas, okey?" 

Arin ni kalau cakap dengan dia, kena penuh-penuh. Kalau tak, dia jadi sewel-sewel sikit. Kita cakap ikut lain, dia paham ikut lain. 

Arin angguk dan melangkah masuk. Uncle Amri masih terjenguk-jenguk memandang Arin. 

Ceh! Isteri ada depan mata pun nak menggatal lagi? Kalau bini dia tak ada ni, siap la aku karate-karate sampai patah pinggang!
"Zack buat apa sekarang? Dulu studi mana?" 

Auntie mula bertanya pasal zaman silam aku. Ehem-ehem... zaman silam, beb! 

"Saya further studi dekat UM. Alhamdulillah, dah ada Phd in bussiness."

Melopong auntie and uncle dengar. Apa, tak percaya? Ingat budak gila-gilaan macam aku ni, 3 suku ke. Hu hu hu... tengok la anak siapa? Aku budak PTS (Penilaian Tahap Satu), dah untung setahun. Umur tujuh belas tahun, aku masuk matrikulasi, tiga tahun degree, aku lompat terus buat Phd tiga tahun.

"Minta maaf, auntie. Saya masuk dalam kejap." 

"Arin, kau naik tukar baju, okey? Pakai baju lengan panjang dengan tudung. Biar aku buat air ni." Zack memegang lengan kanan Arin dari belakang yang sedang mengacau air teh o di dalam teko berwarna putih berbunga biru tua itu.

"Kenapa nak kena tukar baju?" Arin bertanya dengan wajah yang jelas kehairanan. Tangannya yang ligat mengacau air tadi, diperlahankan dan dia memandang ke arah Zack. 

"Aku tak suka kau tunjuk body kau kat orang lain. Tukar, okey?" Zack berbisik perlahan, risau pulak kalau dua orang tua dekat depan tu dengar! Lagipun, Arin ni kena pandai main psikologi dengan dia, baru dia dengar dan ikut cakap kita.

"Okey, Zack." Arin berjalan perlahan. Kata-kata Zack tadi membuatkannya excited tiba-tiba. 
Kelakuan Zack memang memukau aku! Jerit Arin di dalam hati.

"Jemput minum, auntie." Zack mencelah sedang auntie dan unclenya sedang bergurau senda. Tangan Uncle Amri melingkar kemas di pinggang Auntie Maria. EEee... rimas betul aku menengoknya, ya Allah!

"Okey. Thanks, Zack." 

Adam dilihatnya sedang menyepak bola. Entah dari mana dia dapat bola tu, aku pun tak tahu la. Main sepak-sepak dalam rumah pulak tu. Apa kes! Hisy... aku memang tak boleh ada anak la macam ni! Seriously, aku rasa macam nak piat-piat telinga Si Adam ni! Hisy, pasu kaca tu! 

Berderau darah Zack sebentar kerana bola yang disepak Adam, melanggar meja kecil yang tinggi, dengan pasu bunga sebesar perut Uncle Amri di atasnya. Bergoyang-goyang pasu tu macam nak jatuh. Mujur tak jatuh! Hisy, aku nak marah pun anak orang maa..

PS 2 aku! Bola yang disepak Adam tepat mensasar ke arah PS 2 Zack. Apa lagi, jatuh la PS 2 yang aku baru beli semalam! Bukan dua tiga bulan dulu! Jatuh atas lantai pulak tu, kalau karpet tahan lagi! Finally, kesabaran aku dah sampai ke kemuncak!

"Ahh, PS 2 aku!!" Zack menjerit kuat. Terkejut beruk Adam dan parentsnya.

"Hei, budak! Kau pergi duduk diam-diam kat mak kau, sebelum aku cepuk kau nanti!" Isyy! Aku memang betul la, ni yang buat aku kurang suka dengan budak ni! 
Adam menangis dan lari ke arah mamanya.

"Adam, tu la... lain kali jangan main dalam rumah. Bola kena main dekat luar." Auntie Maria dengan tenang dan sabarnya menasihat si anak itu. Adei laaa. Ni mesti jadi manja and keras kepala bila tua nanti! Manjakan la sangat anak tu! Zack membebel di dalam hati. Nasib tak hancur berderai PS 2 aku ni! Kalau tak, siap la telinga capang kau aku piat wahai Adam!

Arin turun dengan bertudung. Walaupun bertudung, tetap menarik perhatian Uncle Amri. Sedang sedap-sedap bergurau senda, menggeletek-geletek dengan Auntie Maria tadi, turun aje Arin, terus diam membisu and cover maco pulak tang tu. Perut macam orang mengandung enam bulan, ada hati nak mengurat anak dara orang? Boleh jalan!

"Zack, kenapa tak duduk? Okey tak PS 2 Zack tu? Kalau ada masalah, auntie baikikan," tanya Auntie Maria tatkala melihat Zack sedang berdiri di hadapan Arin, seperti meng ‘cover’ Arin daripada suaminya.

"Tak apa, auntie. Kalau rosak, beli yang baru aje. Alang-alang nak baiki, baik beli baru." Zack memerli. Teringat akan PS 2 yang digoncang-goncang tadinya, semacam ada benda yang dah tercabut di dalamnya. Gerenti biol punya PS 2 tu nanti!

Arin pulak semacam kurang selesa kerana Uncle Amri tak kalih-kalih daripada merenungnya. Semacam ada dunia lain yang mengasyikkan yang boleh dilihat daripada muka Arin.
"EhEmm... ehEmm... ehem! Tiba-tiba rasa kering pulak tekak. Arin, buatkan aku air secawan. Hot chocolate, boleh?" Zack berdehem kuat membuatkan Uncle Amri sedar dan tergaru-garu kepalanya sendiri.

"Eh, lewat dah ni, Zack. Honey, jom kita balik. Sekejap lagi ayang ada appointment dengan slimming centre. Zack, ada masa datanglah rumah auntie. Ni number untuk call auntie. Minta maaf mengganggu Zack pagi-pagi ni." Auntie Maria bangun selepas memberikan name cardnya kepada Zack. 

"Ohh, tak apa. Tak ada masalah. Datanglah lagi lepas ni, auntie! Terima kasih sebab datang melawat." Sekali lagi Zack berbasa-basi. Auntie Maria okey, cuma laki and anaknya aje yang buat aku rasa tak boleh nak senang duduk!

Suaminya seperti tak mahu bangun, seakan masih menunggu kehadiran Arin untuk dilihat dan direnung sebelum balik. Hisy, pantang sungguh aku dengan orang tua gatal ni! Papa yang lagi hensem and maco daripada dia walaupun dah agak tua, ta lah menggatal macam dia ni!




SELEPAS kepulangan ketiga-tiga anak beranak itu, Zack masuk ke dapur.

"Kau okey tak, Rin? Kau muntah ke?" Zack mengurut-urut belakang Arin selepas Arin dilihatnya sedang mengadap singki di dapur. 
Arin angguk. Uhh, morning sickness!

"Rin, kau pergi baring dekat bilik depan tu dulu. Aku masakkan bubur untuk kau ya?" Sekali lagi Zack membuka buku resepi. Kali ni dia lebih berhati-hati dan tidak main suka-suka aje meletak garam atau gula ke dalam masakannya.

"Arin, duduk. Makan ni." Arin geleng. Matanya dipejam rapat.

"Kenapa ni? Kau merajuk dengan aku ke? Makan la, Arin. Nanti baby sakit pulak dalam perut tu." 

Geleng lagi.

"Bangun, aku suap." 

Arin perlahan-lahan bangun dan duduk. Mukanya pucat, cuba untuk senyum. 

"Cuba rasa, aku dah letak perencah kasih sayang dah, sedap tak. Hu hu hu..?" Manja ya? Makan pun nak bersuap. Hai, kenapa la aku jadi baik tiba-tiba ni? Mesti arwah nenek hairan kalau dia tengok. He he he.... Rindu dekat arwah. Dulu kalau aku nak suap dia masa sakit, fuh, bukan main liat beb! Ini tak payah disuruh, aku pulak yang rela. Mangkuk jugak aku ni!

"Sedap?" 

Arin angguk. 

"Kau rehatlah dulu. Nanti dah agak-agak okey, baru buat kerja lain." Zack membaringkan Arin kembali. Mak aii, penyayangnya aku! Hu hu hu.. makin buntallah Si Arin ni nanti, lepas makan, tidur.
Zack masuk tandas sebentar, kemudian dia keluar dengan tergesa-gesa.

"Arin, kau duduk diam-diam dalam rumah, okey? Jangan keluar. Aku nak pergi beli ‘roti’ kejap." Karut betul la darah ni! Pad pulak tak ada. Isyy!




"BAYAR sekali hutang hari tu. Rumah Dato’ Muhammad. Berapa?" Zack bertanya selepas menggunakan tandas di kedai runcit tersebut.

"RM156.40." 

Zack mengeluarkan not wang kertas bernilai RM200 daripada dompetnya. 

"Keep the change." 

Zack kembali ke rumah. Dilihat pintu rumah terbuka, lalu Zack cepat-cepat masuk dan segera ke bilik tempat Arin tidur tadi. Namun Arin tiada di situ. Cemas melanda hatinya. Ya Allah! Apa dah jadi dekat dia?

"Arin!! Arin! Kau kat mana??" Zack terjerit-jerit kuat memanggil nama Arin. Kemudian dia berlari keluar selepas habis dia berjoging di dalam rumah mencari Arin.

"Arin! Ya Allah... budak ni! Kan aku dah pesan, jangan keluar rumah! Kau ni suka buat aku rasa nak tercabut jantung, tau tak?" 

Zack bengang melihat Arin ada di luar, duduk di atas kerusi taman, tengah usap-usap kepala dan badan anak kucing putih di atas meja, entah mana dia dapat.
"Zack, janganlah marah. Arin tengah baring tadi, tetiba terdengar bunyi anak kucing, sebab tu Arin keluar."

"Kau tau tak, aku punyalah mencari kau, dari utara ke selatan, timur ke barat? Kau tengok, berapa liter peluh aku ni dah keluar?" Zack bertambah bengang apabila Arin buat tak dengar dia membebel kerana sibuk mengusap dan merenung Kitten itu makan.

Kemudian, Zack mencekup geram anak kucing itu dan melemparnya ke atas rumput. 

Hisyy, kejam giler siot!

"Zack! Kenapa lempar dia? Tak baik tau? Ala ala, anak comel mama, sini meh, sakit tak kaki?" Arin cepat-cepat bangun dan mendukung anak kucing tersebut lalu membawanya masuk ke dalam rumah.

"Hah, baguslah! Muka kau dengan anak kau tu memang sepesen!" Boleh dia ignore aku macam tu aje?? Sakit jiwa betul aku! Tapi hairan jugak aku ni, kenapa dengan anak kucing pun aku nak jelous?

BAB 10
"ARIF, sini kejap, sembang dengan aku!" Abang Din memanggil kawannya di kedai petang itu.

"Haa, apesalnya?" Arif pun duduk di meja yang sama dengan Abang Din.

Abang Din merenung dalam mata Arif. Kemudian, tangannya menyentuh dan meramas-ramas tangan kasar rakannya itu.

"Woi! Apa kes dengan kau ni, Din? Kau terkena sawan babi ke?" Arif bertanya kuat. Segan dengan beberapa pelanggan kedai mereka yang sudah membuat muka pandang sinis and tertanya-tanya apabila melihat ke arah mereka berdua.

Abang Din diam. Kemudian, dia meraba pulak paha Arif dan mengusap-usap perlahan. Kenapa, tak ada feeling pun? Kalau dengan Si Zack, dia pegang tangan aku aje pun, dah rasa macam terpanah kilat! Hisy, hairan la aku....

"Hisy, dahlah, Din! Kau ni mabuk agaknya? Lelaki dengan perempuan pun tak reti nak beza ke?" 

Arif bangun pantas dan meninggalkan Abang Din terkebil-kebil seorang diri.

Kenapa, aku just ada feeling kat Zack, bukan kat lelaki lain? Ni ke meaning the power of love?. Hu hu hu.... yap! Aku dah jatuh cinta! And aku akan cari budak tu nanti, cakap perasaan aku kat dia, tak kisah la aku gay ke apa, yang penting aku cintakan dia! 

Eh, mana bolehlah. Haram lelaki bercinta dengan lelaki. Anak pun tak dapat, dosa yang dapat! Uhh, pening betul kepala otak aku!

Tapi, kalau aku tak ada feeling kat jantan lain, mungkin ke Si Zack tu perempuan? Ha ha ha... ha... kalau gitu, aku memanglah seorang manusia yang normal! 

---------------------------------------

11

"MORNING, Zack!" Arin menyapa Zack pada pagi itu.

"Morning." Zack macam biasa la. Kalau dah dapat PS 2, jangan harap nak kisah dengan dunia ni! PS 2 nya yang jatuh tempoh hari sudah dibaiki. Kena RM200. Hai, budak Adam tu, memang sedap kalau aku buat perut dia tu punching bag!

Arin menyediakan sarapan, kemudian memanggil Zack untuk makan sekali.

"Kau makanlah dulu, Rin! Nanti aje aku makan!" Zack menjerit kuat dari depan.

"Ya." Arin naik ke atas untuk mengemas rumah dan bilik-bilik yang ada. Ada lebih kurang 10 buah bilik untuk dikemas.

Ini bilik Zack. Jangan masuk tanpa kebenaran. Tambah lagi Arin. Kalau kau masuk, aku potong gaji kau RM5000. Ha... ha... ha....

Arin membaca notis yang ditulis dan ditampal di depan bilik Zack sebelum dia masuk. Potong gaji lima ribu? Apa maksud dia? Gaji aku enam ratus lima puluha aja sebulan. 

Arin turun dan bertanya kepada Zack yang sedang sarapan di ruang tamu.

"Zack, apa maksud kalau Arin masuk bilik Zack, kena potong gaji lima ribu?"

"Ohh... tu maksudnya, kau kerja kat sini lebih kurang sepuluh bulan tapi tak ada gaji untuk kau. Faham? Denda untuk kau sebab tak ikut cakap aku." Zack membalas dengan selamba.
Arin angguk-angguk dan berlalu.


PETANGNYA, Zack mengajak Arin bersenam.

"Rin! Kau kena bersenam and banyak bergerak. Baru senang kau nak lahirkan baby nanti! Jom, ikut aku bersenam. Tapi, kau kena hati-hati, okey? Jangan buat senaman yang berat pulak. Tanya aku dulu sebelum kau buat." 

"Ya, Zack." Mereka pun bersenam bersama-sama.

"Arin, kau pernah belajar taekwando tak?" Arin geleng laju.

"Sini aku ajar." 

"Bukak kaki sikit, tangan kiri dekat sini, tangan kanan buat ala-ala nak tumbuk orang. For the best result, kau bayangkan kau nak tumbuk orang yang paling kau benci, gerenti best punya!" 

Muka Arin merah lagi kerana badan Zack betul-betul rapat menyentuh belakang badannya kerana mahu mengajarnya betul-betul.

"Dah. Cukup untuk hari ni. Thank you untuk cikgu taekwando kau yang hensem ni. Hu hu hu..." 

Arin senyum dan mencubit pipi Zack. Alamak, tercubit. Refleks sebab geram tengok dia comel sangat!

"Kenapa? Tak boleh blah ke tengok muka aku yang terlalu hensem ni, Rin?" Zack tersenyum maco.

"Haah. Jom masuk, Zack. Arin nak mandi, dah busuk sangat ni dengan peluh." 

"Kau aje, aku wangi arrr," kata Zack sambil meletakkan tangannya ke bahu Arin. 
Arin bahagia melihat senyuman mesra di bibir Zack.

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

0 comments:

Post a Comment